Wednesday 8 June 2011

Sistem Bas Ekspress di Jepun

Konnichiwa... hmmm... nak taw macam mane sistem bas ekpress di Jepun... Totally sangat berbeza dengan Malaysia... Paling utama tidak akan kedengaran hiruk pikuk penjual tiket bas memekak memanggil penumpang... Jangan terkejut di Jepun tidak terdapat stesen bas... Kali ini aku nak kongsi pengalaman seorang penuntut Malaysia di Jepun menggunakan sistem bas ekspress di sana..Bukan nak bangga ke ape ke... sekadar mengambil contoh benda yang baik....

Di Jepun memang tidak mempunyai stesen bas tapi setiap syarikat bas mempunyai tempat berkumpul sendiri.. sebagai contoh syarikat bas Willer, tempat berkumpul di dalam kawasan shopping complex...

Sebelum menaiki bas, penumpang perlu check in tiket di kaunter check in untuk mendapatkan boarding pass... Di tiket tersebut tercatit nama pemilik tiket, nombor bas, nombor tempat duduk, jenis tempat duduk, waktu berlepas dan balai berlepas... Tempat duduk mempunyai harga berbeza mengikut kelas iaitu ekonomi atau bisnes... Tempat duduk ekonomi dilengkapi bantal, penutup muka, tali pinggang keledar yang mesti dipakai semasa bas bergerak... Pada waktu malam penumpang dilarang membuka langsir supaya tidak mengganggu penumpang lain yang sedang tidur...
Kawasan Check in tiket untuk dapatkan boarding pass

Boarding pass.. dah macam naik kapal terbang lak..

Selepas chek in penumpang perlu tunggu di bilik perlepasan(departure area)... Dikawasan ini terdapat jadual perlepasan bas sepanjang hari... 15 minit sebelum berlepas,, penumpang perlu berada dibalai perlepasan masing-masing yang kemudiannya akan dipandu kakitangan bas ke tempat bas...
Jadual perlepasan bas... teknologi macam ni sudah digunakan di Terminal Bas Bersepadu Selatan, Kuala Lumpur...
Balai berlepas...

Cukup masa bas bertolak... bas tidak akan menunggu penumpang yang lewat...

Kalau diperhatikan sistem bas ekspress di Jepun seakan-akan seperti di lapangan terbang... cukup teratur... tidak sesak dan berasak-asak merebut tempat duduk... bas yang disediakan juga selesa untuk penumpang walaupun kategori kelas ekonomi... Kalau dibandingkan di Malaysia sepatutnya lebih teratur sebab kita mempunyai stesen bas dimana sume bas berada disitu... tapi perkhidmatan yang disediakan tidak memuaskan... kalau kita fikir sebetulnya tidak berbaloi dengan harga tiket yang dibeli kalau perkhidmatan macam hampeh... Walaubagaimanapun terdapat juga bas ekspress di Malaysia yang telah melakukan perubahan demi menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada penumpang seperti bas Sani Ekspress,...

3 comments:

  1. aku baru beli tiket aritu kat TBS...best wooo..isnin nih nek bus blek BP...

    ReplyDelete
  2. botox injectionѕ cаn decreasе muscular aсtіvity, moderate.
    Visit my web site - botox sydney

    ReplyDelete