Sunday 28 October 2012

J-Drama 2011 Review - Kaseifu no Mita

konnichiwa!!.. lame kan aku x wat review pasal drama jepun nih.. haih.. biler dah busy nih xde mood nk update blog.. hehe.. ni seb baek cuti.. baru je abes layan drama 'Kaseifu ni Mita'.. best giler.. drama yg pecah rekod rating di jepun.. 40% rating pada episod terakhir drama nih.. sesuatu yg sgt jarang berlaku dalam drama2 jepun..

SINOPSIS

Mita adalah pembantu rumah yang agak misteri.. dia xpernah senyum sejak kematian suami dan anaknya.. Mita telah diambil upah bekerja di rumah keluarga Asuda.. Asuda Keiichi telah kematian isteri terpaksa menyara 4 org anak yang masih bersekolah.. tanpa isterinya,, hal2 berkaitan dengan rumah menjadi kelam kabut.. sejak kehadiran Mita,, segala urusan rumah menjadi teratur.. bukan tu saja.. keluarga Asuda memang banyak masalah dengan kerenah anak2 Keiichi yang banyak ragam dan macam2 hal lagi.. semua diselesaikan dengan bantuan Mita..

Ke-empat2 orang anak Keiichi memang rapat ngan Mita.. kalau ade ape2 masalah,, diorang mesti akn rujuk kat Mita untuk bantuan.. malangnya Mita akan menyerahkan segala keputusan kat diorang balek..

 dalam episod awl2,, diorang ni ade masalah masing2.. masa pertengahan episod,, diorang ade konflik dengan ayah diorang.. so, macam2 cara di buat untuk menyatukan semula famili diorang..

Macam2 cara diorang guna untuk mengetahui identiti sebenar Mita.. banyak kali gagal.. last skali diorng berjaya.. tapi,, disebabkan tu,, Mita dah xnak jadi pembantu rumah diorang lagi..

KARAKTER UTAMA

Matsushima Nanako.. sbg Akira Mita..
Seorang yang misteri.. xbyk cakap.. xpernah senyum.. sebenarnya dia dia takut nak senyum sejak kematian anak ngan suami dia.. tak de sape taw dia tinggal kat mane.. seorang yang menepati masa.. menurut perintah.. kalu dia disuruh bunuh org pon dia sanggup buat.. tapi dia banyak ubah dan menyatukan semula keluarga Asuda..

Hiroki Hasegawa.. sbg Asuda Keiichi..
Seorang bapa kepada 4 org anak.. dia ade pompuan lain yang dia suke.. oleh sebab itu dia telah mengabaikan sedikit anak2 nye dan mengharapkan Mita untuk menyelesaikan masalah anak2nya.. dia ni susah nak buat keputusan.. sbb tu anak2 dia kdg2 xrespect ngan dia.. disebabkan beberapa kejadian,, dia mula sedar tanggungjawab dia dan berusaha bekerja demi anak2nya..

Kutsuna Shiori.. sbg Asuda Yui..
Anak sulung Keiichi.. dia menjadi tempat mengadu masalah adik2nya.. kdg2 dia ni pon kelam kabut jugak.. last2 mnx tlg Mita..

Aibu Saki.. sbg Yuki Urara
Ibu sedara kpd anak2 Keiichi.. iaitu adik kepada isteri Keiichi.. seorang yg kelam kabut dalam segala hal.. anak2 Keiichi mmg xberapa suka ngan Urara nih.. sbb dia selalu menjadi penyebab kpd masalah.. Urara menyimpan perasaan suka kpd Keiichi tetatpi dihalang oleh ayahnya..

INFO

Tajuk: Kaseifu no Mita
Genre: Misteri, Human Drama
Episod: 11
Tahun: 2011
Tv Siaran: NTV
Rating Penonton (Jepun): 24.8% (Episod terakhir mencatat rating 40%)
Pengiktirafan:
  • 15th Nikkan Sports Drama Grand Prix (Annual): Best Actress - Matsushima Nanako
  • 71st Television Drama Academy Awards: Best Drama
  • 71st Television Drama Academy Awards: Best Actress - Matsushima Nanako
  • 71st Television Drama Academy Awards: Best Supporting Actor - Hasegawa Hiroki
  • 71st Television Drama Academy Awards: Best Screenwriter - Yukawa Kazuhiko
  • 71st Television Drama Academy Awards: Best Director - Inomata Ryuichi, Sato Toya, Ishio Jun, Higurashi Ken
  • 71st Television Drama Academy Awards: Best Theme Song
  • 15th Nikkan Sports Drama Grand Prix (Oct-Dec 2011): Best Actress - Matsushima Nanako

KOMEN:

- Drama ni memang sgt menarik.. jadi xhairan lah menjadi drama popular dan terbaik di Jepun.
- Jalan cerita yang berbeza dengan drama lain.. byk adengan suspen.
- banyak pengajaran dalam cerita nih.
- sikit pon xde rase boring dalam setiap part2 cerita nih.
- lakonan yang mantap.. boleh rase terharu dengan jalan cerita yg kdg2 sedih..
- pehh.. memang layan drama nih..

VIDEO


meh layan video pasal cite nih.. xjumpa lak trailer.. adehh..=.=".. hehe.. tapi serius memang layan beb cite nih.. Drama Kaseifu ni Mita memang TERBAEK!!

Saturday 27 October 2012

Album Arashi - Popcorn [Download Link]

Konnichiwa!!.. Album paling latest Arashi.. Popcorn!! kat bawah ni ade link download album arashi nih^^

ARTIS : ARASHI
ALBUM: POPCORN
RELEASED DATE: 31 OKTOBER 2012^^

Track List:
01 Welcome to our party
02 駆け抜けろ!
03 ワイルド アット ハート
04 Face Down
05 We wanna funk, we need a funk (Vocal: Jun Matsumoto)
06 Two (Vocal: Satoshi Ohno)
07 Waiting for you
08 楽園 (Vocal: Masaki Aiba)
09 旅は続くよ
10 それはやっぱり君でした (Vocal: Kazunari Ninomiya)
11 迷宮ラブソング
12 Your Eyes
13 Fly on Friday (Vocal: Sho Sakurai)
14 Cosmos
15 証
16 Up to you

DOWNLOAD LINK ----->  http://www.2shared.com/file/0NAFdgsG/JACA-5339.html

http://www.4shared.com/zip/R8NqJ_jr/JACA-5339.html

http://freakshare.com/files/ca9i1dr9/JACA-5339.zip.html

OST Kaseifu no Mita

baru abes layan drama Kaseifu no Mita.. mmg sgt best!!.. sblom wat review.. jom layan ost drama nih:


Saturday 8 September 2012

Best J-pop 2012 [Ranking Terkini 8/9/2012]

Konnichiwa!!... setakat 8 September 2012 tepat jam 12 tgh malam,, Arashi telah menggunguli Senarai Best J-pop untuk bulan kedua undian.. Sebanyak 62 undian diterima setakat ini.. berikut adalah ranking terkini Best J-pop 2012...


BEST J-POP 2012
RANKING TERKINI (8 SEPTEMBER 2012)
----------------------------------------------------------

 
#01 - ARASHI [40%- 25 VOTES]  =

 
#02- YAMASHITA TOMOHISA [22% - 14 VOTES] =

#03 - AKB48 [22% - 14 VOTES] =

#04 - KAT-TUN [16% - 10 VOTES] +1

#05 - YUI [16% - 10 VOTES] +1

#06 - HEY! SAY! JUMP [12% - 8 VOTES] +4

#07 - MORNING MUSUME [9% - 6 VOTES] -3

#08 - SCANDAL [9% - 6 VOTES] +4

#09 - C-UTE [9% - 6 VOTES] =

#10 - KANJANI 8 [8% - 5 VOTES] -3

#11 - SKE48 [8% - 5 VOTES] -3

#12 - TOHOSHINKI [6% - 4 VOTES] +


(= : kedudukan sama dengan bulan lepas), (+ : Kedudukan naik), (- : Kedudukan menurun)
--------------------------------------------------------------------
 undian masih dibuka sehingga 28 Disember 2012^^
  

Thursday 6 September 2012

J-Drama 2012 Review~ Lucky Seven


Konnichiwa!!.. baru pas abes layan drama "Lucky Seven".. hik3.. mesti ade yg dah tgk.. cte ni antara yg popular untuk tahun 2012.. mane tak nye.. sume asyik cakap2 pasal Matsu-jun je.. ahah..

SINOPSIS

Drama ni pasal sebuah agensi penyiasat 'Lucky Detective Agency'.. ade 7 orang detektif sumenye termasuk yg baru iaitu Shuntaro (Matsumoto Jun).. pada awalnya dia hanya seorang penganggur yg suke kuar dengan banyak perempuan.. Dia diterima menjadi detektif atas sebab keupayaannya mengekori Nitta (Eita).. Shuntaro dengan Nitta ni memang xsehaluan.. selalu gaduh.. tapi sebagai team-mate.. diorang memang saling bekerjasama..

Agensi menerima banyak permintaan untuk menyiasat pelbagai jenis kes.. cuma dalam satu episod ade seorang nenek request suh diorang siasat hantu dekat umahnya.. pada mulanya diorang memang x nak terima request tuh.. tapi atas dasar kemanusian diorang bantu nenek tersebut yang mempunyai masalah lain tanpa meminta sebarang bayaran...

Pada episod pertengahan Nitta menyembunyikan diri sebab diburu oleh polis.. Nitta telah terlibat dalam satu kes jenayah yang telah disalah tafsir oleh pihak polis.. watak Nitta xmuncul dalam beberapa episod sehingga episod terakhir dimana dia sebenarnya sedang menyisat punca kematian ayah presiden agensi detektif tersebut.. Atas kerjasama kesemua tujuh2 detektif mereka berjaya menyelesaikan kes tersebut..

KOMEN

- Jalan cerita sangat menarik.. setiap episod kadang2 ade berkait..
- Nitta (Eita) dengan Shuntaro (Matsu-jun) memang terbaek.. memang lawak bile diorang ni gaduh..
- cerita ni sangat santai.. dalam satu episod ade part2 lawak, suspen, aksi dan kadang2 touching.. hihi
- boleh diklasifikasikan sebagai antara drama jepun 2012 terbaek untuk ditonton... seyes!

INFO

Tajuk Drama: Lucky Seven
Genre: Detektif, Aksi, Lawak
Episod: 10
Rating Penonton: 15.6%
Tv Siaran: Fuji Tv
Tahun: 2012
Pengiktirafan:
  • 72nd Television Drama Academy Awards: Best Actor - Matsumoto Jun
  • 72nd Television Drama Academy Awards: Best Supporting Actor - Eita
  • 72nd Television Drama Academy Awards: Best Theme song (Wild At Heart- Arashi)
  • 15th Nikkan Sports Drama Grand Prix (Jan-Mar 2012): Best Supporting Actor - Oizumi Yo

KARAKTER UTAMA

Shuntaro (Matsumoto Jun)
Seorang yang suka berlagak cool.. nak2 lagi bile dengan pompuan cun n time gaduh.. dia memang pandai pikat pompuan... baik hati.. suka membantu rakan2 yang susah.. watak yg sangat caring...

Nitta (Eita)
merahsiakan identiti sebenarnya.. tapi akhirnya terbongkar yang dia anak orang kaya tapi dia xminat nak warisi perniagaan bapanya.. melakukan siasatan secara rahsia mengenai kematian bapa presiden agensi detektif.. handal semasa berlawan..

TEASER


Perghh.. aku memang rekemen kat korang tgk drama nih.. memang drama TERBAEK!

ni link tgk drama ni secara online.. tapi yg ni part by part -----> daily motion

Thursday 30 August 2012

Salam Merdeka 55

Konnichiwa!!.. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke- 55.. syukur alhamdulillah,, sebagai warganegara Malaysia,, kita patut rasa bersyukur dengan keamanan, keharmonian & kesejahteraan hidup yang dikecapi selama 55 tahun.. buangkan persengkataan, bersatulah demi negara yang tercinta.. Jom kita bersama selami dan fahami dasar pandang ke timur.. aku paling suke pandang negara jepun.. ambil sikap positif mereka seperti yang sentiasa bersiplin, fokus dan komited dalam melakukan pekerjaan, sentiasa menghormati org tua & org lain, sentiasa menghargai masa serta mengekal kebudayaan sendiri.. dan kita tambah dengan pegangan Islam kita dengan sentiasa melakukan perintah Allah dan meninggalkan segala larangannya... =)

Wednesday 29 August 2012

Rich Man Poor Woman OST [Miwa~ Hikari e & Napa]

Konnichiwa!!.. drama yg tengah hot skang nih... Rich Man Poor Woman.. memang terbaek.. tapi lom abes layan lg.. hik3.. OST drama ni pon best... OP song lagu Miwa ~ Hikari e n Ending lagu Miwa jugak ~ Napa.. Jom layan OST Rich Man Poor Woman^^

Miwa~ Hikari e


Miwa~ Napa


nak download PV Hikari e pegi kat link ni ------>port87 .. terbaek siap english subbed.. high quality =)

Tuesday 28 August 2012

J-pop 2012~ Kis-My-Ft2 [Wanna Beeee] PV

Konnichiwa!!.. Kis-My-Ft2 telah melancarkan single ke-4 pada 15 Ogos 2012 yang berjudul "Wanna Beeee!!!"... Single ini juga merupakan lagu tema untuk drama "Beginners" yang sedang ditayangkan sekarang di TBS sehingga bulan September 2012.. Jom layan PV Wanna Beeee!!!


Friday 17 August 2012

Salam Aidilfitri.. Chuuko Mubaraku

Konnichiwa!!.. Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri... Maaf zahir dan batin.. Danjiki Akemashite Omedeto Gozaimasu.. Ayamaru koto ga attara yurushite kudasai...

Sempene raye nih,, mungkin amek masa beberapa hari untuk rehat sebentar drp mengepost pape entry kt blog nih.. hehe.. insyaallah lepas dah puas beraye.. aku update semula ye.. meriahkan hari raya anda dengan mengunjungi sanak saudara, teman taulan yang jauh mahupun dekat.. dan bermaaf-maafan lah antara kite..  Selamat Hari Raye^^


Thursday 16 August 2012

[Voting Result] ~ Best J-Drama 2011

Konnichiwa!!.. official voting result "Best J-Drama 2011".. Sebanyak 114 votes diterima.. huhu.. okeh jom semak senarai 10 undian tertinggi Drama Jepun 2011.. banyaklah sgt kn.. ahaks~~


Best J-Drama 2011
*********************************************
Drama yang mendapat undian paling tinggi
==> [ #1 ] ------
Ouran High School Host Club
38 votes (33 %)
**********************************************

Top 10 votes listed:

[ #2 ]------
 
Hanazakari No Kimitachi e 2011
33 votes (26 %)

[ #3 ]------
Detective Conan Drama
27 votes (23 %)

[ #4 ]------
Ikemen Desu ne
22 votes (19%)

[ #5 ]------
Zenkai Girl
17 votes (14 %)

[ #6 ]------
Taisetsu na koto wa subete Oshiete ni kureta
10 votes (8 %)

[ #7 ]------
Boss 2
7 votes (6 %)

Misaki Number 1
7 votes (6 %)

[ #8 ]------
Nankyouku Tariku
6 votes (5 %)

Asuko March!
6 votes (5 %)

[ #9 ]------
Kaseifu no Mita
5 votes (4 %)

Zettai Redo
5 votes (4 %)

JIN 2
5 votes (4 %)

[ #10 ]------
Inu o Kau to Iu koto
4 votes (3 %)

Hi wa Mata Noboru
4 votes (3 %)

Nazotoki wa Dinner no Atode
4 votes (3 %)

Boku no star no 99 nichi
4 votes (3 %)

Umameru
4 votes (3 %)

Thanx kepada yg votes.. arigatou ne minasan ^^..

Wednesday 15 August 2012

[Voting Result] ~ Aktress Jepun Paling Best 2011

Konnichiwa!!.. official result "Aktress Jepun Paling Best 2011" dalam drama tahun 2011.. Sebanyak 130 undian diterima..

AKTRESS JEPUN PALING BEST 2011
 untuk drama-drama tahun 2011

--------------------------------------------------------------------
[ #1 ]------
Horikita Maki
66 votes (50%)
---------------------------------------------------------------------
Berikut adalah Top 5 undian paling tinggi

[ #2 ]------
Aragaki Yui
19 votes (14%)

[ #3 ]------
Toda Erika
14 votes (10%)

[ #4 ]------
Inoue Mao
10 votes (7 %)

[ #5 ]------
Atsuko Maeda
6 votes (4%)
----------------------------------------------------------
Arigatou minasan ^^.. coming soon votes untuk Aktress Jepun Paling Cun dalam drama 2012.. hik3x~