Thursday 20 August 2009

Sinar Islam di Jepun


Korang pernah tahu tak perkembangan Islam kat negara Jepun. Bersempena dengan bulan ramadhan al-mubarak ni, aku nak kongsi cerita sikit tentang perkembangan Islam di Jepun.

Perkembangan Islam di Jepun tak begitu pesat sebagaimana di China, Indonesia mahupun Malaysia. Sehinggakan pada hari ni tidak dapat dinyatakan jumlah sebenar umat Islam di Jepun.

SEJARAH PERKEMBANGAN ISLAM DI JEPUN

Hubungan dunia Islam dengan Jepun bermula pada pemerintahan Maharaja Meiji dengan Kerajaan Turki Uthmaniyah. Maharaja Meiji menjalinkan hubungan dengan Kerajaan Turki Uthmaniyah adalah atas dasar ingin membebaskan rakyat Jepun daripada tekanan kuasa besar. Kedua-dua pemimpin ini telah menjadi sahabat baik.

Agama Islam muncul di Jepun pada tahun 1877. Dua orang Islam pertama Jepun dikenal pasti iaitu Mitsutaro Takao atau nama Islamnya, Omar Yamaoka memeluk Islam pada tahun 1909 selepas menunaikan haji di Mekah. Manakala seorang lagi bernama Bumpachiro Ariga (Ahmad Ariga) memeluk Islam selepas berdagang di India. Baru-baru ini dinyatakan seorang lagi orang Islam pertama di Jepun, Torajiro Yamada mengambil nama Islamnya, Abdul Khalil. Beliau memeluk Islam ketika melawat negara Turki.

Selepas peperangan kedua, masyarakat Islam dari pelbagai negara datang menetap di Jepun dan semakin bertambah dari setahun ke setahun. Kegiatan dakwah berkembang namun masyarakat disana tidak mempunyai satu tempat khas untus menyelaraskan kegiatan dan kefahaman Islam. Pada 1966, Pusat Islam Antarabangsa Jepun ditubuhkan sebagai pengkalan dakwah Islam disana, namun dibubarkan pada tahun 1974 dan diberi nama baru, Pusat Islam Jepun. Pusat Islam Jepun telah menerbitkan lebih 2000 unit buku yang berkaitan dengan ibadat, muamalat, perundangan Islam dan cara pergaulan masyarakat Islam.

MASJID DI JEPUNMasjid Kobe

Masjid pertama di Jepun dibina pada tahun 1935 iaitu Masjid Kobe, seterusnya pada tahun 1938, Masjid Tokyo dibina. Menjelang 2003 sebanyak 38 masjid didirikan dipelbagai wilayah. Sehingga sekarang terdapat beberapa lagi buah masjid di Jepun seperti Masjid Gifu dan yang baru dirasmikan pada 12 April 2009, Masjid Fukuoka.

CABARAN MASYARAKAT ISLAM DI JEPUN

Orang Islam di Jepun banyak menghadapi cabaran akibat imej buruk Islam yang sering di laporkan oleh media. Selain itu, cabaran umat Islam di sa
na adalah untuk mendapatkan makanan halal dan menunaikan solat lima waktu. Kebanyakan rakyat Jepun masih belum memahami agama Islam sepenuhnya. Ini kerana buku-buku yang berkaitan dengan agama Islam yang dialih bahasa dalam bahasa Jepun amat sukar di temui. Orang Jepun sering memusatkan pemikirannya kepada kebendaan dan sering mempersoalkan asal usul agama. Mereka mempersoalkan kenapa khinzir tak boleh dimakan. Mereka tidak boleh menerima logik bahawa Allah menegah manusia daripada memakan khinzir. Mereka juga melihat negara Islam dan bertanya realiti sebenar masyarakat Islam. "Sekiranya Islam itu berkembang baik mengapa jadi begitu". Mereka sering berfikiran demikian. Oleh itu masyarakat Jepun melihat Islam harus mempunyai kedudukan yang tinggi.

Walaupun menghadapi cabaran, umat Islam di sana tidak kecewa dengan sikap orang Jepun. Kerajaan Jepun dan masyarakatnya tidak mungkin mengambil tindakan yang dramatik terhadap minoriti umat Islam seperti yang berlaku di eropah. Ini kerana umat Islam di Jepun tidak begitu ramai, kira-kira 6000 orang (anggaran) serta tidak mempunyai pengaruh politik.

Daripada kalangan pelajar Jepun peringkat sekolah menengah, 75% berpendapat Islam agama agresif, 70% berpendapat Islam kurang memberi kebebasan & 53% mengaitkan Islam dengan negara kurang maju. Lalu wakil Persatuan Islam Jepun menyatakan "dalam dunia Islam dewasa ini wujud keadaan seperti peperangan, keganasan, kemiskinan dan kacau bilau. Inilah yang sering ditayangkan oleh Tv dan oleh itu ramai orang Jepun bersikap negatif terhadap Islam".

MASYARAKAT ISLAM JEPUN
Profesor wanita Keiko Sakurai dari Universiti Wasade menyatakan bilangan orang Jepun yang memeluk Islam telah meningkat secara beransur-ansur walaupun statistis yang jelas tidak diperoleh. Mereka terbahagi kepada 2. Pertama lelaki yang mengenali Islam setelah mengkaji agama Islam / dunia Arab, iaitu semasa merantau, belajar / bekerja di negara Islam. Kedua, wanita-wanita Jepun yang berkahwin dengan orang Islam dari negara lain.

Pada tahun 2004, bilangan orang Islam bukan Jepun ialah 60 000 hingga 70 000 (majoriti lelaki). Paling ramai orang Indonesia diikuti Pakistan, Bangladesh dan Iran. Orang Malaysia di Jepun kebanyakannya etnik Cina.

Tanggapan salah terhadap Islam yang diperkenalkan oleh media-media barat perlu diperbetulkan dengan cara yang lebih cekap, ini kerana Jepun adalah negara paling kenal huruf di dunia. Bagaimanapun taburan penduduk Islam di Jepun amat sedikit dan sukar untuk menjumpai kesusasteraan Islam dalam Bahasa Jepun di sana. Ditambahkan lagi, imej Islam dirosakkan oleah pembunuhan Hitoshi Igarashi di Jepun disebabkan perterjemahannya tentang Ayat-ayat Satan, Serangan 11 September 2001, pengeboman di Palestin, Israel, Bali, Iraq dan Jordan yang dilakukan atas nama Islam. Imej Islam dirosakkan lagi oleh tanggapan ketakstabilan politik dunia Arab.

Sumber rujukan

www1.bharian.com.my,

www.ipislam.edu.my, hafizalsofiah.blogspot.com & wikipedia

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Syukur alhamdullillah... negara kita telah mencapai kemerdekaan kali yang ke-52
Tema kemerdekaan kali ni ialah 'Satu Malaysia' hasil cetusan idea PM kita yang ke-6. Tak kira dalam surat khabar, televisyen, radio, internet dll semuanya dah menghebahkan 'Satu Malaysia' ni. Siap buat lagu lagi. Macam2 lagu aku dengar. Kat radio era buat lagu 'Satu Malaysia' macam ni, radio rtm macam tu pulak, kat Hot fm macam2 aku dengar. Elok lah tu, baru la wujudnya semangat kemerdekaan. Media massa dan elektronik dah mainkan peranan masing2. Yang kita ni pulak, kibar bendera kat depan rumah pon x de. Adakah kita bersama-sama ingin meraikan hari kemerdekaan negara kita???

Memang sudah termaklum tahun ni kita sambut merdeka dalam bulan puasa. Macam mana agaknya nanti ek??? sambut dalam bulan puasa. First time aku sambut merdeka dalam bulan puasa ni. Kalau x sambut kat bukit jalil pon x pe la. Kita sambut dengan cara kita sendiri, buat solat hajat ke berdoa agar negara kita kekal aman dan sejahtera. Insyaallah...

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE - 52
どくりつさい-52

Tuesday 18 August 2009

My Top 10 Japanese Drama

Moshi2 minasan. Hmmm... rasanya dah banyak drama jepun yang aku dah tengok. Overall drama-drama jepun yang aku tengok ni best2 belaka. Memang layanlah. Tapi ni lah 10 drama-drama yang aku rasa memang giler best.

1. ROOKIES

Drama ni berkisarkan tentang sukan besbol. Kelab besbol Sekolah Tinggi Futamokagawa telah di band selama setahun kerana menimbulkan pergaduhan semasa perlawanan. Ramai ahli kelab yang di buang. Cuma ada beberapa saki baki yang masih belum dapat di buang oleh pengetua sekolah. Memang sebuah dramatik yang dramatik dan kelakar. Drama ni banyak memberi kesan yang mendalam. Banyak aksi-aksi bergaduh macam cerita crows zero tapi tak de la melampau sangat. Ramai member2 aku suka tengok drama ni sampai menangis. hehehe... Aku dah tengok 7 kali drama ni. Memang tak boring.
Pupolarity (mysoju.com) : 3 bintang
Viewship rating (Japan) : 14.8%
My rating : 10/10
Awards
58th Television Drama Academy Awards: Best Drama
58th Television Drama Academy Awards: Best Actor - Sato Ryuta
58th Television Drama Academy Awards:
Best Supporting Actor - Ichihara Hayato 58th Television Drama Academy Awards: Best Theme Song - Kiseki
58th
Television Drama Academy Awards:
Special Award - Nikogaku Nine
13th Asian Television Awards: Highly Commended in the Best Drama Series Category

2. HANAZAKARI NO KIMITACHI E Drama ni memang happening giler. Dah tengok??? Perghh... layan seh. Sebab pe? Drama ni lawak sangat. Bertemakan kehidupan pelajar sekolah tinggi lelaki. Namun begitu, ada seorang budak perempuan, Ashiya Mizuki menyamar jadi pelajar lelaki sebab dia minat kat seorang budak lelaki, Sano Izumi. Izumi dah berhenti menjadi atlit lompat tinggi akibat cedera dalam satu insiden melibatkan Mizuki. Drama ni lain daripada yang lain. Walaupun kadang2 ada lawak cam bodoh je, tapi kelakar. Memang kalau tengok ketawa sampai keluar anak tekak la.. hahaha.
Popularity (mysoju.com) : 5 bintang
Viewship rating (Japan) :17.3 %
My rating : 9.5/10
Awards
54th Television Drama Academy Awards: Best Drama
54th Television Drama Academy Awards:
Best Actress - Horikita Maki
54th
Television Drama Academy Awards:
Best Supporting Actor - Ikuta Toma
TVnavi Magazine 2007 Drama Awards:
Best Supporting Actor - Oguri Shun

3. GOKUSEN

Drama ni ada 3 season. Sumua season best. Cerita tentang cucu perempuan keluarga Yakuza menjadi cikgu sekolah tinggi. Tapi malangnya dia dapat kelas budak-budak nakal dan samseng. Walaubagaimanapun cikgu ni, Yamaguchi Kumiko berjaya berjaya mendidik budak-budak nakal ni menjadi orang yang berguna. Banyak aksi gaduh2 dalam drama ni tapi tak real macam drama Rookies. Bagi aku season 2 yang paling menarik sekali. Drama ni memang popular kat Jepun. Baru2 ni baru keluar movie Gokusen kat Jepun.
Popularity (mysoju.com) : 4 bintang
Viewship rating (Japan) : season 1 17.43%, season 2 27.8% & season 3 22.5%
Myrating : 9.5/10
Awards
Season 1
33rd Television Drama Academy Awards:
Best Actress - Nakama Yukie
33rd Television Drama Academy Awards:
Best Supporting Actor - Matsumoto Jun
Season 2
44th Television Drama Academy Awards:
Best Drama
44th Television Drama Academy Awards:
Best Actress (Nakama Yukie)
44th
Television Drama Academy Awards:
Best Supporting Actor (Kamenashi Kazuya)
Season 3

57th Television Drama Academy Awards:
Best Actress: Nakama Yukie

4. HANA YORI DANGO

Drama Jepun pertama yang aku minat. Mula2 member aku yang recommend drama ni. Masa tu aku x brape minat sangat. Tiba2 satu ketika,terlintas lak rasa nak tengok drama ni. Baru sekali tengok terus melekat tengok cerita ni. Tak puas tengok season 1, aku beli season yang kedua lak. Drama ni romantik komedi. ala2 drama meteor garden macam dram korea ngan taiwan. Tapi ramai yang cakap meteor garden versi Jepun ni paling best antara meteor garden versi korea ngan taiwan.
Popularity (mysoju.com) : 5 bintang
Viewship (Japan) : season 1 19.3% & season 2 21.7%
Myrating : 9.4/10
Awards
season 1

47th Television Drama Academy Awards: Best Actress (Inoue Mao)
47th :
Television Drama Academy AwardsBest Supporting Actor (Matsumoto Jun)
season 2

52nd Television Drama Academy Awards: Best Drama
2007 Annual Drama Grand Prix Awards:
Best Supporting Actor - Oguri Shun
16th Hashida Awards:
Rookie of the Year - Oguri Shun for 'Hana Yori Dango 2'
16th Hashida Awards:
Rookie of the Year - Inoue Mao for 'Hana Yori Dango 2'
10th Nikkan Sports Drama Grand Prix (Jan-Mar 07)
: Best Drama
10th Nikkan Sports Drama Grand Prix (Jan-Mar 07):
Best Actress - Inoue Mao
10th
Nikkan Sports Drama Grand Prix (Jan-Mar 07):
Best Supporting Actor - Matsumoto Jun

5. YAMADA TARO MONOGATARI

Aku tak sangka pulak drama ni best. Mula2 tu saja je tengok kat mysoju.com. Baru tengok episod 1 je dah best. Esoknya aku terus beli dvd drama ni. Drama ni mengisahkan kisah hidup Yamada Taro. Seorang yang miskin tetapi di salah anggap anak orang kaya yang ternama. Pelajar paling pandai di sekolah, kat dalam kelas sering kali tidur. Ada seorang pelajar perempuan minat kat Yamada ni tapi dia suka berangan yang tak masuk akal. Overall drama ni memang lawak.
Popularity (mysoju.com) : 4 bintang
Viewship (Japan) : 15.2%
Myrating : 9.2/10
11th Nikkan Sports Drama Grand Prix (Jul-Sep 2007): Best Actor - Ninomiya Kazunari

6. KUROSAGI

Dah lama aku nak tengok drama. Mula2 aku keliru dengan dia punya trailer kat youtube, lebih kurang macam drama Ryusei No Kizuna. Baru2 ni member aku bagi dvd drama ni dan aku pon tengok la. Memang best drama ni. Overall jalan cerita agak serius, jarangla dia buat lawak. Cerita ala2 detektif conan, lebih kurang macam tu la. Banyak unsur2 suspen. Kadang2 touching. Episod terakhir cerita ni memang touching habis. hehehe
Popularity (mysoju.com) : 4 bintang
Viewship (Japan) : 15.67 %
Myrating : 9.0/10
Award
49th Television Drama Academy Awards : Best Supporting Actress (Horikita Maki)

7. ONE LITRE OF TEARS

Drama ni kalau tengok, confirm nangis. Berdasarkan kisah benar yang berlaku di Jepun. Diadaptasi daripada diari pesakit kanser tulang kat Jepun yang telah meninggal dunia akibat penyakit ini. Dalam kisah ni menceritakan seorang budak perempuan bernama Aya yang berusaha melawan penyakit kanser tulang yang dialami hinggalah ke akhir hayatnya.
Jalan cerita ni memang boleh buat orang menangis. Ramai member aku yang nangis tengok cerita ni. Yang lelaki pun nangis sekali tengok cerita ni. Dulu drama ni pernah disiarkan di 8Tv.
Popularity (mysoju.com) : 5 bintang
Viewship (Japan) : 15.7%
Myrating : 8.9/10


8. IRYU (TEAM MEDICAL DRAGON)

Sungguh tak suka drama ni pon best jugak. Sebelum ni member aku yang bagi drama ni kat aku. Tapi masa aku x layan drama yang bertemakan doktor dan bedah2 ni. Tapi bila aku dengar ramai yg cakap drama ni best, aku pon try tengok. Memang best drama ni. Rugi sape tak tengok. Drama ni mengisahkan sekumpulan doktor bedah yang berjaya melakukan batista operation kepada seorang bayi yang pertama di Jepun. Macam2 cabaran doktor ni nak buat pembedahan yang pertama kali dilakukan di Jepun. Drama ni aku baru tengok season 1, season 2 belum tengok lagi.
Popularity (mysoju.com) : 2 bintang
Viewship (Japan) : 14.75 %
Myrating : 8.8/10
49th Television Drama Academy Awards:
Best Drama
49th Television Drama Academy Awards:
Best Musical Arrangement, Kono Shin
49th Television Drama Academy Awards:
Best Director, Kubota Satoshi

9. RYUSEI NO KIZUNA

Drama ni berdasarkan novel terlaris di Jepun. Mengisahkan kehidupan 3 beradik yang berusaha menjejaki pembunuh ibubapa mereka selepas 14 tahun. Disebabkan pihak polis gagal menyelesaikan kes tersebut, lalu mereka bertindak sendiri. Tanpa mereka sangka polis yang mereka percayai selama ni adalah pembunuh yang dicari. Sebuah drama yang dramatik, komedi kadang2 relax. Aku tengok trailer drama ni seakan-akan sama dengan drama kurosagi. Jalan cerita yang menarik sekali.
Popularity (mysoju.com) : 4 bintang
Viewship (Japan) : 16.3%
Myrating : 8.5/10
Awards

59th Television Drama Academy Awards:
Best Drama
59th Television Drama Academy Awards:
Best Actor - Ninomiya Kazunari
59th Television Drama Academy Awards:
Best Supporting Actress - Toda Erika
59th Television Drama Academy Awards:
Best Scriptwriter - Kudo Kankuro
59th Television Drama Academy Awards:
Best Directors - Kaneko Fuminori, Ishii Yasuharu
59th Television Drama Academy Awards:
Best Theme Song - Beautiful days
12th Nikkan Sports Drama Grand Prix (Fall 2008):
Best Drama
12th Nikkan Sports Drama Grand Prix (Fall 200
8): Best Actor - Ninomiya Kazunari 12th Nikkan Sports Drama Grand Prix (Fall 2008): Best Supporting Actor - Nishikido Ryo
12th Nikkan Sports Drama Grand Prix (Fall 2008): Best Supporting Actress - Toda Erika

10. ATASHINCHI NO DANSHI

Drama yang baru tamat di Jepun pada 23 Jun 2009 yang lalu. Heroin drama ni Hirokita Maki yang pernah berlakon dalam drama Hanazakari no Kimitachi e dan Kurosagi. Drama lawak santai. Mengisahkan tentang anak-anak Shinzo. Hanya 2 orang adalah anak kandung Shinzo manakala 4 orang lagi adalah anak angkat. Macam2 ragam anak2 Shinzo ni, mula2 mereka tak bersatu. Dah bermacam-macam cabaran yang mereka tempuh, akhirnya mereka bersatu.
Popularity (mysoju) : 5 bintang
Viewship (Japan) : 10.8%
Myrating : 8.1/10

Buat masa ni, inilah drama yang aku rasa terbaik punya. Korang kalau belum tengok lagi, try la tengok sekali.

Sumber; www.mysoju.com & wiki-adicts.com

Friday 14 August 2009

Who will be the next champion???

Wah! demam bola dah bermula...
Sekarang ni tumpuan kita kat EPL...
Who will be the next champion???
Is it Manchester United again
or Chelsea??? hmmm... not sure
or Liverpool... dream never co
mes true
or Arsenal... I don't think so
or Manchester City... may be not

who do you think will be the next???
If you ask me

I will
confirmly
said
THE RED DEVILS
HAHAHA... SORRY GUYS

Toda Erika

Moshi-moshi minasan, mula-mula ingat nak cerita pasal Horikita Maki sebab bulan ni aku banyak tengok drama lakoanannya macam Atasinchi no Danshi, Nobuta wo produce dan Hanazakari no kimitachi e. Tapi tak pe la, untuk bulan ogos no kita cerita pasal Toda Erika pulak. Sebab ape??? bulan ogos adalah birthday pelakon cute ni.

Tanjoubi Omedeto!
たんじょうびおめでと!
Toda Erika's birthday
17 August

Toda Erika dilahirkan pada 17 Ogos 1988 di Kobe, Jepun. Mempunyai seorang abang dan seorang adik perempuan. Berketinggian 162 cm dan berat badan 42 kg.

Antara drama yang pernah dibintanginya;
Code Blue, Nobuta wo produce, Liar game season 1 & 2, Ryusei no Kizuna, Hana Yori Dango 2, Kiseki no Dobutsuen dan yang terbaru Boss.

Pernah memenangi anugerah dalam 59th Tv Drama Academy Awards untuk Best Supporting Actress menerusi drama Ryusei no Kizuna dan 12th Nikkan Sports Drama GP (Fall 2008) juga untuk Best Supporting Actress menerusi drama Ryusei no Kizuna.

Hmmm... itu je yang aku taw. Sape pulak aktor/aktress Jepun untuk bulan September nanti ye... tengok la nanti




Thursday 13 August 2009

Hanazakari no kimitachi e

Best Drama in 2007
Happening!
You must try to watch this drama

Fuh! dah puas dah tengok drama 'Hanazakari no Kimitachi e' atau maksudnye dalam bahasa Inggeris 'For You in Full Blossom'. Memang happening wa cakap sama lu... Dulu masa ditayangkan kat 8TV aku tak berape minat sangat. Tapi bila ramai sangat yang cakap drama ni best, aku pon try beli dvd drama ni n tengok dari mula. Memang layan beb! Kat Malaysia ni belum jumpa lagi drama yang macam ni. Bukan kate kat Malaysia je, rase nye kat dunia ni belum ada drama yang best macam ni...

Secara ringkasnya, drama ni mengisahkan tentang seorang pelajar perempuan, Ashiya Mizuki yang masuk belajar kat sekolah budak lelaki. Sebabnye dia nak buatkan seorang pelajar lelaki ni, Sano Izumi aktif semula dalam sukan lompat tinggi. Sebelum ni, Sano Izumi pernah selamatkan Mizuki dari di rompak. Pada waktu tu Sano Izumi tercedera dan selepas dari kecederaan itu, Izumi terus berhenti menyertai kejohanan yang melibatkan acara lompat tinggi. Itu lah sebabnya Ashiya Mizuki ni datang ke Sekolah Tinggi Ohsaka. Macam-macam cara dia cuba untuk pujuk Izumi ni.

Agak peliknya, budak sekolah tu semuanya tak perasan yang Ashiya ni perempuan. Akhir sekali masa episod 10, kawan rapat Mizuki dan Izumi, Nakatsu ternampak bentuk badan Mizuki yang sebenar masa dia curi-curi masuk dalam bilik air. Dalam episod terakhir, semua pelajar dah tahu yang Mizuki ni perempuan. Akibatnya, Mizuki ambil keputusan untuk pulang ke Amerika semula.

Perghh! layan beb. Semua ada dalam drama ni. Lawak, emosional dan menghiburkan.



Title: 花ざかりの君たちへ
Title (romaji): Hanazakari no Kimitachi e
Title (English): For You in Full Blossom
Tagline: イケメン♂パラダイス / Ikemen Paradise
Also known as: Hana Kimi
Genre: High school romance comedy
Broadcast network: Fuji TV
Episodes: 12
Viewership ratings: 17.3 (Kanto)
Broadcast year: 2007
Awards
54th Television Drama Academy Awards: Best Drama
54th Television Drama Academy Awards: Best Actress - Horikita Maki
54th Television Drama Academy Awards: Best Supporting Actor - Ikuta Toma
TVnavi Magazine 2007 Drama Awards: Best Supporting Actor - Oguri Shun

This drama I will give 9.5/10

Wacth this!!! Top 10 Japanese girls

Moshi2 minasan... Hari ni aku ada amek satu video best punyer kat youtube... Top ten Japanese girls.. I think this is the most popular Japanese girls.. watch and leave your comments..

Sunday 2 August 2009

Best tak drama ni???

Drama ni dulu pernah ditayangkan kat 8tv. Tapi dulu aku x amek taw pon pasal drama ni. Orang kata drama ni best. Kelakar. Memang patut tengok. Hahaha... betul ke??? Haa.. skang ni aku dah beli dvd drama ni... Hanazakari no Kimitachi E... Maksudye 'For you in Full Blossom'..

Kat bawah ni video drama 'Hana Kimi' yang aku amek kat youtube

Saturday 1 August 2009

KUROSAGI (クロサギ)


Hmmm.. dah lame aku nak tengok cerita ni. Akhirnya dapat gak. Cerita ni aku pinjam member aku punye. Memang best cerita. Hmmm sume cerita Jepun aku bagi komen best2 kan. Tapi nak wat cam ne. Dah memang best pon. hahaha.

Cerita ni di adaptasi daripada komik 'kurosagi' yang popular kat Jepun. Cerita ni ada banyak unsur-unsur suspen ala-ala detektif. Tapi pada pada masa yang sama ada jugak part-part yang touching.

Drama ni mengisahkan kehidupan Kurosaki. Keluarganya telah dibunuh oleh bapanya sendiri akibat tidak dapat menanggung bebanan hutang. Sebenarnya, bapanya telah ditipu oleh Kusagi dan Mikimoto yang berjanji ingin membantu bapanya menjalankan perniagaan. Selepas bapanya menyerahkan duit yang banyak kepada mereka, bapa Kurosaki tidak mendapat apa-apa keuntungan daripada perniagaannya. Selepas di bebani dengan banyak hutang, Kusagi dan Mikimoto telah menghilang diri. Akhirnya, bapanya mengambil tindakan yang bodoh dengan membunuh keluarganya sendiri. Walaubagaimanapun, hanya Kurosaki yang sempat untuk menyelamatkan diri.

Lantaran daripada peristiwa berdarah itu, Kurosaki berazam membalas dendam kepada orang-orang yang melakukan penipuan(swindle). Pada akhir cerita, Kurosaki berjaya membalas dendam pada Kusagi, tapi dia gagal menjejaki Mikimoto yang lebih licik daripadanya. Kurosaki di tangkap oleh pihak polis, namun di lepaskan sebab tak ada bukti yang kukuh.

Pada aku jalan cerita ni sangat menarik. Siri drama ni seterusnya di jadikan filem, 'Kurosagi the movie'

Kat bawah ni trailer 'Kurosagi the movie'





Title: クロサギ
Title (romaji): Kurosagi
Title (English): The Black Swindler
Genre: Action, Crime investigation, Romance
Episodes: 11
Viewership ratings: 15.67
Broadcast network: TBS
Broadcast year : 2006
My Rating : 9.0/10

Awards
49th Television Drama Academy Awards : Best Supporting Actress (Horikita Maki)