Saturday 3 March 2012

Detective Conan Live Action Drama [Reveiw]


Konnichiwa..abes gak menonton drama detective conan.. hehe.. awal2 sem ni boleh lah layan drama banyak2... ngaaaa~

Sinopsis

Sebenarnya drama detective conan nih lebih kepada mengimbau kembali kes-kes yang pernah diselesaikan oleh Sinichi Kudo.. Kudo, Ran dan Kougoro terperangkap dalam sebuah bilik putih.. jika mereka nak kuar drp bilik tuh,, kena berikan jawapan berdasarkan tarikh2 kes yang Kudo pernah selesaikan dulu..

ade macam2 trick yg diorang kene tempuhi semuanya mengikut jenis2 kes tersebut..
Kotak putih ni akan muncul setiap kali diorang masuk ke bilik baru.. setiap episod masuk bilik lain.. tapi ruang dan rupa biliknye same je.. Kudo kene letakkan jawapan yg betul daripada klu yg di beri... kalu betul baru ade pintu di buka untuk keluar...

Kemunculan detective terhandal Osaka.. Hattori.. secara xsengaja Kudo bertemu dengan Hattori dan menyelesaikan satu kes secara bersama.. tapi Kudo merahsiakan identitinya untuk melihat sejauh mana handalnye detective terhandal Osaka nih..

Ran sentiasa ade bersama Kudo dalam menyelesaikan masalah

Komen

- bagi aku drama ni best jugak.. banyak trick.. ape yang kite jangkakan akan jadi lain pulak..
- jalan cerita menarik.. suspen.. kdg2 lawak jugak.. nak2 lagi part2 yang ade Kogoro Mori..
- ade samb ke? nmpak mcm nak wat samb je bile tgk episod last.. kalu ade mungkin pas ni cerita mase Kudo dah jadi Conan..
- org biasa bandingkan Kudo sekarang (Mizobata Junpei) ngan Kudo dulu (Oguri Shun).. bagi aku Mizobata Junpei pon best gak jadi Kudo.. Cool~
- Ran kali ni nampak cute^^
- Skala Drama nih: BEST

Info

Tajuk: Detective Conan - Kudo Sinichi e no Chousenjou
Genre: misteri , suspen
Pengarah: Shirakawa Takeshi
Penulis: Aoyama Gosho (manga), Hata Takehiko, Hayashi Makoto
Penerbit: Daisuke Amago
Network: NTV, YTV
Jumlah Episod: 13
Tahun: 2011
Rating Penonton: 4.98%
Karakter Utama: Sinichi Kudo (Mizobata Junpei), Mouri Ran (Kutsuna Shiori)

Detective Conan Live Action Drama [Ending Song]

Konnichiwa.. ni ending song untuk drama Detective Conan^^... enjoy this song

Friday 2 March 2012

High School Debut [Review]



Konnichiwa!!... da abes tgk high school debut.. ho yeah!!.. ngengok kt youtube je.. kuang3x~... cite ni dulu kuar saing2 ngan cte Paradise Kiss tapi ntah xtaw nape smpi skang cte ni xkuar dlm bentuk dvd di Malaysia.. best kowt!! haih...

Sinopsis


Cite ni pasal Haruna yang berazam untuk mempunyai boyfriend... tapi disebabkan perangai nye yang kalut.. xmacam pompuan langsung.. huhu.. so,, xde sorang lelaki pon nk dekat ngan dia... Haruna nih dulu hebat dalam sukan softball.. skang ni dia dah berhenti main softball dan bercita-cita nak cari boyfriend..

Pada satu hari dia terjumpa,, You Komiyama.. dia minta You jadi jurulatihnya menjadi seorang perempuan yang diminati lelaki...

mula2,, You nak tukar fesyen Haruna.. Fesyen Haruna pada mulanya sangat teruk+kelakar.. so, You ajar Haruna menggayakan pakaian yang lebih menarik... lepas itu,, You nak ubah cara Haruna melayan lelaki.. so,, You menggunakan rakannya,, Tamura untuk berdating dengan Haruna...dari jauh You akan perhatikan kelakuan Haruna dan akan memberi isyarat melalui mesej..

dalam masa You melatih Haruna,, mereka berdua dah bersetuju supaya x akan jatuh cinta antara satu sama lain.. tapi ade yang jeles ngan hubungan mereka iaitu musuh Haruna dahulu.. sebab dia xpuas hati Haruna berhenti main softball lepas tu mula bercinta dengan lelaki..

lama kelamaan Haruna macam putus asa untuk cari boyfriend.. walaupun dah kuar dating dengan Tamura,, tapi dia masih gagal .. atas sebab itu You sentiasa beri semangat kpd Haruna.. tanpa disedari mereka berdua mula mencintai antara satu sama lain ^^..

Komen

- Serius movie nih best.. hehe.. jalan cerita memang menarik.. lawak =D
- Junpei-kun mmg cool...
- Skala Movie nih: SANGAT BEST^^

Info

Tajuk: High School Debut
Genre: Komedi Romantik
Pengarah: Tsumoto Hanubasa
Penulis: Kazune Kawahara (manga), Yuichi Fukuda
Produser: Yamada Masako
Tarikh Tayangan: 1 April 2011
Tempoh Masa Tayangan: 93 minit
Jumlah Kutipan Tiket: $3,342,697
Karakter Utama: Nagashima Haruna (Ono Ito), Komiyama You (Mizobata Junpei), Fumiya Tamura (Masaki Suda)

High School Debut juga dikenali sebagai 'Koukou Debyuu'... penulisnya ialah Kazune Kawahara.. diterbitkan oleh Shueshia menerusi majalah Bessatsu Margaret.. kesemuanya ada 13 volumes..

Trailer;