Saturday, 13 April 2013

Kanjani8 ~ Baby Baby [PV]

Konnichiwa!!... perghh.. lame gile xupdate.. hehe.. soryy guyss.. busy giler semester nih.. okeh.. jom kite layan dulu PV Kanjani8 - Baby Baby... nice video weh!


Tuesday, 26 February 2013

JDrama 2012 ~ Great Teacher Onizuka 2012 [Review]


Konnichiwa!!.. da abes tgk Great Teacher Onizuka 2012!!.. terbaek la cte ni.. tapi rasenye yang dulu punye Onizuka macam lagi best.. yg baru ni mcm kureng siket.. hik3x~

REVIEW

Ceritanya lebih kurang je macam versi yang sebelum ni.. cume yang beza nya sekolah nampak lagi canggih.. Fuyutsuki-sensei lagi cun sikit kot.. haha.. perangai pelajar kelas 2-4 masih sama.. suma macam haram anti dengan guru.. disebabkan kelas tersebut banyak masalah dan banyak cikgu yang dah berhenti.. jadi pengarah sekolah melantik Onizuka yang ala2 ketua gangster jadi guru kelas tersebut..

banyak cikgu2 yang xsuke dengan cara Onizuka.. walaubagaimanapun,, Onizuka berjaya mengubah sikap pelajar kelas tersebut kepada lebih baik dengan cara sendiri.. malah dia mengganggap pelajarnya seperti kawan.. Setiap episod ade pelbagai jenis masalah yang timbul.. sume berusaha nak buat Onizuka kene pecat..

KOMEN

- xbanyak beza gaya penceritaan GTO 2012 dengan yg sblom ni.. jadi xde byk suprise pon dalam versi kali ni..
- Onizuka 2012 mcm xberape menyengat sgt.. rasenye yang lamenye lagi gempak
- Konflik2 yang timbul tetap menarik perhatian untuk tgk drama ni smpi habes..
- ade mesej dan kata2 teladan dalam setiap episod.. menarik!!
- Jalan cerita yang xmengecewakan..
- Setelah selesai menonton... drama ni memang TERBAEK!!

INFO

Tajuk: Great Teacher Onizuka 2012
Genre: Aksi, Komedi, Human Drama
Episod: 12
Tv siaran: Fuji Tv
Tv Rating: 13.1%
Tahun: 2012
Main Casting: AKIRA, Shirota Yu, Miori Takimoto, Yamamoto Yusuke

GREAT TEACHER ONIZUKA 2012 TRIBUTE



WATCH ONLINE

Saturday, 23 February 2013

Nostalgia lagu 3月9日~ remioromen

Konnichiwa!!.. pernah menonton drama paling touching,, One Litre of Tears?? mesti pernah kan.. drama wajib tonton ni.. hehe.. dalam drama ni ada selit lagu remioromen yg berjudul 3 gatsu 9 ka (9hb Mac).. nostalgik sungguh lagu ni.. feeling abes..

Versi asal

ni versi asal lagu nih.. agak rancak sedikit tapi layan~

Versi One Litre of Tears

ni versi koir.. salah sebuah lagu tema dalam drama 'One Litre of Tears'... sgt menyentuh perasaan lagu ni dengan ceritanya..

Versi Kanjani8

yg agak latest,, dinyanyikan semula oleh sebuah band boy popular di Jepun, Kanjani8.. Salah seorang anggota kumpulan ini adalah hero dalam drama ni,, iaitu Nishikido Ryo yg memegang watak Asou Haruto..

lagu ni sgt nostalgik kan.. hehe ^^

Thursday, 21 February 2013

JDrama 2012 ~ Papa wa Idol [Review]


Konnichiwa!!.. ade yg minat ngan kanjani8 x kat sini.. wakaka!~ baru lepas tgk drama papa wa idol.. xsangka pulak wujudnye karakter Nishikido Ryo bersama dengan kumpulan Kanjani8 dalam drama ni.. ahah.. dah macam drama pasal kanjani8 pon ade.. tapi sebenarnye bukan.. XD

SINOPSIS

Drama pasal Nishikido Ryo yang merupakan artis terkenal dan juga anggota kumpulan popular Kanjani8.. Ryo-kun berhasrat untuk mengahwini gadis pilihannya, Haruka yang telah mempunyai 3 org anak.. walaupun usia Haruka agak tua sikit.. tapi tu xmenghalang percintaan mereka.. Haruka telah ditinggalkan suaminya dan membesarkan anak2nya sendiri..

Pelbagai masalah timbul pada awalnya,, dimana anak2 Haruka xdapat bergaul mesra dengan Ryo.. Manager Ryo juga xbersetuju dengan keputusannya untuk berkahwin.. Pada mulanya perkahwinan Ryo dengan Haruka dirahsiakan daripada pengetahuan umum serta ahli kumpulan Kanjani8.. Segalanya berjalan agak lancar,, Ryo mampu membahagikan masa kerjanya dengan keluarga.. namun,, Ryo agak sukar utk bergaul mesra dengan anak2 Haruka..

Kontroversi melanda Ryo dimana dia dikaitkan dengan pelakon jelita Nayomi.. Khabar angin menyatakan yg mereka berdua sedang bercinta.. kontroversi menambah tekanan kepada Ryo yg sedang berusaha menjadi ayah kepada anak2 Haruka.. Secara tidak sengaja,, rahsia perkahwinan sampai ke pengetahuan ahli2 Kanjani8.. pada mulanya mereka mahu menggugurkan Ryo.. namun,, atas sebab setia kawan,, mereka tetap mahu Ryo jadi ahli kumpulan Kanjani8..

Konflik timbul bila seorang wartawan membongkar rahsia perkahwinan Ryo dan Haruka.. Pada waktu tu Ryo menghadapi pelbagai tekanan daripada media dan peminat2 nya.. Haruka yang kesian dengan nasib Ryo akhirnya membuat keputusan untuk bercerai dgn Ryo..


Walaubagaimanapun,, selepas semangat yg diberikan oleh rakan2 Ryo dan peminat.. akhirnya Ryo dan Haruka bersatu semula... pehhhh.. sweet ending... heeee

KOMEN

- drama yg happening + funny
- jalan cerita yg relax je.. dan menarik.. setiap episod nk taw ape kesudahannya..
- konflik yg menarik..
- Nishikido Ryo dlam cte ni mmg best.. beza daripada watak yg sblom2 ni.. dalam cte ni wataknya lebih ceria..
- lepas abes tgk.. drama ni memang BEST!!


INFO

Tajuk: Papa wa Idol
Genre: Komedi
Episod: 10
Siaran Tv: TBS
Rating Tv: 8.2%
Tahun: 2012
Casting: Nishikido Ryo, Yuka, Kawashima Umika

Nishikido Ryo .. terbaek!!


FUNNY PART



WATCH ONLINE

http://www.gooddrama.net/japanese-drama/papa-wa-idol

Thursday, 14 February 2013

Senarai Pilihan Best JDrama Actor & Best JDrama Actress (2012)

Konnichiwa!! .. yoshh minasan.. jom undi aktor dan aktress faveret korang.. rase2nye sape korang rase lakonan terbaek sepanjang JDrama tahun 2012.. berikut calon2nye.. korang boleh vote pada ruangan yang disediakan di sebelah kanan nih ------------>


Best JDrama Actor (2012)

1. Oguri Shun 
(Rich man Poor woman)

2. Ohno Satoshi 
(The Locked Room Murders)

3. Matsumoto Jun 
(Lucky Seven)

4. Nishikido Ryo 
(Papa wa Idol)

5. Takuya Kimura 
(Priceless)

6. Seto Koji 
(Tokyo Airport, Teen Court)

7. Mukai Osamu 
(Hungry!, Summer Rescue)

8. Yamashita Tomohisa 
(Ending Planner)

9. Koike Teppei 
( Naiwa Junior Detectives)

10.Yuri Chinen 
(Sprout, Ending Planner)

11. Yamada Ryousuke 
( Perfect son)

12. Nakai Masahiro
 (Ataru)

13. Yamamoto Yusuke 
(GTO2012, Will You Marry me again?)

14. Ikuta Toma
 (Late Blooming Sunflower)

15. Masaki Aiba 
(Mikeneko Holmes no Suiri)

Best JDrama Acktress (2012)

1. Horikita Maki 
(Umechan Sensei)

2. Keiko Kitagawa
 (The Locked Room Murders)

3. Toda Erika 
(The Locked Room Murders)

4. Miori Takimoto
 (GTO2012, Hungry!,Perfect Blue)

5. Nana Eikura
 (Ending Planner)

6. Ishihara Satomi
 (Rich man Poor woman) 

7. Matsushima Nanako 
(Lucky Seven)

8. Karina
 (Priceless, Dirty Mama!)

9. Nakama Yukie 
(My Mommy is a Ghost!, Renai Neet)

10. Masami Nagasawa 
( High School Entrance Exam, I Love Tokyo Legend )

11. Aragaki Yui 
(Legal High) 

12. Emi Takei
 (Flat Out Tokyo Girl, Breathless Summer)

13. Ayame Gouriki 
( Beginners!, Teen Court, W no Higeki)

14. Fukada Kyoko
 (Tokyo Airport)

15. Mizukawa Asami
 (Becoming Doctor at Age 37, Tsumi to Batsu)

korang boleh undi sorang je keh.. hihi.. selamat mengundi ^^

Monday, 11 February 2013

JDrama 2010 ~ GOLD [Review]

Konnichiwa!!.. xde idea nk layan drama mane nih.. layan drama 'GOLD'.. hehe.. drama ni pasal keinginan keluarga Saotome utk dapat pingat emas di Sukan Olimpik..

SINOPSIS

Saotome Yuri, ibu kepada Kou, Ren dan Akira mempunyai keinginan untuk melihat anak-anaknya mendapat pingat emas semasa temasya sukan olimpik.. ini disebabkan kegagalan abg Yuri yang membunuh diri sebab xmahu terima hakikat yang dia xmampu dapatkan pingas emas Olimpik..

Walaubagaimanapun,, ade masalah yg timbul pada anak-anak Yuri.. Pada mulanya Ren tidak mahu terlibat dengan sukan dan mahu hidup bebas disebabkan dia xdapat perhatian sangat daripada Yuri.. Ini kerana Yuri lebih tertumpu kepada Kou iaitu anak sulungnya dalam acara renang.. Kemudian Akira menimbulkan masalah percintaannya.. Mulanya dia suka kepada jurulatihnya yang juga org kepercayaan Yuri, Hasumi Joji.. Disebabkan Joji xdapat membalas cinta Akira,, dia berasa kecewa dan jatuh cinta pula pada seorang jurugambar.. disebabkan jurugambar tersebut ade kaitan dengan mendiang abg Yuri.. Yuri telah bertindak untuk menjauhkannya daripada Akira.. Namun Akira xberpuas hati dengan tindakan Yuri dan bertindak mengukir tatu yang sama dengan jurugambar tersebut sbg menyatakan cinta sejatinya.. Tindakan itu menimbulkan kemarahan Yuri dengan tatu tersebut secara automatik Akira xlayak bertanding dalam acara sukannya.

Yang terakhir sekali, Kou menghadapi tekanan sebagai anak sulung yang bakal mewarisi syarikat Yuri.. Kou bertindak mencederakan diri dalam kemalangan yang disengajakan.. Yuri tertekan dengan masalah Kou dan Akira bertindak memujuk kembali Ren.. Namun begitu Ren mempunyai masalah jantung dan tidak boleh menjalankan aktiviti sukan.. Disebabkan semangat Ren yg xmahu kecewakan Yuri membuatkan Kou bersemangat dan menyertai acara renang pada kejohanan renang.. Dalam kejohanan tersebut Kou berjaya mendapat tempat pertama dan memperbaharui rekod..

KOMEN
- drama ni xkonsisten.. kejap best kejap boring.. episod tengah2 mmg boring..
- Yuki Amami dalam drama ni mmg best.. Emi Takei pon.. hehe..
- Jalan cerita yang agak kurang mantap..
- Ade part yg macam xlogik akal.. seperti boleh nampak roh anak Yuri yg telah gugur kandungan sentiasa menemani Yuri..
- Jalan cerita macam complicated.. susah nak memahami situasi cerita ni kadang2..
- Bagi aku.. cerita ni OK laaaa.. boleh jugak layan.. huhu.. xde la boring sgt..

INFO

Tajuk: GOLD
Genre: Human Drama, Sport
Episod: 11
Tv siaran: Fuji Tv
Tv Rating: 8.9%
Tahun: 2010
Dibintangi : Yuki Amami, Emi Takei, Toru Matsuzaka, Takashi Sorimachi & Masato Yano

KARAKTER UTAMA

Saotome Yuri (Yuki Amami).. seorang ibu kepada 3 org anak yg terlibat dalam sukan.. seorang yg mempunyai semangat tinggi.. sanggup buat ape saja asalkan dapat pingat emas yg diidamkan oleh keluarga Saotome.. sanggup gadai nyawa anak sendiri walaupun dye tahu yg Ren ada masalah jantung..

THEME SONG







KAT-TUN ~ Expose Official Video [ Download Link ]


Konnichiwa!!.. da tgk PV expose??.. hehe.. mmg susah nk jumpe kt youtube mahupun dailymotion.. so,, aku share link download KAT-TUN ~ Expose PV.. hehe

[PV] KAT-TUN ~ Expose
File type : avi
Dimension : 1280 x 720
Size : 172MB
Duration : 04:39
DOWNLOAD HERE  **PASSWORD: kte130602

Sunday, 10 February 2013

Bahasa Jepun ~ Penggunaan 'koma' dalam Bahasa Jepun


Konnichiwa!!.. minasan wa genki? ore wa genki desu! yosh... kali ni just nak share pasal tanda koma (,) dalam Bahasa Jepun.. Sebenarnya xde tanda koma pon dalam Bahasa Jepun,, tapi ade perkataan 'ya' yang menandakan koma.. dan apabila sebut 'sebagainya' dalam Bahasa Jepun ialah 'nado'...

Bentuk     seperti ini ---->   ayat... , ..... , .... dan sebagainya
Dalam Bahasa Jepun ---->  ayat... ya .... ya .... nado.

Contoh ringkas:

Takumi-san wa koko de zasshi ya shinbun ya noto nado wo kaimasu.
( Takumi membeli majalah, surat khabar, nota dan sebagainya disini. )

'ya' dalam Bahasa Jepun tapi ia adalah simbol koma (,) dalam Bahasa Melayu.. dan 'nado' bermaksud 'sebagainya / lain-lain'..


Contoh - contoh lain:

Kyou wa watashi ya Ani-san ya Toru-san to Depato e ikimasu.
( Hari ini saya, Ani dan Toru pergi ke Pusat membeli-belah. )

Watashi wa Nihon no dorama ya Marei no dorama nado wo mimasu.
( Saya menonton Drama Jepun, Drama Melayu dan sebagainya. )

Ashita wa Maria-san ya sensei ya Maria no okasan to isshoni gakusei e ikimasu.
( Esok Maria, Cikgu dan ibu Maria akan pergi  ke sekolah bersama. )

Koko wa Ami-san ya Mari-san ya Ali-san nado gohan wo tabemasu.
( Disini Ami, Mari, Ali dan lain-lain  makan nasi )

Harap boleh faham.. kalu ade yg tersilap tolong bagitahu ye.. kite sama2 belajar.. hehe.. contoh2 ni aku try buat sendiri berdasarkan nota-nota yang aku study.. hehe.. nanti aku cuba ngan korang contoh2 ayat lain supaya boleh mahir buat ayat dalam bahasa jepun ^^

Saturday, 9 February 2013

Bahasa Jepun ~ Penggunaan perkataan 'to isshoni' (bersama)

Konnichiwa!!.. smalam ade share pasal penggunaan perkataan 'to' .. hari ni share pasal 'to isshoni' pulak.. perkataan ni biasanye digunakan untuk manusia.. maksud perkataan 'to isshoni' ialah bersama (seseorang).

cara penggunaan:-

Kata Nama + to isshoni (bersama)

bila translate dalam bahasa melayu akan jadi terbalik.. seperti contoh dibawah..

Contoh ringkas:

1. Kodomo to isshoni  ( Bersama anak )

2. Cici to isshoni  ( Bersama ayah )

3. Tomodachi to isshoni  ( Bersama kawan )

4. Sensei to isshoni  ( Bersama cikgu )

5. Maneja to isshoni  ( Bersama pengurus )

Contoh ayat:

1. Kodomo to isshoni heya de nemasu  (  Tidur bersama anak di bilik)

jika dengan menggunakan perkataan 'to' sahaja akan jadi seperti berikut:

--> Kodomo to heya de nemasu  ( Tidur dengan anak di bilik) ** 'to' dalam ayat ni bermaksud 'dengan'..

Contoh ayat lain:

- Haha wa cici to isshoni  depato e ikimasu  ( Ibu pergi ke Pasaraya bersama ayah )

Jika dengan menggunakan perkataan 'to' ;

- Haha to cici wa depato e ikimasu  ( Ibu dan ayah pergi ke bandar )..

** harap xde yg konpius 'to' ade dua maksud iaitu 'dan' & 'dengan'.. maksud 'to' ini bergantung kepada ayat.. ada kala akan jadi 'dan' ... kdg2 boleh jadi 'dengan'

Contoh lain:

- Watashi wa tomodachi to isshoni terebi o mimasu   ( Saya menonton TV bersama rakan )

Jika dengan menggunakan perkataan 'to'

- Watashi to tomodachi wa terebi o mimasu  ( Saya dan rakan menonton TV )

okeh.. rasenye stakat ni contoh yg aku dpt bagi.. hope boleh faham cara penggunaan 'to isshoni' dan perbezaan dengan 'to'.. insyaallah,, akan datang aku share banyak contoh2 ayat.. ^^

Friday, 8 February 2013

Bahasa Jepun ~ Penggunaan perkataan 'to' (dan)

http://odstatic.com/zonamanga.com/shinchan.jpg
Shin Chan to Kazama
Konnichiwa!!.. kali ni just sharing pasal penggunaan perkataan 'to' yang bermaksud 'dan'.. xde beza dengan bahasa melayu atau bahasa inggeris.. perkataan 'dan/and' akan akan berada diantara kata nama..

Sebagai contoh:

Zasshi to Shinbun
Majalah dan Surat Khabar

Kata Nama + to + Kata Nama

Contoh ayat ringkas lain

- Ueda-san to Satoshi-san  ( Ueda dan Satoshi )
- Otousan to Okasan  ( Bapa dan Ibu )
- Sensei to Gakusei ( Cikgu dan pelajar )
- Nihon to Mareishia ( Jepun dan Malaysia )
- Neko to Usagi ( Kucing dan arnab )
- Tabemono to Nomimono ( Makanan dan Minuman  )

Contoh ayat lengkap:

Ototo wa Zasshi to Shinbun wo kaimasu  ( Adik membeli majalah dan surat khabar)

** 'Majalah dan surat khabar' adalah objek yang di beli.. Maka partikel 'wo' digunakan untuk melengkapkan ayat.

Ueda-san to Satoshi-san wa Nihon-jin desu  ( Ueda dan Satoshi adalah orang Jepun)

** 'Ueda dan Satoshi' adalah subjek dan partikel 'wa' digunakan untuk melengkapkan ayat.

Urimono wa tabemono to nomimono desu  ( Barang jualan adalah makanan dan minuman)

** 'Makanan dan Minuman' adalah perkara yang dibincangkan.. jadi partikel 'wa' digunakan untuk melengkapkan ayat..

Watashi wa Nihon to Mareishia wo suki desu  ( Saya suka Jepun dan Malaysia)

** 'Jepun dan Malaysia' adalah topik yang dibincangkan .. jadi partikel 'wa' digunakan pada awal ayat dan partikel 'wo' di akhir untuk melengkapkan ayat..



Semoga memberi manfaat.. sama2 lah kita menambah ilmu di dada.. =)


KAT-TUN ~ Expose [Download Link]


Konnichiwa!!.. KAT-TUN~ Expose has been released.. ngahaha.. great!!... so,, here is the link for download this single...

Title: KAT-TUN ~ Expose
Released: 6th February 2013
File Size: 41MB (320kbps)

track list:
01 - Expose
02 - Connect & Go
03 - Steps to love
04 - Haruka no Higashi no Sora e
05 - Brand New Day

click here to download -----> http://www22.zippyshare.com/v/33190446/file.html  =)

Thursday, 7 February 2013

Bahasa Jepun ~ Perkataan 'mono' (benda)

http://3.bp.blogspot.com/-7W9TnGRL4Z4/UPMdrp1qQoI/AAAAAAAAAEM/DuSDeHF6u_A/s1600/013gr.jpg
Konnichiwa.. lame xupdate pasal bahasa jepun.. gomen ne^^.. okeh hari ni ade baca pasal perkataan mono iaitu 'benda'.. biasanye dalam bahasa jepun kata kerja mesti ade 'masu' dekat belakang ayat..lihat contoh dibawah..

BAHASA JEPUN                 BAHASA MELAYU
Kaimasu                                   Membeli
Urimasu                                    Menjual
Tabemasu                                 Makan
Nomimasu                                Minum
Wasuremasu                             Lupa
Asobimasu                               Bermain
Norimasu                                 Naik kenderaan
Tatemasu                                 Mendirikan

Apabila dalam kata nama perkataan 'masu' akan terhapus.. maka terjadilah seperti yang berikut;

Kaimasu -->  Kaimono [Membeli belah] ~ Kai (beli) + mono (benda/barang) = membeli benda/barang (membeli belah)

Urimasu --> Urimono [Barang jualan] ~ Uri (jual) + mono (benda/ barang) = barang jual (Barang jualan)

Tabemasu --> Tabemono [Makanan] ~ Tabe (makan) + mono (benda/barang) = benda makan (makanan)

Nomimasu --> Nomimono [Minuman] ~ Nomi (minum) + mono (benda/barang) = benda minum (minuman)

Asobimasu --> Asobimono [Permainan] ~ Asobi (main) + mono (benda/barang) = benda main (permainan)

Wasuremasu --> Wasuremono [Barang yang terlupa] ~ Wasure (lupa) + mono (benda/barang) = barang lupa (barang yang terlupa)

Norimasu --> Norimono [Kenderaan]  ~ Nori (naik) + mono (benda/barang) = benda naik (kenderaan)

Tatemasu --> Tatemono [Bangunan] ~ Tate (diri) + mono (benda/barang) = benda diri (bangunan)

mungkin agak kelakar sikit dan pelik sikit bunyi nya bila digabungkan dengan perkataan 'mono'.. hope korang boleh faham dengan cara macam ni.. ^^

Wednesday, 6 February 2013

JDrama 2012~ Rich man Poor woman [Review]

 
 
Konnichiwa!!... kisah percintaan berbeza darjat yang unik.. hehe.. ramai yg membandingkan drama ni dgn drama2 korea.. ternyata drama 'Rich man Poor woman' telah memukau jutaan penonton dengan jalan cerita yang sangat menarik.

SINOPSIS

Drama ni mengisahkan pasal percintaan antara Hyuga Toru (Oguri Shun) dengan Natsui Makoto (Ishihara Satomi).. Hyuga merupakan president syarikat yg berjaya iaitu Next Innovation.. Manakala Natsui seorang pelajar yg sedang mencari pekerjaan.. Mereka berdua bertemu semasa Hyuga ingin mencari pekerja baru di syarikat miliknya.. Natsui telah memikat Hyuga utk menjadi pekerjanya dengan menggunakan nama Sawaki Chihiro iaitu nama ibu kandung Hyuga yg telah menghilangkan diri..

Dalam diam2 Natsui mula jatuh cinta pada Hyuga.. Walaubagaimanapun,, reaksi Hyuga sukar diduga,.. kerana dia mmg hebat dalam mencipta produk baru dan unik tetapi tidak pandai dalam bercinta.. Dia pada asalnya hanya menggunakan Natsui utk kepentingan syarikat mendapat projek2 besar..

Konflik timbul apabila rakan baik Hyuga, Asahina Kosuke merancang menjatuhkan reputasinya sebagai presiden.. akibat drp masalah yg ditimbulkan oleh Asahina,, Hyuga telah meletakkan jawatan dan Asahina menjadi presiden... Hyuga tidak menerima hakikat apabila Asahina telah menggunakan idea2nya utk menaikkan semula pendapatan syarikat... Natsui yg bersimpati dengan Hyuga telah banyak memberi dorongan dan semangat kpd Hyuga untuk memulakan syarikat baru..

Lama kelamaan Natsui merasakan dirinya tak diperlukan lagi dan mula menjauhkan diri daripada Hyuga.. Pada akhir cerita Hyuga dengan Natsui menjalinkan hubungan cinta mereka.. perghh.. so sweet drama ni.. hehehe

KOMEN

- Drama percintaan yg unik.. banyak bende yg kadang2 kita xjangka akan berlaku dalam cite ni..
- Konflik yg menarik minat untuk menonton drama ni smpai habes.. dah abes pon mcm xpuas.. kenape pendek sgt cite ni?? haha.. hope ade season 2.. hehe.. kebiasaan drama jepun mcm tu.. kalu best mesti ade season 2..
- cite ni bkn fokus pada percintaan je.. ade jugak masalah keluarga dan persahabatan.. touching gak..
- aku suke Ishihara Satomi dalam cte nih.. kalut tapi kelakar.. haha.. Oguri Shun lak dan macam Genji pon ade.. ngahaha..
- drama ni lebih romantik drp Hana Yori Dango?? ahah
- Serius drama ni TERBAEK!!

INFO

Tajuk: Rich man Poor woman
Genre: Romantik, Komedi
Episod: 11
Siaran Tv: Fuji Tv
Rating Tv: 12.4%
Tahun: 2012  
Lagu Tema: Hikari e- Miwa & Napa- Miwa
Pelakon utama: Oguri Shun, Ishihara Satomi, Arata & Aibu Saki

KARAKTER UTAMA

Hyuga Toru (Oguri Shun).. bijak dalam mencipta produk baru yg unik.. tegas.. kadang2 cepat marah.. xpandai dalam bercinta.. 

Natsui Makoto (Ishihara Satomi).. sangat kalut.. haha.. tapi kelakar.. suka kat Hyuga tapi malu nk bgtaw.. suka ambil berat dan banyak membantu menyelesaikan masalah Hyuga.. 


PREVIEW



ONLINE WATCHING
http://www.gooddrama.net/japanese-drama/rich-man-poor-woman

vote this drama for best jdrama 2012.. hehe.. rekemen sape2 yg blom tgk lagi,,