Sunday 6 September 2009

Koizora (movie) Sky of love

Tajuk : Koizora (Sky of Love)
Info :
Berdasarkan 'cell phone short story;Koizora' karya Mika. Lebih daripada 25 juta orang pembaca. Selepas di bukukan menjadi novel, lebih 2 juta buah telah terjual. Selepas itu, novel ini diadaptasikan menjadi filem pada November 2007, 3.19 juta orang telah menonton filem ini di Jepun. Merupakan salah sebuah filem yang laris di Jepun. DVD filem ini mula dijual pada 25 April 2008.
Aku beli dvd filem ni pada 20 Ogos 2009 dengan harga promosi RM 16.90... =)

Sinopsis;
Mengisahkan percintaan Hiro dengan Mika. Hiro mula jatuh hati dengan Mika selepas pertama bertemu secara tidak sengaja sebelum cuti semester. Percintaan mereka bermula selepas Hiro menjumpai telefon bimbit Mika yang tertinggal di Perpustakaan.
Percintaan mereka terus menjadi intim sehinggakan Mika di dapati mengandung anak Hiro. Sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab, Hiro sanggup menjaga Mika dan berhasrat untuk berhenti sekolah dan mencari pekerjaan. Namun hasrat itu tidak kesampaian selepas Mika mendapati kandungannya telah gugur. Sejak daripada itu, Hiro telah mula menjauhkan diri daripada Mika dan akhirnya memutuskan hubungan mereka berdua. Hiro dan Mika telah berpisah selama beberapa tahun, namun setiap malam 24 Disember mereka akan pergi ke sebuah taman untuk memperingati kematian anak mereka. Namun, 2 tahun selepas itu, Hiro tidak datang ke taman itu. Mika akhirnya mendapati bahawa Hiro telah dirawat di hospital akibat penyakit kanser. Hubungan mereka menjadi baik semula dan Mika telah menangguhkan pengajiannya semata-mata ingin menjaga Hiro. Akhirnya, Hiro telah di sahkan meninggal dunia.

komen >>> memang sebuah filem romantik + sedih sikit. Touching jugak la filem ini. Member aku tengok sampai menangis...hahaha =)

1 comment:

  1. Movie ni yg buat sy 'jatuh cinta' pada Miura Haruma. Die berjaya bawa watak Hiro dgn sgt berkesan. Sgt terharu dgn kekuatan cinta Hiro pd Mika dan betapa protective-nya die dlm melindungi Mika! And memang meleleh2 air mata tgk cite ni. Sedey sgt! Koizora, Miura Haruma & Aragaki Yui mmg terbaik!

    ReplyDelete