Tuesday 31 May 2011

Hana Kimi dalam versi Korea pulak...


Konnichiwa!! hari ni sebenarnya saje je nak tengok hana kimi jepun ngan taiwan... tetiba ade lak artikel tentang hana kimi versi korea akan dikeluarkan... mungkin aku antara yang lambat taw... haha... sebab aku bukan peminat fanatik drama korea... ngeeee~~ ok... menurut artikel tu,,pihak SM Entertainment akan terbitkan sebuah drama berdasarkan manga popular jepun 'Hanazakari no Kimitachi e'... artikel tersebut bertarikh 9 Mac 2011... ngeee~~... katanya lagi ini berdasarkan populariti manga itu yang terjual lebih 17 juta copies... versi taiwan yang pertama sekali drama bersiri Hana Kimi pada tahun 2006... namun begitu ramai berpendapat versi Jepun yang dikeluarkan pada tahun 2007 lebih menarik... drama Hana Kimi juga mendapat sambutan yang hangat di Jepun dan beberapa negara lain termasuk Malaysia...

Pihak SM Entertainment telah sign kontrak ngan pihak produksi pada 10 Mac untuk menerbitkan drama Hana Kimi versi Korea... sebanya 16 episod untuk drama ni dalam versi korea... Jalan cerita adalah lebih kurang dengan cerita asal macam dalam versi Jepun dan ia akan disesuaikan dengan keadaan dan situasi di Korea...


Hanazakari no Kimitachi e (versi Taiwan)
dikenali sebagai ; Hua Yang Shao Nian Shao Nu
Episod: 15
Tahun: 2006
Tv Siaran: CTS
Karakter;
Ellen Chen sebagai Lu Rui Xi (Ashiya Mizuki)
Wu Chun sebagai Zuo Yi Quan (Sano Izumi)
Jiro Wang sebagai Jin Xiu Yi (Nakatsu Suichi)

Hanazakari no Kimitachi e (versi Jepun)
Tagline: Ikemen Paradise
Episod: 11 + special(2 jam)
Tahun: 2007
Tv Siaran: Fuji Tv
Karakter;
Horikita Maki sebagai Ashiya Mizuki
Oguri Shun sebagai Sano Izumi
Ikuta Toma sebagai Nakatsu Suichi

Hanazakari no Kimitachi e (Versi Korea)
Episod: 16
AKAN DATANG!!
COMING SOON!!

Jalan cerita...

Ashiya Mizuki transfer sekolah dari USA ke Jepun semata-mata nak pujuk Sano Izumi supaya kembali semula menjadi atlit lompat tinggi... Mizuki rasa bersalah kerana Sano cedera semasa menyelamatkannya daripada diculik samseng... sejak daripada kecedraan itu Sano berhenti jadi atlit lompat tinggi...

Mizuki masuk ke sekolah Sano, Osaka Gakuen,, sekolah lelaki... dia menyamar jadi pelajar lelaki... dan dapat satu bilik dengam Sano... pada awal kemasukannya,, Mizuki sering kali dibuli nak2 lagi Nakatsu... Walaubagaimanapun,,, tiba-tiba Nakatsu jatuh hati dengan Mizuki... namun dia jadi risau sebab Mizuki adalah lelaki... dia xnak digelar lelaki gay.. namun xlame lepas tu Nakatsu dapat tahu identiti sebenar Mizuki... sebabkan suka kat Mizuki,, Nakatsu merahsiakan daripada sume org kecuali Sano yang dah taw terlebih dahulu...

secara keseluruhannya,,, versi Jepun sgt happening, kelakar... manakala versi taiwan pula ada yang kata xsehebat versi Jepun... sekarang Hana Kimi versi Jepun memang popular diseluruh dunia... ramai sekarang ni yang menantikan versi Korea pulak...

Opening theme versi Taiwan


Opening theme versi Jepun

Hana Kimi best drama in the world^^
tgk drama hana kimi @ mysoju.com atau di dramacrazy.net....

Monday 30 May 2011

Boys Over Flower versi 4 negara


Cerita dan idea asal adalah daripada Jepun... Bermula daripada sebuah manga 'Hana Yori Dango' idea asal Yoko Kamio... diterbitkan sejak Oktober 1992 hingga September 2003... Ia adalah siri manga paling banyak terjual di Jepun iaitu sebanyak 54 Juta copies...

Siri 'Hana Yori Dango' atau dalam bahasa inggeris nya ~ Boys Over Flower~,, telah di jadikan drama bersiri buat kali pertama di Taiwan, yang ditukar nama jadi 'Meteor Garden' pada tahun 2001.. Selepas itu Jepun mengambil inisiatif menjadikan siri manga kepada drama bersiri pada tahun 2005.. Tajuk still sama,, 'Hana Yori Dango'... Selepas itu 'Hana Yori Dango' diterbitkan pula dalam drama bersiri Korea Selatan atas permintaan peminat disana.. Versi Korea diberi nama 'Boys over flower' atau dalam bahasa korea 'Kgotboda Namja' pada januari 2009 dan ,, yang terakhir sekali,, mungkin ada yang tak taw,, ia telah diterbitkan dalam drama bersiri China pulak yang namanya 'Li Qi Lai Kan Liu Xing Yu' pada Ogos 2009...

Sinopsis atau cerita untuk keempat-empat versi adalah sama iaitu kisah tentang seorang budak perempuan miskin yang bersekolah di sekolah elit... Cabaran disekolah elit adalah sebuah kumpulan yang terdiri daripada 4 orang lelaki kacak daripada keluarga paling kaya di sekolah itu... Kumpulan ini dikenali sebagai F4... suka membuli pelajar lain sesuka hati... tapi budak perempuan miskin ni jer yang berani lawan balik... tak lama lepas tu ketua kumpula F4 ni jatuh cinta dengan budak perempuan miskin tu... atas sebab darjat keluarga yang jauh berbeza cinta mereka menjadi sukar dan banyak halangan...

Persoalannya versi mane yang best???
Versi Jepun/Korea/Taiwan/China... hahaha...pada aku versi Jepun best... kelakar! hehe


Versi Taiwan (Meteor Garden) 2 season
Episod : 20 (season 1) & 31(season 2)
Tahun : 2001(season 1) & 2002-2003(season 2)
Tv siaran: CTS
Watak ;
Barbie Hsu sebagai Shan Cai
Jerry Yan sebagai Dao Ming Si
Vic Zhou sebagai Hua Ze Lei
Ken Zhu sebagai Xi Men
Van Ness Wu sebagai Mei Zuo

Versi China (Li Qi Lai Kan Liu Xing Yu)
Episod: 36
Tahun: 2009
Tv siaran: Hunan Tv
Watak;
Zheng Shuang sebagai Chu Yu Xun
Zhang Han sebagai Murong Yun Hai
Yu Hao Ming sebagai Duanmu Lei
Wei Chen sebagai Ye Shuo
Zhu Zi Xiao sebagai Shangguan Rui Qian

Versi Jepun (Hana Yori Dango) dua season
Episod : 9(season 1) & 11(season 2)
tahun : 2005(season 1) & 2007(season 2)
Tv siaran: TBS
Inoue Mao sebagai Makino Tsukushi
Matsumoto Jun sebagai Domyoji Tsukasa
Oguri Shun sebagai Hanazawa Rui
Matsuda Shota sebagai Nishikado Sojiro
Abe Tsuyoshi sebagai Mimasaka Akira

Versi Korea Selatan (Kgotboda Namja)
Episod: 25
Tahun: 2009
Tv siaran: KBS2
Watak;
Lee Min Ho sebagai Goo Joon Pyo
Kim Hyun Joong sebagai Yoon Ji Hoo
Kim Bum sebagai So Yi Jung
Kim Joon sebagai Song Woo Bin

ok... kat bawah ni opening ataupon intro untuk hana yori dango ngan boys over flower(korea)...

Hana Yori Dango season 1

Hana Yori Dango season 2

Boys over flower

special utk peminat versi jepun ngan versi korea

Sunday 29 May 2011

Hantu Jepun...part 1~ Hantu cermin budak jepun

Konnichiwa... sebenarnye aku just nak taw je jenis2 hantu jepun nih cam ne.. wakakaka... tetibe lak jumpe video nih... share je lah ngan korang.. aku pon xtaw ni betul ke x tapi ramai kate ni betul...ape-ape pon korang perhatikan betul-betul dekat cermin belakang budak tu... enjoy this video^^

untuk part seterusnye aku akan post tentang definisi sebenar hantu jepun... ngee~~ sekadar hiburan jer... wee~

BEN ASHAARI REDAH BLOG BARU JER


Konnichiwa!!... blogger Ben Ashaari redah blog baru jer... irraishaimase! selamat datang!... ke blog yg simple nih... sebab aku still xpandai nak wat yg canggih2... ngeee~~ ni kali pertama aku join segmen blogger Ben Ashaari... nk try gak... lgpown syarat2nye blog yg bwh 500 followers.. aku lah tuh haha.. kalu nak join n nak taw lebih lanjut klik SINI..

Kamen Rider Opening (Den-O, Kiva, Decade, W & OOO)


Konnichiwa... ahaha... kali ni kte preview opening utk kamen rider den-o, kiva, decade, w & ooo... sume smart... cun!.. tapi yg ooo cm kelakar sikit.. ngee~~~

Kamen Rider Den-O


Kamen Rider Kiva


Kamen Rider Decade


Kamen Rider W


Kamen Rider OOO

Saturday 28 May 2011

Kamen Rider Promo (Den-O, Kiva, Decade, W & OOO)


Konnichiwa... minat ngan kamen rider... mengikut sejarah kamen rider telah popular sejak awal tahun 1971.. dan berakhir pada tahun 1989.. itu zaman shouwa... skang ni zaman heisei.. bermula tahun 200 sampai skang... post kali ni tentang promo kamen rider den-o, kiva, decade, w dan ooo... kebiasaanye pada akhir episod setiap kamen rider akan ade promo utk siri baru kamen rider...

Kamen Rider Den-O... sblom nyer Kamen Rider Kabuto


Kamen Rider Kiva... sblomnyer Kamen Rider Den-O


Kamen Rider Decade... sblomnyer Kamen Rider Kiva


Kamen Rider Daburu... sblomnyer Kamen Rider Decade


Kamen Rider OOO... sblomnyer Kamen Rider W


Setiap siri Kamen Rider jalan cerita berbeza tapi misi same iaitu menghapuskan kejahatan... siri kamen rider mane paling best??

Hammer Session... best giler!!!...



Konnichiwa peminat2 Jdrama... berbalik ke topik drama jepun... kali ni pilihan aku,, Hammer Session!... dah lame dah aku beli dvd nih,,rm19.90 jer.. cam biase beli kat classic dvd metro point kajang... skang ni baru tengok sampai episod 7... seriusli,, cite ni best giler...

Secara ringkasnye cite pasal seorang cikgu penipu,,, ahhaha.. mendidik pelajar kelasnya tingkatan 3... pada awalnya pelajar dia ada mcm2 masalah... setiap episod ade je cite masalah pelajar dia... bkn org same... tp lain2... jadi,, ckgu ni name nye Hachisuga berusaha untuk membetulkan kesilapan pelajarnya dengan memberikan pengajaran yang berbeza yg diberi nama Hammer Session... nak cite lebih2 pon xboleh sbb xabes tgk ag... kalu nak tgk on9... aku bg link; dramacrazy.net/hammersession <--- klik kat sini!

Selamat menonton!

Drama ni byk dibarisi pelakon2 muda berusia 18 tahun... sbg contoh;
Masaki Suda... kalu korang perasan,, dia nih yg dalam cite Kamen Rider Daburu..
Mirai Shida... haha. kelakar lah dye nih... tp... kawaii gak.. walaupun nmpk tomboi..

kalu buka kt youtube mmg xjumpe cite nih... huhuhu...sronok gak tgk cite pasal bdk sekolah nih... happening,,, fun!!

Friday 27 May 2011

10 kualiti masyarakat JEPUN menghadapi Tsunami

Gambar jauh pemandangan bekas tsunami yang membaham Fukushima..

Konnichiwa!!... bulan 3 menggemparkan Jepun dan masyarakat dunia akan tetapi diperlekehkan segelintir org kenamaan Malaysia.. ini bencana alam... kuasa Allah.. xde sape yg mampu lawan... bencana di Malaysia baru2 ini tanah runtuh... punca! perbuatan manusia... kita yg cari pasal!... orang lain yang buat silap orang lain yang jadi mangsa... bila disiasat... punca adalah pembalakan dilereng bukit...

Wahai sekalian rakyat Malaysia, Indonesia, dan seluruh umat Islam... disini ade satu cerita benar yg aku baca dari ismajepun.com iaitu berkenaan dengan pengalaman sukarelawan asing yg membantu mangsa tsunami di Fukushima, Jepun... kita patut ambil iktibar.. hanya bangsa dan rakyat ini sahaja didunia ini yang mempunyai nilai budi pekerti yang tinggi...

10 pengajaran semasa berada di Fukushima Jepun, catatan seorang sukarelawan asing
1. Ketenangan
Saya tidak nampak orang meraung, menepuk-nepuk dada melihat mayat-mayat bergelimpangan. Dengan itu kesengsaraan itu sendiri telah hilang dengan sendirinya.

2. Harga Diri
Mereka berdisiplin dalam berdiri beratur untuk mendapatka air dan barang2 keperluan harian. Tidak kedengaran kata-kata kesat atau perbuatan yang tidak senonoh dan kurang ajar.
Mangsa tsunami jepun beratur panjang untuk mendapatkan bantuan

3. Kemampuan
Tahap arkitek yang sangat membanggakan. sebagai contoh; bangunan-bangunan nampak jelas bergoyang kerana gempa bumi tersebut akan tetapi ia tidak runtuh.

4. Lapang Dada
Orang ramai membeli hanya barang-barang yang mereka perlukan pada hari itu sahaja supaya stok sentiasa ada dan setiap orang dapat embeli sesuatu untuk keperluan masing-masing.

5. Keamanan
Tidak ada curi mencuri di kedai-kedai mengambil kesempatan keadaan yang sedemikian maupun bunyi hon dan potong memotong dijalan raya.

6. Pengorbanan
Lima puluh pekerja bekerja siang malam untuk mengepam air laut ke dalam reaktor nuklear. Bagaimana jasa mereka dapat dibalas.

7. Simpati
Restoran menjual makan minum dengan harga yang lebih rendah mesin ATM tidak perlu dijaga pengawal keselamatan. Orang yang kuat menjaga yang lemah.
8. Latihan
Semua lapisan masyarakat, tua maupun muda, disana sini tahu apa yang harus mereka lakukan.

9. Media
Mereka sangat mengawal dan cermat dalam membuat laporan. Tidak ada wartawan yang mengambil kesempatan dan mereka-reka cerita demi mendapat perhatian dan pelanggan. hanya berita yang berpatutan yang dilaporkan.

10. Nilai hati
Apabila bekalan elektrik terputus di kedai-kedai, para pelanggan yang sedang memilih barang-barang yang hendak dibeli meletakkannya kembali di rak-rak kedai dan segera beredar keluar untuk menyelamatkan diri..

Semoga apa yang baik yang ditunjukkan oleh contoh rakyat Jepun ketika menghadapi detik-detik cemas tsunami itu dapat dijadikan teladan yang baik oleh seluruh umat islam... sblom ini aku aku ade cerita pengalaman rakyat Malaysia yg dibantu oleh rakyat Jepun ketika bencana tersebut.. xde langsung rasa kepentingan bangsa disitu.. xkira bangsa apa warganegara apa apabila berada dalam keadaan susah dan kecemasan mereka sedia hulurkan bantuan...

Alangkah indah kalau masyarakat kita bersikap sebegini... kita sebagai umat islam sepatutnya berasa malu kerana rakyat jepun yang rata-rata bukan islam mengamalkan nilai-nilai murni yang dituntut dalam ajaran islam... cuba kita lihat di negara kita sendiri apabila mengahadapi sesuatu bencana ada sahaja pihak yang mengambil kesempatan.. xkira perompak, wartawan, ahli politik,,, suma ade agenda masing2.... xde rasa belas kasihan dan budi pekerti semasa orang lain menghadapi kesusahan... Kanak-kanak pon tahu belas kasihan terhadap mangsa tsunami disana...

cerita sahih daripada webisite ismajepun.com <---- klik utk mengetahui isi kandungan sebenar..

Thursday 26 May 2011

Anime Popular 2010 (Top 15)

Konnichiwa! kepada peminat2 anime...haha.. dan kepada yg mencari-cari anime best/popular tahun 2010.. disini aku ade senarai top 15 anime popular kat Jepun keluaran 2010... sumber daripada peminat2 anime di animenfo.com...

Top 15 anime popular 2010 (aneminfo.com)

1. Gakuen Mokushiro HIGHSCHOOL OF THE DEAD

2. Angel Beats!

3. Durarara!

4. Baka to test to shokanju

5. Dance in Vampire Bund

6. Ichiban Ushiro no Daimao

7. Omamori Himari

8. B-gata H-kei

9. Arakawa under bridge

10. Ladies versus Butlers

11. K-on 2

12. Nodame Cantabile: Finale

13. Kaichou wa Maid sama

14. Chu bra!

15. Hakuoki Shinsengumi Kitan

sumber: animenfo.com

Wednesday 25 May 2011

Nasi Goreng Jepun

Gambar hiasan...

Konnichiwa!!... nak cuba satu resipi?? resipi ini diambil daripada website myresipi.com... rupe-rupenyer org jepun pown suke makan nasi goreng kan... oke... jom kite cuba wat NASI GORENG JEPUN...

Bahan-bahan
Nasi putih
Bawang Merah & Putih
Lobak (dihiris halus)
Capsicum (gune cili pown boleh)
Isi Ayam/daging (fish ball/fish cake pown boleh)
Cendawan Butang (kalau nak.. kalau xnak letak pon xpe)
Serbuk Perasa Ayam
Kicap
Minyak
Garam
Lada sulah
Telur
Garlic Salt/Garlic Butter

Cara-cara
1. Goreng telur dan hancurkan macam buat scrambled egg..
2. Panaskan garlic butter+minyak... tumiskan bawang, isi ayam/daging, sayur2(cili,cendwan)...
3. Masukkan serbuk perasa ayam + garam
4. Masukkan nasi dan gaulkan hingga rata...
5. Taburkan lada sulah dan gaulkan nasi hingga masak... dan angkat...

Semudah lima langkah nak buat nasi goreng Jepun.. pehhh... mesti sedap... kalu nak rasa cubelah try sendiri!!

Monday 23 May 2011

Code Blue 2 di 8TV

Konnichiwa.. kepada peminat-peminat drama bersiri CODE BLUE,, sblom ni dh ditayang season pertama... bermula 29 Mei 2011,, 8TV akan menyiarkan CODE BLUE 2 pada jam 3ptg hingga jam 4ptg... byk pendapat menyatakan season 2 lagi best.. hmmm.. xtgk ag nih,, nk try tgk la.. mane lagi best... Team Medical Dragon atau Code Blue... hehe...

drama ni ade 11 episod jer.. tayangan di 8TV akan berakhir pada 7 Ogos 2011...

Sunday 22 May 2011

sambungan drama BOSS


Konnichiwa!!... korang penah tgk drama bersiri BOSS... perghh... best giler beb! skang ni dh ditayangkan di Jepun yg bermula 14 April 2011 hingga Jun 2011... jumlah episod masih xdpt nak dipastikan.. tp kalu kat dramacrazy.net stakat 17 Mei 2011 baru episod keempat...


yg kat atas ni adalah trailer boss season 2... nmpk cm best.. xsaba lak nk tgk nih...


yg atas ni opening song... lagu still same superfly~alright..


yg kat atas ni ending theme song utk boss season 2...
cm ne toda erika dlm season nih.. kawaii ne!!
mmg best cte boss nih.. try tgk.. slamat menonton^^..

Saturday 21 May 2011

Joker Yurusarezaru Sousakan




Konnichiwa! ade ag cte baru abes tgk... leh tahan gak cte nih.. best2...

Sinopsis

Cerita tentang polis dan undang2... dalam beberapa kes jenayah yang diuruskan polis, ada yang tidak dapat dihukum dengan undang2... Seorang polis yang bernama Date Kazuyoshi bertindak menghukum penjenayah yang terlepas daripada hukuman undang2.. Dia menembak ubat tidur kepada suspek dan dibawa ke sebuah penjara di sebuah pulau terbiar dan tidak diketahui org.. dlm peta jepun yang terbaru pulau tersebut telah di hilangkan... Hukuman tersebut dilakukan bersama-sama dengan bekas polis,, Mikami...

Date juga mendapat bantuan penyiasat Kudo... Walaubagaimanapun,, Kudo sering kali bertindak terburu-buru ketika menghukum penjenayah.. kerana menurut Date sblom menghukum penjenayah mesti ada bukti yang kukuh... Mereka berdua selalu melakukan aktiviti bersama-sama...

Ada seorang polis wanita baru bernama Miyagi berada dibawah jagaan Date.. Miyagi adik kepada anggota polis yang dibunuh Natsuki.. Natsuki dibunuh kerana menyiasat kegiatan polis underground... pembunuhan Natsuki tidak meninggalkan kesan jenayah,, hal ini menyebabkan ketua polis Izutsu disyaki sebagai pembunuh.. jenayah seperti ni dinamakan Joker.. dalam akhir cerita, Miyagi berjaya membongkar rahsia cerita pembunuhan abangnya.. pembunuh yang melakukan jenayah 'Joker' adalah Mikami... Date mmg sukar untuk menerima kenytaan tersebut.. perkara ini dibuktikan oleh Kudo yang mendesak supaya mengesan DNA polis yang telah bersara...

Akhirnya Mikami dihantar ke penjara tersebut dimana penjara tersebut adalah rancangannya dahulu semasa menjadi polis underground..
Komen

Cerita yang menarik.. suspen yang menjadi.. jalan cerita mmg smart.. aksi2 dalam citer ni pown leh tahan.. heroin xcantik,, hehehe... Nishikido Ryo mmg terbaek,, smart!.. mmg xrugi aku beli RM19.90... pasni nk tgk specialnye lak...
mcm kenal... ahah.. Innoe Masahiro.. hero dalam siri Kamen Rider Decade.. dalam cte ni sbg pelakon tambahan jer.. ade la 3 episod kuar tu pon kejap2 jer...
Salah satu aksi dalam citer nih.. Kudo suke bertindak sendiri bile nak hukum penjenayah yg terlepas drp hukuman undang2..

Info

  • Title: ジョーカー 許されざる捜査官
  • Title (romaji): Joker Yurusarezaru Sosakan
  • Format: Renzoku
  • Genre: Crime
  • Episodes: 10 + SP
  • Viewership rating: 14.2%
  • Broadcast network: Fuji TV
  • Broadcast period: 2010-Jul-13 to 2010-Sep-14


Thursday 19 May 2011

Team Medical Dragon 3

Konnichiwa... lame giler xupdate blog nih... what happen to me... aku skang ngah cari idea baru nk jadikan blog nih leboh interaktif... cam ne ekk.. hehe... k2.. baru2 ni baru saje habis menonton Team Medical Dragon 3...

Sinopsis

Siri Team Medical Dragon nih sgt popular.. aku mmg dah layan dari season satu lagi.. mmg best.. terbaek.. dalam season 3 nih,, Hospital universiti Meishin dah nak jatuh... banyak penyakit2 yg xdpt dirawat disitu... Prof Kito mengambil alih sebagai pengarah hospital untuk menaikkan semula taraf hospital Meishin.. Beliau memanggil balik sume doktor yg pernah berkhidmat di Meishin iaitu Dr Asada dan Dr Kato... Dr Asada seorang pakar bedah yg hebat... dia mampu menarik ramai pesakit utk mendapatkan rawatan terbaik di hospital itu dengan kehandalannya dalam pembedahan.. Namun dalam semngat utk menaikkan semula Meishin,, Prof Noguchi dtg semula utk menguasai Meishin... namun Prof Kito bijak menjejak taktik Noguchi,, beliau hantar Noguchi ke China selepas Meishin berjaya mendapat pengiktirafan ... tapi Noguchi dtg semula xlama lepas tu... kali ini dia dtg sebagai pengarah yg baru.. Prof Kito digulingkan oleh Prof Noguchi... bila dah jadi pengarah doktor2 pakar xpuas hati dengan perubhan yg dilakukan Noguchi... Dr Asada sering kali menlanggar arahan Noguchi walaupun menerima ugutan ditarik lesen kedokotoran.

Dalam siri kali ini Dr Asada ada pesaing terbaru itu Dr Kuroki yg menjalankan rawatan tanpa pembedahan.. kaedah tersebut sedikit menggugat kaedah pembedahan Asada.. namun pada penghujung episod Dr Asada dan Dr Kuroki bekerjasama untuk menyelamatkan dua orang pesakit dalam satu masa... setiap pembedahan yang dilakukan dalam siri ini sumenyer selamat.. xde satu pon yg gagal...
Komen
- aku rasa tmd season ketiga nilah yg paling best.. sbb lagi byk suspen... lebih mendebarkan.. mmg layan sgt lah... dan paling byk kejutan.. bende yg kita xjangka akan berlaku pada jalan ceritanya...

Info
  • Title: 医龍 Team Medical Dragon
  • Title (romaji): Iryu Team Medical Dragon
  • Also known as: Team Medical Dragon
  • Genre: Medical
  • Broadcast network: Fuji TV
  • Episodes: 10
  • Viewership rating:
  • Broadcast period: 2010-Oct-14 to 2010-Dec