Friday, 24 June 2011

Perbezaan watashi, atashi, ore dan boku


Konnichiwa... lama aku xshare pasal bahasa jepun nih... ngeee... kali ini aku nak kongsi apa yang aku pernah belajar sama ada di uthm dalam kelas bahasa jepun atau dari drama jepun yang aku selalu tengok...

Kalau korang suke tengok drama jepun atau anime atau dengar lagu j-pop...mesti korang pernah dengar perkataan watashi(わたし ), Ore(おれ ), Boku( ぼく) dan atashi(あたし )... Maksudnya adalah sama iaitu saya tetapi disebut dalam situasi yang berbeza...

1. Watashi~ perkataan ni biasa bagi orang yang baru belajar bahasa jepun, pelancong dan orang jepun sendiri... Selalu digunakan dalam percakapan seharian orang jepun terutama dalam pertuturan dengan orang sekeliling....

2. Ore~ Biasa selepas perkataan ini akan disambung dengan 'wa' (は)... ----> Ore wa (おれは).... Kalau dari segi cara pertuturan,, perkataan ini bunyinya agak kasar... biasa perbualan antara kawan-kawan atau dengan kenalan rapat... perkataan ini agak tidak sopan kalau disebut kepada orang yang lebih tua...

3. Boku~ Biasa selepas perkataan ini juga akan disambung dengan 'wa' は)... ---> Boku wa... (ぼくは)Pertuturan ini lebih sopan... Biasa perkataan ini diguna seperti menghormati orang yang lebih tua... sebagai contoh perbualan murid dengan gurunya... murid akan guna perkataan 'boku' manakala guru selalunya akan guna perkataan 'watashi'.... boleh dikatakan perkataan budak skema....

4. Atashi~ Kalau korang pernah tengok cerita Hana kimi versi Jepun,, episod mula-mula Ashiya Mizuki tersasul sebut 'Atashi'.... perkataan ini selalu digunakan oleh orang perempuan.... dan hanya orang perempuan sahaja yang akan guna perkataan ini...

*** 'Boku' selalunya perkataan yang sopan dalam pertuturan untuk lelaki....
*** biasanya dalam ayat dalam tatabahasa jepun selepas perkataan watashi, atashi, boku atau ore akan ada perkataan 'wa' yang ini ---->は(tulisan hiragana berbunyi 'ha') tapi guna yang ini----->  わ(tulisan hiragana yang berbunyi 'wa').... ini kerana dah peraturan tatabahasa jepun macam tu^^...


5 comments:

  1. nasib kat bawah dah tulis boku untuk lelaki baru nak pangkah.. cancel

    ReplyDelete
  2. ngaaaa.... ingat saye xtaw ke... keh3x~ saje je wat gempak... taw dah cik mesti nk pangkah punyer... ngaahahahaha

    ReplyDelete
  3. yup btul la tu master.sy tau psl penggunaan ni dlm 1 buku bljr bhs jpn.buku tu simple je.psl hana kimi tu ,a'aa nasib msa tu da phm psl ni,klu x,mst sy pelik ngan part tu sbb xtau n xphm huhu..

    ReplyDelete
  4. Watashi akan sekolah online sebentar lgi...Tch mendokusai

    ReplyDelete