Showing posts with label Rookies. Show all posts
Showing posts with label Rookies. Show all posts

Wednesday, 27 June 2012

Rookies ~ Terbaik!~

Konnichiwa... pehhh.. xsedar rupanyer blog aku nih dah 3 tahun.. bersempena dengan tuh,, aku post pasal entry yang mula2 skali aku buat kat blog nih... dari awal lagi aku mmg nak buat blog pasal drama2 jepun.. so,, masa tuh memang baru abes menonton drama 'Rookies' yg merupakan dvd drama jepun pertama aku beli sendiri.. tapi cetak rompak punyer la.. skang dvd tuh da rosak sikit.. haha.. pada awalnye aku macam xminat je nk tengok cte nih.. disebabkan dah terbeli jadi aku layan dulu... wow! layan punye layan akhirnya abes jugak sebab jalan ceritanya pehhhhh!! tersangatlah menarik... amazing!! best giler!

manga 'Rookies'


Drama Rookies ni adalah adaptasi daripada manga popular,, Rookies yang diilustrasi oleh Morita Masanori.. Manga ni diterbitkan dalam majalah Shounen Weekly Jump bermula tahun 1998 hingga 2003.. Dramanya pula disiarkan secara rasmi di Tokyo Broadcasting System (TBS) pada tahun 2008...  drama ni merupakan drama terbaik dalam Anugerah Akademi Drama Tv yang ke-58 dan juga diiktiraf sebagai drama tebaik tahun 2008 di Asian Television Awards... Pada tahun 2009,, Rookies muncul dalam versi movie yang merupakan movie yang mendapat kutipan tiket kedua paling tinggi di Jepun pada tahun 2009...

 

Drama Rookies ni mengisahkan tentang sekumpulan pelajar yang menyertai kelab besbol.. kelab tu kena denda sebab bergaduh masa perlawanan... so,, disebabkan itu,, aktiviti kelab ni dihentikan... sejak kejadian tuh bilik aktiviti kelab jadi tempat melepak dan hiburan ahli2 kelab... pada satu hari datang seorang cikgu baru, Kawato-sensei yang menghidupkan kembali aktiviti kelab nih... walaubagaimanapun bukan senang nak menarik semula ahli2 kelab melibatkan diri mereka kembali dengan aktiviti kelab.. namun dengan satu impian untuk pergi ke koshien,, telah membakar semangat diorng mengadakan aktiviti dan latihan...



drama 'Rookies' ni ade sikit kelainannya dengan drama2 lain sebab jalan ceritanya lebih kepada mencapai sebuah impian... menariknya dalam nak mencapai sebuah impian tuh pelbagai halangan yang diorang tempuhi ditambahkan lagi diorang ni adalah pelajar2 wanted... cikgu2 sume anti dengan diorang... bah kan sampai sekolah lain pon xsuke dengan diorng ni disebabkan terlibat dalam pergaduhan semasa perlawanan besbol... tapi diorang tetap bersemangat nak capai impian untuk sampai ke liga koshien (liga besbol paling tinggi)...

Kawato-sensei lakonan Sato Ryuta


Kawato-sensei...watak penting dalam drama rookies nih..

walaubagaimanapun di akhir drama nih,, diorang xberjaya sampai ke koshien... so,, sambungannya dalam 'Rookies The Movie'... waktu ni diorang da jadi senior.. ade tambahan dua watak baru.. yang aku ingat watak Akahoshi,, budak ni sombong,, xnak join latihan dalam kelab.. namun disebabkan rase bersalah selepas cederakan kapten Mikoshiba,, Akahoshi kembali menyertai latihan kelab dan membantu kelab dalam perlwanan kt liga koshien...

penamat dalam movie akhirnya diorang berjaya sampai ke liga koshien... di babak2 akhir movie mmg sedih sikit.. pehhh.. penghargaan untuk Kawato-sensei


kepada yang belum tengok drama nih,, aku memang rekemen sangat tgk drama nih.. tapi rasenyer kalu pompuan mungkin dia xminat sgt.. kalu lelaki rasenyer suke kot cte2 yang macam nih^^

yang ni ending untuk 'Rookies drama special'

Friday, 12 June 2009

ROOKIES forever

Rookies Forever... Aku rasa drama ni lah yang paling best sekarang ni cuma kat Malaysia ni belum jadi drama yang popular. Drama ni adalah drama terbaik Jepun pada tahun 2008. Bukan saja menang best drama award kat Jepun malah dipilih sebagai highly commended in the best drama series category dekat 13th Asian Television. Pada remaja-remaja sekalian, ni lah drama yang memaparkan kisah hidup remaja zaman sekarang.


Watak-watak yang mendukung drama ROOKIES


Kawato Koichi


Shinjo Kei


Okada Yuya


Imaoka Shinobou


Mikoshiba Toru


Aniya Keichi


Hiratsuka Taira


Yufune Tetsuro


Hiyama Kyooki


Sekikawa Shuta


Yagi Toko

Antara adengan-adengan menarik

Diatas sambutan yang hangat di negara matahari terbit, ROOKIES muncul dipawagam hasil sambungan daripada drama pada 30 Mei 2009 yang lalu.


Gempak ahhh... tak sabar-sabar nak tengok. Adakah diorang berjaya memasuki Koishen kali ni??? Apa pula cabaran & halangan diorang kali ni??? hmmm... tak silap aku kelab besbol diorang ni ade tambah ahli junior baru.. ape agaknye yang terjadi ekk???