Showing posts with label Kamen Rider Kiva. Show all posts
Showing posts with label Kamen Rider Kiva. Show all posts

Saturday, 23 July 2011

Kamen Rider Kiva~Fangire

Konnichiwa... dalam setiap siri kamen rider ada musuh-musuh sendiri... Seperti dalam Kamen Rider Kiva musuh utamanya adalah Fangire...

Fangire adalah singkatan bagi 'fang' dan 'vampire'...Raksaksa yang boleh hidup lebih 300 tahun... makanan utamanya ialah tenaga hayat manusia... Mereka akan sedut tenaga hayat manusia mengikut kehendak sesuatu spesis fangire... Manusia yang menjadi mangsa mereka akan menjadi telus seperti kaca dan apabila disentuh mangsa akan pecah... Ciri-ciri fizikal fangire ialah seperti kaca yang mempunyai corak dan ukiran unik... Fangire boleh bertukar kepada bentuk manusia untuk mengumpan mangsanya.. Fangire ialah musuh utama Kiva... Fangire yang telah kalah akan pecah seperti kaca dan kuasanya disedut Doran Castle..

Dalam siri Kamen Rider Kiva terdapat 26 spesis fangire dan 4 jenis dikenali sbg 'Checkmate Four'... Kategori Fangire paling kuat...

Lion Fangire [Rooku]
Jenis Fangire yang kuat dan mempunyai misi yang gila... apabila misinya berjaya dia akan memberi habuan kepada dirinya sendiri seperti makan aiskrim atau sebagainya.. jika gagal dia akan menghukum diri sendiri.. mangsanya berdasarkan misi yang ingin dilakukan... Rooku paling banyak membunuh manusia... pada tahun 1986 dia telah kalah ditangan Asou Yuri yang membalas dendam atas kematian ibunya dan telah muncul semula pada tahun 2008... Pada waktu itu dia tidak mengingati asal usulnya dan bertemu dengan Wataru.. ketika itu Wataru memanggilnya Dai-chan.. berbeza dengan yang dulu Rooku kini mempunyai misi yang baik membantu manusia dalam kesusahan.. Megumi dapat mengalahkan Rooku dengan mengatasi kelemahannya seperti yang diberitahu ibunya,Asou Yuri...

PearlShell
Jenis ini dipanggil Queen.. Tugasnya menghapuskan fangire yang bercinta dengan manusia.. peraturan fangire tidak berkahwin dengan manusia...

Queen pada 1986 (Maya) mengingkari peraturan itu selepas dia bertemu dengan Kurenai Otoya.. Maya mula suka pada Otoya dan melahirkan anak Otoya, Wataru... Apabila King Fangire mengetahui perkara tersebut, Maya dihukum keluar daripada istana dan kuasanya dihapuskan.. Maya hidup bersembunyi dalam sebuah gua...

Queen pada tahun 2008 (Mio) pula berbeza,, Mio tidak mengetahui yang dia mempunyai kuasa fangire... Dia mula suka pada Wataru.. tetapi dipaksa menjadi Queen dan berkahwin dengan Taiga... Mio berada dalam dilema kerana dia lebih suka pada Wataru... akhirnya Mio mati kerana melindungi Wataru..

Swallowtail
dikenali sebagai Bishop.. orang kanan kepada King... Bishop yang memaksa Mio kahwin dengan Taiga.. selepas Mio mati,, Bishop mula mengikari Taiga... dia mula mengumpul tenaga hayat manusia untuk menghidupkan King yang lama...

Bat Fangire
King Fangire masa tahun 1986... mempunyai anak bersama dengan Maya iaitu Taiga yang menjadi King Fangire pada tahun 2008...

Friday, 11 February 2011

Kamen Rider Kiva... Full Episod Review

Konnichiwa minasan.. ntah mcm mane boleh berminat lak nk tgk Kamen Rider Kiva nih.. hadoyai.. dpt separuh harga pulak tuh... dr RM49.90 dpt RM29.90... perghh .. jimat2.. sbb tu aku suke lepak kt Classic Metro Point Kajang nih... wakakaka...

Review

Kamen Rider Kiva mengisahkan tentang Kurenai Wataru.. Dia nih duduk berseorangan kt sebuah rumah.. Dia pandai membuat dan membaiki biola.. Tapi dia ni xpandai bergaul dengan orang... Naseb baek ade Shizuka Nomura yg temankan Wataru sepanjang hari... Cerita nih berkait antara dua tahun iaitu 2008 dengan 1986... Pada tahun 1986 Skuad Aozora telah ditubuhkan bagi membanteras musuh manusia,, Fangire.. Ketika itu Asou Yuri ingin membalas dendam kat Ruuku yg telah membunuh ibunya.. Ketika IXA yg sistem nyer direka oleh manusia dijadikan alat untuk membunuh Fangire..
Secara tak sengaja Kurenai Otoya mula terlibat dengan Skuad Aozora dan telah diberi tanggungjawab utk menggunakan sistem IXA.. Pada ketika itu Yuri telah mula suka kan Otoya.. Namun,, Otoya tiba2 jatuh cinta kat Queen Fangire, Maya.. Dalam peraturan Fangire tidak membenarkan bercinta dgn manusia... King murka dengan perbuatan Queen... Segala kuasa Queen ditarik balik... Maya hidup merana kerana sering menjadi mangsa Fangire...

Maya mempunyai dua orang anak iaitu Taiga hasil hubungan dgn King,, dan Wataru hasil hubungan dengan Otoya... Wataru ditinggalkan keseorangan.. Namun dia memiliki kuasa untuk berubah menjadi Kiva... Taiga pula mewarisi takhta King... Mereka berdua hidup berasingan...

Kemunculan Mio Suzuki pada awl nya menjadi tanda tanye... Wataru berminat dgn Mio kerana mempunyai sifat yang same dengan nya,.. Akan tetapi Mio sepatutnya menjadi milik Taiga sebab Mio merupakan waris takhta Queen.. Pada mulanya Mio xdpt terima sbb dia sgt suka kat Wataru.. Tp bila dia dapat tahu yg Wataru adalah sebahagian drp Fangire,, baru Mio dapat menerima hakikat untuk menjadi Queen..

Mio akhirnya mati dibunuh Bishop yang xsuke pergolakan yang berlaku antara Taiga, Mio dan Wataru.. Dengan cara membunuh Mio,, pergolakan ini akan berakhir.. namun,, Taiga tidak menyukai tindakan Bishop... Bishop xpuas hati dengan layanan Taiga dan bertekad utk menghidupkan semula King yang lama... Wataru ngan Taiga still lagi bergaduh sesama sendiri.. Walaubagaimanapun mereka bersatu menewaskan King dahulu yg bergabung kuasa dengan Bishop... Keadaan kembali normal apabila Taiga yg mewarisi takhta king berjanji tidak akan memusuhi manusia...

Karakter2;
Kurenai Wataru (2008) & Kurenai Otoya (1986)
Mio Suzuki (Queen Fangire)
Taiga (King Fangire)
Megumi

Kamen Rider Kiva Form
Garuru
Bashaa Magnum
Dogga Hammer
DoBaGaKi
Dragon Tasulot Form
Zanvat Sword
IXA system
King(Taiga)
3 syaitan yang bergabung kuasa ngan Kiva.. dr kiri Bashaa Magnum, Dogga Hammer ngan Garuru..

Info;
Tayangan ~ 27 Januari 2008 - 18 Januari 2009
Episod ~ 48

Kamen Rider nih yg kedua yg aku tgk full episod.. sblom ni aku dh tgk Kamen Rider Decade.. Pas nih dlm perancangan nak tengok Kamen Rider Daburu ngan Den-O lak... Overall aku suke gile2 nengok Kiva nih... Best!!

Monday, 31 January 2011

Kamen Rider Kiva opening song

Konnichiwa!!... gomen ne.. kat umah skang ni xde tenet... so,, lambat sikit nk update entry2 baru nih... ahaha... perghh.. lepas je dpt ptptn terus je melekat kt kedai dvd CLASSIC @ Metropoint, Kajang.. syurga segala dvd2 jepun, korea n anime... bwahahahahaa... skang ni ade byk offer utk anime2 kt situ... aku beli full episod Kemen Rider Kiva nih pon baru RM29.90... harga asal RM49.90... perghhh!! 50% diskaun.. pe ag... sebat ah... byk lg anime yg korang leh dpt full episod ngan harga RM9.90 - RM29.90... so cepat2 serbu Classic @Metropoint Kajang nih...



Skang ni ngah menonton Kamen Rider Kiva... ahah... cm ne aku leh minat ngok kamen rider nih... haih.. pelik2... hahaha... boleh tahan gak citernyer.. menarik!! suki desu!!... sblom aku cite byk pasal kamen rider kiva nih... ni hah... opening song Kamen Rider Kiva... best2!!