Friday 12 June 2009

Drama ape pulak ni???

Moshi-moshi...
Kali aku nak korang taw pasal cerita 'GOKUSEN' pulak
Drama bersiri Gokusen ini mengisahkan seorang guru perempuan bernama Yamaguchi Kumiko. Dia ni keturunan ke-4 dalam keluarga Yakuza (Oedo). haa... kalau dalam cerita Rookies cikgunya lelaki tapi dalam cerita Gokusen ni lak cikgu dia pompuan. Cute lak tu. Nak-nak lagi kalau dia tengah lawan. Dalam drama ni, setiap episod ade adengan lawan-lawan. Tapi yang peliknya cikgu pompuan ni tak pernah pon kalah mahupun cedera. Dia mesti menang. Hmmm... pelik jugak.

Tapi walau apa-apa pun. Cerita ni memang lawak. Cikgu pompuan ni bernasib malang cikit sebab dapat kelas yang pelajarnya semuanya bermasalah dan tak masa depan. Tapi Yankumi(nama panggilan Yamaguchi) ni cekal. Dia berusaha membentuk pelajarnya jadi orang yang berguna.

Banyak pengajaran yang tersirat dalam cerita ni. Antaranya:
1. Kita mestilah jadi orang yang berguna pada ibubapa, kawan-kawan & masyarakat.
2. Manusia tak boleh mengubah perkara yang dah terjadi tapi manusia boleh ubah nasib dimasa depan.
3. Berfikir dengan lebih rasional sebelum melakukan sebarang tindakan.
4. Pentingnya mempunyai kawan. Gembira dimasa senang & perlu tolong-menolong dimasa susah.
5. Impian boleh dicapai sekiranya kita berusaha.
6. Tak rugi kalau kita beralah untuk kepentingan bersama.
7. Semangat bekerjasama penting dalam sesebuah pasukan.
8.9.10 dan banyak lagi so, korang tengok lah sendiri drama ni...

Drama Gokusen ni ade 3 season.

Season 1
Episod : 11 + special graduation
Tahun ditayangkan : 2002
Lagu tema : Feel your breeze by V6
Tv siaran : Nippon Tv (NTV)
Rating penonton : 17.43
Awards :
  1. 33rd Tv Drama Academy Awards : Best Actress (Nakama Yukie as Yamaguchi Kumiko)
  2. 33rd Tv Drama Academy Awards : Best Supporting Actor (Matsumoto Jun as Sawada Shin)
Untuk season pertama aku bagi gred 8.5/10

Season 2
Episod : 10 + special graduation
Tahun ditayangkan : 2005
Lagu Tema : No more cry by D-51
Insert song : Kizuna by Kamenashi Kazuya
Tv siaran : Nippon Tv (NTV)
Rating penonton : 27.8
Awards :
  1. 44th Tv Drama Academy Awards : Best Drama
  2. 44th Tv Drama Academy Awards : Best Actress (Nakama Yukie as Yamaguchi Kumiko)
  3. 44th Tv Drama Academy Awards : Best Supporting Actor (Kamenashi Kazuya as Odagiri Ryu)
Season ni paling best, so aku bagi gred untuk drama ni 9.5/10

Season 3
Episod : 11
Tahun ditayangkan : 2008
Lagu Tema : Niji by Aqua Timez
Insert Song : Oretachi no seishun by Takaki Yuya
Tv siaran : Nippon Tv (NTV)
Rating penonton : 22.5
Awards:
  1. 57th Tv Drama Academy Awards : Best Actress (Nakama yukie as Yamaguchi Kumiko)
Season yang ke-3 ni aku rase paling lawak.. aku bagi gred 9/10

No comments:

Post a Comment