Wednesday 1 June 2011

Hammer Session... Full Review

Konnichiwa!... pergh abes layan Hammer Session... mantop! best giler! fun... happening.. ae gak tacing2.. tp paling penting mesj yang ingin disampaikan... memang layan drama nih.. ngee~

Sinopsis
Drama ini menceritakan seorang guru tingkatan 3B , Hachisuga mendidik pelajar-pelajarnya yang bermasalah... Sebenarnya Hachisuga adalah penjenayah yang diburu polis yg dikenali sebagai Ottowa 4... Dia nih seorang penipu... dia menipu orang jahat tapi membantu orang yang baik... akibat dalam satu kemalangan semasa dia ditangkap polis, Hachisuga lari di sebuah sekolah... dalam satu kejadian yang tidak dirancang,, pengetua sekolah Hikari mahu dia jadi guru disekolah itu untuk mengatasi masalah yang dihadapi pelajar... maka,,, Hachisuga bersetuju dengan tawaran itu dan menjadi guru tingkatan 3B... terdapat banyak masalah yang berlaku dengan pelajar-pelajarnya... tapi Hachisuga mempunyai cara berkesan memberi kesedaran dan pengajaran kepada pelajarnya yang dinamakan Hammer Session... Pada awalnya pelajar-pelajarnya memang tak suka dengan caranya terutamanya Kaede.. dia mmg anti giler dengan Hachisuga... Namun lama kelamaan pelajar-pelajarnya jadi rapat dengan Hachisuga.... dalam episod terakhir Hachisuga mengaku didepan pelajarnya yang dia bukan guru yang sebenar tetapi hanyalah seorang penipu dan penjenayah... Ayah Kaede seorang polis menggari tangan Hachisuga selepas dia sendri yang ingin menyerah diri... namun,,, semua pelajarnya tidak membenarkan ayah Kaede menangkap Hachisuga.. selepas dipujuk,,, ayah Kaede melepaskan Hachisuga....

Karakter
Hachisuga Sensei
Seorang guru.. errr... guru palsu... menyamar sebagai guru dan mendidik pelajarnya dengan cara sendiri...
Tachibana Kaede
Seorang murid perempua yang macam tomboi... dalam pelabagai masalah yang timbul,,, dia nih mesti terlibat sekali.. tapi bukan sebagai pembawa masalah tetapi seorang yang ingin membantu kawannya dalam menyelesaikan masalah... Episod terakhir banyak fokus pada karakter ni...
Ryoko sensei
pembantu Hachisuga... guru pembantu dalam kelas 3B... seorang yang agak kelam kabut... tapi cute...
Reina sensei
Cikgu Kesihatan yang cun... Hachisuga sensei selalu lepak di bilik kesihatan sebab Reina sensei yang selalunya berpakaian seksi
Shohei ataupun Hachisuga menggelarnya sebagai senpai... pembantu Hachisuga sewaktu menjadi penipu..
Pengetua sekolah... percaya Hachisuga akan membawa perubahan kepada sekolah.. hanya beliau saje yang tahu identiti sebenar Hachisuga
Guru Disiplin yang tegas... selalu mencari masalah dan salah dengan pengetua dan Hachisuga... muka kerek setiap episod...
Mashio.. fokus dalam episod 2... mase tu dia nih mencuri barang diluar dan menjual disekolah.. tujuannya adalah untuk menggantikan semula gitar Katsuragi
Ehibara.. dalam episod 4... dia suka kat seorang pelajar perempuan, Mayu.. tapi malu nak mengaku... Akhirnya dia mengaku kat Mayu selepas Hammer session yang dilakukan Hachisuga..
Nojima... seorang yang lemah lembut.. selalu mengikut kehendak kawan-kawan.. padanya dengan cara itu sahaja yang dia mampu rapat dengan kawan-kawan... dia mempunyai masalah kurang keyakinan diri,, selalu bergantung pada org lain.. Hachisuga memberikan pegajaran yang membuatkan dia sedar kesilapannya...
Hirose... dalam episod 5.... dia suka kat perempuan yang jauh lebih tua daripadanya.. malangnya dia tak tahu yang perempuan yang dia suka tu mempergunakannya untuk kesenangan sendiri... senang kata Hirose ditipu sampai sanggup nak berhenti sekolah...
Sakiyama... mempunyai masalah dengan ibunya... selepas dia tahu yang dia hanya anak angkat sahaja.. Hachisuga berjaya menyatukan semua Sakiyama dengan ibunya..
Mayu... Ehibara suka kannya.. tapi dia telah menjadi skandal lelaki kaya... akibat masalah yang dihadapi dia cuba nak bunuh diri...
Katsuragi... dalam episod 2... memasuki satu uji bakat tanpa memberitahu ahli kumpulannya..
Sakamoto... dalam episod 7... nak jadi penari profesional bersama dengan teman wanitanya.. dia masuk dalam satu pertandingan.. tapi pertandingan tu palsu.. Hachisuga yang membongkarkan pemalsuan pertandingan itu... ** Masaki Suda... watak yang berbeza dengan Kamen Rider Daburu.. ngeee~~
Saotome... mahu jadi pelakon.. tapi perlu bekerjasama dengan cikgu disiplin untuk membatalkan satu perayaan disekolah.. kalau gagal dia xboleh menjadi pelakon sambil belajar.. dengan bantuan Hachisuga, dia boleh jadi pelakon sambil belajar...
Fujii... dalam episod 10... dia ni suka kat Reina sensei.. hachisuga membuat satu rancangan untuk Fujii meluahkan perasaanya kat Reina sensei.. aku paling suke episod nih.. best
Kai.. mempunyai masalah dengan kawan-kawan sekelas.. dia mempunyai tekanan dirumah... ayahnya membuka sebuah hospital yang menjadi tumpuan orang.. Hachisuga menyedarkan kesilapannya dalam satu aktiviti hammer session...
Shiba... masalah pertama hachisuga menjadi guru... mempunyai masalah dengan ayah nya...


Terdapat 11 masalah berlainan dalam 11 episod drama nih...

Info

Bawah adalah sountrack untuk drama nih
Liar- Spyair
aku paling suka background muzik nih... layan...

kalau nak tengok online boleh klik kat SINI


5 comments:

  1. terima kasih buat review..lps ni boleh layan citer ni.

    ReplyDelete
  2. hehe.. welcome... seyes... memang terbaek citer nih... leh layan drama ni kat dramacrazy.net atau kat mysoju.com... xpon boleh klik kat perkataan "SINI'tuh.. dah tersu link ke website dramacrazy.. ^^

    ReplyDelete
  3. salam,,
    sy minat cite nie,,mmg best,,
    tp dpt layan smpai episod 8 je,,
    sy tggl kt skudai,,puas cri drama cd xjumpe2,,harap bro bole tolg,,
    sy bayar lbeh pn xpe.
    =)

    ReplyDelete
  4. sy layan kt drama crazy,,tu yg dpt smpi ep 8 je,,
    video ep 9 smpi 11 x available lg daa,,yg unsubbed je tggl.

    ReplyDelete
  5. salam... ahaks... mnx maaf lmbt respon... boleh je kalu nak... aku burnkan pastu pos ke skudai.. nak ke? huhu

    ReplyDelete