Showing posts with label Gokusen. Show all posts
Showing posts with label Gokusen. Show all posts

Thursday, 25 June 2009

Gokusen 3 SP graduation 2009

Moshi2...
pernah tengok drama gokusen tak???
haaa... aku baru pas tgok 'Gokusen 3 graduation SP 2009'
Gokusen 3 SP ni sambungan daripada drama Gokusen 3... Cuma mase ni, pelajar Yankumi dah nak graduate... Sedih jugak la... tapi ade lawak nye jugak... tu yang bestnye tengok drama Gokusen ni... Ada lawak, sedih, romantik pon ade gak, tapi tak de la lebih-lebih...
Berbalik kepada Gokusen 3 SP ni... nak kate special sangat pon tak jugak laa... sebab jalan cerita nya lebih kurang macam Gokusen SP season 1... Cuma pelajar jee yang lain... disebabkan dah minat sangat tengok Gokusen ni, aku tengok je la sampai habis... terharu gak time penghabisan cerita nih... Budak Kelas 3D wat suprise kat Yankumi... sebagai tanda perhargaan kat cikgu diorang... hmmm... sedih pulak... tapi cerita ni ada sambungan lagi... bulan julai ni ada Gokusen The Movie... tapi keluar kat wayang Jepun dulu la... Malaysia tak keluar kot... kalu korang tengok Gokusen 3 SP ni ada watak baru... Junior 3D... yang Sawatari pulak dah jadi Pengetua... hmmm.. aku tak sabar-sabar nak tengok penghabisan cerita Gokusen yang mula-mula keluar pada tahun 2002 nih... dah 7 tahun... bulan Julai ni penamat Gokusen yang sebenar...


Sunday, 14 June 2009

Gokusen best snapshot

Moshi-moshi... minat x tengok drama Gokusen??? weh best giler... nape best??? mesti la best... lawak, sedih, ade part lawan2... perrgghh... rugilah kalau tak tengok hehehe...ehem... ni Yamaguchi Sensei lakonan Nakama Yukie... Dasyat cikgu ni... kalau lawan tak pernah kalah.. maklumlah generasi ke-4 keluarga Yakuza.

dasyat lak ai... sebelah tangan je dpt tahan... haaa ni baru sikit... banyak lagi aksi-aksi menarik dalam cerita gokusen ni
Fight-ohhh Oh!

#p/s: hmmm... t aku wt link utk gambar2 dan banyak lagi tentang gokusen

Friday, 12 June 2009

Drama ape pulak ni???

Moshi-moshi...
Kali aku nak korang taw pasal cerita 'GOKUSEN' pulak
Drama bersiri Gokusen ini mengisahkan seorang guru perempuan bernama Yamaguchi Kumiko. Dia ni keturunan ke-4 dalam keluarga Yakuza (Oedo). haa... kalau dalam cerita Rookies cikgunya lelaki tapi dalam cerita Gokusen ni lak cikgu dia pompuan. Cute lak tu. Nak-nak lagi kalau dia tengah lawan. Dalam drama ni, setiap episod ade adengan lawan-lawan. Tapi yang peliknya cikgu pompuan ni tak pernah pon kalah mahupun cedera. Dia mesti menang. Hmmm... pelik jugak.

Tapi walau apa-apa pun. Cerita ni memang lawak. Cikgu pompuan ni bernasib malang cikit sebab dapat kelas yang pelajarnya semuanya bermasalah dan tak masa depan. Tapi Yankumi(nama panggilan Yamaguchi) ni cekal. Dia berusaha membentuk pelajarnya jadi orang yang berguna.

Banyak pengajaran yang tersirat dalam cerita ni. Antaranya:
1. Kita mestilah jadi orang yang berguna pada ibubapa, kawan-kawan & masyarakat.
2. Manusia tak boleh mengubah perkara yang dah terjadi tapi manusia boleh ubah nasib dimasa depan.
3. Berfikir dengan lebih rasional sebelum melakukan sebarang tindakan.
4. Pentingnya mempunyai kawan. Gembira dimasa senang & perlu tolong-menolong dimasa susah.
5. Impian boleh dicapai sekiranya kita berusaha.
6. Tak rugi kalau kita beralah untuk kepentingan bersama.
7. Semangat bekerjasama penting dalam sesebuah pasukan.
8.9.10 dan banyak lagi so, korang tengok lah sendiri drama ni...

Drama Gokusen ni ade 3 season.

Season 1
Episod : 11 + special graduation
Tahun ditayangkan : 2002
Lagu tema : Feel your breeze by V6
Tv siaran : Nippon Tv (NTV)
Rating penonton : 17.43
Awards :
  1. 33rd Tv Drama Academy Awards : Best Actress (Nakama Yukie as Yamaguchi Kumiko)
  2. 33rd Tv Drama Academy Awards : Best Supporting Actor (Matsumoto Jun as Sawada Shin)
Untuk season pertama aku bagi gred 8.5/10

Season 2
Episod : 10 + special graduation
Tahun ditayangkan : 2005
Lagu Tema : No more cry by D-51
Insert song : Kizuna by Kamenashi Kazuya
Tv siaran : Nippon Tv (NTV)
Rating penonton : 27.8
Awards :
  1. 44th Tv Drama Academy Awards : Best Drama
  2. 44th Tv Drama Academy Awards : Best Actress (Nakama Yukie as Yamaguchi Kumiko)
  3. 44th Tv Drama Academy Awards : Best Supporting Actor (Kamenashi Kazuya as Odagiri Ryu)
Season ni paling best, so aku bagi gred untuk drama ni 9.5/10

Season 3
Episod : 11
Tahun ditayangkan : 2008
Lagu Tema : Niji by Aqua Timez
Insert Song : Oretachi no seishun by Takaki Yuya
Tv siaran : Nippon Tv (NTV)
Rating penonton : 22.5
Awards:
  1. 57th Tv Drama Academy Awards : Best Actress (Nakama yukie as Yamaguchi Kumiko)
Season yang ke-3 ni aku rase paling lawak.. aku bagi gred 9/10