Tuesday 31 July 2012

Jdrama 2011 Review ~Boss 2


Konnichiwa!!.. aku baru abes tgk drama 'BOSS 2'.. haha.. ketinggalan btol.. baru tgk.. hehe.. baru ade nk layan drama2 nih.. so mmg pulun abes la skang ni.. sblom ni drama BOSS memang best.. bertema kan aksi2 polis diselitkan dengan karakter2 yang lawak membuatkan drama BOSS, drama yang terbaik untuk ditonton..

SINOPSIS

Osawa Eriko kembali semula ke Jepun dan membentuk semula sebuah kumpulan penyiasat yang semuanya berperangai pelik.. ahah.. walaubagaimanapun,, dengan gaya kepimpinan Eriko yang bijak mengawal keadaan dan memberi arahan,, kumpulan tersebut dapat bekerjasama dengan baek dalam menyelesaikan beberapa kes yang berat...

Bezanya kali ni,, ada dua watak baru iaitu Tadokoro dan Rika.. Tadokoro banyak diberi tugas membuat penyiasatan berdasarkan barang bukti di makmal... manakala Rika lebih kepada komputer sbb dia pandai hack2 site orang.. so,, setiap episod ade kes2 yang berbeza.. tapi kdg2 ade gak kait mengait dengan kes terdahulu.. yang bestnye,, drama ni banyak main tipu helah untuk memerangkap penjenayah.. kdg2 kite akan rase tertipu dengan cerita nih sebab kdg2 nampak macam diorang gagal nk selesaikan kes,, rupa2nya diorang berpura-pura gagal untuk membongkarkan kebenaran penjenayah.. pehh.. kdg2 sakit hati pon ade.. tapi best.. haha

Episod 10 ngan 11 memang gempak,, coz kumpulan penyiasat ni pulak kena tahan atas jenayah palsu yang didalangi oleh orang atasan.. oleh disebabkan kebijaksanaan Eriko dan semangat kerjasama kumpulan,, akhirnya mereka berjaya membongkarkan penjenayah sebenar.. ending yang sangat menarik..


KOMEN

- Jalan cerita yang sangat menarik dan sangat menghiburkan..
- aku suke dengan taktik2 dan tipu helah yang digunakan,, peh2 mmg rase tertipu jugak tgk cite nih tapi best!.. haha
- kesemua karakter best2 dan lawak..
- boleh dikatakan drama bersiri terbaek untuk ditonton,, sebab dalam aksi2 ade jugak lawak tambah pulak suspen.. kesinambungan yang sangat menarik..

INFO

Tajuk: Boss 2
Genre: Aksi, Penyiasat, Polis, Komedi
Episod: 11
Rating Penonton: 15.1%
Tv Siaran: Fuji Tv
Tahun Siaran: 2011

KARAKTER2 UTAMA


Osawa Eriko (Yuki Amami)
Seorang ketua yang tegas.. tapi kdg2 lawak.. serius menangi kes2,, dia akan berusaha selesaikan walau macam mane susah pon kes tuh..

Nodate Shinjiro (Yutaka Takenouchi)
Dia dalam setiap episod, kdg2 je muncul.. tp kemunculan dia ni untuk kes2 yang penting2 dan susah.. suka kacau pompuan.. karakter yg selambe je..

Takuma Katagiri (Tamayama Testuji)
watak ni slalu diam je.. pemalu dgn pompuan..

Hanagata Ippei (Mizobata Junpei)
watak ni mcm budak2 sikit.. cara pemakaian pon mcm budak2 gak.. dia ni paling semangat skali buat keje.. haha

Iwai Zenji (Kendo Kobayashi)
dia ni gay.. suke tgk lelaki hensem.. bengong~

Yamamura Keisuke (Nukumizu Youichi)
orang tua xsedar diri.. haha.. pelupa pulak tuh.. kelakar tgk watak nih.. kelam kabut je..

Kimoto Mami (Toda Erika)
 Kimoto muncul awal2 ngan last2 episod je sbb nak selesaikan kes Black Moron..


BOSS 2 OPENING


Drama Boss 2 sangat menarik.. so,, Drama ni memang TERBAEK^^

tonto drama Boss 2 di link ini ----> dramacrazy.net

No comments:

Post a Comment