Thursday 21 February 2013

JDrama 2012 ~ Papa wa Idol [Review]


Konnichiwa!!.. ade yg minat ngan kanjani8 x kat sini.. wakaka!~ baru lepas tgk drama papa wa idol.. xsangka pulak wujudnye karakter Nishikido Ryo bersama dengan kumpulan Kanjani8 dalam drama ni.. ahah.. dah macam drama pasal kanjani8 pon ade.. tapi sebenarnye bukan.. XD

SINOPSIS

Drama pasal Nishikido Ryo yang merupakan artis terkenal dan juga anggota kumpulan popular Kanjani8.. Ryo-kun berhasrat untuk mengahwini gadis pilihannya, Haruka yang telah mempunyai 3 org anak.. walaupun usia Haruka agak tua sikit.. tapi tu xmenghalang percintaan mereka.. Haruka telah ditinggalkan suaminya dan membesarkan anak2nya sendiri..

Pelbagai masalah timbul pada awalnya,, dimana anak2 Haruka xdapat bergaul mesra dengan Ryo.. Manager Ryo juga xbersetuju dengan keputusannya untuk berkahwin.. Pada mulanya perkahwinan Ryo dengan Haruka dirahsiakan daripada pengetahuan umum serta ahli kumpulan Kanjani8.. Segalanya berjalan agak lancar,, Ryo mampu membahagikan masa kerjanya dengan keluarga.. namun,, Ryo agak sukar utk bergaul mesra dengan anak2 Haruka..

Kontroversi melanda Ryo dimana dia dikaitkan dengan pelakon jelita Nayomi.. Khabar angin menyatakan yg mereka berdua sedang bercinta.. kontroversi menambah tekanan kepada Ryo yg sedang berusaha menjadi ayah kepada anak2 Haruka.. Secara tidak sengaja,, rahsia perkahwinan sampai ke pengetahuan ahli2 Kanjani8.. pada mulanya mereka mahu menggugurkan Ryo.. namun,, atas sebab setia kawan,, mereka tetap mahu Ryo jadi ahli kumpulan Kanjani8..

Konflik timbul bila seorang wartawan membongkar rahsia perkahwinan Ryo dan Haruka.. Pada waktu tu Ryo menghadapi pelbagai tekanan daripada media dan peminat2 nya.. Haruka yang kesian dengan nasib Ryo akhirnya membuat keputusan untuk bercerai dgn Ryo..


Walaubagaimanapun,, selepas semangat yg diberikan oleh rakan2 Ryo dan peminat.. akhirnya Ryo dan Haruka bersatu semula... pehhhh.. sweet ending... heeee

KOMEN

- drama yg happening + funny
- jalan cerita yg relax je.. dan menarik.. setiap episod nk taw ape kesudahannya..
- konflik yg menarik..
- Nishikido Ryo dlam cte ni mmg best.. beza daripada watak yg sblom2 ni.. dalam cte ni wataknya lebih ceria..
- lepas abes tgk.. drama ni memang BEST!!


INFO

Tajuk: Papa wa Idol
Genre: Komedi
Episod: 10
Siaran Tv: TBS
Rating Tv: 8.2%
Tahun: 2012
Casting: Nishikido Ryo, Yuka, Kawashima Umika

Nishikido Ryo .. terbaek!!


FUNNY PART



WATCH ONLINE

http://www.gooddrama.net/japanese-drama/papa-wa-idol

No comments:

Post a Comment