Saturday 4 February 2012

J-aktor~ Nishikido Ryo

Konnichiwa... tetibe terase teringin nk menonton semula drama paling touching ~One Litre of Tears~ hahaha.. kalu yg dah tengok drama nih mesti ingat heronye,, Nishikido Ryo... pertama kali aku mengenal Ryo menerusi drama ni lah.. hak3x~ Ryo antara aktor jepun yang aku minat.. setiap watak/karakter yg dibawa mesti best...

Nishikido Ryo dilahirkan di Hyogo pada 3 Disember 1984 dan dibesarkan di Osaka.. Ryo muncul dalam drama pertamanya Binbo Doshin Goyocho pada tahun 1998.. Selain menjadi pelakon Ryo juga mempunyai bakat dalam bidang nyanyian,, kini Ryo dimiliki oleh syarikat Johnnys' Entertainment dan menjadi ahli kepada kumpulan NEWS dan Kanjani8... haha.. macam pelik sikitkan, jadi ahli untuk dua kumpulan... Aku lagi suke penampilan Ryo dalam Kanjani8.. lagi best.. Group tu best jugak!.. Tapi kini Johnnys Entertainment mengesahkan Ryo terpaksa keluar daripada group NEWS atas jadual yang bertindih...

Setakat ni Ryo hanya muncul dalam satu filem je,, iaitu Chonmage Purin pada tahun 2010.. mungkin Ryo lebih digemari menerusi drama sehingga kini banyak drama2 yang dibintanginya mendapat sambutan hangat,, antaranya One Litre of Tears, Attention Please!, Last Friend, Ryusei No Kizuna, Orthros no Inu, Joker Yurusarezaru no Sousakan, Inu o Kao to Iu Koto dan terbaru Zenkai Girl(2011)..

Info mengenai Nishikido Ryo..

Nama Penuh: Nishikido Ryo
Nama Cina: Jin Hu Liang
Nickname: banyak sgt.. tapi biasa org panggil Ryo-chan atau Ryo-kun
Tarikh Lahir: 3 Disember 1984
Tempat Lahir: Hyoga
Kampung Halaman: Osaka
Tinggi: 170cm
Berat: 55kg
Zodiak: Scorpio
Talent Agency: Johnnys Entertainment (mulai September 1997)
Kumpulan: Kanjani8

Nishikido Ryo ketika zaman kanak-kanak.. haha.. kawaii ne..

haa.. bile dah besar,, pehh kacak, macho.. hak3x~

Senyuman Ryo-kun

hahaha.. ni apesal pulak nih

Menarik pasal Nishikido Ryo...

Kawan baik: Yamashita Tomohisa, Akanishi Jin, Okura Tadayoshi, Yasuda Shota, Uchi Hiroki
Warna Kegemaran: Kuning, Hijau, Hitam, Kelabu
Haiwan disukai: Anjing
Haiwan yang xdisukai: Kucing
Makanan kegemaran: Nasi, Ramen, Yaki Soba, Sup Miso, Garlic Rice dan makanan yang berkaitan dengan mayonis
Makanan xdisukai: Coklat, gula-gula, ikan, bawang, lobak merak, kacang pis
Negara Kegemaran: Jepun, Amerika, Perancis
Bandar Kegemaran: Tokyo, Osaka
Artis Kegemaran: The Beattles, Red Hot Chili Peppers, Tokyo Jihen, Nirvana, ACIDMAN, Remioromen, Mr. Children, Ueda Masaki, Saito Kazuyoshi
Pelakon Kegemaran: Orlando Bloom, Brad Pitt, Anthony Hopkins, Denzel Washington
Filem Kegemaran: The Silence of the Lamb, About Shcmidt, The School of Rock, Taxi Driver, John Q, The Hunchback of Notre Dame
Sukan Kegemaran: Bola sepak
Pemain Bola Sepak Kegemaran: Cristiano Ronaldo

Pengiktirafan...
Drama yang sentiasa menjadi ingatan peminat JDrama

Nikkan SPorts Drama Grand Prix(Summer 2009): Best Supporting Actor-Orthros no Inu
Nikkan Sports Drama Grand Prix (Fall 2008): Best Supporting - Ryusei no Kizuna
Tv Drama Academy Awards 57: Best Supporting Actor- Last Friends
Nikkan Sports Drama Grand Prix(Spring 2008): Best Supporting Actor- Last Friends
Nikkan Sports Drama Grand Prix(2002-04): Best Newcomer- Teruteru Kazoku

Kenangan Pahit...

Terlibat dalam satu kemalangan kereta semasa memandu di Shuto Expressway 3.. Ryo xmengalami kecederaan tetapi pemandu kereta lain seorang wanita dalam lingkungan 60-an mengalami kecederaan.. Ryo telah dipersalahkan oleh pihak polis sebab tidak melihat arah yang dia nak lalui..

3 comments:

  1. nama cina pon ada ? so , jepun & cina berkait rapat ke bahasa diorang ?

    ReplyDelete
  2. ahah.. xdpt dipastikan... tapi ikut sejarah jepun ade kait mengait dengan korea dan cina..

    ReplyDelete
  3. i likeeee....

    start minat Ryo masa 1 litre of tear....until now!

    suka tengok dia berlakon...semua watak yg dia pegang pun best2...^^

    ~Kaseh Esmiralda~

    ReplyDelete