Tuesday 31 May 2011

Hana Kimi dalam versi Korea pulak...


Konnichiwa!! hari ni sebenarnya saje je nak tengok hana kimi jepun ngan taiwan... tetiba ade lak artikel tentang hana kimi versi korea akan dikeluarkan... mungkin aku antara yang lambat taw... haha... sebab aku bukan peminat fanatik drama korea... ngeeee~~ ok... menurut artikel tu,,pihak SM Entertainment akan terbitkan sebuah drama berdasarkan manga popular jepun 'Hanazakari no Kimitachi e'... artikel tersebut bertarikh 9 Mac 2011... ngeee~~... katanya lagi ini berdasarkan populariti manga itu yang terjual lebih 17 juta copies... versi taiwan yang pertama sekali drama bersiri Hana Kimi pada tahun 2006... namun begitu ramai berpendapat versi Jepun yang dikeluarkan pada tahun 2007 lebih menarik... drama Hana Kimi juga mendapat sambutan yang hangat di Jepun dan beberapa negara lain termasuk Malaysia...

Pihak SM Entertainment telah sign kontrak ngan pihak produksi pada 10 Mac untuk menerbitkan drama Hana Kimi versi Korea... sebanya 16 episod untuk drama ni dalam versi korea... Jalan cerita adalah lebih kurang dengan cerita asal macam dalam versi Jepun dan ia akan disesuaikan dengan keadaan dan situasi di Korea...


Hanazakari no Kimitachi e (versi Taiwan)
dikenali sebagai ; Hua Yang Shao Nian Shao Nu
Episod: 15
Tahun: 2006
Tv Siaran: CTS
Karakter;
Ellen Chen sebagai Lu Rui Xi (Ashiya Mizuki)
Wu Chun sebagai Zuo Yi Quan (Sano Izumi)
Jiro Wang sebagai Jin Xiu Yi (Nakatsu Suichi)

Hanazakari no Kimitachi e (versi Jepun)
Tagline: Ikemen Paradise
Episod: 11 + special(2 jam)
Tahun: 2007
Tv Siaran: Fuji Tv
Karakter;
Horikita Maki sebagai Ashiya Mizuki
Oguri Shun sebagai Sano Izumi
Ikuta Toma sebagai Nakatsu Suichi

Hanazakari no Kimitachi e (Versi Korea)
Episod: 16
AKAN DATANG!!
COMING SOON!!

Jalan cerita...

Ashiya Mizuki transfer sekolah dari USA ke Jepun semata-mata nak pujuk Sano Izumi supaya kembali semula menjadi atlit lompat tinggi... Mizuki rasa bersalah kerana Sano cedera semasa menyelamatkannya daripada diculik samseng... sejak daripada kecedraan itu Sano berhenti jadi atlit lompat tinggi...

Mizuki masuk ke sekolah Sano, Osaka Gakuen,, sekolah lelaki... dia menyamar jadi pelajar lelaki... dan dapat satu bilik dengam Sano... pada awal kemasukannya,, Mizuki sering kali dibuli nak2 lagi Nakatsu... Walaubagaimanapun,,, tiba-tiba Nakatsu jatuh hati dengan Mizuki... namun dia jadi risau sebab Mizuki adalah lelaki... dia xnak digelar lelaki gay.. namun xlame lepas tu Nakatsu dapat tahu identiti sebenar Mizuki... sebabkan suka kat Mizuki,, Nakatsu merahsiakan daripada sume org kecuali Sano yang dah taw terlebih dahulu...

secara keseluruhannya,,, versi Jepun sgt happening, kelakar... manakala versi taiwan pula ada yang kata xsehebat versi Jepun... sekarang Hana Kimi versi Jepun memang popular diseluruh dunia... ramai sekarang ni yang menantikan versi Korea pulak...

Opening theme versi Taiwan


Opening theme versi Jepun

Hana Kimi best drama in the world^^
tgk drama hana kimi @ mysoju.com atau di dramacrazy.net....

3 comments:

  1. korea punya gmbr takda???klo nda kbrtn ltk skali suma versi hanakimi ni...itu pun klo nda mnyusahkan..

    ReplyDelete
  2. korea version x berape bes berbanding japanese la..saya juge peminat drama jepun tapi korea saya layan jugak..hehe,,sekarang di korea sudah episod 11 tapi saye tetap merasakan japanese version terbaik!

    ReplyDelete
  3. dah tengok dah tajuk dia To The Beautiful You....best gakk!

    ReplyDelete