Thursday 2 February 2012

Hanazakari no Kimitachi e 2011

Konnichiwa... selepas mendapat sambutan paling gempak drp penonton.. hana kimi kembali dalam versi remake ~Hana Kimi 2011~... walaubagaimanapun,, versi remake agak mengecewakan^^

Sinopsis

Karakter dalam versi remake masih sama cume pelakonnya je lain.. Tapi ade beza dari segi latar belakang dan jalan cerita (sikit la..).. Kalau sebelum ni sekolah nye cantik dan besar.. kali ni sekolahnye buruk, lapuk dan banyak masalah... yang peliknye pejabat pengetua punya lah mewah.. ahah.. pengetua nye lak berfesyen pelik ala2 tuan puteri,, perangai lak sgt mengada-ngada.. haih...
Ashiya Mizuki pula matlamatnya datang ke Osaka Gakuen sebab nak balas jasa Izumi yang telah menyelamatkan dirinya daripada masalah... dia cuba untuk kembali kan semangat Izumi... seperti versi lama,, ketua2 dorm sumenye huru hara...

Hibari pula dalam versi nih belajar di Paris,, tapi bile Osaka Gakuen ade masalah,, dia akan pulang ke Jepun untuk menyelesaikan masalah yg timbul... Masalah paling besar ialah sekolah terpaksa ditutup sebab pengurusan sekolah dah xmampu nak menguruskannya lagi... so,, macam2 lah diorang buat supaya sekolah xditutup... tapi usaha mereka gagal walaupun ketiga-tiga ketua dorm sudah buat perbincangan dengan pengetua... akhirnya,, sekolah dapat diselamatkan dengan kejayaan Izumi dalam lompat tinggi mengatasi Kagurazaka... Mizuki pula akhirnya kantoi jantina perempuan nya... selepas Izumi berjaya lompat semula,, dia buat keputusan untuk balik ke Amerika...
Hibari 4 versi 2011.. comel.. tp.. xbest sgt

Komen;
- hmm3... keseluruhan mmg Hana Kimi 2007 lagi Best!
- jalan citer ok tapi mungkin pelakon2 Hana Kimi 2007 lagi cool!
- Ashiya Mizuki lakonan Horikita Maki tetap paling best...
- paling ok dalam versi nih,, karakter Nanba Minami(Kiriyama Ren)...
- Skala Drama nih: OK la.. ^^

Info:
Tajuk: Hanazakari no Kimitachi e 2011
Pengarah: Matsuda Hidotome, Tsuzuki Junichi
Penulis: Nakajo Hisaya(manga), Hanzawa Ritsuko, Yakagami Chiharu
Produser: Goto Hiroyuki
Tv siaran: Fuji Tv
Tempoh siaran: Julai hingga September 2011
Tv rating: 6.99%
Karakter utama: Ashiya Mizuki(Atsuko Maeda), Nakatsu Suichi(Shohei Miura), Sano Izumi(Aoi Nakamura)

2 comments: