Saturday, 27 August 2011

Kamen Rider W Forever ~A to Z Gaia Memories of Fate Movie~


Konnichiwa...baru abes menonton movie Kamen Rider Daburu Forever~ A to Z/The Gaia Memories of the Fate Movie~ dvd yg dibeli ini disahkan original oleh KPDN..ngeh3x~~ berharga RM12.90... dibeli di CLASSIC entertainment, Metropoint Kajang... tempoh masa movie ni xlame... lebih kurang 1jam 5minit je..

Sinopsis
Megisahkan tentang pengganas misteri yang dikenali sebagai 'NEVER' ingin menakluki dunia... Never ialah sejenis raksaksa yang direka daripada tubuh manusia yang telah mati.. Ia adalah hasil kajian antara Museum dengan Organisasi X... Walaubagaimanapun,, Organisasi lebih tertumpu kepada memori Gaia yang juga digunakan oleh Kamen Rider...

Never diketuai oleh Daido Katsumi yang dibantu oleh ibunya Maria... Daido memiliki kuasa yang dikenali sebagai Kamen Rider Eternal berusaha untuk mengumpul 26 memori yang telah tersebar... Berpusat di Menara Fuuto... Philip telah dijadikan umpan untuk menghidupkan kuasa luar biasa yang boleh mengubah seluruh manusia menjadi raksaksa... Walaubagaimanapun,, Daido kekurangan satu lagi memori Gaia dan telah menawarkan sehingga 1 billion yen kepada sape2 yg menjumpainya... malangnya,, memori terakhir tersebut berada di tangan Shotaro...

Impian Daido untuk memiliki kuasa luar biasa tidak tercapai... Shotaro dan Philip yang dilihat seakan-akan kalah mendapat bantuan kuasa daripada angin Fuuto untuk menewaskan Daido...

Kamen Rider Eternal... ikon baru yang bakal menggantikan Kamen Rider Daburu di Bandar Fuuto... mmm..itu lah yg dikatakan oleh Daido dengan bongkaknya..

Pengganas misteri yang dikenali sebagai NEVER.. mereka ini bagaikan zombi yang mempunyai kuasa yang luar biasa...

Part sedih... Philip xdapat menerima hakikat yang dia telah ditipu oleh Maria... pada mulanya dia telah menggangap Maria itu ibunya(Shroud)..
Disebabkan part sedih ini,, Philip (Masaki Suda) tidak dapat menahan kesedihan walaupun selepas habis scene tersebut..huhu.. tengok vid kat bawah nih

Maria sebenarnya baik.. tapi dia xdpt menerima kematian anaknya, Daido yang terlibat dengan kemalangan.. wajah Daido ketika itu sebijik macam Philip...

Philip tidak dapat menahan kesakitan untuk menampung kesemua kuasa memori Gaia...
Eyhhh... sape lak ni.. hahaha.. lawak je tengah2 Kamen Rider Daburu lawan tetiba jatuh lak duit syiling... ngahahaha... mamat ni terus bertukar menjadi Kamen Rider OOO dengan suara jampi2 yang membuatkan Shotaro dan Philip pelik seketika... ahaks... sebenarnya movie ni juga sebagai perkenalan kepada siri kamen rider baru^^ yang sedang ditayangkan skang,,Kamen Rider OOO...
Hoyeh!! dengan kuasa yang diberikan oleh angin Fuuto... Kamen Rider Eternal berjaya dikalahkan...
Seperti biasa barisan watak2 utama dalam movie kamen rider daburu forever

Menarik bukan... yup... memang best... terhibur juga dengan aksi2 yang ditampilkan... so,, movie ni memang best^^...

2 comments:

  1. Best2.. Citer kamen rider nie best sgt..
    sy dh tgok sumer citer kamen rider..
    Kamen Rider W the best... Slpas tu bru kamen rider decade, kiva dan 000.. Tp, ending kr OOO amat sedih.. huuhuu...

    ReplyDelete