Wednesday 1 February 2012

700 days of Battle: Us vs the Police

Konnichiwa... da lame xtgk cte Ichihara Hayato.. ngeh3x~... Not bad! Hayato sgt sesui ngan karakter yg gile2 nih...

Sinopsis:

Cerita nih belatar belakangkan keadaan di tahun 1979... sekumpulan pelajar sekolah menengah yg diketuai oleh Mamachari (Ichihara Hayato) sengaja mencari masalah dengan seorang polis, Chuzai-san (Sasaki Kuranosuke) di kawasan mereka.. Pada mulanya, Saijo (Ishida Takuya) dikenakan saman sebab bawak moto melebihi had laju 30km/j... Saijo xpuas hati dengan saman yg dikenakan,, kerana xmasuk akal buat speed trap kat kawasan bawah bukit yang curam...
Oleh itu,, Mamachari mengajak rakan2 nya memperdayakan polis itu... mula2,, diorang ni sengaja bawak basikal laju2 untuk mempermainkan Chuzai-san sebab diorang ingat basikal x akan kena saman... tapi akhirnya kena saman jugak sebab basikal pon kenderaan juga...
Lepas itu diorang cuba mempermainkan Chuzai-san dengan hanya berjalan kaki sambil membawa alat2 pancaragam dikawasan speed trap... tapi peliknya,,, diorang kena tahan jugak sebab speed trap tu rekod perjalanan diorang hanya 4km/j... haha.. mmg pelik jalan pon kena tahan gak...

Diorang ni pulak boleh terpikat dengan seorang perempuan cun kat sebuah kedai makan... Mamachari bet ngan kwn2 nya kalu dia berjaya letakkan komik2 lucah kat pejabat Chuzai-san,, dia akan luahkan perasaan kat perempuan cun tu... sekali rupa2nya perempuan cun isteri Chuzai-san...
ade banyak lagi kerje gila Mamachari dan kawan2 nye.. last skali Mamachari nak tunaikan hajat Saijo untuk bagi Mika-chan tengok bunga api... tapi Mika-chan sakit dan kena tggl kat hospital.. Saijo pulak excident sebab leka tengok perempuan comel semasa bawak moto... oleh sebab tu,, Mamachari buat tipu helah mencuri bunga api di kawasan pameran bunga api utk diorang buat kat kawasan sekitar hospitl...

Chuzai-san akhirnya mengesan tindakan Mamachari dan akhirnya berjaya menangkapnya... walaubagaimanapun Mamachari dilepaskan atas permintaan pemilik bunga api yg dicurinya...

Komen:
- sebuah movie lawak bodoh.. tapi best!...
- setiap rancangan giler mamachari memang lawak..
- Ichihara Hayato mmg ngam ngan karakter mamachari..
- kdg2 tu agak **hentai** cikit la... xde la banyak sgt...
- Skala movie nih: BEST^^

Info:
Tajuk: 700 Days of Battle: Us vs the Police
[Boku tachi to Chuzai-san no 700 nichi senso]
Pengarah: Tsukamoto Renpei
Penulis: Fukuda Yuichi
Sinematografi: Segawa Ryu
Tarikh Tayangan: 8 April 2008
Tempoh Masa Tayangan: 108 minit
Karakter Utama: Mamachari (Ichihara Hayato), Chuzai-san(Sasaki Kuranosuke), Saijo(Ishida Takuya)

Best Scene:


No comments:

Post a Comment