Friday 26 February 2010

MR BRAIN

Moshi2.. hmmm.. sedar x sedar dah nak masuk bulan mac.. cepat pulak tu masa berlalu.. Baru2 ni aku ade beli satu cerita.. 'MR BRAIN'.. Nampak macam x bes je drama jepun nih tapi bile dah tengok mmg best giler.. layan gak cerita ni.

Sinopsisnyer;
Drama ni mengisahkan tentang pakar otak yang membantu polis dalam menyelesaikan masalah jenayah.. cerita ni ala2 csi gak la. tpi yg ni versi jepun.. Tsukumo(pakar otak) banyak melibatkan diri menyelesaikan masalah jenayah dan selalu membantu polis. Mula2 penglibatan dia x berapa disenangi oleh polis Tanbara.. Tapi lama kelamaan jadi kawan baik pulak.. Dia ni byk psycho penjenyah utk membongkar kesalahan diorang..

Komennyer;
- Jalan cerita yg menarik..
- Episod yg awl2 ni nmpak macam x best sgt..
- byk adengan lawak.. memang kelakar..
-kdg2 mcm tengok detektif conan pon ade..
- pendek sgt episodnye.
- best drama takuya kimura

Bintang;
Of course 9 bintang..=p

Info;
  • Title: MR. BRAIN
  • Format: Renzoku
  • Genre: Comedy, mystery
  • Episodes: 8
  • Viewership rating: 20.0 (Kanto)
  • Broadcast network: TBS
  • Broadcast period: 2009-May-23 to 2009-Jul-11

Saturday 20 February 2010

Movie yg dinanti-nantikan

Bila movie2 ni nak dijual kat Malaysia??
Rookies Sotsugyo
Aku paling suka tonton Rookies versi drama nih.. dalam episod terakhir yg aku ingat diorang x dpt masuk liga Koishen.. sedih giler.. dalam versi movie ni lah yg menceritakan macam mana kesudahannya.. adoi bile dpt tengok ni ek..
Gokusen The Movie
Aku dah tengok kesemua siri Gokusen dari season 1 sampai season 3 termasuklah yg special punye.. hmmmm yg movie ni x silap aku gokusen yg terakhir.. macam mana ekk penamat siri gokusen nih.. adoi lama gak aku tunggu ni..
Dah lama aku menantikannya.. haha.. dah x sabar dah nak tengok ni.. nak download x taw kat mana.. tapi aku lg puas hati dapat beli dvdnyer..

Hope will be release soon..

Friday 19 February 2010

On Air drama @ Japan

Konnichiwa!! skang ni aku dapat taw ade lagi 2 drama yg sedang ditayangkan kat Jepun skang ni.

Yang pertamanya, 'Yamato Nadeshiko Shichi Henge' atau dalam makna kata lain 'perfect girl evolution'. Drama ni telah memulakan tayangannya di saluran TBS pada 15 Januari 2010 dan dijangka berakhir pada Mac 2010. Berkemungkinan dvd drama ni akan mula dijual dalam bulan April atau Mei tahun ini. Aku kenal sorang hero dalam drama ni iaitu Kamenashi Kazuya dan tak silap aku yg kat blakang dia tu Seto Koji.. haha.. ape2 pon aku akan tengok jugak drama ni..

Drama yg keduanya drama 'Takujo Kabachi!!' .. Drama ni berunsur komedi.. Memulakan tayangan pada 17 Januari 2010 dan x dpt dijangka bila drama ni akan berakhir. Drama ni juga disiarkan di saluran TBS.. Nak sgt tengok drama ni sebab heroin dia Horikita Maki.. hehe.. Hero drama ni pulak Sakurai Sho, ahli kumpulan pop popular Arashi..

Monday 15 February 2010

Nobuta wo produce


Konnichiwa! Lame dah aku habiskan tengok drama nih.. sebenarnya drama ni aku beli masa mula masuk semester 3 kat UTHM.. ingat lagi aku beli dvd ni ngan anep n lain2 lepas mkn malam..tp aku abis tengok masa awal semester 4 kat UTHM..haha.. sbb nye dvd 2 nye bermasalah.. cm siot jew..

Sinopsisnye;
Drama ni mengisahkan tentang Nobuko yg berusaha utk jadi popular kat sekolah. Dia ni seorang yg pemalu.. nk senyum pon susah ape lagi nk bergaul dgn org.. Oleh sbb tu Shuji dan Akira berusaha utk menjadikan Nobuko seorang yg popular.. Sbb bkn mudah nak jadikan Nobuko yg x pandai bergaul ni jadi tumpuan orang ramai.. nak2 lagi ade org yg x suka ngan dia ni.. Dlm diam2 dia jadi kawan baik Nobuko.. Banyak cara yg digunakan Shuji dan Akira n macam2 masalah yg berlaku.. tapi sbb ikatan persahabatan diorang ni kuat, akhirnya diorang berjaya.. Tapi masa tu pulak Shuji kena pindah sekolah.. Memang susah utk diorang ni berpisah sbb dah byk kenangan pahit dan manis spanjang persahabatan diorang.. akhirnya sbb x sanggup nk berpisah, Akira pon ikut skali Shuji berpindah sekolah...

Komennyer;
- Jalan cerita yg menarik..
- Lebih banyak menyentuh pasal persahabatan.. mmg rasa mcm terharu jugak la tgk drama nih.
- Best giler tgk Horikita Maki.. kawaiii

Bintangnyer;
Drama ni... emmm.. ok la.. 6 bintang
3 watak utama drama ni~ Nobuka (Horikita Maki), Shuji (Kamenashi Kazuya) & Akira (Yamashita Tomohisa)

Info
  • Title (romaji): Nobuta wo Produce
  • English Title : Makeover
  • Format: Renzoku
  • Genre: School drama
  • Episodes: 10
  • Viewership rating: 16.89%
  • Broadcast network: NTV
  • Broadcast period: 2005-Oct-15 to 2005-Dec-17
awards;

Sunday 14 February 2010

Orthros No Inu

Konnichiwa! Fuhh.. akhirnya dpt gak aku abeskan tengok drama nih.. padahal xdelah byk sgt pown episodnya.. 9 episod je.. tapi sebab aku ni busy sgt ngan assignment, projek n test.. xde masa sgt nak tengok drama2 Jepun nih.. tapi kalu dah minat, curi2 tengok jugak.. Hari ini 14 februari 2010, aku berjaya menghabiskan menonton drama ni..

Sinopsisnyer;
Drama ni mengisahkan tentang dua beradik yg mempunyai kuasa misteri atau dikenali sebagai 'God's Hand".. Memang nmpak merepek je cerita ni.. Cerita ni berdasarkan kisah dogeng greek berkenaan dengan anjing berkepala dua.. ntah la aku pon xtaw betul ke x kisah ni.. Ryuzaki mempunyai kuasa menyembuhkan penyakit/kecederaan dengan hanya menggunakan sentuhan tangan je.. adik dia pulak, Ryosuke ada kuasa membunuh org dengan sentuhan tangan je.. Oleh sebab tu ade ahli parlimen Jepun yg cuba mempergunakan keistimewaan mereka ni sebagai jalan mudah untuk menjadi perdana menteri.. Ryuzaki telah mengumumkan kepada media tentang kuasa nya.. ini telah menyebabkan pesakit2 hospital sekitar Tokyo berebut untuk berjumpa dengannya.. namun Tatsumi, ayah kandung diorang ni bimbang dengan tindakan Ryuzaki.. Dia takut bencana akan berlaku seperti mana yg berlaku dulu selepas ramai org bergantung hidup dengan kuasa istimewa Ryuzaki.. Sebab itu dia cuba nak bunuh Ryuzaki tapi gagal.. Last skali Tastumi taw Ryosuke masih hidup n dia meletakkan tanggungjawab membunuh Ryuzaki pada Ryosuke..
Haha.. akhirnye sume org kena tipu ingat Ryuzaki mati kena bunuh ngan Ryosuke padahal x pon.. Akhirnye kuasa yg ada pada diorang hilang.. TAMAT.. haha

Komennyer;
- Nampak macam boring sikit.
- Kadang2 agak suspen.
- Memang nampak merepek.
- Tapi jalan cerita yg menarik..

Bintangnyer;
hmmm.. 5 bintang je lorh..

Info;
  • Title (romaji): Orthros no Inu
  • Format: Renzoku
  • Genre: Suspense, human drama
  • Episodes: 9+SP
  • Viewership rating: 8.3 (Kanto)
  • Broadcast network: TBS
  • Broadcast period: 2009-Jul-24 to 2009-Sep-25

Friday 12 February 2010

Oguri Shun Story

Konnichiwa... lama x update blog ni.. kali ni special tentang aktor hot Jepun, OGURI SHUN.. Sape x kenal hero filem Crows Zero nih.. nk2 lagi aktor nih byk mengihiasi drama2 popular macm Hanazakari no Kimitachi e, Hana Yori Dango, Gokusen 1, Stand Up dan yg terbaru skali Tokyo DOGS..

Video aku amek kat youtube.. haha.. tengok r.. best jugak nih..