Monday 27 February 2012

KAT-TUN new single ~ album CHAIN~


Konnichiwa.. album terbaru group j-pop popular, KAT-TUN dah berada dipasaran sejak 22 Februari 2012.. ni merupakan album studio KAT-TUN yang ke-6 sejak penubuhan group ni.. Terdapat 17 lagu dalam album ni termasuk lagu white, change ur world, birth.. selain tu,, ade gak lagu2 baru.. leh cube dengar kat bawah-

Berikut adalah antara 3 buah single terbaru KAT-TUN dalam album nih...

1. Solider... aku paling suke lagu nih^^


2. One day.. smart gak lagu nih^^


3. Dangerous cat.. not bad!


Terbaek lah KAT-TUN!!.. awesome!!

Saturday 25 February 2012

High School Debut Theme Song

Konnichiwa!!... baru lepas tgk movie High School Debut kt youtube!! haha... not bad... best gak.. dengarkan lagu temanya.. Fallin' Love- 7!! Opss.. =P

Friday 24 February 2012

[Trailer] Ouran High School Host Club The Movie ~17.3.2012~


Konnichiwa!!... Ouran High School dalam versi movie pulakk!!.. perghhh!! x sabar nak tengok... Movie nih akan mula ditayangkan mula 17 Mac 2012 nih... so,, ini trailernye;



masih mengekalkan karakter2 asal yang kalut dan lawak.. cuma ada special sikit sebab menampilkan Nichkhun (2PM) sebagai guest dalam movie nih.. Nichkhun akan pegang karakter presiden Singapore co.. maknenye citer nih ade wat kat singapore kah?? ahah..

ni teaser penampilan Nichkhun (2PM) dalam movie nih...


hope movie nih lawak macam dalam drama jugak.. =)

Friday 17 February 2012

Ouran High School Host Club

Konnichiwa.. lepas tgk voting poll,, ramai yg vote kat drama Ouran High School.. membuatkan aku rase nk menontonnye.. hanya 2 hari masa utk menghabiskannya! ternyata sebuah drama yg sangat best!.. drama nih adaptasi daripada anime popular,, ~Ouran High School Host Club~

Sinopsis
Cerita nih pasal Haruhi,, satu-satunya pelajar golongan biasa yang bersekolah di sebuah sekolah tinggi elit,, Ouran High School... Pelajar-pelajar di sekolah ni semuanya anak2 orang kaya.. disebabkan Haruhi seorang pelajar pintar dan cemerlang,, Haruhi mendapat tajaan biasiswa daripada pihak sekolah.. Satu hari,, Haruhi termasuk ke bilik host club.. disebabkan xtahan dengan layanan pelik ahli2 kelab tersebut,, dia cuba melarikan diri.. malangnya dia secara xsengaja telah memecah sebuah pasu berharga 8juta yen.. sebagai ganti rugi utk bayar hutang pasu tu,, Haruhi terpaksa menyamar jadi lelaki dan join kelab tersebut..

ahli kelab ni ada 6 orang yang sume nye berperangai pelik..
Tamaki Sou(Yamamoto Yusuke).. dia ni ketua kelab.. sifatnya sentiasa ceria dan suke menceriakan orang lain.. pandai menawan hati perempuan.. sebab itu dia digelar putera.. kadang2 agak kalut nak2 lagi kalau pasal Haruhi.. latarbelakang kehidupannya yang sunyi tanpa keluarga menyebabkan dia menganggap ahli host club sebagai keluarganya sendiri..

Kyouya Otori(Shunsuke Daito).. yang ni agak cool.. pandai merencana seseuatu keadaan.. pandai merancang bende2 yang menarik untuk kelab..

Hikaru(Takagi Shinpei) dan Kaouru(Takagi Manpei).. pasangan kembar yang unik .. sume org xdpt cam mane satu Kaoru dan Hikaru.. sebab muka diorang lebih kuran same je.. cume beza gaya rambut je.. hanya Haruhi yang dapat cam muka ngan perangai kembar nih.. diorang nih suke buat kecoh.. kelakar!

Hani(Chiba Yudai) ngan Mori(Nakamura Masaya).. diorang macam pasangan gay lah pulak.. cara diorang seolah-olah macam bercinta.. rupenye diorang nih sepupu.. Keluarga Mori dari dulu menjaga keluarga Hani.. sbb tu diorang rapat.. Hani suke buat perangai manja budak2.. Mori lak serius je.. ahah

Nekozawa(Ryosei Ryo).. yang ni lagi pelik.. tapi ini bukan ahli kelab nih.. dia ahli kelab ilmu sihir.. setiap episod mesti ade dia ni yang menyebabkan keadaan huru hara..

diorang nih suke Haruhi.. siap bergaduh lagi.. siot!

Komen:
-perghhh.. drama yang mantap!!
- kali pertama tgk yamamoto yusuke sebagai seorang yang gile2!!
- Haruhi(Kawaguchi Haruna) kawaiii nee!
- mula2 macam xyakin drama nih best.. dah abes tengok satu episod,, pehhh best giler..
- hanya 30min setiap episod.. xpuas! haha
- lawak giler..
- Skala drama nih; SANGAT BEST^^
- mesti tengok drama nih..

Info
Tajuk: Ouran High School Host Club
Genre: School, Comedy
Episod: 11
Rating penonton: 2.8%
Tv siaran: TBS
Tahun: 2011
Karakter utama: Tamaki(Yamamoto Yusuke), Haruhi(Kawaguchi Haruna), Kyouya(Daito Shunsuke), Hikaru(Takagi Shinpei), Kaoru(Takagi Manpei), Hani(Chiba Yudai), Mori(Nakamura Masaya), Nekozawa(Ryosei Ryo)
Lagu Tema: Friday ma magic- miwa

salah satu babak yang best.. ahah


opss... yang ni xde dalam drama.. coz.. yang ni movie ouran high school host club!!



Ouran High School Host Club Live Acton The Movie bulan Mac 2012!!... xsabar nak tengok

Wednesday 15 February 2012

[DVD] 5x10 Arashi All The Best! CLIPS 1999-2009

Konnichiwa!!.. buat pertama kalinya aku beli dvd lagu j-pop.. original taw.. hak3x~ ... best album Arashi yang ketiga~5x10 Arashi All The Best CLIPS 1999-2009~.. RM32.90 kat CLASSIC @MetroPoint Kajang.. xtaw la ade lagi ke x.. ahah.. Tujuan aku beli album nih sebab aku nak mengetahui lagi mengenai lagu2 Arashi sejak dari awal kemunculan group nih sampai sekarang.. 10 tahun group nih mencipta nama di Jepun.. skang bukan sahaja popular di Jepun,, malah mempunyai ramai peminat di Korea, Hong Kong, Taiwan, Thailad, Singapura, Indonesia termasuk Malaysia jugak^^.. pergghh.. memang ade beza jugak la muka2 diorang nih dari tahun 1999 sampai 2009.. 10 tahun tuh.. sejak dari umur belasan tahun (muka kebudakan lagi)
Arashi (1999)

Arashi (sekarang)

Album ni sebenarnya dah pon mula dijual pada 28 Oktober 2009.. Album ini mengandungi 2 DVD yang menampilkan semua video klip Arashi dari tahun 1999(dari artis label PONYCANYON) hingga tahun 2009(artis J-Storm**2002-sekarang)..

DISC 1

01. Opening: Arashi
02. SUNRISE Nippon
03. Typhoon Generation
04. Kansha Kangeki Ame Arashi
05. Kimi no Tame ni Boku ga Iru
06. Jidai
07. A day in our life
08. Nice na Kokoroiki
09. Pikanchi
10. Tomadoi Nagara
11. Lucky Man
12. Hadashi no Mirai
13. Kotoba Yori Taisetsu na Mono
14. Pikanchi Double
15. Hitomi no naka oo Galaxy
16. Hero
17. Sakura Sake
18. WISH

DISC 2

01. Intro: Kitto Daijoubu
02. Aozora Pedal
03. Love so Sweet
04. We can make it!
05. Happines
06. Step and Go
07. One Love
08. Truth
09. Kaze no Mukou e
10. Beautiful days
11. Beleive
12. Ashita no Kioku
13. Crazy Moon(Kimi wa Muteki)
14. Animation film of Believe

Sebelum setiap video klip ade part commentry dari setiap ahli kumpulan.. walaupun xboleh nak faham sangat ape yang diorang merepek.. tapi best!..

Pada minggu pertama album ni dikeluarkan,, jualan mencecah 428 ribu unit.. memegang rekod jualan dvd muzik paling tinggi pada minggu pertama jualan.. sehingga kini, album ini telah terjual sebanyak 1,850,000++.. album ini merupakan album paling laris pada tahun 2009 dengan jualan sebanyak 1,432,781 unit...

Pada tahun 2009, album ini memenangi Anugerah Japan Gold Disc Awards -'Best Music Videos'

Sedikit aku punye review mengenai album nih;
Lagu Arashi pertama aku dengar: WISH
Video Klip Arashi pertama aku download: Sakura Sake
Lagu paling aku suke dalam album nih: Sakura Sake, Love so sweet ngan Beautiful Days
Lagu rancak best dalam album nih: Happines, We can make it, ARASHI ngan Believe
Lagu feeling best dalam album nih: Ashita no Kioku ngan Beautiful Days

Berbaloi juga beli album nih.. terbaek!..

**lepas ni nak try pulak album KAT-TUN.. ^^

Jepun Gempa Bumi lagi (14 & 15 Februari 2012)



Konnichiwa... Jepun dilanda gempa bumi lagi.. Gegaran sekuat 6.0 skala ritcher menggegar timur Jepun pada 14 Februari 2012 jam 3.21 petang waktu jepun(2.21 petang waktu Malaysia).. Walaubagaimanapun tiada amaran tsunami dikeluarkan.. Kerosakan pada loji nuklear Fukushima dilaporkan..

Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat,, kedalaman gempa bumi dicatat adalah 10km dalam dari pusat gempa yang berada pada 166km dari timur laut Tokyo... Gegaran turut dirasai di Wilayah Ibaraki, selatan kawasan loji nuklear tersebut...

Ni video gempa berkekuatan 6.0 skala ritcher



Terbaru,, satu lagi gempa bumi dilaporkan di Pulau Bonin, Jepun pada 15 Februari 2012 jam 4.24pagi waktu jepun(3.21pagi waktu Malaysia).. kali ini gegaran nye berkekuatan 4.7 skala ritcher.. kedalaman gegaran dicatatkan sedalam 15.2km dalam dan berpusat di 1095km tenggara Tokyo.. tiada amaran tsunami dikeluarkan dan tiada kerosakan harta benda mahupun kemalangan jiwa dilaporkan..

Tuesday 14 February 2012

Single terbaru Yamashita Tomohisa ~Ai,Texas~ release 29 .02.2012

Konnichiwa... kepada peminat Yamashita Tomohisa,, single terbaru yamapi akan berada dipasaran pada 29 Februari 2012.. Single ini adalah single ke-5 penyanyi dan juga aktor popular jepun ini serta merupakan single pertama rakaman Warner Music Japan.. ia juga merupakan lagu tema untuk drama lakonan yamapi sendiri iaitu Saikou no Jinsei no Owarikata~Ending Planner~

**album KAT-TUN release 22 Februari nih,, single Arashi latest pulak release 7 Mac nnt ^^

Ungkapan Masa dalam Bahasa Jepun (Hari, Minggu, Bulan & Tahun)

Konnichiwa... kali ni nk share sikit pasal bahasa jepun berkenaan dengan ungkapan masa... kite biasa menyebut semalam, hari ini, esok, lusa, tulat dan macam-macam lagi... mesti korang terfikirkan macam mana pulak dalam bahasa jepun... okeh berikut adalah penerangan ungkapan masa dalam bahasa jepun...

1. Hari dalam Bahasa Jepun disebut sebagai 'hi'

- Kelmarin ~Ototoi~おととい
- Semalam ~Kinou~きのう
- Hari Ini ~Kyou~きょう
- Esok ~Ashita~あした
- Lusa ~Asatte~あさって
- Setiap Hari ~Mainichi~ましにち

Kadang kala kite akan menambah perktaan 'pagi' dan 'malam' mengikut situasi dan keadaan pada hari tersebut.. Contoh nya

[Pagi~Asa]
- Pagi semalam ~Kinou no asa~きのう の あさ
- Pagi ini ~ Kesa~けさ
- Pagi esok ~Ashita no asa~あした の あさ
- Setiap Pagi ~Maiasa~まいあさ

[Malam~Ban]
- Malam semalam ~Kinou no ban~きのう の ばん
- Malan ini ~Konban~こんばん
- Malam esok ~Ashita no ban~あした の ばん
- Setiap malam ~Maiban~まいばん

**kalau perkataan yang ada tambahan semalam(Kinou), esok(Ashita) dan setiap(Mai) pada perkataan 'pagi(asa)' dan 'malam(ban)' hanya gabungkan ayat tersebut...
Contoh; Malam esok ---> Ashita(esok) no ban(malam)... kalu translate mmg akan jadi macam ni ---> esok punye malam...

Contoh; Setiap Pagi ---> Mai(setiap) asa(pagi)... kalau perkataan 'setiap(mai)' sambung direct je.. xde tambahan partikel 'no'...

Contoh; Malam Ini ---> Kon(ini) ban(malam)... kalu direct translate mmg akan jd - ini malam...

2. Minggu.. dalam bahasa jepun disebut 'shuu'

- Minggu lepas ~Senshuu~せんしゅう
- Minggu ini ~Konshuu~こんしゅう
- Minggu depan ~Raishuu~らいしゅう
- Setiap minggu~Maishuu~まいしゅう

**perkataan minggu(shuu) sumenye diletakkan dibelakang..

3. Bulan.. dalam bahasa jepun disebut ' tsuki'

- Bulan lepas ~Sengetsu~せんげつ
- Bulan ini ~Kongetsu~こんげつ
- Bulan depan ~Raigetsu~らいげつ
- Setiap bulan ~Maitsuki~まいつき

**biasanya bulan(tsuki) akan pendek jadi (tsu) dan diletakkan dibelakang ayat.. hanya setiap bulan sahaja tulis 'tsuki' jadi 'Maitsuki'

4. Tahun.. dalam bahasa jepun disebut 'toshi'

- Tahun lepas ~Kyonen~きょねん
- Tahun ini ~Kotoshi~ことし
- Tahun depan ~Rainen~らいねん
- Setiap tahun ~Maitoshi~まいとし

**Kalau tahun hanya yang 'lepas' dan 'depan' je akan letak 'nen' dibelakang ayat.. manakala yang tambahan perkataan 'ini' dan 'setiap' je akan diletakkan perkataan 'toshi' dibelakang..

^^ hope korang boleh faham.. heee

Monday 13 February 2012

'YUI Online Shop' untuk peminat luar Jepun

Konnichiwa.. Penyanyi dan penulis lagu popular yang paling cute di Jepun kini membuka online shop untuk peminat-peminatnya selepas berakhirnya Konsert Jelajahnya yang ke-5 ~YUI 5th Tour 2011-2012 Cruishing-How Crazy Your Love~ di Pulau Okinawa pada 25 Januari 2012.. Yui telah menjelajah sebanyak 20 buah bandar sebelum ini dan telah membuat sebanyak 22 persembahan yang telah memukau 50 000 peminatnya..

Baru-baru ni Yui telah menghiburkan 20 000 peminatnya di Tokyo's Nippon Bodukan yang telah diadakan selama 2 hari pada 18 & 19 Januari 2012.. Bersempenakan dengan itu,, Yui telah melancarkan 'online shop' nya sendiri yang diberi nama ~YUI Official Good Store - YUI 5th Tour 2011-2012 Cruishing - How Crazy Your Love~.. Peminat2 Yui termasuk dari luar Jepun boleh mendapatkan barang2 sepanjang konsert jelajah Yui seperti T-shirt, Towel, Key-chain, bag, cap, postcard dan macam-macam lagi... Sume harga dalam mata wang yen tapi masa nak beli nanti boleh pilih currency negara lain...


Boleh klik disini ----> http://www.official-store.jp/yui-cn/ <------ untuk selanjutnya

Sunday 12 February 2012

Maaf^^ .. ni senarai Best Jdrama yang baru? mane paling best?

Konnichiwa^^...selepas diteliti semula ade sembilan buah drama lagi yang sepatutnya aku senaraikan dalam Best Jdrama 2011.. ini berdasarkan komen2 yang memberansangkan daripada mereka2 yang dah tengok.. jadi aku rase,, macam xbest pulak kalu drama2 ni xde dalam senarai.. so inilah senarai terbaru drama-drama jepun best.. mane satu best?

BEST JDRAMA 2011

Yang ni senarai drama-drama best yang sedia ada:

Ikemen Desu ne
BOSS 2
Zenkai Girl
Ouran High School
JIN 2
Hanazakari no Kimitachi e 2011
Taisetsuna Koto wa Subete Oshiete ni Kureta
Team Batista 3
Nazotoki wa Dinner no Ato de
Marumo no Okite
CONTROL
SCHOOL!!
Misaki Number One!!
Utsukushi Rinjin
HUNTER
Gaikukan Kuroda Kosakan
Fuyu no Sakura
Runaway~Aisuru Kimi no Tame ni~
Boku to Star no 99 Nichi
Mitsu no Aji
Koito Royale
Shiawase ni Narou yo
Asuko March!
Umameru
Watashi ga Renai Dekinai Riyuu
Sengyou Shufu Tantei
Handawake no Yon Shimai
LADY~Saigo no Hanzai Profile~
Good Life~Arigatou Papa, Sayounara~
Zettai Redo
Soredemo, Ikete Yuku
Nankyouku Tariku

Yang ni Tambahan lagi 9 drama:

Inu o Kau to Iu Koto

Kaisefu no Mita

Hi wa Mata Noboru

Detective Conan: Kudo Sinichi e no Chousenjo

Deka Wanko

Propose Brothers
Bull Doctor

Diet Rebound

Koykousei Restaurant


Gomen ne! ^^.. jadi undian bermula semula dari kosong... huhu... boleh pilih mane drama jepun 2011 yang korang paling best di voting poll sebelah kanan---------> [BEST JDRAMA 2011]

Friday 10 February 2012

Aktor dan Aktress Jepun mane paling best untuk tahun 2011?

Konnichiwa!!.. hehe.. tahun lepas segmen ni diberi nama ~ Japanese Hottest Actor & Hottest Actress 2010 (Aktor dan Aktress Jepun Paling Hot 2010).. tapi kali ni aku tukar namanya jadi Aktor dan Aktress Jepun paling best 2011.. heee.. jadi macam biasa calon nya berdasarkan aktor dan aktress yang aktif berlakon dalam drama dan movie jepun sepanjang tahun 2011.. ade beberapa nama xtersenarai kali ni seperti Yamashita Tomohisa dan Matsumoto Jun sebab diorang xberlakon dalam mane2 drama dan movie dalam tahun 2011.. so,, berikut adalah senarai untuk korang pilih;

macam biasa boleh buat pilihan kat voting poll sebelah kanan nih -------> =)


~Aktor Jepun Paling Best 2011~

1. Miura Haruma
Drama: Taisetsu na koto wa subete Oshiete ni Kureta, Hi wa mata wa Noboru

***********

2. Yamamoto Yusuke
Drama: Ouran High School, Nankyouku Tairiku, Ninkyou Helper SP, Aji Ichomonme
Movie: Paradise Kiss

**********

3. Kamenashi Kazuya
Drama: Yokai Nigen Bem

**********

4. Nishikido Ryo
Drama: Zenkai Girl, Inu o Kao to Iu Koto

**********

5. Yuta Tamamori
Drama: Ikemen Desu ne, Shiawase ni Narou yo

**********

6. Masaki Suda
Drama: Taisetsu na koto wa subete Oshiete ni Kureta, Runaway~Aisuru Kimi no Tame ni
Movie: High School Debut, Kamen Rider x Kamen Rider Fourze and OOO Movie Taisen Megamax, OOO Den-O All Riders: Lets go Kamen Rider

**********

7. Sakurai Sho
Drama: Nazo toki wa Dinner no Ato de

**********

8. Mukai Osamu
Drama: Aishiteru~Kizuna~, Honto ni Atta Kowaii Hanashi,
Movie: Paradise Kiss, Bokutachi wa Sekai wo Kaeru Koto ga Dekinai

**********

9. Ninomiya Kazunari
Drama: Freeter ie o Kao SP

**********

10. Ichihara Hayato
Drama: Runaway
Movie: DOGxPOLICE

**********

11. Aoi Nakamura
Drama: Hanazakari no Kimitachi e 2011, Propose Brothers: Umare Junbetsu Otoko ga Kekkon Suru Houhou
Movie: Kimi to Boku, My Back Page, Ike! Danshi koko Engekibu, Mitsuko Delivers

**********

12. Mizobata Junpei
Drama: Detective Conan, Detective Conan Live Action Movie 3, BOSS 2, Mitsu no Aji, Saigo no Kizuna: Okinawa Hikisakareta Kyoudai, Akai Yubi
Movie: High School Debut

**********

13. Eita
Drama: Soredemo Ikete Iu




~Aktress Jepun Paling Best 2011~

1. Horikita Maki
Drama: Umemaru, Furusato~Musume no Tabidachi~, Shiawase no Kiiroi Hankachi
Movie: Byakuyako, Korede linoda!! Eiga Akatsuka Fujio

**********

2. Aragaki Yui
Drama: Zenkai Girl, Ranma 1/2 Live Action Movie

**********

3. Toda Erika
Drama: Taisetsu na koto wa Subete Oshiete ni Kureta, BOSS 2
Movie: Hankyu Densha, DOGxPOLICE

**********

4. Keiko Kitagawa
Drama: Nazotoki wa Dinner no Ato de, Kono Sekai no Katasumi ni, LADY~Saiga no Hanzai Profile~
Movie: Paradise Kiss

**********

5. Inoue Mao
Drama: Ohisama
Movie: Youkame no Semi, Taiheiyou no Kiseki~Fox to Yobareta Otoko~

**********

6. Yuki Amami
Drama: BOSS 2

**********

7. Atsuko Maeda
Drama: Hanazakari no Kimitachi e, Sakura kara no Tegami

**********

8. Emi Takei
Drama: Taisetsuna koto wa subete Oshiete ni kureta, Asuko March!, Honto ni Atta Kowai Hanashi

**********

9. Miori Takimoto
Drama: Ikemen Desu ne

**********

10. Haruna Kawaguchi
Drama: Ouran High School
Movie: Drunker in the Dug-out

**********

11. Ayase Haruka
Drama: Nankyouku Tariku, JIN 2
Movie: Princess Toyotomi

**********

12. Kou Shibasaki
Drama: Diplomat Kuroda Kousaku

**********

13. Nakama Yukie
Drama: Nankyouku Tariku, Utsukushi Rinjin

**********

Imbasan sebelum nih,, Top 3 Aktress Jepun Paling Hot---> 1. Horikita Maki [35% ], 2. Aragaki Yui [ 17%] & 3. Toda Erika [ 10%] manakala Top 3 Aktor Jepun Paling Hot ---> 1. Yamashita Tomohisa [21% ], 2. Matsumoto Jun [15% ] & 3. Miura Haruma [15% ].. dengan ketiadaan Yamapi dan Matsujun dalam senari adakah Miura Haruma akan jadi pilihan pembace kali ni? Nishikido Ryo, Yamamoto Yusuke, Masaki Suda,, pehhh sume best2 tuh... Horikita Maki, Aragaki Yui, Toda Erika, Inoue Mao?? mane satu pilihan korang.. ahaha..