Wednesday 3 August 2011

Masjid Kobe~ Masjid pertama di Jepun


Assalamualaikum.. konnichiwa..salam ramadhan al-mubarak.. bersempena dengan ketibaan bulan ramadhan ini, aku ada satu artikel yang menarik untuk dikongsi bersama dengan pembaca... iaitu disebalik keutuhan Masjid Kobe...

Masjid Kobe juga dikenali sebagai Masjid Muslimin Kobe yang telah siap dibina pada Oktober 1935.. Masjid ini terletak ditengah-tengah bandar Sannomiya dalam daerah Kobe... Maksud perkataan 'Ko-be' ialah ~ Gate of God~... memang bersesuaian dengan nama tempat ini...

Sejarah bermula selepas tamat perang dunia pertama, ramai orang islam dibawa masuk ke Kobe,, mereka pada ketika itu sedang mencari tapak untuk memulakan perniagaan mereka disitu.. Mereka berhasrat untuk membentuk satu persatuan gerakan islam yang dapat menyatu padukan orang islam di Jepun.. A.K Bochia memainkan peranan penting ketika itu dengan pergi ke India untuk memungut derma bagi membiayai pembinaan masjid tersebut.

Rentetan dengan peristiwa itu, ramai orang turki berhijrah ke Jepun bagi mendapat pelindungan daripada kesan negatif revolusi Russia. Pada ketika itu, Kerajaan Jepun dan Kerajaan Turki Uthmaniyah menjalinkan hubungan yang erat selepas hasil eksport Jepun diboikot oleh Amerika dan negara barat.. Selepas mendapat persetujuan Maharaja Jepun, maka proses pembinaan Masjid Kobe bermula... Seni bina masjid ini berunsur tradisional turki hasil ilham seorang arkitek dari India.. Solat pertama di masjid ini dilakukan pada Oktober 1935.. Masjid ini juga dikenali dengan jolokan nama 'Mecca of Japan' disebabkan pertambahan pengunjung dengan mendadak...

Masjid Kobe selepas pengeboman oleh tentera Amerika.. sedikit pon xterjejas

Struktur Masjid Kobe memang kuat.. Pada perang dunia kedunia,, Kobe turut terjejas dengan letupan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki oleh tentera Amerika.. namun,, dalam tengah-tengah bandar yang seperti padang jarak padang terkukur,, hanya Masjid Kobe yang masih teguh berdiri.. Tidak dilupakan ketika Kobe digegarkan dengan gempa bumi paling dasyat ketika itu (pada tahun 1995) di Kobe yang mana tidak ada kesan retakan langsung pada struktur masjid ini.. Gegaran sekuat 7.2 skala ritcher dalam lingkungan 20km dari titik fokus di Awaji-Shima sedikit pon tidak memberi kesan pada Masjid Kobe..

Sehingga kini strukturnya masih sama dan masih tersegam lagi indah... begitulah keunikan Masjid Kobe,, masjid pertama Jepun ketika era pengembangan agama islam di Jepun pada zaman Turki Uthmaniyah... Pada ketika itu Maharaja Jepun menerima baik kedatangan islam di Jepun,, namun selepas kejatuhan kerajaan turki usaha mengembang agama islam di Jepun menjadi sukar apabila agama kristian mula menguasai Jepun...

Bahagian dalam Masjid Kobe yang menenangkan...

4 comments:

  1. kuasa Allah nk tunjuk pada kite semua...

    *Msia ni x kena lg gempa n tsunami sbb tu pemimpin wat derk jer....

    latest entry WW : Korg Ade Cikgu macam ni?? & Urban : Camera Paling CANGGIH

    ReplyDelete
  2. huhu.. btol2...
    smpt gak wat promotion kt sini ye.. hehe

    ReplyDelete