Friday 22 July 2011

Taisetsu na Koto wa Subete Kimi ga Oshiete Kureta

Konnichiwa... drama ini menggandingkan hero dan heroin popular Jepun, Haruma Miura dan Toda Erika... Sebuah drama sangat romantik... Banyak komen yang positif daripada penonton... rata-rata menyatakan drama ni mempunyai jalan cerita yang menarik...

Drama ini mengisahkan tentang Natsumi Umemura(guru bahasa inggeris) dan Shuji Kashiwagi(guru biologi) mengajar disekolah yang sama iaitu di Sekolah Tinggi Meiryo.. Sebelum ini Shuji dan Natsumi pernah belajar disekolah tinggi dan universiti yang sama.. bermakna mereka telah lama menjalin hubungan cinta... Oleh itu mereka merancang ingin berkahwin dalam tempoh 3 bulan... Kawan Natsumi, Sayaka Todo, seorang perancang perkahwinan membantu pasangan bahagia ini dalam merancang hari perkahwinan mereka... Segala pilihan dan keputusan terletak ditangan Natsumi dan Shuji...

Namun, Shuji berasa bersalah terhadap Natsumi,, kerana pada suatu pagi,, tanpa disedari dia tidur dengan seorang perempuan dalam keadaan bogel.. Dia cuba imbas kembali kejadian dia mabuk dan bertemu dengan seorang perempuan cantik... Shuji berasa malu dengan perbuatannya lalu memberikan perempuan itu kunci rumah dan dia terus pergi ke tempat ke tempat kerja...

Shuji ingin melupakan perkara tersebut apabila berada disekolah.. Setiba disekolah ada seorang pelajar perempuan, Hikari memulangkan kunci rumah kepadanya... pada ketika itu baru dia perasan,, perempuan bogel itu ialah pelajarnya sendiri.....

INFO
Tajuk : Taisetu na Koto wa Subete Kimi ga Oshiete Kureta (You taught me all the precious thing)
Episod : 10
Tv siaran : Fuji Tv
Rating Tv : 11.4%
Lagu Tema : Porno Graffitti- EXIT

VIDEO

Taisetu na Koto wa Subete Kimi ga Oshiete KuretaWATCH ONLINE LINK

No comments:

Post a Comment