Saturday 13 June 2009

Kerek siot cikgu ni...

HAHAHA... Korang jangan salah faham lak... cikgu yang aku cakap kerek ni ialah Yamaguchi Kumiko... haa bukan aku yang cakap tapi member aku yang cakap mase dia tengok cerita Gokusen ni.

Hmmm... bercakap tentang Yamaguchi Kumiko ni aku nak bagitau tentang pelakon asalnya iaitu Nakama Yukie.Inilah Nakama Yukie
Serba sedikit latar belakang aktress cun yang merupakan antara aktress yang terbaik di Jepun ni dilahirkan pada 30 Oktober 1979. Dilahirkan di Okinawa, Jepun. Mempunyai ketinggian 160 cm dan berat badan 46 kg. Jenis darah AB.

Nakama Yukie memegang watak Yamaguchi Kumiko dalam drama paling popular di Jepun, Gokusen

Karier Nakama bermula sebagai seorang pelakon adalah pada tahun 1996 menerusi drama Mou Gamen Dekinai! (Fuji TV). Nakama banyak menerima tawaran berlakon antara drama lain lakonannya ialah Face (NTV,2001), Kao (Fuji TV, 2003), Gokusen (NTV, 2002), Gokusen 2 (NTV, 2005), Gokusen 3 (NTV, 2008), Haru To Natsu (NHK, 2005), Satomi Hakkenden (TBS, 2006), Komyo Ga Tsuji (NHK, 2006), Himawari (TBS, 2007), Nene (TV Tokyo, 2009), Arifureta Kiseki (Fuji TV, 2009) dan banyak lagi.

Nakama turut berlakon dalam filem seperti filem yang akan muncul pada 11 Julai ini iaitu Gokusen The Movie.

Merupakan antara aktress yang terbaik di Jepun, Nakama banyak merangkul beberapa anugerah. Antaranya:
  1. 33rd Tv Drama Academy Awards : Best Actress (Gokusen)
  2. 37th Tv Drama Academy Awards : Best Actress (Kao)
  3. 39th Tv Drama Academy Awards : Best Actress (Trick 3)
  4. 42nd Tv Drama Academy Awards : Best Outfit (Tokyo Wankei)
  5. 44th Tv Drama Academy Awards : Best Actress (Gokusen 2)
  6. 57th Tv Drama Academy Awards : Best Actress ( Gokusen 3)



No comments:

Post a Comment