Saturday 9 July 2011

Kamen Rider W (Daburu) Full Review


Konnichiwa... sebulan aku abeskan masa nak abes kan 49 episod kamen rider w(daburu kalu disebut dlm bhs jepun)... beli pown sbb ade promotion half price... RM49.90 jadi RM29.90... ahaha... berbeza daripada siri kamen rider yang lain... siri yang ni nampak lebih menarik dengan jalan cerita yang kadang2 lawak,, kadang2 bermain dengan emosi dan konflik yang sempurna... cuma kelemahan dari segi grafik je yang sedikit menjejaskan kualiti persembahan kamen rider daburu.. mungkin sebab rushing kowt,, yelah kamen rider decade pown xsampai 40 episod.. nak kejar waktu tayangan agaknyer^^...

Sinopsis
Secara ringkasnya mengisahkan detektif muda Hidari Shoutaro bersama dengan sahabat karibnya yang pintar Philip(Sonozaki Raito) melindungi Bandar Fuuto daripada keganasan Dopant... Unik dalam siri ini menggunakan USB memory(thumbdrive) sbg alat untuk bertukar jadi makhluk yang lebih kuat.. ia juga dipanggil memory Gaia yang pengeluar utama adalah agensi Museum yang diketuai oleh Sonozaki Ryuube... Tujuan utamanya adalah untuk menguasai bumi... Ryuube telah lama menjalankan kajian mengenai gaia memory sehingga dia sanggup menggadai keluarganya sendiri... isterinya Sonozaki Fumine(Shroud) telah keluar meninggalkan rumah agam keluarga Sonozaki sebab xtahan dengan sifat xperi kemanusian Ryuube yang sanggup menjadikan Raito sebagai alat kajiannya...

Raito bagaimanapun telah diselamatkan oleh seorang detektif terkenal, Narumi walaubagaimanapun mati dibunuh... Selepas itu, Hidari Shoutaro diamanahkan menjaga dan menyembunyi Raito drp pengetahuan Ryuube... Raito dtukar nama kepada Philip.. Walaupun Philip mempunyai otak yang pintar seperti komputer tetapi dia xdpat mencari maklumat mengenai keluarganya sehingga dia bertemu dengan Sonozaki Wakana yang terkenal dengan panggilan Puteri Wakana... perwatakan wakana sangat digemari Philip...Wakana selalu mengadu masalahnya pada Philip... Sehingga pada satu hari,, Philip telah bersetuju utk melarikan diri brsama Wakana sebab xmahu mewarisi pengeluaran memori gaia,, namun keadaan jadi sebaliknya apabila Wakana tibe2 berubah fikiran... Pada ketika itu baru Philip mengetahui Wakana adalah kakaknya...

Shroud pula bersembunyi dan telah mengatur strategi untuk melawan kuasa Ryuube... Dia telah mengumpan Terui Ryui untuk memegang memori Accel supaya menjadi hebat untuk mengalahkan Ryuube... Namun sifat gelojoh Terui Ryu selalu mengundang padah... pada mulanya dia xdpt bekerjasama dengan shoutaro n philip... namun selepas beberapa kali diselamatkan shoutaro,, terui ryui mula memberi kerjasama... dia juga telah membongkarkan kepada Philip bahawa Shroud adalah ibunya...

Hasrat Ryuube untuk berkuasa di bumi telah gagal apabila Raito tidak memberi kerjasama dalam penyatuan dengan kuasa Claydoll(memori gaia Wakana)... Ryubee mati dalam pentempuran dengan kamen rider w...

Part yang paling sedih bila Philip cuba nak selamatkan Wakana daripada digunakan oleh Kazu sebagai alat menguasai bumi... Selepas mengalahkan Kazu,, Philip ghaib bersama dengan memorinya...

Karakter

Watak utama- Philip-kun, Shoutaro dan Akiko

Masaki Suda
Philip-kun(Sonozaki Raito)... mempunyai otak macam komputer... kwn baik Shoutaro yang selalu membantu dalam menyiasat kes memori gaia...


Kiriyama Renn
Hidari Shoutaro.. menganggap dirinya 'Hard Boiled'.. detektif yang kdg2 huru hara tapi bijak menyelesaikan masalah...


Yamamoto Hikaru
Narumi Akiko... Ketua detektif... selalu menggap dirinya comel... kelam kabut.. tapi kdg2 byk membantu menyelesaikan masalah..


Kinimoto Minehiro
Terui Ryui... Seorang polis elite... tegas dan pemarah... memegang memori kamen rider accel


Keluarga Sonozaki

Sonozaki Wakana, Sonozaki Kirihiko(suami Saeko), Sozozaki Saeo & Sonozaki Ryuube

memori gaia keluarga Sonozaki.. dari kiri ClayDoll(Wakana), Nasca(Kirihiko), Taboo(Saeko), Terror(Ryuube) & yang kat depan tu memori seekor kucing bernama Mick


Mick... seekor kucing yang boleh bertukar menjadi Dopant.. pada asalnya Mick adalah kucing Raito

Keluarga bahagia impian Raito... walaupun sebenarnya Raito hanyalah sejenis data dan bukan manusia lagi sebab dia dah mati masa kecik dulu,, tapi dia mengimpikan untuk bertemu semula keluarganya...

part akhir yang sedih... Wakana telah memberikan badannya kepada Raito sebab xthn tgk Shoutaro yang bersedih... Raito sekali lagi tidak dapat bersama dengan keluarganya...

Kamen Rider Accel

Motor Kamen Rider W... walaupun dah byk kali aku tgk moto ni jatuh, jahanam, tapi the next episod moto ni kembali seperti sedia kala...^^

Kamen Rider W(Daburu) best...


3 comments:

  1. best memang terbaikk!!! mastaZul dh tgk kamen rider ooo?...best gak..huhu... sukidesu, kamen raida...huhu

    ReplyDelete
  2. huhu... blom2... tggu abes kt japan dulu... beli dvd tgk... hehehe

    ReplyDelete
  3. saya minat sgt kamen rider blade...tp xtau mane nk download...huhu

    ReplyDelete