Saturday 28 November 2009

H2

Moshi2 minasan.. Ogenki desuka?? hmmm.. aku baru jew habis tengok cerita H2. Cerita lebih kurang macam 'Rookies' gak la. Cerita pasal besbol. Matlamat diorang pon same nak pegi Koushien. Kenapa H2 ek?? May be sebab watak2 dalam tu kowt.. Haruka suka ngan Hiro n Hideo suka kat Hikari.. Tapi pada kenyataannya Hiro suka kat Hikari n Hikari pown suka kat Hiro.. hmmm.. boleh pakai gak.. Cerita ni aku amek kat member aku, jhart namenye.. X sangka lak dia pown ada simpan cerita Jepun nih..waakakakaka..

Sinopsis nye;
H2 tu ni berlatar belakangkan sukan besbol. Hiro masuk ke Sekolah Tinggi Senkawa n dia nak join kelab besbol kat sekolah tu. Mula2 dia tengok kelab besbol Sekolah Senkawa ni x bagus langsung. Memang xde harapan nak masuk Stadium Koushien. Dari sini lah dia kenal dengan pengurus kelab, Koga Haruka. Haruka bersungguh-sungguh memujuk Hiro join kelab besbol dan minta tolong berlatih bersama-sama dengan ahli kelab yang lain. Akhirnya Hiro pon join kelab besbol Sekolah Senkawa. Pada awalnya mereka sume x dapat meneruskan permainan ke peringkat seterusnya di Koushien. Musim seterusnya, mereka berjaya mengalahkan musuh utama Sekolah Meiwa di peringkat akhir.

Komen2 nye;
- Cerita nye x bes macam 'Rookies'
- Lebih banyak sentimental percintaan Hideo ngan Hikari n Haruka ngan Hiro.. Tapi pada asalnya Hiro ngan Hikari suka sama suka.
- X banyak sangat aksi permainan besbol.
- Boring ckit tapi jalan cerita o.k.

Bintang nyer;
Cerita ni hmmmm.... 4 bintang je lah.. huhuhu..

Info nyer;
  • Title: H2
  • Tagline: 君といた日々 / Kimi to Itahibi
  • Tagline (English): The Days with You
  • Format: Renzoku
  • Genre: Sports, romance, comedy
  • Episodes: 11
  • Viewership ratings: 11.59%
  • Broadcast network: TBS
  • Broadcast year: 2005

Friday 27 November 2009

Nur Kasih

Drama Melayu terbaik abad ini

Fuh!.. dah selesai cerita Nur Kasih. Wat suspen jew cerita ni. Ingatkan Adam dah mati kat Mumbai. Rupa-rupanya hidup lagi. Tapi ending cerita ni memang menarik. Memang susah nak tengok cerita Melayu sekarang yang best dan ending dia pon best. Biasanya mesti endingnya membosankan. Dengar cerita drama ni dapat sambutan yang luar biasa. Dianggarkan lebih 3.9 juta penonton yang mengikuti drama ini setiap minggu dan hampir 5 juta yang menonton episod akhir drama ni. Memang menakjubkan. hahaha.. mane x nye kat asrama kolej kediaman aku tu, setiap kali hari jumaat sume berkumpul depan Tv nak tengok cerita ni.

Memang terbaek punya cerita. Satu2 nya cerita Melayu yang aku suka tengok skang ni. Cerita2 lain sume hampeh2.. merepek jew.. jalan cerita cam harem.. tengok pon x de faedah.. har har har.. Bukan nak kutuk tapi kadang cerita2 melayu ni kadang2 melampau ckit.. terlalu ikut kan barat.. bukan sume la.. kebanyakannye..


Lepas ni x taw cerita Melayu ape yang best macam ni..

Tuesday 24 November 2009

Seimbas lalu Tahun 2 Sem 1 d' UTHM

Setahun setengah aku berada di UTHM mengambil kursus Diploma Kejuruteraan Mekanikal serta Teknologi. Kadang2 rasa macam baru lagi belajar kat cni.. Cepat betul masa berlalu sampai x sedar aku dah habis separuh tahun 2.. hahaha.. Dalam tahun ni bermacam benda dh berlaku daripada tinggal kat Kolej Kediaman Tun Dr Ismail (KKTDI) sampai lah kat Kolej Kediaman Taman Kelisa (KKTK).

Kolej Kediaman Taman Kelisa
Mula-mula dengar pengumuman suruh pindah kat cni x senang duduk dibuat nye.. Yelah mana x nye dah selesa duduk kat KKTDI tiba2 masa ngah final sem 3 diorang suruh pindah pulak.. Masa tu masing2 g tengok kolej baru macam mana keadaannye.. Ada yang kata jauhlah, rumah kedai je sempit dll.. Aku pulak sampai dah plan ngan roomates nak duduk rumah sewa je nanti.. Tapi x dpt lak sebab ada kontrak 2 tahun katanye.. hmmmm

So, awal bulan Julai 2009 aku mendaftar kat kolej baru ni.. Sebenarnya awal2 aku dah plan nak duduk sama bilik lagi ngan roomates aku dulu.. Tapi x dpt lak.. Adoyai.. Xpe lah aku dapat duduk satu bilik ngan Adenan.. Bilik asal K046 tapi tengok bilik kat depan besar sikit pegi mnx tukar, dapat la bilik K047.. Memang awal2 duduk ada je x kena.. Macam2.. hahaha.. Tapi satu je yg x puas hati.. Xde wifi macam kat dalam kampus.. Xde wifi x leh hidup aku.. harapkan ada tv je la.. bukan selalu tengok pon.. nasib baik kat cni ade washing machine (sentakuki dalam bahasa jepun..hehehe) senang ckit hidup aku.. pandai UTHM ni ambil hati pelajar.. hahaha..

Lama2 dah jadi seronok lak duduk kat cni.. Aku pon dah jadi rapat ngan member2 kelas aku.. Yelah time aku kat KKTDI dulu roomates aku x same kelas ngan aku.. Anep kelas lain lepasan sijil Politeknik, walaupun kos yang sama tapi kelas x same., Usop ngan hisyam amek kos Mekanikal pure so x same kelas laa.. Bila dah sampai KKTK ni diorang kumpul dalam 1 rumah ikut kos yang same.. Aku pon mula rapat ngan Mierul(dulu kat KKTDI duk blok lain, time kat kelas je jumpa), shahrol(dulu kalu jumpa aku mnx topup jew, jarang borak2), Chad (jarang datang bilik dia n dia pon lagi jarang dtg bilik aku) n jhart(dulu slalu jumpa sebab satu group utk math 2 n dtg blk aku pon mnx topup jew..hahaha) n sume lahh senang cerita.. hahaha

Topup
hmmmm.. masa kat KKTDI dulu aku rasa untung ckit jual topup.. Dalam satu hari boleh habis RM100.. Time tu ramai pelanggan tetap aku.. hahaha.. pelanggan tetap aku dulu Ahcong, mamak, Napi, Anep, Shahrol, Jhart, Usop, Aqim, Kak Naza, Kak Akma, Ain, Ecah ngan Aishah n bdk2 yg dkat ngan blk aku(aku lupa nama diorang sbb x pernah tanye pown..hahaha).. ramai tu.. setiap hari nama2 ni lah yang mnx topup kat aku.. Tapi skang kat KKTK x ramai dah.. Skang ni yang biasanye Anep, Shahrol, Jhart, Kak Naza, Kak Akma n bdk2 pompuan kelas aku.. Yang agak sedihnye byk pulak yg berhutang tu yg menambahkan rugi aku sem ni.. Sem dpn x taw laa.. Anep dh pndah g KKTSN, kurang lagi pelanggan tetap aku.. hahahaha.. Insyaallah sem dpn aku buat plan baru..

Virus Drama Jepun
Ni agak kelakar ckit gak la.. sebab aku x sangka boleh jadi macam ni.. macam mane tu.. mula2 aku masuk kat cni aku dah start dah tengok cerita Jepun.. Time 2 byk gangguan.. Ada jew yg perli2 aku.. Dulu aku kat KKTDI xde gangguan pon.. Usop pon layan jew cite2 jepun yang aku tengok.. Hisyam pon layan skali.. Anep lak time tu x terkata ape sbb member2 dia (Napi ngan Khairi) pon dtg blk pnjam cerita jepun aku.. hahaha.. Kat KKTDI lagi dah mula virus drama Jepun aku ni.. termasuklah Shahrol, Noh ngan Adenan.. Masa tu cerita favorite kat cni cerita "ROOKIES".. Ramai yg pnjam dvd cerita ni kat aku.. aku lak smpi 5 kali tengok.. hahaha.. Skang ni fenomena terbaru kat KKTK ni bermula masa dekat2 nak raya.. Rasanya yg start dulu Akmal, dia pnjam cerita 'Team Medical Dragon 2'.. Lepas abis jew tengok cerita tu dia mnx lg cerita jepun.. hmmm.. Ape lagi aku bg cerita 'Hanazakari No Kimitachi E' pulak.. Pergghh.. siap download tu lagu tema cerita ni 'Peach- Ai Otsuka' ngan 'Ikenaitayo-Orange Rays' hahaha.. Skang ni cerita ni yg famous kat cni sampaikan Izha ngan Saha pon tengok skali.. Dasyat2 smpi tngkat 3 virus drama jepun aku ni.. hahahahahahahaha..

Semester yang palin busy
Aku rasa semester ni lah yang palingh busy.. X dpt rehat.. Dalam sebulan tu ada 6 test ngan 5 presentation.. Perghhh.. memang gile.. X cukup tdo dibuat nyer.. Tu yang jarang ckit tengok cerita2 Jepun masa tu..Masa cuti ni lah nak layan habis-habisan.. hahahaha..

DDT yang ceria
Sememangnya kelas 2DDT ceria selalu.. Setiap kelas meriah ngan telatah bdk2 kelas kiteorang.. Nak2 lagi lect yg sporting.. lagi laa.. belajar pown best.. Bdk2 kelas DDT ni suka bergambar.. hahaha.. masing2 pandai possing.. Nak2 lagi ada camera DSLR si Chad.. Mana2 pegi mesti bergambar.. hahaha.. Tapi dalam keceriaan kelas DDT ni ada gak masalahnye.. Bdk2 pompuan ade perselisihan faham pulak.. hmmmm.. Benda kecik jew.. Harap2 cepat berbaik semula.. Masing2 dah besar panjang dah masuk Universiti pon.. Xkn mudah percaya dengan cerita orang lain.. Lupa sengketa yang lama buka buku baru.. setiap manusia buat kesilapan.. Sememangnye kita tidak dijadikan sempurna, ada kekurangannya..My bezday..
Hmmm... bezday aku 3hb Oktober.. Terima kasih member sekolah aku yang wish aritu.. Mmbr2 kat UTHM pon same gaks.. Terima kasih.. sume wish kat aku.. nasib baik x kena baling telur.. sebab diorang taw lmbt.. hehehe..

Bola2
hahaha.. buat kali pertama aku main futsal masa lepas abis paper final yang terakhir.. bukan x minat cuma busy laa.. hahaha.. Aku kat cni slalu kena pressure ngan fan2 Chelsea kat cni.. pening2.. poyo betul.. belum jadi juara lagi.. dah kecoh.. Aku ngan Jhart jew yg fan ManUtd.. hahaha.. Sori la weyhh.. x tergerak lagi nak join Chelsea.. Blue is not my color.. hahahaha..

Join JTPI
aku sebenarnya tak sangka lak boleh join Jawatankuasa Teman Pusat Islam nih.. sume ni gara2 azrin.. hehehe.. aku ingatkan g Klebang kat Melaka ari cuma kem motivasi, rupa2nye jadi ahli JTPI lak.. hmmmm x sangka pulak aku dpat jadi AJK JTPI UTHM.. macam2 program aku pegi.. Ari tu pegi KEMSIS kat Pahang.. Masa raya lak g open house kat umah Dato' Wahab kat Shah Alam.. n macam2 lagi..

Kenangan Terindah Sem 3
Aku rasa semester ni byk g jln2 ngan bdk2 kelas.. g berbuka puasa ramai2, g konvoi raya, wat open house n g jln2 mandi-manda kat Bekok.. Memang best gler.. Enjoy kelas 2 DDT..

Hmmm.. seimbas lalu Tahun 2 semester 1 / Semester 3.. Macam2 dah berlaku.. Semuanya adalah ketentuan Allah S.W.T.. Hope semester depan akan lebih ceria.. Harap2 semester ni pointer aku maintain.. takut gak ni.. hahaha..
Sayonara Semester 3.. Matte ne Semester 4..

Japanese Daily Greetings

Moshi2 minasan.. Hahaha.. Korang selalu tak tengok cerita2 Jepun nih.. Ada x korang perasan dialog2 yang sering kali diulang-ulang.. Contohnya macam:
1. Ohayou gozaimasu
2. Konnichiwa
3. Konbanwa
4. Oyasuminasai
5. Itadakimasu
6. Ittekimasu
7. Itterasshai
8. Tadaima
9. Okaerinasai
10. Arigatou gozaimasu

Biasa dgrkan perkataan kat atas ni.. Tapi taw x maksud nye???

1. Ohayou gozaimasu (おはようございます)- Selamat Pagi
Ucapan ni biasa diucap pada waktu pagi. Kalau orang putih cakap 'Good Morning', orang Melayu lak 'Selamat Pagi' dan orang Jepun 'Ohayou gozaimasu' atau biasanya mereka akan cakap 'Ohayou'..2. Konnichiwa (こんにちわ)- Selamat Tengahari / Hai!
Maksud nye selamat tengahari (Good Afternoon). Tapi kadang2 ucapan ni diucap x kira waktu, kadang2 malam, kadang2 petang sebab ada maksud yang lain iaitu 'Hai!'3. Konbanwa (こんばんわ)- Selamat Petang
Yg ni maksud nye selamat petang (Good Evening).4. Oyasuminasai (おやすみなさい)- Selamat Malam
Yg ni lak selamat malam (good night). Biasa di ucap bila nak masuk tido je. Kalau x biase nya ucap 'Konbanwa'.5. Itadakimasu (いただきます)- Saya makan dulu
Haa... yang ni biasa diucap bila masa nak makan. Kiranya kalu kita orang Melayu kalau nak makan baca doa, orang Jepun lak akan ucap perkataan ni. Yang ni kira macam adab diorang sebelum makan laa.

6. Ittekimasu (いってきます)- Saya pergi dulu
Kalau diorang keluar rumah biasa nye diorang akan cakap 'Ittekimasu' atau dalam Bahasa Melayu maksudnye 'Saya pergi dulu'. Kalau kita lak keluar rumah cakap ape??? kita cakap 'Assalamualaikum'.. itu amalan kita.. Kalau amalan orang Jepun ni lah.7. Itterasshai (いってらっしゃい)- Jalan elok2/Jaga diri/Selamat Jalan
Kalau orang yang dalam rumah pulak akan cakap 'Itterasshai' kpd orang yang keluar dari rumah. Maksudnye 'jalan elok2'.. Atau pon kita boleh cakap maksudnye macam ni - jaga diri baik2/ Selamat Jalan8. Tadaima (ただいま)- Saya dah pulang
Kalau korang selalu tengok Shin Chan, mesti korang perasan yang Misae selalu marah Shin Chan x ucap perkataan ni masa balik ke rumah. Ucapan ni adalah amalan kepada orang yang baru balik ke rumah.

9. Okaeri (おかえり)- Selamat pulang
Ucapan ni biasanya orang yang berada dalam rumah tu yang akan cakap bila dia dengar ada orang yang baru balik.
10. Arigatou gozaimasu (ありがとうございます)- Terima Kasih
Kalau perkataan ni mmg sume orang taw. Yg ni diucap sebagai tanda terima kasih.

Rasa2 nye itu la kot yg biasa kita dengar dalam cerita2 Jepun. Nanti kalau ada kelapangan masa aku tambah lagi.. Sayounara

Monday 23 November 2009

Negative Happy Chain Saw Edge


Haaa... ni satu lagi movie baru yang aku tengok. Ni pon tengok masa aku dah habis final exam. Tengok ngan member aku, Noh. Layan seyh cerita nih.. Thanx hafiz tolong downloadkan. Aku mmg lame dah cari movie ni. Sebab aku ada download video lagu movie ni kat youtube. Aku konfius ckit sbb yg nyanyi Miura Haruma n dalam video tu dia gabungkan ngan movie 'Koizora'. Cerita ni mmg lawak. Kelakar.hahaha.. same la tu.. kalu nak tengok download kat www.syok.org..

Sinopsis ckit pasal movie ni;
Movie ni bercerita tentang remaja macam kita ni lah. Budak sekolah tinggi. Yosuke baru kehilangan bestfriend dia, Noto sebab excident motor. Ada satu malam lepas dia curi daging kat sebuah pasar raya, dia terjumpa sorang budak perempuan, Eri. Tiba2 datang lak satu makhluk dari langit ntah dari mane muncul ntah. Nama nye Chainsaw Man. Eri ni berlawan ngan Chainsaw Man nih. Yang si Yosuke lak dah x taw nak wat pe.. Setiap malam Eri akan berlawan dengan makhluk yg x taw dr mane asal nye ntah n Yosuke ni lak x taw nk wat pe n just tengok je la diorang lawan tiap2 malam.. hahaha.. kelakar betul.. Ichihara Hayato yg aku tengok dalam Rookies serius ckit tpi dlm movie ni lawak gler.. Ada ke peminat Ichihara Hayato kat Malaysia? hahaha.. jarang ade yg taw aktor Jepun nih.. Last skali Eri ni dapat gak kalah kan Chainsaw Man nih.. N pastu Eri ngan Yosuke ni jalinkan hubungan pulak..

Komen ckit;
- Kelakar weyh cerita ni wak luuu... hahaha.. X boleh blah masa dua kumpulan gangster ni macam nak gaduh. Background music dah gempak. Sekali dtg dekat just nak minx maaf jew... Byk lg la yg lawak..
- Konfius nye mane pulak asal usul Chainsaw Man nih.. N konfius tiap2 malam lawan.. hahaha,, x kisah la asalkan best
- Ending pon ok.
- Overall nye lawak.

Brape bintang nak bagi nih;
Hmmmm... hmmmm... aku tengok komen kat asianmediawiki.com ramai yg kate movie ni best... Aku pon kate best.. So movie nih 8 bintang.. setuju x

Rujukan; www.asianmediawiki.com

DIVE!!


Moshi2 minasan... hmmm sejak kebelakangan ni aku asyik tengok movie Jepun lak. Yelah asyik tengok drama jew. Sekali sekala nak gak try tengok movie Jepun. Tapi aku x brape taw sgt pasal movie2 Jepun ni lagi pon x ade promosi kat Malaysia.. ahaha.. Maka aku terasa teringin lak nak tengok movie 'Dive' ni. Ni pon pasal aku konfius nak beli dvd ape??? Nak dijadikan cerita masa tu aku g jalan ngan member aku ni, Shahrul kat Metro Point Kajang. Haaa ape lagi bile dh sampai kat cni rugi x singgah kedai dvd 'CLASSIC'.. Kedai dvd nombor 1 kat Kajang.. hahaha.. Aku rasa kedai dvd ni la yg paling best skali kat Kajang. Cakap je cerita ape korang nak sume ade, nak2 lagi cerita2 Jepun, Korea ngan animasi. Siap ade promosi lagi.. hahaha..

AKu beli movie 'DIVE' ni pon promosi gak. Dapat la RM12.90. Kalu kat kedai lain RM16.90. Tu yg untung nye beli kat cni. murah. Aku beli pon sebab ahmoi kat kedai tu kata cerita ni best. Aku pon beli la. Tapi memang best beb. x rugi la beli harga promosi. harharhar....

Movie ni cerita pasal sukan terjun. Kalau Rookies dulu aku tengok pasal sukan besbol tapi yang ni lain lak. Matlamat dalam cerita ni hampir same cuma untuk sukan terjun ni diorang nak ke sukan olimpik beijing memandangkan movie ditayangkan pada tahun 2007 mmg lojik laa dia cakap pasal sukan olimpik.

Cerita ni kalu sape2 yang tengok mesti rasa tercabar gak la.... sebab ape??? sebab semangat yang ditonjolkan. Daripada x pandai sehinggalah mampu menempatkan diri ke sukan olimpik. Itulah semangat yang ditonjolkan dalam movie ni. Memang banyak isi2 tersirat kalu korang hayati movie ni betul2. Ada gak scene2 yang romantik, ala biase la cerita remaja.. hahaha.. agak dramatik ckit le..
Sinopsis ckit pasal movie ni;
Mengisahkan pasal 3 remaja yang menyertai kelab renang(Mizuki Diving Club). Misi kelab ni nak melahirkan ahli yang layak memasuki sukan olimpik. Yoichi Fujitani, anak jurulatih kelab ni paling berbakat daripada semua ahli dan sering memenangi kejohanan terjun kat Jepun. Tomoki Sakai pula kuat berusaha. Dia menyertai kelab ni atas pelawaan Fujitani. Dia berlatih dengan kuat sehinggakan terpaksa mengurangkan masa bersama-sama keluarga dan girlfwenz nyer. Tapi akhirnya dia berjaya menjadi salah seorang jaguh sukan terjun dan berjaya layak ke saringan sukan olimpik. Sorang lagi ialah cucu kpd bekas penerjun Jepun, Shibuki. Tapi dia ni lain ckit. Ada masalah. Ada bakat tapi sering kali terjun ikut suka hati. Atas nasihat jurulatih cun, Kayoko Asaki, Shibuki akhirnya dapat menyertai saringan ke sukan olimpik.

Komen la ckit;
-Movie yang best. Jarang jumpa movie macam ni kat Malaysia. Nape nak bandingkan ngan movie Malaysia??? sebab kebanyakan movie kat Malaysia suka terikutkan barat. Asyik2 filem cinta. X macam filem dulu masa zaman P. Ramlee.
- Jalan cerita agak menarik. Memang x bosan tengok 2 atau 3 kali. Tapi lepas tu x taw la.
- Ending yg x brape menarik. Movie ni kelemahan dia kat ending. Sebab lepas Tomoki abis buat terjunan yang luar biasa, movie ni terus habis...hahaha.. tu la ending dia jew yg kureng disini.

Brape bintang nak bagi yerk;
Daripada 10 bintang.. boleh bagi 6 bintang
kalu aku la.. kalu korang x taw.. hahaha.. try la tengok

Sunday 22 November 2009

Kurosagi The Movie


Moshi2 minasan... sorry lame x update blog. Aku baru je habis final exam.. hahaha.. Masa periksa hari tu sempat gak curi2 tengok cerita Kurosagi The Movie. Sempat tengok movie je.. hahaha..

Cerita ni berkait juga dengan drama bersiri Kurosagi. So dalam cerita ni Kurosaki masih menggunakan skill2 yang sama untuk menipu orang yang menipu.. maksud nye dia menipu orang yang suka menipu duit orang lain. Movie ni memang suspend same macam tengok animasi Detektif Conan. Akhir sekali polis dapat tangkap penjenayah yang suka menipu duit orang ni..

Aku pon xde ape nak komen sangat pasal movie ni.. Kalau tanye aku memang aku cakap movie ni best.. hahaha

Sunday 1 November 2009

Seimbas lalu tentang bola sepak

Bak kate tipu iklan coca cola. Makan bola minum bola tido bola. Sume pasal bola. Tapi best gak gak. Dulu aku suke la main bola sepak ni bile time sekolah rendah dulu. Tapi di sebabkan dah pakai cermin mata, masuk sekolah menengah time kat SMT Dato' Lela Maharaja, Rembau, aku dah x berape minat main bola sepak. Aku lebih suke main bola tampar, badminton n ntah ape lg ntah. Pelik kan. hahaha. Aku pon pelik gak. Bila kat UTHM ramai member2 aku ajak main futsal tapi aku x join. hahaha sori r weyh. Busy2. Insyaallah pas ni aku join la korang main.

Cerita pasal bola nih... hmmmm... mane mula dulu eyh. Kita mulakan kat Malaysia dulu lah.

Agak2 korang sape yang masuk final Piala Malaysia. Aku rasa Kelantan ngan Negeri Sembilan yg dpt masuk. Hahaha. Memang betul pon. Malam tadi dah lawan. Negeri Sembilan vs Kelantan final nanti. Cam ne la Selangor boleh kalah lak hari itu. Siot je. Nasib baik Johor Fc kalah skali. Senyap la budak2 Johor ni. Huhuhu. Kalau x heboh macam dh mng piala dunia.kahkahkah. ermmm final ni aku rase Negeri Sembilan la yg menang. 2-1 dah la sebab Kelantan ni hebat gak. Hebat ngan dia punye sorakan penyokong. Macam dalam EPL lak, fanatik giler.
hahaha.. kita g kat EPL lak. hurmmm. Korang taw kn Liverpool kalah lagi. hahahahahhahahahaha. Lawak giler. Ape la badi Liverpool ni kan. Malang sungguh. Baru je nak berlagak kuat bile menang nasib mase lawan Manchester Utd hari tu. Itu lah berlagak lagi. Kan dah kalah. Suka sangat cakap besar. Dah2 x leh kutuk2 sangat Liverpool mengamuk lak member aku yg sorang tu. hehehe. hmmm... ape lagi pas ni ek.. adakah Rafael Benitez kena pecat. Tunggu je la. Itu lah dia dunia bola sepak EPL.

Chelsea pulak. hmmmm... kuat gak ek. Ingat cam ayam2 jew. huhuhu. Bagus gak Ancelotti ni manage Chelsea. Asyik menang besar je. tapi kadang2 kalah gak. hahaha. tak sabar lak nak tengok Chelsea lawan Manchester Utd nanti. Agak2 sape la mng ek. Yang kuat la menang. Tapi bola sepak ape2 boleh jadi. Real Madrid pon boleh kalah ngan kelab yang tak setaraf ngan dia. hehehe.. Ape2 pon blues is not my colour yet. hahaha.
Yang lain2 macam Arsenal, Manchester City ngan Tottenham memang nampak cam bagi saingan kat EPL. Yang x boleh belah skang ni Liverpool je kowt. Dah 5 kali kalah. Kalau minggu depan 6 kali kalah. hahaha. Ehh terkutuk Liverpool lagi. hahaha. Sori2.

Ini fav aku. Manchester Utd. hahaha. Memang tak mengecewakan la musim ni. Kalah ngan Burnley(adus ngan kelab kerdil lak tu) n Liverpool(kalah nasib) je . huhu. Tapi memang tak dinafikan ManU macam terasa kehilangan Cristiano Ronaldo. ape tak nye susah sgt nak tengok ManU dapat gol. Kalau menag pon sikit je. 1-0, 2-1. hmmm asalkan menang. hahaha. Minggu depan kena tengok ManU lwn Chelsea. Xleh nk wat ramalan. Kalu kalah kang wat malu jew.hahaha. same2 la kita tengok.

Kalau kat Siere A Itali lak aku minat Inter Milan. Memang x de tandingan dalam liga Itali. Nampak macam boleh jadi juara lagi tahun ni. Juventus pon dah kalah lagi malam tadi. Kalau La Liga Sepanyol, aku minat Valencia sebenarnye sebab ade David Villa. hahaha. Tapi nampak macam Barcelona yang boleh menang lagi. Real Madrid x leh blah la.hahaha. Harap ramai star bile x de Cristiano je kalah. hmmm...

Bola sepak macam2 boleh jadi. Semua yang tertulis di atas hanya lah hiburan semata-mata. mane la taw nak reles tension. nak final ni kan. hahaha.

Edisi Final Exam


Pejam celik.. pejam celik.. dah nak final exam. Cepat betul masa berlalu. Kadang2 rasa macam baru je semalam masuk semester 3 nih. Bila dh sampai final exam masing2 nak minta maaf. Elok gak tu mane lah taw dpt memudahkan utk jwb periksa nnt bile xde dosa ngan member2. hahaha.
Sebelum tu nak minta maaf pada sume budak2 kelas aku 2DDT, UTHM sepanjang berada di semester ni...huhuhu.
Aku harap korang dapat wat yg terbaik!
Do Your Best!
Ganbatte Kudasai !
Good Luck !

kepada member aku yg berada di UiTM, UTM, UPM, Unimap,UTP, Uniten, Politeknik JB, Politeknik Shah Alam, Politeknik Jitra, Politech Mara Kota Bharu ngan Bangi, UMK, ALAM, UIA n lain2.. Gud Luck in ur Final Exam. Ganbatte Kudasai
ermm... x lupa pada member aku yg baru berangkat ke Mesir menyambung pengajiannya dalam bidang perubatan.. Gud Luck n jgn lupa balik Malaysia nanti belikan aku souvenier.. hahaha (aku lupa la name u dia).. T kalu aku dpt g Jepun nanti aku belikan souvenier Jepun kat ko...hahahahaha..