Friday 25 March 2011

Apa salah anime!!???


Assalamualaikum kepada pembaca-pembaca blog aku sekalian... entry kali ni adalah pasala ketidakpastian aku terhadap media Malaysia yang memberikan komen negatif terhadap anime/manga Jepun..

Sebelum ini Kerajaan mahu mengharamkan kemasukan anime ke Malaysia atas alasan mempunyai unsur-unsur lucah... Yang pelik nyer cite-cite barat yang lucah tahap gaban xpulak wat sekatan.. ini yang kartun pulak nak sekat.. Macam mane tuh?? ape pendapat korang...

Sekarang ini diorang cakap pemainan anime dosa!.. sebab mengajar remaja cara-cara mengorat... hmmmmm... terfikir gak aku... punyer lah byk game2 orang putih yg ade unsur-unsur begitu... tak pulak diharamkan... sebagai contoh The Sims... lagi lah... terus buat anak... agaknyer remaja-remaja skang belajar buat anak drp permainan The Sims kowt... kenape xharam kan...

Ok malas nak membebel pasal nih.. yang aku hairan kenape kerajaan Malaysia memandang serong dengan keluaran Jepun seperti anime... bukan nak back up Jepun.. tapi diorang xkaji yang anime Jepun nih banyak disiratkan dengan nilai-nilai murni... xperlu lah pandang sgt pasal seksi tuh.. sbb.. diorang mmg sejak azali sebegitu.. kita ambil yang positif...

Yang paling naik hangin bile ada segelintir pembesar-pembesar Malaysia yang memperlekehkan tentang bencana alam yang melanda Jepun.. Itu bencana alam laaaa... xde sape boleh lawan kuasa Allah.. lain kali nak buat statement pikir dulu.. kan dah satu dunia ludah statement korang... Jepun banyak membantu Malaysia drp pelbagai sudut sedangkan duit pinjaman JPA tuh pown dtgnyer dr kerajaan Jepun...

Yankee-kun to Megane-chan


Konnichiwa!! lame dah x update pasal drma terbaru.. busy sesngat... wahaha.. akhirnyer dlm masa satu bulan berjaya jugak aku menghabeskan 10 episod drama Yankee-kun to Megane-chan nih.. yeeepiii!! best giler..

Sinopsis;

Drama ni mengisahkan tentang Huricane Ada yang nak jadi seorang perempuan yg normal.. sebelum nih dia nih gangster... sume org dia dh belasah... tp selepas beberapa kali dipujuk oleh atuknyer,, akhirnyer Ada-chan berubah jadi perempuan yg sopan... so,, dia pon masuk ke sebuah sekolah dan memegang jawatan sebagai ketua kelas...

Shinagawa-kun pulak seorang pelajar yg malas.. dia ni gangster jugak.. tp kat umah selalu kena buli ngan kakaknyer... dia nih sebenarnyer bermasalah sebab selalu diperlekehkan oleh bapanyer... Shinagawa sebenarnya seorang pelajar yg pintar bercita-cita nak amek alih klinik ayahnyer.. walaubagaimanapun ayah Shinagawa xpercaya dengan kebolehannya dan akan memberikan klinik kepada kakaknyer kelak... Shinagawa terus putus harapan dan malas nk teruskan pelajaran..
walaubagaimanapun,, sejak bertemu dengan Ada,, Shinagawa berubah sedikit.. ini disebabkan Ada sering kali mengganggu masa tidonye disekolah dan dipaksa menjawat jawatan sebagai timbalan pengerusi perwakilan pelajar yg mana Ada-chan terpilih menjadi pengerusi perwakilan pelajar..

Pelbagai masalah timbul apabila beberapa kumpulan gangster muncul utk berlawan dengan Ada dan Shinagawa.. Pada mulanya Ada xmahu tunjukkan kehebatannya.. tp.. keadaan mendesaknya utk berbuat demikian.. Identitinya dirahsiakan drp pengetahuan pelajar lain tatkala ramai pelajar yg anti dengan Shinagawa sebabkan perwatakan gangsternyer...

akhirnyer identiti sebenar Ada terbongkar.... Pada waktu itu Ada mmg dah bersedia untuk lepaskan jawatan.. tp... sume pelajar xsetuju dan kumpulkan tandatangan untuk menuntut pihak sekolah xmelucutkan jawatan Ada...


Komen;
- Cerita ni best... diambil drp manga..
- Terharu dengan nilai murni yang ditonjolkan...
Contoh; perngorbanan- Shinagawa sanggup berlawan dengan kumpulan gangster semata-mata nak tutup identiti sebenarnya Huricane Ada.. walaupun selepas itu dia diberhentikan sekolah...
- Naka Riisa kawaiii nee!!
- Time gaduh2 xnampak real... cm kartun ckit.. hahaha...

Info;
  • Title (romaji): Yankee-kun to Megane-chan
  • Also known as: Flunk Punk Rumble / Yanmega
  • Format: Renzoku
  • Genre: Comedy
  • Episodes: 10
  • Broadcast network: TBS
  • Broadcast period: 2010-Apr-23 to 2010-Jun-25
malas lak nak citer panjang lebar pasal citer nih... yg penting mmg best!!

Arashi- Furusato



嵐 - ふるさと


Arashi - Furusato (Hometown)*


夕暮れせまる空に 雲の汽車見つけた
なつかしい匂いの町に 帰りたくなる
Yuugure semaru sora ni Kumo no kisha mitsuketa
Natsukashii nioi no machi ni kaeritaku naru

As dusk approaches[1] the sky, I found a train of clouds
I'm returning to the town with the smell I miss


ひたむきに時をかさね 想いをつむぐ人たち
ひとりひとりの笑顔が いま
僕の そばに

Hitamuki ni toki wo kasane Omoi wo tsumugu hito tachi
Hitori hitori no egao ga ima
boku no soba ni

Earnestly piling up the times,
of the people who spins[2] my memories
Each and everyone's smiles, are now,
by my side


めぐりあいたい人がそこにいる やさしさ広げて待っている
山も風も海の色も いちばん素直になれる場所 
Meguriaitai hito ga soko ni iru Yasashisa hirogete matte iru
Yama mo kaze mo umi no iro mo Ichiban sunao ni nareru basho    
      
There are people there who I want to meet again, sharing their kindness, waiting for me       
The mountains and the winds and the color of the seas, it is the place that I can be the most honest [3]


忘れられない物語がそこにある 手と手をつないで口ずさむ
山も風も海の色も
ここはふるさと
Wasurerarenai uta ga soko ni aru Te to te wo tsunaide kuchizusamu
Yama mo kaze mo umi no iro mo
Koko wa furusato

My unforgettable stories are there, we hold hands, humming
The mountains and the winds and the color of the seas,
(This is my hometown)


めぐりあいたい人がそこにいる やさしさ広げて待っている
山も風も海の色も
(ここはふるさと)
Meguriaitai hito ga soko ni iru Yasashisa hirogete matte iru
Yama mo kaze mo umi no iro mo
(Koko wa furusato)

There are people there who I want to meet again, sharing their kindness, waiting for me       
The mountains and the winds and the color of the seas,
(This is my hometown)


君のふるさと
Kimi no furusato
Your hometown

僕のふるさと
Boku no furusato
My hometown

Hope enjoy this song.. i like it.. ahah... jumpa lagu nih lepas nyanyi ramai2 kt dlm kelas bhse Jepun... weee..~~

Saturday 19 March 2011

Spyair- Liar HD PV


Konnichiwa!! penah dgr grup spyair... layan beb... rock!.. ahaha.. aku suka dgr lagu2 grup nih... mmg best giler,,, rancak!! nak2 lagi lagu nih ost untuk drama Hammer Session!

Lyrics [Japan]

Don't cry shinjite
Kimi no namida nuguerunara
Usotsuki ni mo naru
Tada, donkurai tsurakutemo
Hakuishibatte ikiteiku no wa
Omae jishin nandayo

Zenbu, katte na omoi chigai sa
Hito wa uwabe de donna fuu in mo mieru
I'm sorry. Uwattsura dake no YES de
Honne kakushite ore wa umaku yarerukedo

"Jikiru" to "Haido" "RIARU" to "FEIKU"
KOIN no youna omote to ura

Don't cry shinjite
Kimi no namida nuguerunara
Usotsuki ni mo naru
Tada, donkurai tsurakutemo
Hakuishibatte ikiteiku no wa
Omae jishin nandayo
(Oh! Everybody Liar Liar Yeah! Yeah! Yeah!)

Zenbu, katte na omoikomi sa
Tsuyogaru koto mo muimi ni omoeru
Life story tatta hitotsu de ii
Hokoreru mono wo tada hoshigattetanda

"TURU-" to "GOSHIPPU" "Jiyuu" to "MORARU"
KOIN no youna omote to ura

Don't cry shinjite
Kimi no namida nuguerunara
Usotsuki ni mo naru
Ima, donkurai muryoku demo
"Itsuka kitto.." tte fumidasu koto de
Hito wa kawarerukara

Itoshii hodo nikushimi ga
Tanoshii hodo samishikute
Kanjirudaro? Sekai wa
Girigiri de kyou mo mawatteikunda

Don't cry shinjiteru
Kimi wa kitto tsuyokunarukara
Ima wa uso wo iuyo
Datte, donkurai tsurakutemo
Hakuishibatte ikiteiku no wa
Omae jishin nandayo
(Oh! Everybody Liar Liar Yeah! Yeah! Yeah!)

Friday 18 March 2011

Arashi - Love Rainbow Official Video

Konnichiwa... setelah sekian lame bercerita pasal tsunami di Jepun... meh kite lupa kan jap,.. layan lagu dr group J-pop paling popular di Jepun.. video nih baru je diupload 2hari lepas.. susah nk jumpa official video J-pop nih... security sgt.. ahah



Lyrics(Japan)
Kaze no touru sakamichi komorebi no kaidan ni
Omoide wo kizande subete kimi ni suru
Mabushisa ni me wo tojita mata sono shigusa no naka
Atarashii kimi hitotsu mitsukerareta mitaida

Eien wo sagashi ni ikou nante iwanai
Ashita mo zutto sono saki mo kimi to itai dake

Kimi ni furete kirameki dasu nana iro no phrase
Tsuyoku (sotto) karamu (yubi ni) netsu wo kanjiteru
Donna kao de donna koe de tsutawaru kana
Toki wo tomeru kono mama motto futari

Kimi ga boku ni kureru yasashisa ni fureru tabi
Omoi wa afureteku tsutaekirenai hodo
Sora wo aogu furi wo shite kakushita sono namida wo
Boku no te de nugui tai dakishimerareru nara

Wakare wo shiranai deai nante nai kedo
Soredemo kimi ga warau nara boku wa iru kara

Futatsu no oto kasanari au nana iro no phrase
Yume wo (nosete) oto wa (tsuyoku) toki wo kanadeteru
Atarimae no koto wa nai yo sono subete ga
Kiseki no you de kono te wo motto tsuyoku

Yuruganai mono mamoritai mono
Kimi ga boku wo tsuyoku saseru yo

Kimi ni furete kirameki dasu nana iro no phrase
Tsuyoku (sotto) karamu (yubi ni) netsu wo kanjiteru
Donna kao de donna koe de tsutawaru kana?
Toki wo tomeru kono mama motto...

Futatsu no oto kasanari au nana iro no phrase
Yume wo (nosete) oto wa (tsuyoku) toki wo kanadeteru
Atarimae no koto wa nai yo sono subete ga
Kiseki no you de kono te wo motto tsuyoku
Zutto... futari... zutto

Thursday 17 March 2011

Letupan Loji Nuklear Jepun.. Kadar radiasi meningkat

As salam.. Konnichiwa!! minggu ini kita digemparkan dengan letupan loji nuklear di Jepun.. di fahamkan seramai 450 000 penduduk berdekatan telah dipindahkan.. Manakala kerajaan Jepun telah memerintahkan penduduk supaya tidak keluar daripada rumah untuk mengelakkan daripada terkena radiasi...


Pada 15 MAC~ Satu letupan dilaporkan di reaktor tenaga nuklear ketiga di kawasan timur laut Jepun awal hari ini - kejadian ketiga dalam empat hari selepas negara itu dilanda gempa bumi dan tsunami Jumaat lalu. Seorang jurucakap agensi nuklear berkata letupan itu didengar sekitar pukul 6.10 pagi tadi (5.10 pagi waktu Malaysia).

Paras radiasi yang dikeluarkan selepas letupan itu melepasi had yang dibenarkan, lapor agensi berita Kyodo. Letupan itu terjadi ketika jurutera-jurutera Jepun cuba memasukan air laut ke dalam Unit 2 loji tenaga nuklear Fukushima Daiichi selepas paras air pendingin turun, sekali gus mendedahkan rod-rod bahan api uranium.

laporan Reuters menyebut ekoran letupan terbaru pagi ini kadar radiasi telah meningkat empat kali ganda.

Menurut Tokyo Eletcric Power Co, agensi keselamatan telah merekodkan bacaan radiasi yang meningkat sehingga paras 8,217 microsievert sejam pada pukul 8.30 pagi (waktu Jepun) berbanding 1,941 kira-kira 40 minit sebelum itu. Pihak berkuasa di kompleks tenaga nuklear Fukushima Daiichi, yang rosak teruk ekoran tsunami dan gempa bumi Jumaat lalu, sedang cuba untuk mengelakkan kecairan di ketiga-tiga reaktor yang digunakan.

Pihak berkuasa Jepun berkata tahap itu perlu mencapai paras sejuta atau lebih - peringkat yang boleh menyebabkan masalah kesihatan secara besar-besaran. Tokyo Electric Power Co juga berkata pihaknya sedang membuka injap pada saluran tekanan reaktor untuk memasukkan air laut. Unit 1 dan Unit 3 juga sebelum ini menyaksikan penurunan paras air tetapi dimasukkan air laut.

Loji Nuklear Jepun di Fukushima sebelum letupan

Ketika letupan berlaku
salah satu bahagian yang rosak teruk ketika letupan
gambar dari atas letupan loji nuklear di Fukushima

Tahap radiasi lebih tinggi 400 kali ganda dicatatkan di wilayah utara ibu negara Jepun, Tokyo selepas gempa bumi memusnahkan loji kuasa nuklear~laporan Kyodo New

Angin perlahan yang bertiup dari loji nuklear Fukushima Daiishi memberi kesan terhadap wilayah Kyoto termasuk Tokyo~ laporan Reuters

Bandar raya metropolitan Tokyo yang dihuni lebih 20juta penduduk lengang. Kedai-kedai makan sushi dan mi kosong tanpa pengunjung. Para pekerja am dibenarkan berehat dirumah ekoran ketakukan terkena radiasi selepas letupan loji nuklear Fukushima~ laporan berita Kosmo

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia menyatakan bahawa angin yang membawa radiasi tersebut tidak mungkin akan sampai ke Malaysia~ laporan Bernama

Rakyat Malaysia yang ingin melawat ke Jepun dinasihatkan agar tidak melawat bahagian timur laut Jepun selepas amaran pihak berkuasa Jepun berkenaan perlepasan radioaktif selepas letupan loji nuklear baru-baru ini~ laporan bernama

Menurut laporan terkini tahap radiasi berada pada tahap yang boleh mengancam kesihatan dan penduduk dalam kawasan lingkungan 30km daripada loji nuklear dinasihatkan berada dalam rumah. Terkini tahap radiasi di Ibaraki sudah meningkat...

video letupan loji nuklear ketiga;




Monday 14 March 2011

Japan Before & After Earthquake+Tsunami

These are pictures show Japan before and after earthquake+tsunami.. take from abcnews website...

ARAMAHA

before
after

FUJITSUKA

before
after
FUKUSHIMA NUCLEAR PLANT

before
after
HARANOMACHI

before
after

KASHIMA

before
after

ISHINOMAKI

before
after

YURIAGE


before
after

SENDAI AIRPORT

before
after


Sunday 13 March 2011

All over the world is now pray for Japan

Assalamualaikum... konnichiwa... tajuk diatas berbahasa inggeris sedap bunyi nyek.. kalau penulisan smua inggeris berterabur lak nnt.. so prefer tulis dlm b.m la ekk.. Edisi kali khas renungan atas apa yang telah berlaku pada pulau besar Jepun yang dilanda tsunami dan gempa bumi terburuk selepas 140 tahun.. Sebuah negara maju di uji dengan bencana yang begitu dasyat.. Walaupun teknologi paling maju di asia masih xboleh lawan kuasa Allah s.wt... Subhanallah... bersyukur Malaysia jauh dari bencana sebesar ini...

Menurut maklumat media seluruh dunia.. gempa berlaku di timur pulau besar Jepun.. Bandar yang teruk di landa tsunami adalah Sendai, Miyagi, Aumori, Fukushima, Iwate dan Kensensuma.. Setakat hari ni menurut laporan buletin utama seramai 300 mayat telah ditemui dan beribu-ribu penduduk di tempat di pusat penempatan sementara... Kesan daripada gegaran tersebut turut dirasai di Bandar raya Tokyo yang terletak kira-kira 300km dari pusat gegaran... Impak daripada gegaran ini juga menyebabkan beberapa buah tempat luar Jepun turut menerima tempias tsunami seperti di Filipina, Indonesia dan Hawaii.. ada khabar berita menyatakn persisiran pantai Malaysia juga turut mendapat tempiasnya...

Seluruh dunia kini tertumpu kepada Jepun.. Kemusnahan paling teruk dalam sejarah Jepun yang menyebabkan beberapa pelabuhan ditutup serta lapangan terbang Sendai mengalami kerosakan yang teruk dan terpaksa ditutup... Lapangan Narita juga ditutup buat sementara waktu.. Beberapa penerbangan terpaksa dilencongkan ke tempat lain seperti penerbangan MAS yang terpaksa mendarat di Taiwan... Ekonomi seluruh asia juga turut terjejas... Dunia bakal berdepan masalah apabila kawasan pertanian utama Jepun musnah beberapa kilang termasuk pusat penyimpanan minyak ditutup kerana mengalami kerosakan... Ternyata bencana kali ini menyebabkan Jepun hampir lumpuh...

berikut adalah gambar-gambar kemusnahan yang berlaku semasa bencana jumaat lalu;
Ombak tsunami setinggi 10 meter yang membaham Natori, Miyagi (Timur Jepun)

Ombak tsunami memusnahkan kawasan pertanian utama di Jepun
Beberapa buah bangunan terbakar akibat litar pintas
Kawsan penempatan penduduk yang terjejas teruk dalam tsunami
Pelabuhan terpaksa ditutup... kapal-kapal dihanyut ombak..

Bandar Sendai ditenggelami air selepas tsunami
Lapangan Terbang Sendai yang teruk terjejas


Kemusnahan berlaku dalam sekelip mata..
Kejadian air pusar yang membawa ombak tsunami..
Umpama tempat pembakaran sampah...
Gambar selepas kejadian.. pasukan keselamatan melihat kemusnahan yang berlaku

Seluruh Jepun berada dalam keadaan huru hara tatkala pengangkutan kereta api lumpuh serta talian telefon sesak... Berjuta-juta penduduk terpaksa menggunakan perkhidmatan bas untuk bergerak.. Talian telefon awam yang sebelom ini lengang menjadi sesak...Seluruh dunia anda dijemput menyertai facebook Pray For Japan.. ..

Japan u r not alone.. All over the world are now with u

Saturday 12 March 2011

Video Tsunami Jepun(Laporan agensi berita)

Laporan berita televisyen Jepun

Video nih menceritakan saat2 tsunami mula berlaku.. Dalam video ni ditunjukkan bagaimana pergerakan air yang laju memusnahkan bangunan2, kenderaan dan tanaman.. Kebakaran juga berlaku dibeberapa tempat.. walaupun korang xpaham sbb video ni dlm bhs jepun.. tp.. hayatilah bagaimana kemusnahan yang berlaku dalam sekelip mata.. sblom ni kita lihat negara2 seperti Indonesia dan Haiti musnah dalam kejadian gempa&tsunami.. skang ni kita lihat lak sebuah negara yang maju berdepan dengan bencana alam ni pulak.. mengikut sumber bencana kali ni adalah yang terburuk dalam sejarah 100 tahun Jepun...

Laporan berita France 24

Laporan berita nih daripada temu bual bersama reporter yang berada di Jepun.. Laporan ni dlm bahasa Inggeris..Masa ni kejadian tsunami baru sahaja berlaku... Rase nyer korang leh paham.. So,, dengar dan lihat dengan teliti...

Laporan berita BBC

Yang ni pon same... temu bual secara langsung dari reporter yang berada di Tokyo.. Time masa kejadian tsunami baru sahaja berlaku...


laporan kejadian pusaran semasa tsunami...

Friday 11 March 2011

Info gempa bumi & Tsunami di Jepun

Keadaan ketika gempa dan tsunami

GEMPA BUMI~~ 8.9 magnitud

2011/03/11
TOKYO: Jepun dilanda gempa bumi berukuran 8.9 magnitud di timur laut negara itu dan menyebabkan tsunami setinggi empat meter yang menghanyutkan kereta dan meruntuhkan bangunan di sepanjang perairan dekat pusat gempa.

Terdapat laporan kecederaan akibat daripada kejadian berkenaan di Tokyo.
Di beberapa tempat sepanjang peairan Jepun, rakaman televisyen menunjukkan kerosakan teruk akibat tsunami, dengan puluhan kereta, bot dan bangunan dihanyutkan air.
Sebuah kapal besar dihanyutkan tsunami yang merempuhnya ke arah tembok penahan di bandar Kesennuma, wilayah Miyagi, kata stesen ootage on public broadcaster NHK.

Pegawai sedang menilai jumlah kerosakan, kecederaan dan kematian akibat daripada gempa bumi tetapi tiada maklumat diperoleh setakat ini.

Gempa bumi itu berlaku pada jam 2.46 petang dan diikuti siri gegaran kuat termasuk 7.4 magnitud kira-kira 30 minit selepas itu. - Reuters

TSUNAMI

TOKYO: Gempa bumi pada kadar 8.9 magnitud melanda Jepun awal petang tadi mengakibatkan tsunami hingga setinggi 10 meter melanda beberapa bandar kawasan pantai negara itu.

Kejadian itu mengakibatkan banyak kes kecederaan, namun jumlah kes kematian masih belum diperolehi dari kawasan yang dilanda bencana di pulau Honshu.

Ombak setinggi 10 meter dilaporkan melanda Sendai di timur laut Miyagi, pulau Honshu mengakibatkan banyak kapal, kereta dan sisa runtuhan dihanyutkan ke kawasan bandar. Gempa bumi itu mengakibatkan gegaran kuat bangunan di Tokyo yang dihuni 30 juta penduduk.

Sekurang-kurangnya enam kes kebakaran dilaporkan di Tokyo akibat gempa selain menyebabkan sistem subway dihentikan, siren kecemasan dibunyikan dan orang ramai berpusu-pusu keluar dari bangunan.

Kepulan asap dikesan membabitkan sekurang-kurangnya 10 lokasi di bandar raya itu di mana lebih empat juta kediaman terputus bekalan elektrik selain beberapa kawasan ditenggelami air termasuk kawasan letak kereta Disneyland Tokyo.

Gempa bumi berlaku pada jam 2.46 petang (0546 GMT) selama dua minit dengan gempa pertama kira-kira 400 kilometer di timur laut Tokyo, menurut US Geological Survey.

Ia diikuti beberapa gempa susulan antaranya sekuat 7.1 magnitud.

Perdana Menteri, Naoto Kan memanggil sidang Kabinetnya sejurus dilanda gempa dan kerajaan Jepun menghantar kapal tentera lautnya dari Tokyo ke kawasan yang paling teruk di timur laut Miyagi.

Jepun terletak di atas Lingkaran Api Pasifik dan turut mempunyai titik gunung berapi di mana Tokyo terletak di antara kawasan paling berbahaya.

Amaran tsunami turut dikeluarkan kepada Taiwan, Russia dan Kepulauan Mariana, kata Pusat Amaran Tsunami Pasifik. - Agensi

Angka korban terkini(11 Mac 2011): Polis Jepun sahkan 200 mayat ditemui di Sendai

sumber berita;
reuters
agensi

Tsunami badai Jepun


Gegaran sekuat 8.9 skala ritcher melanda Jepun hari ni(11 Mac 2011) pada kira-kira pukul 2.30ptg waktu Malaysia.. Gegaran dikesan pada kedalaman 10 kilometer dan 125 kilometer di timur Jepun atau kira-kira 380 kilometer ke timur laut Tokyo.

Bandar Onahama di utara Jepun kemudian turut dibadai ombak tsunami setinggi enam meter. Antara bandar lain yang terjejas teruk ialah Bandar Kesensuma di Miyagi termasuk juga di Wilayah Fukushima..

Stesen Televisyen Tempatan, NHK berjaya merakamkan ombak tsunami menghanyutkan kereta, trak, rumah dan bangunan di bandar berkenaan.

Ekoran bencana itu, Kementerian Pertahanan Jepun mengerahkan lapan pesawat tentera ke kawasan terjejas dengan bencana itu. Beberapa bangunan di Jepun telah terbakar manakala Lapangan terbang utama Jepun iaitu Narita dan Sendai telah ditutup..

Pusat Amaran Tsunami Pasifik mengeluarkan amaran tsunami di Jepun, Russia, Kepulauan Markus dan Utara Mariana. Amaran tersebut meliputi 54 buah negara termasuk Filipina dan Indonesia..

Jabatan Metrologi Malaysia turut memberi amaran kepada penduduk di persisiran pantai Sabah supaya menjauhi pantai kerana mungkin ada kesan gegaran yang berlaku di Jepun..

Dibawah adalah rakaman sebuah stesen tv Jepun mengenai tsunami yang melanda Jepun petang tadi...



Tsunami yang melanda di Jepun tidak seteruk di Indonesia dahulu.. Walaubagaimanapun kita berharap rakyat Malaysia yang berada di sana selamat...

Sumber berita;
bernama.com
tv3
astro awani
rtm

Aizdean... popular di Jepun


Konnichiwa!!... Aizdean... mungkin ramai yg xkenal lagi... tp kalu tanye ngan org2 Jepun mmg diorang kenal... sbnarnye lame doh nk wat artikel story pasal Aizdean nih... cuma asyik bertangguh jer.. smpi la satu mase terbuka blog nih alishazel.blogspot.com ... terbaca lak posting pasal Aizdean... hahaha... lawak giler... Cik Alish baru kenal Aizdean nih... hahahaha... guraw je cik.. jgn marah ekk...

Pada awal nyer,, Aizdean adalah seorang pelajar Kejuruteraan Elektronik di salah sebuah universiti di Tokyo.. Secara xsengaja dia dpanggil untuk wat demo pasal muzik... Tup2! org sane tertarik dan terus jadi artis... salah satu lagu Aizdean pernah menduduki kedudukan nombor dalam carta mingguan...

Kat bawah nih adalah temu bual ekslusif Majalah 3 "tahun lepas"



Ape2 pon... aku berbangga gak ngan Aizdean ni.. Orng Malaysia pertama jadi artis Jpop kat Jepun... Kalu org Jepun leh support dia,, nape org Malaysia sendiri xleh support dia... Ade satu komen kat Youtube tuh menyatakan "Aizdean,, lebih baik ko teruskan kerjaya ko di Jepun.. Kalu balik Malaysia nih blom tentu ko boleh brjaya"... perghh.. mmg panas gak baca komen nih.. tp.. ape nk wat.. nih lah realitinyer... Ape2 pon... all de best Aizdean... wish u luck..

aku paling suke lagu nih.. try la dgr...

Thursday 3 March 2011

Nyum2!! Umai!! Oishii!!

Sedap nye!!.. itu adalah ungkapan untuk org Melayu bila merasa makanan yang sedap... kalu owg putih lak... emmm..delicious!!... kalu org perancis lak... marvellous! ahah.. ye ke.. hentam aje lah.. haha.. entry kali ni nk share pasal ungkapan 'sedap' org2 Jepun... wahaha.. sedap yg mcm mane uh... sedap bile merasa sesuatu makanan...

xde bezanyer ngan org melayu... cume.. ungkapannya pelbabai mengikut keadaan reaksinyer juga berbeza-beza.. ahah..

Ini adalah sebahagian drp ungkapan yg sering di ulang2 mcm ngah bace skrip.. kah3x~.. tapi pe2 pon menarik gak... aku sertakan sekali ngan cara bagaimane reaksi sebenar diowang bile teruja sgt merasa sesuatu makanan... ngeh3x~

1. umai! ~~ [sedap!] (dengan reaksi muka terkejut seperti di awangan)

2. kore..! Oishii des! Mecha kucha oishii!~~ [ini...! sedap la! sangat-sangat sedap!] ...(reaksi mcm setahun xpenah jumpa mknn sedap)

3. yowarakakute…kuchi ni hairu to sugu tokete..oishii desu ne..~~ [lembut..bila masuk mulut je terus cair..sedap la kan..].... (cam menggedik sikit)

4. shiawase…..~~ [.....bahagia nya...] ( duduk senyap,dengan mata terpejam, sambil mulut menguyah dengan slow motion, menikmati makanan dengan bersungguh-sungguh)

5. Soto wa pari pari… naka wa hoku hoku… tottemo oishii desu!~~

(permukaan luar rangup… isi di dalam lembut…Sangat sedap!).... wahahaha aku paling suke ngan ungkapan nih.. "soto wa pari pari"... cam kelakar jek...

sumber daripada ismajepun.com... dicopy-cat utk dikongsi bersama... sharing is caring... weeeee~~

Wednesday 2 March 2011

Daigakuimo - "Ubi Universiti" ???

As salam... Konnichiwa!!.. kali aku nak share pasal desert Jepun yang agak simple... sesuai di makan oleh pelajar2 universiti.. chop! nape name dia Daigakuimo.. "imo" bermaksud ubi manakala "daigaku" bermaksud universiti.. jadi bile digabungkan jadi lah "Ubi Universiti".. wakakaka... agak nyer la.. aku pakai hentam jer nih..

‘Daigakuimo’, sejenis manisan Jepun (お菓子@dessert) yang berkhasiat dan mudah disediakan.’ Daigakuimo’ di Jepun adalah seperti Cekodok/Goreng Pisang/Ubi Keledek Goreng di Malaysia. Bermakna, ia merupakan makanan tradisional yang sudah lama wujud tapi masih popular hingga sekarang.

Al-Kisah sejarah Daigakuimo nih~ zaman dulu di depan pintu pagar Tokyo Universiti (Todai), ada gerai kecil yang menjual ubi rebus dan tuan gerai itu yang mula-mula memasak ubi dengan gula, maka terhasil lah nama ‘Daigakuimo’.

Banyak lagi kisah turun temurun yang dikaitkan dengan nama makanan tradisional Jepun ini, tapi hakikatnya tiada siapa yang tahu asal usul yang sebenarnya.

Jadi setelah copy daripada website ismajepun.com.. inilah hasilnyer.. ahah.. selamat mencuba!!

BAHAN-BAHAN:

280g sweet potato [サツマイモ] (sebiji-saiz sederhana)

1 sudu makan minyak sayuran (minyak biasa pun ok)

2 sudu makan gula perang (gula biasa pon boleh)

Toasted black sesame seeds [黒ゴマ] (hiasan sahaja.. optional)

Beberapa titis soy sauce (optional)

CARA-CARA:

1. Basuh sweet potato, kerat kecil2 dengan saiz suapan.

2. Rendam sweet potato dalam air selama 10minit.

3. Masukkan minyak sayuran, gula perang, sweet potato kedalam non-stick pan.

4. Tutup pan dan pasang api. [stim dan goreng sweet potato pada api sederhana kecil]

5. Bila kedengaran bunyi minyak , goyangkan pan dan biarkan selama 2 minit.

6. Buka penutup, balik-balikkan sweet potato, supaya gula sekata.

7. Tutup pan, biarkan 2 minit lagi.

8. Ulang langkah 6 dan 7 sehingga permukaan potato sweet garing, kekuningan.

9. Cucuk sweet potato dengan garfu untuk cek samada sudah lembut atau tidak. Kalau sudah, titiskan beberapa titis soy sauce. (kalau taknak pun tiada masalah)

10. Goyangkan pan dan tutup api.

11. Hidangkan di atas pinggan, taburkan toasted black sesame seed. Selamat menjamu selera.

Yui - Your heaven official video



Konnichiwa!!.. Setelah sekian lama menyepi.. wekk!! akhirnye muncul kembali.. wakakaka... nih.. baru je godek2 youtube... terjumpa lak video klip yui,, your heaven.. nampak simple je... tp i like ur voice...

p/s: kat youtube rmi yg minta Yui dtg Malaysia wat konsert.. tp aku... ERA!! please putarkan lagu Yui.. espeacialy lagu yg popular mcm Gloria, Rain, To mother paling baru nih your heaven,... hahaha...