Thursday 28 June 2012

Watak 'Sensei' paling menyerlah dalam drama jepun

Konnichiwa!!... posting kali ni pasal watak 'sensei' atau 'cikgu' dalam drama2 jepun... korang pun mesti penah tengok drama2 jepun yang peranan utamanya adalah watak 'sensei'... antaranya mcam drama yang popular satu ketika dulu,, Great Teacher Onizuka, Gokusen, Rookies, Hammer Session dan yang terbaru Misaki Number One!... ahah.. rasenye ni je lah kot best untuk cite2 cikgu sekolah nih... jarang ade drama yang watak utamanya cikgu sekolah... so,, kelima-lima drama nih mempunyai ciri2 cikgu yang berbeza...

Watak 'sensei' yang paling aku suka adalah Kawato-sensei dalam drama Rookies

Watak Kawato-sensei ni unik.. ahah.. sebabnyer,, kata-kata semangat yang digunakan kepada pelajar2nya... dialog yang selalu dia sebut 'impian'... Dalam drama Rookies,, Kawato-sensei cuba nak kembalikan semula maruah sukan besbol sekolah Futakotamagawa... aktiviti kelab besbol sekolah tu dihentikan sebab terlibat dalam pergaduhan semasa perlawanan.. akibatnya,, ahli kelab tersebut yang merupakan pelajarnya jadi xminat nak belajar, banyak habis buang masa melepak dan bergaduh... oleh sebab tu,, dia menghidupkan kembali aktiviti kelab dan mengumpulkan ahli2 kelab..

Perwatakan Kawato-sensei;
- tak mudah mengalah. sentiasa bersemangat.
- sentiasa percaya pada takdir dan impian.
- suka bagi kata2 semangat.
- berani. xtakut pada sape2 walaupun sampai dikenakan tindakan dan hukuman. kalu gaduh bertumbuk sampai kuar darah pun leh senyum lagi.
- pemaaf.


Seterusnya watak 'Yankumi' dalam drama Gokusen..

Watak Yankumi ni pon best jugak.. seorang cikgu pompuan yang berasal daripada keluarga yakuza.. dalam tiga season drama Gokusen, Yankumi mesti dapat kelas yang bermasalah... dalam setiap episod mesti dia akan gaduh untuk selesaikan masalah pelajarnya... seronoknya watak Yankumi ni kelakar n kuat berangan.. Drama Gokusen ade 3 season + 1 movie (ending cte gokusen)... dalam movie Gokusen mengumpulkan sume anak didik Yankumi yang telah berjaya dalam kehidupan... pehhhh.. happy ending~

Perwatakan Yankumi;
- kuat berangan.
- suke bagi kata2 semangat yang kadang2 merapu habes.
- selalu terlepas cakap.
- xmudah mengaku kalah.
- selalu kelam-kabut.
- suka gaduh ngan cikgu disiplin.

Lagi, watak 'Hachisuka-sensei' dalam drama Hammer Session!
 

Hachisuka-sensei ni pulak pada awalnya bukan lah seorang guru.. dia ni sebenarnya penjenayah yang dikehendaki polis.. disebabkan dia pandai bermain kata2 dan menipu,, telah menarik minat Pengetua sekolah untuk upah dia jadi cikgu kelas yang bermasalah... dengan jaminan identiti sebenarnya akan dirahsia kan.. Hachisuka-sensei ni pulak dia bagi pengajaran dengan bermain tipu helah dengan pelajar2 nya... setiap episod ade saje pelajar2 dia yang terkena dengan tipu helah dia nih... pada awalnya,, pelajar2 memang xsuka dengan perangai Hachisuka ni... namun lama kelamaan hubungan diroang jadi semakin rapat.. last skali identiti Hachisuka-sensei yang sebenar terbongkar... atas sebab pujukan pelajar2nya,,, polis terpaksa membebaskan Hachisuka dan kes jenayahnya ditutup... best cte Hammer Session nih...

Perwatakan Hachisuka-sensei;
- pandai menipu.
- suke buat lawak yg kdg2 x lawak pon. ahah
- mesti pegang rantai lehernya untu cari idea selesaikan satu2 masalah.
- sentiasa tenang.

Watak 'Onizuka-sensei' sume orang kenal... dalam drama Great Teacher Onizuka

Drama ni dah lame.. jadi jalan cerita pon old skool.. haha.. Onizuka ni unik jugak.. style dia masuk kelas mesti pakai baju putih xde kolar dengan blezer... ahah.. nmpk cam pelik tapi stylo... pelajar2 Onizuka-sensei ni pon macam2 masalah jugak... cara yang digunakan untuk bagi pengajaran kat pelajarnya hampir serupa dengan Hachisuka-sensei... guna kan tipu helah tapi ade moral value... tu yg best tuh...

Perwatakan Onizuka-sensei;
- sentiasa tenang dengan masalah pelajar.
- pandai main tipu helah.
- suke bagi kata2 semangat kat pelajarnya.
- kadang2 cam poyo pon ade.. ahah.. 

Last skali, watak 'Misaki-sensei' dalam drama Misaki Number One!

Yang ni pulak.. seorang pompuan kelab malam jadi cikgu sekolah.. pada awalnya macam xbest sgt watak nih.. lebih kurang je macam watak 'Yankumi'.. cume Misaki ni xpandai berlawan... cume best nye watak Misaki nih dia xputus asa dalam mendidik pelajar2nya walaupun slalu gaduh ngan cikgu disiplin sebab cikgu disiplin suke kritik pelajar2nya.. ahah

 Perwatakan Misaki-sensei;
- bajet lawa sangat... ahah.. suke pakai baju seksi.
- sentiasa ceria.
- xputus asa dengan masalah pelajar.
- kdg2 kalut jugak.
- pandai cari jalan penyelesaian masalah.

haha.. okeh.. jadi cikgu mane jadi pilihan korang... hihi.. cte2 berkaitan dengan cikgu sekolah ni bagus jugak.. ade tersirat nilai2 murni ^^

7 comments:

  1. Hachisuka-sensei la best.. second Yankumi. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. nope2.. kawato-sensei lg best.. hehe

      Delete
  2. bg ak Onizuka sensei tetp t'baik bgitu jg dgn Yankumi & Hachisuka-sensei..
    cite Misaki Number One xtgk lg...hi3x

    ReplyDelete
  3. penah tgk cite rookies x? hihi.. cte tuh best gak

    ReplyDelete
  4. kawato sensei....sangat terharu...

    ReplyDelete