SINOPSIS
Saotome Yuri, ibu kepada Kou, Ren dan Akira mempunyai keinginan untuk melihat anak-anaknya mendapat pingat emas semasa temasya sukan olimpik.. ini disebabkan kegagalan abg Yuri yang membunuh diri sebab xmahu terima hakikat yang dia xmampu dapatkan pingas emas Olimpik..
Walaubagaimanapun,, ade masalah yg timbul pada anak-anak Yuri.. Pada mulanya Ren tidak mahu terlibat dengan sukan dan mahu hidup bebas disebabkan dia xdapat perhatian sangat daripada Yuri.. Ini kerana Yuri lebih tertumpu kepada Kou iaitu anak sulungnya dalam acara renang.. Kemudian Akira menimbulkan masalah percintaannya.. Mulanya dia suka kepada jurulatihnya yang juga org kepercayaan Yuri, Hasumi Joji.. Disebabkan Joji xdapat membalas cinta Akira,, dia berasa kecewa dan jatuh cinta pula pada seorang jurugambar.. disebabkan jurugambar tersebut ade kaitan dengan mendiang abg Yuri.. Yuri telah bertindak untuk menjauhkannya daripada Akira.. Namun Akira xberpuas hati dengan tindakan Yuri dan bertindak mengukir tatu yang sama dengan jurugambar tersebut sbg menyatakan cinta sejatinya.. Tindakan itu menimbulkan kemarahan Yuri dengan tatu tersebut secara automatik Akira xlayak bertanding dalam acara sukannya.
Yang terakhir sekali, Kou menghadapi tekanan sebagai anak sulung yang bakal mewarisi syarikat Yuri.. Kou bertindak mencederakan diri dalam kemalangan yang disengajakan.. Yuri tertekan dengan masalah Kou dan Akira bertindak memujuk kembali Ren.. Namun begitu Ren mempunyai masalah jantung dan tidak boleh menjalankan aktiviti sukan.. Disebabkan semangat Ren yg xmahu kecewakan Yuri membuatkan Kou bersemangat dan menyertai acara renang pada kejohanan renang.. Dalam kejohanan tersebut Kou berjaya mendapat tempat pertama dan memperbaharui rekod..
KOMEN
- drama ni xkonsisten.. kejap best kejap boring.. episod tengah2 mmg boring..
- Yuki Amami dalam drama ni mmg best.. Emi Takei pon.. hehe..
- Jalan cerita yang agak kurang mantap..
- Ade part yg macam xlogik akal.. seperti boleh nampak roh anak Yuri yg telah gugur kandungan sentiasa menemani Yuri..
- Jalan cerita macam complicated.. susah nak memahami situasi cerita ni kadang2..
- Bagi aku.. cerita ni OK laaaa.. boleh jugak layan.. huhu.. xde la boring sgt..
INFO
Tajuk: GOLD
Genre: Human Drama, Sport
Episod: 11
Tv siaran: Fuji Tv
Tv Rating: 8.9%
Tahun: 2010
Dibintangi : Yuki Amami, Emi Takei, Toru Matsuzaka, Takashi Sorimachi & Masato Yano
KARAKTER UTAMA
Saotome Yuri (Yuki Amami).. seorang ibu kepada 3 org anak yg terlibat dalam sukan.. seorang yg mempunyai semangat tinggi.. sanggup buat ape saja asalkan dapat pingat emas yg diidamkan oleh keluarga Saotome.. sanggup gadai nyawa anak sendiri walaupun dye tahu yg Ren ada masalah jantung..
THEME SONG
No comments:
Post a Comment