ぜったいかれし
Drama ni pernah di tayang kat 8tv. Tak silap aku dalam tahun ni jugak. Tapi masa ditayangkan kat 8tv, aku x minat sgt sampai la member aku bg aku pinjam dvd drama ni.Drama ni mengisahkan tentang robot manusia yang dicipta oleh syarikat heaven kronos. Robot ni dicipta sebagai robot kekasih. Untuk percubaan, Izawa telah dipilih untuk mencubanya. Sebabnya Izawa masih belum memiliki teman lelaki. Izawa boleh memilih ciri-ciri teman lelaki yang di impikannya dan semua data-data yang telah diprogramkan seperti yang diingini Izawa.
Pada permulaan Izawa macam rimas dengan kewujudan robot kekasih ni yang diberi nama Tenjo Night dalam kehidupannya. Night asyik mengekorinya sehinggakan sanggup bekerja sama syarikat dengan Izawa. Ini yang menyebabkan Izawa naik rimas, nak2 lagi Night asyik meluahkan perasaan cintanya.
Namun begitu, Izawa mula syok pula kat ketuanya, Asamoto Soshi. Soshi ni mula2 kaki perempuan. Kerja pon x serius sehinggakan mendatangkan kemarahan abangnya, Asamoto Masashi. Soshi mula syok kat Izawa selepas makan kek yang Izawa masak. Sebab perasa kek tu same dengan kek yang dibuat oleh datuknye. Selepas tu Soshi mula rapat dengan Izawa dan cuba untuk menunaikan impian Izawa untuk menjadi tukang masak makanan ringan.
Soshi mula menyukai Izawa, mula-mula dia x berani sangat. tapi bila dia taw Night ni robot, baru dia berani nak luahkan perasaan kat Izawa..hahaha.. ape da
#skang ni drama ada offer kat kedai, RM19.90. Memang berbaloi bile cerita ni...
Info drama;- Title : Zettai Kareshi
- Also known as: Absolute Boyfriend
- Tagline: Kanzen Muketsu no Koibito Robot / The Completely Perfect Boyfriend Robot
- Genre: Romance, comedy
- Broadcast network: Fuji TV
- Episodes: 11
- Viewership ratings: 13.2 (Kanto)
- Broadcast period: 2008-Apr-15 to 2008-Jun-24
- Theme song: Okaeri by ayaka
- Myrating : 8/10
No comments:
Post a Comment