Friday 4 September 2009

Pisang & Hati


Pisang & Hati. Apa kaitannya? Hari ni aku nak kongsi satu cerita yang di emelkan kepada aku mengenai pisang dan hati.
Ceritanya begini;

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh
menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik
yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci
ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa
bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.



Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang
masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan
paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang
paling mereka benci.



“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi
selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu
keputusannya” beritahu Cikgu Maryam.



Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg. Hari
demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya
menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungutdan marah. Mereka tidak
menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau
busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.



Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak.
Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu
dibawa.

“Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama
seminggu?” tanya Cikgu Mayam.



Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang
kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur,
makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.



“Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada
orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan
kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak
boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba
bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup
kamu” beritahu Cikgu Maryam.



Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan
benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik.
Menyayangi lebih baik darpada membenci…!

Jadi, sifat benci ni tidak mendatangkan kebaikan kepada kita. Apalah salahnya kalau kita saling bermaafan antara satu sama lain. Manusia semuanya sama, tiada apa yang membezakan kita semua.

No comments:

Post a Comment