Friday 10 February 2012

Galileo



Konnichiwa.. perghhh.. abes menonton drama 'Galileo'.. mula2 macam xbest.. bile dah tengok, gempak seyh.. cte ni lain sikit sebab biasa dalam cte2 polis mesti pasal tangkap penjenayah dan selesaikan kes.. berlainan dengan cte nih,, seorang profesor merungkai misteri disebalik kejadian jenayah...

Sinopsis

Utsumi Kaori,, seorang polis penyiasat baru,, sering kali mendapatkan bantuan seorang profesor di Universiti Tantei, Yukawa-sensei untuk menyelesaikan misteri sesuatu kejadian jenayah.. Utsumi selalunya xsependapat dengan rakan sekerja, Yuge yang sentiasa ambil mudah dalam selesaikan sesuatu kes jenayah...

Oleh sebab itu,, Utsumi akan bekerjasama dengan Yukawa-sensei.. Walaubagaimanapun,, sikap Yukawa-sensei ni pelik sikit.. dia selalunya fokus dalam menyelesaikan misteri yang menarik perhatiannya.. apabila dia hampir menyelesaikannya,, dia akan kembangkan formula-formula fizik untuk mendapatkan jawapan.. akhir sekali dia akan menjalankan demonstrasi tentang misteri kejadian jenayah..

Bila misteri berjaya dibongkarkan,, Yukawa-sensei menyerahkan tugasan terakhir kepada Utsumi menangkap penjenayah sebenar/ menyelesaikan kes-kes yang menjadi misteri.. Walaupun,, Utsumi xsuke dengan sikap Yukawa yang kdg2 pelik dan menyakitkan hati, tapi dia perlukan bantuannya untuk menyelesaikan kes-kes misteri yang ditamatkan penyiasatan tanpa sebarang alasan kukuh...

Komen:
- Drama yang menarik.. interesting!
- xpaham dengan hanya kembangkan formula fizik dapat menyelesaikan misteri jenayah.. huhu
- heroin yang sangat comel.. walaupun wataknya sentiasa kalut.. tp.. perghh.. kawaiii..^^
- setiap episod ada experiment(demonstrasi kejadian jenayah) yang sangat menarik..
- episod akhir best tapi endingnya macam mengejutkan.. xnmpk macam cte da nak tamat..huhu..
- setiap episod kene fokus,, kalu x nnt konfius dengan jalan cte sebenar.. ahah
- Skala drama nih: BEST^^

Info:

Tajuk: Galileo
Genre: Detektif, Misteri
Jumlah episod: 10
Rating penonton: 22.0%
Tv Siaran: Fuji Tv
Tempoh siaran: Oktober-Disember 2007
Lagu Tema: KISS Shite oleh KOH
Karakter Utama: Masaharu Fukuyama (Yukawa-sensei), Kou Shibasaki (Utsumi Kaoru)
Pengiktirafan: Asian Television Awards ke-13 [Best Drama Series], Television Drama Academy Awards ke-55 [Best Drama, Best Actor - Masaharu Fukuyama, Best Supporting Actress- Kou Shibasaki, Best Script- Yasushi Fukuda, Best Director & Best Theme Song]

No comments:

Post a Comment