Thursday 20 August 2009

Sinar Islam di Jepun


Korang pernah tahu tak perkembangan Islam kat negara Jepun. Bersempena dengan bulan ramadhan al-mubarak ni, aku nak kongsi cerita sikit tentang perkembangan Islam di Jepun.

Perkembangan Islam di Jepun tak begitu pesat sebagaimana di China, Indonesia mahupun Malaysia. Sehinggakan pada hari ni tidak dapat dinyatakan jumlah sebenar umat Islam di Jepun.

SEJARAH PERKEMBANGAN ISLAM DI JEPUN

Hubungan dunia Islam dengan Jepun bermula pada pemerintahan Maharaja Meiji dengan Kerajaan Turki Uthmaniyah. Maharaja Meiji menjalinkan hubungan dengan Kerajaan Turki Uthmaniyah adalah atas dasar ingin membebaskan rakyat Jepun daripada tekanan kuasa besar. Kedua-dua pemimpin ini telah menjadi sahabat baik.

Agama Islam muncul di Jepun pada tahun 1877. Dua orang Islam pertama Jepun dikenal pasti iaitu Mitsutaro Takao atau nama Islamnya, Omar Yamaoka memeluk Islam pada tahun 1909 selepas menunaikan haji di Mekah. Manakala seorang lagi bernama Bumpachiro Ariga (Ahmad Ariga) memeluk Islam selepas berdagang di India. Baru-baru ini dinyatakan seorang lagi orang Islam pertama di Jepun, Torajiro Yamada mengambil nama Islamnya, Abdul Khalil. Beliau memeluk Islam ketika melawat negara Turki.

Selepas peperangan kedua, masyarakat Islam dari pelbagai negara datang menetap di Jepun dan semakin bertambah dari setahun ke setahun. Kegiatan dakwah berkembang namun masyarakat disana tidak mempunyai satu tempat khas untus menyelaraskan kegiatan dan kefahaman Islam. Pada 1966, Pusat Islam Antarabangsa Jepun ditubuhkan sebagai pengkalan dakwah Islam disana, namun dibubarkan pada tahun 1974 dan diberi nama baru, Pusat Islam Jepun. Pusat Islam Jepun telah menerbitkan lebih 2000 unit buku yang berkaitan dengan ibadat, muamalat, perundangan Islam dan cara pergaulan masyarakat Islam.

MASJID DI JEPUNMasjid Kobe

Masjid pertama di Jepun dibina pada tahun 1935 iaitu Masjid Kobe, seterusnya pada tahun 1938, Masjid Tokyo dibina. Menjelang 2003 sebanyak 38 masjid didirikan dipelbagai wilayah. Sehingga sekarang terdapat beberapa lagi buah masjid di Jepun seperti Masjid Gifu dan yang baru dirasmikan pada 12 April 2009, Masjid Fukuoka.

CABARAN MASYARAKAT ISLAM DI JEPUN

Orang Islam di Jepun banyak menghadapi cabaran akibat imej buruk Islam yang sering di laporkan oleh media. Selain itu, cabaran umat Islam di sa
na adalah untuk mendapatkan makanan halal dan menunaikan solat lima waktu. Kebanyakan rakyat Jepun masih belum memahami agama Islam sepenuhnya. Ini kerana buku-buku yang berkaitan dengan agama Islam yang dialih bahasa dalam bahasa Jepun amat sukar di temui. Orang Jepun sering memusatkan pemikirannya kepada kebendaan dan sering mempersoalkan asal usul agama. Mereka mempersoalkan kenapa khinzir tak boleh dimakan. Mereka tidak boleh menerima logik bahawa Allah menegah manusia daripada memakan khinzir. Mereka juga melihat negara Islam dan bertanya realiti sebenar masyarakat Islam. "Sekiranya Islam itu berkembang baik mengapa jadi begitu". Mereka sering berfikiran demikian. Oleh itu masyarakat Jepun melihat Islam harus mempunyai kedudukan yang tinggi.

Walaupun menghadapi cabaran, umat Islam di sana tidak kecewa dengan sikap orang Jepun. Kerajaan Jepun dan masyarakatnya tidak mungkin mengambil tindakan yang dramatik terhadap minoriti umat Islam seperti yang berlaku di eropah. Ini kerana umat Islam di Jepun tidak begitu ramai, kira-kira 6000 orang (anggaran) serta tidak mempunyai pengaruh politik.

Daripada kalangan pelajar Jepun peringkat sekolah menengah, 75% berpendapat Islam agama agresif, 70% berpendapat Islam kurang memberi kebebasan & 53% mengaitkan Islam dengan negara kurang maju. Lalu wakil Persatuan Islam Jepun menyatakan "dalam dunia Islam dewasa ini wujud keadaan seperti peperangan, keganasan, kemiskinan dan kacau bilau. Inilah yang sering ditayangkan oleh Tv dan oleh itu ramai orang Jepun bersikap negatif terhadap Islam".

MASYARAKAT ISLAM JEPUN
Profesor wanita Keiko Sakurai dari Universiti Wasade menyatakan bilangan orang Jepun yang memeluk Islam telah meningkat secara beransur-ansur walaupun statistis yang jelas tidak diperoleh. Mereka terbahagi kepada 2. Pertama lelaki yang mengenali Islam setelah mengkaji agama Islam / dunia Arab, iaitu semasa merantau, belajar / bekerja di negara Islam. Kedua, wanita-wanita Jepun yang berkahwin dengan orang Islam dari negara lain.

Pada tahun 2004, bilangan orang Islam bukan Jepun ialah 60 000 hingga 70 000 (majoriti lelaki). Paling ramai orang Indonesia diikuti Pakistan, Bangladesh dan Iran. Orang Malaysia di Jepun kebanyakannya etnik Cina.

Tanggapan salah terhadap Islam yang diperkenalkan oleh media-media barat perlu diperbetulkan dengan cara yang lebih cekap, ini kerana Jepun adalah negara paling kenal huruf di dunia. Bagaimanapun taburan penduduk Islam di Jepun amat sedikit dan sukar untuk menjumpai kesusasteraan Islam dalam Bahasa Jepun di sana. Ditambahkan lagi, imej Islam dirosakkan oleah pembunuhan Hitoshi Igarashi di Jepun disebabkan perterjemahannya tentang Ayat-ayat Satan, Serangan 11 September 2001, pengeboman di Palestin, Israel, Bali, Iraq dan Jordan yang dilakukan atas nama Islam. Imej Islam dirosakkan lagi oleh tanggapan ketakstabilan politik dunia Arab.

Sumber rujukan

www1.bharian.com.my,

www.ipislam.edu.my, hafizalsofiah.blogspot.com & wikipedia

1 comment:

  1. Assalamualaikum..saya kasihan melihat umat islam di jepun yang kekurangan pengetahuan agama islam kerana buku-buku tentang islam agak terhad dan penterjemahan buku buku islam ke bahasa jepun...terlintas di hati yang saya mahu tolong umat islam di jepun tapi tidak tahu bagaimana...semoga Allah memelihara umat Islam di Jepun.

    ReplyDelete