Thursday 28 June 2012

Jpop 2012~ Arashi [Face Down] + download link~

Konnichiwa.. baru pon xbaru sgt lah.. pada 9 Mei 2012,, Arashi muncul dengan lagu single ke-38 yang berjudul 'face down'... lagu ni juga merupakan lagu tema untuk drama Kagi no Kakatta Heya yang dibintangi oleh Ohno Satoshi..

Sehingga 28 Jun 2012,, jualan cd + dvd untuk single nih dah mencecah 608,435 copies.. satu rekod yang  jadi kebiasaan untuk jualan cd dan dvd Arashi.. hihi

disini diserta link download ----> Arashi-Face Down (4shared.com)

dibawah adalah live performance lagu ni ;




Jpop 2012 ~ Arashi [Wild at heart]~

Konnichiwa!!.. just nk share information pasal lagu Arashi yg bertajuk 'Wild at heart'.. ahah.. lagu ni da agak lama dah kuar.. ari ni je berkesempatan nk share pasal lagu nih... hihi..

lagu ni released secara official pada 7 Mac 2012.. merupakan lagu ke-37 Arashi dan merupakan lagu ke-26 berturut-turut di nombor 1 carta oricon pada minggu pertama release.. Lagu ni juga merupakan lagu tema untuk drama 'Lucky Seven' lakonan Matsujun (Mastumoto Jun)... Setakat 28 Jun 2012,, sebanyak 644, 899 copies CD dan DVD lagu ni telah terjual...

ni pv lagu wild at heart... link utk download original version mp3 sume nye dah corrupt.. ^^

ARASHI - Wild at Heart by pavlina_

Watak 'Sensei' paling menyerlah dalam drama jepun

Konnichiwa!!... posting kali ni pasal watak 'sensei' atau 'cikgu' dalam drama2 jepun... korang pun mesti penah tengok drama2 jepun yang peranan utamanya adalah watak 'sensei'... antaranya mcam drama yang popular satu ketika dulu,, Great Teacher Onizuka, Gokusen, Rookies, Hammer Session dan yang terbaru Misaki Number One!... ahah.. rasenye ni je lah kot best untuk cite2 cikgu sekolah nih... jarang ade drama yang watak utamanya cikgu sekolah... so,, kelima-lima drama nih mempunyai ciri2 cikgu yang berbeza...

Watak 'sensei' yang paling aku suka adalah Kawato-sensei dalam drama Rookies

Watak Kawato-sensei ni unik.. ahah.. sebabnyer,, kata-kata semangat yang digunakan kepada pelajar2nya... dialog yang selalu dia sebut 'impian'... Dalam drama Rookies,, Kawato-sensei cuba nak kembalikan semula maruah sukan besbol sekolah Futakotamagawa... aktiviti kelab besbol sekolah tu dihentikan sebab terlibat dalam pergaduhan semasa perlawanan.. akibatnya,, ahli kelab tersebut yang merupakan pelajarnya jadi xminat nak belajar, banyak habis buang masa melepak dan bergaduh... oleh sebab tu,, dia menghidupkan kembali aktiviti kelab dan mengumpulkan ahli2 kelab..

Perwatakan Kawato-sensei;
- tak mudah mengalah. sentiasa bersemangat.
- sentiasa percaya pada takdir dan impian.
- suka bagi kata2 semangat.
- berani. xtakut pada sape2 walaupun sampai dikenakan tindakan dan hukuman. kalu gaduh bertumbuk sampai kuar darah pun leh senyum lagi.
- pemaaf.


Seterusnya watak 'Yankumi' dalam drama Gokusen..

Watak Yankumi ni pon best jugak.. seorang cikgu pompuan yang berasal daripada keluarga yakuza.. dalam tiga season drama Gokusen, Yankumi mesti dapat kelas yang bermasalah... dalam setiap episod mesti dia akan gaduh untuk selesaikan masalah pelajarnya... seronoknya watak Yankumi ni kelakar n kuat berangan.. Drama Gokusen ade 3 season + 1 movie (ending cte gokusen)... dalam movie Gokusen mengumpulkan sume anak didik Yankumi yang telah berjaya dalam kehidupan... pehhhh.. happy ending~

Perwatakan Yankumi;
- kuat berangan.
- suke bagi kata2 semangat yang kadang2 merapu habes.
- selalu terlepas cakap.
- xmudah mengaku kalah.
- selalu kelam-kabut.
- suka gaduh ngan cikgu disiplin.

Lagi, watak 'Hachisuka-sensei' dalam drama Hammer Session!
 

Hachisuka-sensei ni pulak pada awalnya bukan lah seorang guru.. dia ni sebenarnya penjenayah yang dikehendaki polis.. disebabkan dia pandai bermain kata2 dan menipu,, telah menarik minat Pengetua sekolah untuk upah dia jadi cikgu kelas yang bermasalah... dengan jaminan identiti sebenarnya akan dirahsia kan.. Hachisuka-sensei ni pulak dia bagi pengajaran dengan bermain tipu helah dengan pelajar2 nya... setiap episod ade saje pelajar2 dia yang terkena dengan tipu helah dia nih... pada awalnya,, pelajar2 memang xsuka dengan perangai Hachisuka ni... namun lama kelamaan hubungan diroang jadi semakin rapat.. last skali identiti Hachisuka-sensei yang sebenar terbongkar... atas sebab pujukan pelajar2nya,,, polis terpaksa membebaskan Hachisuka dan kes jenayahnya ditutup... best cte Hammer Session nih...

Perwatakan Hachisuka-sensei;
- pandai menipu.
- suke buat lawak yg kdg2 x lawak pon. ahah
- mesti pegang rantai lehernya untu cari idea selesaikan satu2 masalah.
- sentiasa tenang.

Watak 'Onizuka-sensei' sume orang kenal... dalam drama Great Teacher Onizuka

Drama ni dah lame.. jadi jalan cerita pon old skool.. haha.. Onizuka ni unik jugak.. style dia masuk kelas mesti pakai baju putih xde kolar dengan blezer... ahah.. nmpk cam pelik tapi stylo... pelajar2 Onizuka-sensei ni pon macam2 masalah jugak... cara yang digunakan untuk bagi pengajaran kat pelajarnya hampir serupa dengan Hachisuka-sensei... guna kan tipu helah tapi ade moral value... tu yg best tuh...

Perwatakan Onizuka-sensei;
- sentiasa tenang dengan masalah pelajar.
- pandai main tipu helah.
- suke bagi kata2 semangat kat pelajarnya.
- kadang2 cam poyo pon ade.. ahah.. 

Last skali, watak 'Misaki-sensei' dalam drama Misaki Number One!

Yang ni pulak.. seorang pompuan kelab malam jadi cikgu sekolah.. pada awalnya macam xbest sgt watak nih.. lebih kurang je macam watak 'Yankumi'.. cume Misaki ni xpandai berlawan... cume best nye watak Misaki nih dia xputus asa dalam mendidik pelajar2nya walaupun slalu gaduh ngan cikgu disiplin sebab cikgu disiplin suke kritik pelajar2nya.. ahah

 Perwatakan Misaki-sensei;
- bajet lawa sangat... ahah.. suke pakai baju seksi.
- sentiasa ceria.
- xputus asa dengan masalah pelajar.
- kdg2 kalut jugak.
- pandai cari jalan penyelesaian masalah.

haha.. okeh.. jadi cikgu mane jadi pilihan korang... hihi.. cte2 berkaitan dengan cikgu sekolah ni bagus jugak.. ade tersirat nilai2 murni ^^

Wednesday 27 June 2012

Rookies ~ Terbaik!~

Konnichiwa... pehhh.. xsedar rupanyer blog aku nih dah 3 tahun.. bersempena dengan tuh,, aku post pasal entry yang mula2 skali aku buat kat blog nih... dari awal lagi aku mmg nak buat blog pasal drama2 jepun.. so,, masa tuh memang baru abes menonton drama 'Rookies' yg merupakan dvd drama jepun pertama aku beli sendiri.. tapi cetak rompak punyer la.. skang dvd tuh da rosak sikit.. haha.. pada awalnye aku macam xminat je nk tengok cte nih.. disebabkan dah terbeli jadi aku layan dulu... wow! layan punye layan akhirnya abes jugak sebab jalan ceritanya pehhhhh!! tersangatlah menarik... amazing!! best giler!

manga 'Rookies'


Drama Rookies ni adalah adaptasi daripada manga popular,, Rookies yang diilustrasi oleh Morita Masanori.. Manga ni diterbitkan dalam majalah Shounen Weekly Jump bermula tahun 1998 hingga 2003.. Dramanya pula disiarkan secara rasmi di Tokyo Broadcasting System (TBS) pada tahun 2008...  drama ni merupakan drama terbaik dalam Anugerah Akademi Drama Tv yang ke-58 dan juga diiktiraf sebagai drama tebaik tahun 2008 di Asian Television Awards... Pada tahun 2009,, Rookies muncul dalam versi movie yang merupakan movie yang mendapat kutipan tiket kedua paling tinggi di Jepun pada tahun 2009...

 

Drama Rookies ni mengisahkan tentang sekumpulan pelajar yang menyertai kelab besbol.. kelab tu kena denda sebab bergaduh masa perlawanan... so,, disebabkan itu,, aktiviti kelab ni dihentikan... sejak kejadian tuh bilik aktiviti kelab jadi tempat melepak dan hiburan ahli2 kelab... pada satu hari datang seorang cikgu baru, Kawato-sensei yang menghidupkan kembali aktiviti kelab nih... walaubagaimanapun bukan senang nak menarik semula ahli2 kelab melibatkan diri mereka kembali dengan aktiviti kelab.. namun dengan satu impian untuk pergi ke koshien,, telah membakar semangat diorng mengadakan aktiviti dan latihan...



drama 'Rookies' ni ade sikit kelainannya dengan drama2 lain sebab jalan ceritanya lebih kepada mencapai sebuah impian... menariknya dalam nak mencapai sebuah impian tuh pelbagai halangan yang diorang tempuhi ditambahkan lagi diorang ni adalah pelajar2 wanted... cikgu2 sume anti dengan diorang... bah kan sampai sekolah lain pon xsuke dengan diorng ni disebabkan terlibat dalam pergaduhan semasa perlawanan besbol... tapi diorang tetap bersemangat nak capai impian untuk sampai ke liga koshien (liga besbol paling tinggi)...

Kawato-sensei lakonan Sato Ryuta


Kawato-sensei...watak penting dalam drama rookies nih..

walaubagaimanapun di akhir drama nih,, diorang xberjaya sampai ke koshien... so,, sambungannya dalam 'Rookies The Movie'... waktu ni diorang da jadi senior.. ade tambahan dua watak baru.. yang aku ingat watak Akahoshi,, budak ni sombong,, xnak join latihan dalam kelab.. namun disebabkan rase bersalah selepas cederakan kapten Mikoshiba,, Akahoshi kembali menyertai latihan kelab dan membantu kelab dalam perlwanan kt liga koshien...

penamat dalam movie akhirnya diorang berjaya sampai ke liga koshien... di babak2 akhir movie mmg sedih sikit.. pehhh.. penghargaan untuk Kawato-sensei


kepada yang belum tengok drama nih,, aku memang rekemen sangat tgk drama nih.. tapi rasenyer kalu pompuan mungkin dia xminat sgt.. kalu lelaki rasenyer suke kot cte2 yang macam nih^^

yang ni ending untuk 'Rookies drama special'

Tuesday 26 June 2012

One Litre of Tears ~ Drama 'touching' paling best setakat ini~

Ichi rittoru no namida (One Litre of Tears)
Konnichiwa.. pernah tengok cite 'One Litre Of Tears'.. ni cite wajib tengok nih.. ahah.. Drama ni adaptasi daripada kisah benar seorang gadis, Aya yang menghidapi penyakit spinocerebella degeneration.. penyakit ni jarang2 skali berlaku.. jadi atas semangat gentar Aya mengharungi kehidupannya telah menjadikan satu iktibar pada semua.. maka terhasil lah sebuah drama 'Ichi Rittoru no Namida' (One Litre of Tears)..

Buku 'A Diary with Tears'
Sebelum terbitnya drama nih pada tahun 2005,, buku hasil catatan harian Aya yang bertajuk 'A Diary with Tears' telah diterbitkan lebih awal iaitu pada 25 Februari 1986.. 2 tahun sebelum Aya meninggal dunia (1988).. Diari ni adalah catatan harian Aya berdasarkan pengalaman hidupnya.. buku diari ni mendapat sambutan hangat di Jepun dan di luar Jepun seperti USA.. kalu korang nak baca buku diari Aya yang telah di translate dalam bahasa inggeris boleh la ke link ni--->http://diaryofaya.blogspot.com/    ..

Kisah sedih Aya kemudiannya dijadikan dalam bentuk filem yang diterbitkan pada 10 Februari 2005.. hmmm.. yg movie aku xpenah tengok lg.. xtaw la best ke x..

Kemudiannya,, pada bulan Oktober 2005,, drama 'One Litre of Tears' diterbitkan dimana Fuji Tv menjadi penyiar rasmi drama ini.. disebabkan sambutan yang baik daripada penonton2 di Jepun.. drama ni kemudiannya di pertontonkan secara rasmi di 7 buah negara Asia lain iaitu Hong Kong, Taiwan, Thailand, Filipina, Indonesia, Singapura dan juga Malaysia... kalu korang ingat, pada tahun 2007,, drama nih pernah di siarkan di 8Tv.. huhuhu.. sehingga kini drama ini adalah antara drama yang paling best dan menjadi ingtan ramai.. sume org yg tengok drama ni mesti nangis punyer lebih2 lagi pompuan.. hik3x~ .. errrr.. aku nangis sikit je... heeee xP...



 Di sebalik kisah sedih Aya,, dalam drama ni diselitkan dengan percintaan Aya dengan Asou yang dibintangi oleh aktress popular Sawajiri Erika (sbg Aya) dengan aktor popular Nishikido Ryo (sbg Asou).. Asou ni pelik.. nampak sombong.. tapi Asou banyak mengambil berat pasal Aya.. Hubungannya dengan Aya semakin rapat selepas cinta Aya ditolak oleh senpai yang diminati Aya disebabkan kesihatannya yang semakin teruk..



 lagu tema cite nih.. konayuki by remioromen.. pehh layan lagu nih... memang kene dengan tema drama nih .. ahah.. ade lagi satu lagu remioromen yang menjadi lagu khas salah satu episod drama ni.. x ingat episod bape.. tapi lagu ni dijadikan dalam versi koir.. layan gak



untuk ending.. lagu pon layan jugak ^^..



 Kesimpulannya,, drama One Litre of Tears adalah antara sebuah drama jepun yang terbaik.. sarat dengan pengajaran dan iktibar.. sesiapa yang menonton mesti 'touching' punyer lah ^^.. rasenye belum ada drama2 lain yang 'touching'nye setanding dengan drama nih.. hihi.. ok.. jya ne! =P

Kiroro ~Mirae~ nostalgia lagu old school

Konnichiwa.. peh lame giler xupdate.. tetibe teringin pulak nak dengar lagu old school,, mirae nyanyian Kiroro.. Pada mulanya aku ingatkan penyanyinya solo.. rupe-rupenye adalah sebuah kumpulan yang terdiri daripada dua orang ahli iaitu Tamashiro Chiharu (vokalis) dengan Kinjou Ayano (keyboard) yang berasal daripada Okinawa, Jepun...

Untuk pengetahuan, kemunculan pertama Kiroro ialah pada tahun 1996.. pada ketika itu mereka sbg sebuah independent band... secara officialnya,, Kiroro muncul dengan single pertama berjudul 'Nagai Aida'... Selepas itu,, Kiroro muncul dengan sebuah lagu yang paling diminati ramai sehingga kini iaitu 'Mirae' atau dlm bahasa melayu nye 'Masa Hadapan' pada 24 Jun 1998..

Aku mula2 dengar lagu mirae nih pada tahun 2006.. masa form 4.. ntah macam mane lagu ni sgt popular dalam kalangan pelajar2 Sekolah Menengah Teknik Dato' Lela Maharaja, Rembau termasuklah dengan guru2nye skali.. ahah.. lepas tu,, pada tahun 2007,, ade sekumpulan pelajar jepun datang melawat kat sekolah kiteorg nih.. sblom pelajar2 jepun ni balik,, kiteorng nyanyi lagu 'mirae' ni same2.. ahah .. feeling giler masing2 termasuklah pelajar2 jepun tuh.. kini baru aku taw maksud disebalik lagu ini...



Liriknya seindah iramanya.. ahah.. lagu ni seperti menasihati kita tentang masa hadapan disamping menghargai jasa dan pengorbanan ibubapa serta guru yang telah banyak membimbing..

so.. kat bawah ni official video lagu nih;


sekarang kedua-dua ahli kumpulan Kiroro sudah berkahwin dan mempunyai cahaya mata...