Tuesday 24 July 2012

J-Drama 2011 Review ~SCHOOL!!~

Konnichiwa.. nk update pasal drama jepun pulak.. hihi..  drama ni bertemakan suasana sekolah rendah.. menarik jugak..

SINOPSIS

Disebuah sekolah rendah lama yang terletak ditengah-tengah kawasan pembangunan, ade seorang pengetua sekolah baru di lantik.. namanye Seichiiro Naruse.. dia xmempunyai latar belakang seorang pendidik.. malah dia sblom ni bekerja di syarikat menggali terowong..

Naruse cuba nak bawa perubahan pada sekolah tersebut.. namun pelbagai bantahan daripada cikgu2 serta ibubapa pelajar.. tapi Naruse x pedulikan bantahan2 tersebut kerana pada pendapatnya sekolah rendah perlu lebih seronok untuk murid2 dan ibubapa perlu sentiasa ambil tahu perihal anak2 mereka disekolah..

Sebuah kelas di darjah 5 sering kali menimbulkan masalah menyebabkan cikgu yang menggendali kelas tersebut mengalami tekanan dan hampir2 nak berhenti drp mengajar.. namun atas semangat yg diberikan oleh Naruse,, cikgu tersebut kembali bersemangat.. Naruse juga berusaha membantu murid2 sekolahnya yang mengalami masalah..

Akibat daripada pelbagai masalah,, akhirnya Naruse diarah untuk meletakkan jawatannya..

KOMEN

- drama lebih banyak adengan yang serius kerana banyak mesej yg dismpaikan melalui drama ni..
- tengah2 drama ni banyak dialog.. mungkin membosankan..
- jalan cerita menarik.. bdk2 dalam cte ni pon pandai berlakon.. kdg2 leh nangis tgk watak bdk2 nih..

INFO

Tajuk: SCHOOL!!
Genre: Human Drama
Episod: 10
Rating Penonton (Jepun): 9.2%
Tv Siaran: Fuji Tv
Tahun Siaran: 2011

Hmmm.. setelah menontonnya.. bagi aku drama SCHOOL!! BEST^^..

Link menonton drama SCHOOL!! online ---->http://www.dramacrazy.net/japanese-drama/school/

No comments:

Post a Comment