Thursday 26 July 2012

J-Drama 2011 Review ~Hi Wa Mata Noboru~



 Konnichiwa!!.. kali update pasal j-drama 2011.. Drama 'Hi wa Mata Noboru'.. aku tgk drama ni pon pasal hero cte ni Miura Haruma.. ahaks.. kali ni Haruma-kun sbg seoang anggota polis..

SINOPSIS

Cerita banyak mengisahkan tentang aktiviti dalam Akademi Polis.. Jadi dalam 9 episod sume berkisarkan tentang 30 orang budak lelaki yang sedang menjalani latihan untuk menjadi seorang polis selama 6 bulan.. Jurulatih diorang ni pulak baru je dipindahkan dari unit siasatan polis.. jadi jurulatih baru yg diorang panggil Tono Kyoukan ni agak tensen dengan arahan pertukaran menjadi pengajar di Akademi Polis..

Tono Kyoukan mempunyai masalah keluarga dimana isterinya lari bersama dengan lelaki yang sedang diburu pihak polis.. oleh sebab itu Tono Kyoukan kurang mesra dengan pelatihnya sendiri.. Latihan yang diberikan selalunya xberpandukan buku tetapi berdasarkan pengalaman dia sendiri.. 30 orang pelatih ni jadi tertekan dengan arahan yang diberikan oleh Tono Kyoukan kerana caranya umpama pemimpin diktaktor.. dia xakan mendengar sebarang rayuan.. yang penting pelatih dibawahnya memhami tugas sebenar sebagai seorang polis...
Kemuncak episod ni bermula pada episod bila Tono pergi berjumpa dengan Anzai (suspek buruan polis yg lari bersama isterinya) untuk memujuknya menyrah diri kpd polis.. Keadaan menjadi tegang apabila isteri Tono yang lari bersama Anzai tu di tembak oleh polis yg sedang buat rondaan.. Akibat berang dengan tindakan polis tu,, Anzai menjadikan 30 orang pelatih Tono sebagai tebusan.. tujuannya untuk memberikan tekanan kepada Tono.. Setelah tipu helah Tono dan serbuan polis,, Anzai berjaya diberkas..

Walaubagaimanapun,, Tono diarahkan untuk meletakkan jawatan sebagai tanggungjawab daripada kejadian dalam Akademi Polis..

KARAKTER UTAMA

Tono Kazuyuki (Sato Koichi)
Jurulatih baru di Akademi Polis.. perangai suka buat hal sendiri.. kurang mesra dengan orang.. fikiran terganggu dengan masalah peribadi.. walaupun tindakannya dengan pelatihnya agak kejam,, di akhir cerita,, pelatih2nya respek dan hormat kepadanya

Miyata Eiji (Miura Haruma)
Miyata agak agressif.. kira wanted jugak dekat akademi sebab sering kali buat masalah seperti fly pegi makan ramen, fly g jumpe awek kt luar akademi dan macam2 lagi.. Miyata sering kali bawak masalah kepada Tono pada awal2 episod tetapi di akhir2 episod Miyata semakin matang dan faham dengan tugas polis..

Yuhara Shuta (Ikematsu Sosuke)
Yuhara memang perfom kat kelas.. tapi dia ni serius sngt.. awal2 episod dia mmg selalu gaduh ngan Miyata.. tapi lama-kelamaan hubungannya dengan Miyata menjadi kawan baik..

KOMEN

- Keseluruhan jalan cerita drama ni boleh dikatakan baik.. feeling gak layan cerita nih..
- Cerita ni memang banyak sangat dialog.. mungkin kdg2 bosan sikit..
- Cara kamera fokus macam drama2 lama.. xgempak sgt..
- Miura Haruma memang terbaek.. watak Haruma-kun memang menghidupkan jalan cerita..
- kurang aksi yang mendebarkan.. xsuspen sgt.. macam biase je..

INFO


Tajuk: Hi Wa Mata Noboru (The Sun Also Rises)
Genre: Drama Polis
Episod: 9
Rating penonton: 11.3%
Tv Siaran: Tv Asahi
Tahun Siaran: 2011

TRAILER

so,, agak puas hati la menonton drama nih.. korang leh tgk online kat sini-----> dramacarzy.net

Lepas abes menonton,, hmmm.. bagi aku drama ni BEST^^


4 comments:

  1. Dah tgk drama ni jugak sblm ni... siap download lg. X minat bila part isteri Tono Kyoukan ngan boyfriend muda die. A bit bosan kat situ. But Miyata Eiji (Miura Haruma) mmg nakal n ceria dlm cite ni, selalu wat masalah tp paham memandangkan watak die x nak dibenci oleh org2 sekelilingnya. Paling suka tgk perkembangan watak Miyata ngan Tono Kyoukan sepanjang cite ni sbb sikap yg ditonjolkan oleh mereka mempengaruhi perubahan diri mereka ngan org2 sekeliling diaorg. And Haruma-kun mmg Prince of Tears... senang betul die wat babak menangis & wat kita yg tgk cite ni pun feeling sedih gak terutama part graduation....

    ReplyDelete
  2. haha.. yup2.. btol tu.. cte ni ade part boring ade part best.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  3. pun dah tengok gak drama ni,cm lawak lak miura jd polis..skrg ada cite baru psl akademi polis gak,tajuk dia 'beginner'..tgh ditayangkan kt jpn.lawak drama ni,plakon dia mamat KIS MY FT2,kitayama & fujigaya taisuke.watak taiga nakal dlm cite ni mcm miura gak la.

    ReplyDelete