Friday 12 June 2009

Best Drama Forever

Rookies
Hmmm... kali ni aku nak kongsi dengan korang semua tentang drama bersiri "ROOKIES". Pada aku ini kali pertama aku tonton drama macam ni. Memang layanlah cerit
a ni. Gempak habis.

Secara ringkasnya, cerita rookies mengisahkan pelajar-pelajar sekolah yang menyertai kelab besbol. Al-kisahnya bermula apabila kelab besbol sekolah itu (Sekolah Tinggi Futakotamagawa) digantung aktiviti selama setahun selepas menimbulkan pergaduhan dalam sebuah pertandingan besbol. Tak lama lepas tu datang seorang cikgu lelaki bernama Kawato Koichi bertugas di sekolah itu. Kawato menjadi guru kelas yang mana dikelas itu mempunyai ramai ahli kelab besbol. Mereka merupakan pelajar terakhir dari kelab besbol yang masih tinggal di sekolah itu.
Kawato mula menunjukkan minat menubuhkan semula kelab besbol dan pada masa yang ingin membimbing pelajar tersebut iaitu Aniya, Shinjo, Sekikawa, Mikoshiba, Yufune, Hiratsuka, Imaoka, Okada, Wakana dan Hiyama mencapai impian mereka iaitu memasuki liga Koishen (Liga Besbol terunggul di Jepun). Bukan mudah untuk Kawato mengumpulkan mereka semua. Pelbagai halangan dan dugaan yang mereka semua lalui.
Cerita ini sarat dengan pengajaran walaupun banyak memaparkan adengan pergaduhan. Dalam cerita ini aku sangat kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh Kawato (cik
gu) yang tak pernah putus asa menunaikan impian pelajarnya.Drama ini banyak bercakap tentang impian. Kalau kita nak berjaya kita mestilah mempunyai impian, matlamat dan wawasan. Jika kita ada usaha, tak mustahil kita mampu mencapai impian kita. Kita juga jangan sesekali berputus asa jika menerima kegagalan. Bukan sekali gagal bermakna akan gagal selamanya. Pasti akan muncul juga pintu kejayaan kalau kita terus berusaha.Pada akhir cerita ini mereka memang sudah menjadi sebuah pasukan yang hebat walaubagaimanapun semangat mereka pudar setelah Kawato dilarang memasuki gelanggang disebabkan dia telah disabotaj. Sebab ape???.. Haa korang kena tengok cerita ni baru taw.
Hmmm... boleh nangis gak kalau tengok cerita ni sebab ada menceritakan tentang pengorbanan. Dalam episod yang terakhir Wakana, Aniya dan Sekikawa telah tercedera. Sepatutnya Aniya tidak dibenarkan bermain pada ketika itu dimana perlawanan penentuan yang menentukan nasib Kawato dan kelab besbol Futakotamagawa. Jika mereka kalah, Kawato akan dipecat dan kelab besbol mereka dilarang bermain selama setahun. Aniya yang cedera ditulang rusuk meneruskan tugasnya sebagai pembaling. Sekikawa pula cedera dikaki manakala Wakana patah dua jari. Wakana menggantikan tempat Hiyama untuk membuat pukulan kuat yang menyebabkan lukanya pada jari tersebut bertambah parah.
Walaupun berada dalam keadaan yang tidak terkawal namun pada akhirnya mereka memenangi perlawanan tersebut. Nasib mereka juga berubah apabila mereka dibenarkan untuk terus bermain besbol manakala Kawato di gantung tugas selama 3 bulan.
Gempak gile cerita ni weyh.. Kelakar giler.. Kadang-kadang korang boleh nangis. Banyak pengajaran yang korang boleh ambil daripada cerita. Kepada korang yang lemah semangat dan sentiasa berputus asa. Tonton lah drama ROOKIES ni.
Memang tak rugi memonton cerita ini. Untuk aku cerita ROOKIES ni adalah yang paling best dan aku bagi markah 10/10..

Drama Rookies
Genre : Sport drama
Episodes: 11
Viewshiprating: 14.8
Broadcasting : TBS
Broadcast year: 2008

Awards:
  1. 58th Television Drama Academy Awards: Best Drama
  2. 58th Television Drama Academy Awards: Best Actor (Sato Ryuta: Kawato Koichi)
  3. 58th Television Drama Academy Awards: Best Supporting Actor (Ichihara Hayato : Aniya)
  4. 58th Television Drama Academy Awards: Best Theme Song (Kiseki by Greeeen)
  5. 58th Television Drama Academy Awards: Special Award (Nikogoku Nine)
  6. 13th Asian Television Awards:Highly commended in the best drama series category



Dari kiri Yufune, Hiyama, Wakana, Aniya, Shinjo, Okada dan Sekikawa




No comments:

Post a Comment