Saturday 23 July 2011

Kamen Rider Kiva~Fangire

Konnichiwa... dalam setiap siri kamen rider ada musuh-musuh sendiri... Seperti dalam Kamen Rider Kiva musuh utamanya adalah Fangire...

Fangire adalah singkatan bagi 'fang' dan 'vampire'...Raksaksa yang boleh hidup lebih 300 tahun... makanan utamanya ialah tenaga hayat manusia... Mereka akan sedut tenaga hayat manusia mengikut kehendak sesuatu spesis fangire... Manusia yang menjadi mangsa mereka akan menjadi telus seperti kaca dan apabila disentuh mangsa akan pecah... Ciri-ciri fizikal fangire ialah seperti kaca yang mempunyai corak dan ukiran unik... Fangire boleh bertukar kepada bentuk manusia untuk mengumpan mangsanya.. Fangire ialah musuh utama Kiva... Fangire yang telah kalah akan pecah seperti kaca dan kuasanya disedut Doran Castle..

Dalam siri Kamen Rider Kiva terdapat 26 spesis fangire dan 4 jenis dikenali sbg 'Checkmate Four'... Kategori Fangire paling kuat...

Lion Fangire [Rooku]
Jenis Fangire yang kuat dan mempunyai misi yang gila... apabila misinya berjaya dia akan memberi habuan kepada dirinya sendiri seperti makan aiskrim atau sebagainya.. jika gagal dia akan menghukum diri sendiri.. mangsanya berdasarkan misi yang ingin dilakukan... Rooku paling banyak membunuh manusia... pada tahun 1986 dia telah kalah ditangan Asou Yuri yang membalas dendam atas kematian ibunya dan telah muncul semula pada tahun 2008... Pada waktu itu dia tidak mengingati asal usulnya dan bertemu dengan Wataru.. ketika itu Wataru memanggilnya Dai-chan.. berbeza dengan yang dulu Rooku kini mempunyai misi yang baik membantu manusia dalam kesusahan.. Megumi dapat mengalahkan Rooku dengan mengatasi kelemahannya seperti yang diberitahu ibunya,Asou Yuri...

PearlShell
Jenis ini dipanggil Queen.. Tugasnya menghapuskan fangire yang bercinta dengan manusia.. peraturan fangire tidak berkahwin dengan manusia...

Queen pada 1986 (Maya) mengingkari peraturan itu selepas dia bertemu dengan Kurenai Otoya.. Maya mula suka pada Otoya dan melahirkan anak Otoya, Wataru... Apabila King Fangire mengetahui perkara tersebut, Maya dihukum keluar daripada istana dan kuasanya dihapuskan.. Maya hidup bersembunyi dalam sebuah gua...

Queen pada tahun 2008 (Mio) pula berbeza,, Mio tidak mengetahui yang dia mempunyai kuasa fangire... Dia mula suka pada Wataru.. tetapi dipaksa menjadi Queen dan berkahwin dengan Taiga... Mio berada dalam dilema kerana dia lebih suka pada Wataru... akhirnya Mio mati kerana melindungi Wataru..

Swallowtail
dikenali sebagai Bishop.. orang kanan kepada King... Bishop yang memaksa Mio kahwin dengan Taiga.. selepas Mio mati,, Bishop mula mengikari Taiga... dia mula mengumpul tenaga hayat manusia untuk menghidupkan King yang lama...

Bat Fangire
King Fangire masa tahun 1986... mempunyai anak bersama dengan Maya iaitu Taiga yang menjadi King Fangire pada tahun 2008...

No comments:

Post a Comment