Monday 15 June 2009

Si miskin di sangkakan kaya

The Tale of Yamada Tarou pernah dengar cerita ni... Cerita best sangat... lawak lah pulak tu Drama ni mengisahkan kehidupan budak lelaki yang bernama yamada tarou... Siapa sangka disebalik raut wajah kacak dan sentiasa berpakaian kemas ketika di sekolah rupanya orang yang tak berharta. Ramai gadis yang tergila-gilakannya terutamanya Ikegami Takako. Dia ni pon bukannya orang berada. Belajar disekolah ternama semata-mata mencari lelaki kaya untuk dijadikan suami.

Yamada Tarou mempunyai seorang teman rapat bernama Mimura Takuya. Dia ni kurang bersosial dengan orang lain. Entah kenapa dia mula tertarik dengan Yamada Tarou ni dan mula menyiasat latar belakang kehidupan Yamada Tarou. Hanya dia seorang saja yang tahu kehidupan sebenar Yamada Tarou.

Drama bersiri ni berkongsepkan komedi dan mempunyai maksud tersirat disebalik cerita ini.
Drama ini dibarisi pelakon muda gandingan dua orang ahli kumpulan pop popular di Jepun, Arashi iaitu Ninomiya Kazunari (sbg Yamada Tarou) dan Sakurai Sho (sbg Mimura Takuya). Merupakan antara drama yang popular di Jepun pada tahun 2007.

Drama : Yamada Tarou Monogatari (The Tale Of Yamada Tarou)
Genre : Komedi
Episod : 10
Rating penonton : 15.2
Tv siaran : TBS
Lagu tema : Happiness by Arashi
Awards :
  1. 11th Nikkan Sports Drama Grand Prix : Best Actor (Ninomiya Kazunari as Yamada Tarou)
#p/s: DVD cerita ni RM49.00... tak rugi kalau tengok cerita ni...

1 comment: