Friday, 27 May 2011

10 kualiti masyarakat JEPUN menghadapi Tsunami

Gambar jauh pemandangan bekas tsunami yang membaham Fukushima..

Konnichiwa!!... bulan 3 menggemparkan Jepun dan masyarakat dunia akan tetapi diperlekehkan segelintir org kenamaan Malaysia.. ini bencana alam... kuasa Allah.. xde sape yg mampu lawan... bencana di Malaysia baru2 ini tanah runtuh... punca! perbuatan manusia... kita yg cari pasal!... orang lain yang buat silap orang lain yang jadi mangsa... bila disiasat... punca adalah pembalakan dilereng bukit...

Wahai sekalian rakyat Malaysia, Indonesia, dan seluruh umat Islam... disini ade satu cerita benar yg aku baca dari ismajepun.com iaitu berkenaan dengan pengalaman sukarelawan asing yg membantu mangsa tsunami di Fukushima, Jepun... kita patut ambil iktibar.. hanya bangsa dan rakyat ini sahaja didunia ini yang mempunyai nilai budi pekerti yang tinggi...

10 pengajaran semasa berada di Fukushima Jepun, catatan seorang sukarelawan asing
1. Ketenangan
Saya tidak nampak orang meraung, menepuk-nepuk dada melihat mayat-mayat bergelimpangan. Dengan itu kesengsaraan itu sendiri telah hilang dengan sendirinya.

2. Harga Diri
Mereka berdisiplin dalam berdiri beratur untuk mendapatka air dan barang2 keperluan harian. Tidak kedengaran kata-kata kesat atau perbuatan yang tidak senonoh dan kurang ajar.
Mangsa tsunami jepun beratur panjang untuk mendapatkan bantuan

3. Kemampuan
Tahap arkitek yang sangat membanggakan. sebagai contoh; bangunan-bangunan nampak jelas bergoyang kerana gempa bumi tersebut akan tetapi ia tidak runtuh.

4. Lapang Dada
Orang ramai membeli hanya barang-barang yang mereka perlukan pada hari itu sahaja supaya stok sentiasa ada dan setiap orang dapat embeli sesuatu untuk keperluan masing-masing.

5. Keamanan
Tidak ada curi mencuri di kedai-kedai mengambil kesempatan keadaan yang sedemikian maupun bunyi hon dan potong memotong dijalan raya.

6. Pengorbanan
Lima puluh pekerja bekerja siang malam untuk mengepam air laut ke dalam reaktor nuklear. Bagaimana jasa mereka dapat dibalas.

7. Simpati
Restoran menjual makan minum dengan harga yang lebih rendah mesin ATM tidak perlu dijaga pengawal keselamatan. Orang yang kuat menjaga yang lemah.
8. Latihan
Semua lapisan masyarakat, tua maupun muda, disana sini tahu apa yang harus mereka lakukan.

9. Media
Mereka sangat mengawal dan cermat dalam membuat laporan. Tidak ada wartawan yang mengambil kesempatan dan mereka-reka cerita demi mendapat perhatian dan pelanggan. hanya berita yang berpatutan yang dilaporkan.

10. Nilai hati
Apabila bekalan elektrik terputus di kedai-kedai, para pelanggan yang sedang memilih barang-barang yang hendak dibeli meletakkannya kembali di rak-rak kedai dan segera beredar keluar untuk menyelamatkan diri..

Semoga apa yang baik yang ditunjukkan oleh contoh rakyat Jepun ketika menghadapi detik-detik cemas tsunami itu dapat dijadikan teladan yang baik oleh seluruh umat islam... sblom ini aku aku ade cerita pengalaman rakyat Malaysia yg dibantu oleh rakyat Jepun ketika bencana tersebut.. xde langsung rasa kepentingan bangsa disitu.. xkira bangsa apa warganegara apa apabila berada dalam keadaan susah dan kecemasan mereka sedia hulurkan bantuan...

Alangkah indah kalau masyarakat kita bersikap sebegini... kita sebagai umat islam sepatutnya berasa malu kerana rakyat jepun yang rata-rata bukan islam mengamalkan nilai-nilai murni yang dituntut dalam ajaran islam... cuba kita lihat di negara kita sendiri apabila mengahadapi sesuatu bencana ada sahaja pihak yang mengambil kesempatan.. xkira perompak, wartawan, ahli politik,,, suma ade agenda masing2.... xde rasa belas kasihan dan budi pekerti semasa orang lain menghadapi kesusahan... Kanak-kanak pon tahu belas kasihan terhadap mangsa tsunami disana...

cerita sahih daripada webisite ismajepun.com <---- klik utk mengetahui isi kandungan sebenar..

3 comments:

  1. tue lah antara salah satu sbb knp sy sgt minat dgn negara jepun nie..kalau kat negara kt, hurmm belum tentu jd cam gtue..

    ReplyDelete
  2. yup2... btol2... bkn nk bangga ngan jepun.. tp menghayati realiti disana dan realiti disini

    ReplyDelete
  3. btowl tu..kite ptowt rse malu ngan negara jepun..diowg mmg sgt berbudi pekerti..satu negara yg suka n hormati..negara kita ptowt contohi diowg tu..bkannye asyk dk ambk kesempatan jerp..

    ReplyDelete