Thursday 6 September 2012

J-Drama 2012 Review~ Lucky Seven


Konnichiwa!!.. baru pas abes layan drama "Lucky Seven".. hik3.. mesti ade yg dah tgk.. cte ni antara yg popular untuk tahun 2012.. mane tak nye.. sume asyik cakap2 pasal Matsu-jun je.. ahah..

SINOPSIS

Drama ni pasal sebuah agensi penyiasat 'Lucky Detective Agency'.. ade 7 orang detektif sumenye termasuk yg baru iaitu Shuntaro (Matsumoto Jun).. pada awalnya dia hanya seorang penganggur yg suke kuar dengan banyak perempuan.. Dia diterima menjadi detektif atas sebab keupayaannya mengekori Nitta (Eita).. Shuntaro dengan Nitta ni memang xsehaluan.. selalu gaduh.. tapi sebagai team-mate.. diorang memang saling bekerjasama..

Agensi menerima banyak permintaan untuk menyiasat pelbagai jenis kes.. cuma dalam satu episod ade seorang nenek request suh diorang siasat hantu dekat umahnya.. pada mulanya diorang memang x nak terima request tuh.. tapi atas dasar kemanusian diorang bantu nenek tersebut yang mempunyai masalah lain tanpa meminta sebarang bayaran...

Pada episod pertengahan Nitta menyembunyikan diri sebab diburu oleh polis.. Nitta telah terlibat dalam satu kes jenayah yang telah disalah tafsir oleh pihak polis.. watak Nitta xmuncul dalam beberapa episod sehingga episod terakhir dimana dia sebenarnya sedang menyisat punca kematian ayah presiden agensi detektif tersebut.. Atas kerjasama kesemua tujuh2 detektif mereka berjaya menyelesaikan kes tersebut..

KOMEN

- Jalan cerita sangat menarik.. setiap episod kadang2 ade berkait..
- Nitta (Eita) dengan Shuntaro (Matsu-jun) memang terbaek.. memang lawak bile diorang ni gaduh..
- cerita ni sangat santai.. dalam satu episod ade part2 lawak, suspen, aksi dan kadang2 touching.. hihi
- boleh diklasifikasikan sebagai antara drama jepun 2012 terbaek untuk ditonton... seyes!

INFO

Tajuk Drama: Lucky Seven
Genre: Detektif, Aksi, Lawak
Episod: 10
Rating Penonton: 15.6%
Tv Siaran: Fuji Tv
Tahun: 2012
Pengiktirafan:
  • 72nd Television Drama Academy Awards: Best Actor - Matsumoto Jun
  • 72nd Television Drama Academy Awards: Best Supporting Actor - Eita
  • 72nd Television Drama Academy Awards: Best Theme song (Wild At Heart- Arashi)
  • 15th Nikkan Sports Drama Grand Prix (Jan-Mar 2012): Best Supporting Actor - Oizumi Yo

KARAKTER UTAMA

Shuntaro (Matsumoto Jun)
Seorang yang suka berlagak cool.. nak2 lagi bile dengan pompuan cun n time gaduh.. dia memang pandai pikat pompuan... baik hati.. suka membantu rakan2 yang susah.. watak yg sangat caring...

Nitta (Eita)
merahsiakan identiti sebenarnya.. tapi akhirnya terbongkar yang dia anak orang kaya tapi dia xminat nak warisi perniagaan bapanya.. melakukan siasatan secara rahsia mengenai kematian bapa presiden agensi detektif.. handal semasa berlawan..

TEASER


Perghh.. aku memang rekemen kat korang tgk drama nih.. memang drama TERBAEK!

ni link tgk drama ni secara online.. tapi yg ni part by part -----> daily motion

No comments:

Post a Comment