Thursday 17 March 2011

Letupan Loji Nuklear Jepun.. Kadar radiasi meningkat

As salam.. Konnichiwa!! minggu ini kita digemparkan dengan letupan loji nuklear di Jepun.. di fahamkan seramai 450 000 penduduk berdekatan telah dipindahkan.. Manakala kerajaan Jepun telah memerintahkan penduduk supaya tidak keluar daripada rumah untuk mengelakkan daripada terkena radiasi...


Pada 15 MAC~ Satu letupan dilaporkan di reaktor tenaga nuklear ketiga di kawasan timur laut Jepun awal hari ini - kejadian ketiga dalam empat hari selepas negara itu dilanda gempa bumi dan tsunami Jumaat lalu. Seorang jurucakap agensi nuklear berkata letupan itu didengar sekitar pukul 6.10 pagi tadi (5.10 pagi waktu Malaysia).

Paras radiasi yang dikeluarkan selepas letupan itu melepasi had yang dibenarkan, lapor agensi berita Kyodo. Letupan itu terjadi ketika jurutera-jurutera Jepun cuba memasukan air laut ke dalam Unit 2 loji tenaga nuklear Fukushima Daiichi selepas paras air pendingin turun, sekali gus mendedahkan rod-rod bahan api uranium.

laporan Reuters menyebut ekoran letupan terbaru pagi ini kadar radiasi telah meningkat empat kali ganda.

Menurut Tokyo Eletcric Power Co, agensi keselamatan telah merekodkan bacaan radiasi yang meningkat sehingga paras 8,217 microsievert sejam pada pukul 8.30 pagi (waktu Jepun) berbanding 1,941 kira-kira 40 minit sebelum itu. Pihak berkuasa di kompleks tenaga nuklear Fukushima Daiichi, yang rosak teruk ekoran tsunami dan gempa bumi Jumaat lalu, sedang cuba untuk mengelakkan kecairan di ketiga-tiga reaktor yang digunakan.

Pihak berkuasa Jepun berkata tahap itu perlu mencapai paras sejuta atau lebih - peringkat yang boleh menyebabkan masalah kesihatan secara besar-besaran. Tokyo Electric Power Co juga berkata pihaknya sedang membuka injap pada saluran tekanan reaktor untuk memasukkan air laut. Unit 1 dan Unit 3 juga sebelum ini menyaksikan penurunan paras air tetapi dimasukkan air laut.

Loji Nuklear Jepun di Fukushima sebelum letupan

Ketika letupan berlaku
salah satu bahagian yang rosak teruk ketika letupan
gambar dari atas letupan loji nuklear di Fukushima

Tahap radiasi lebih tinggi 400 kali ganda dicatatkan di wilayah utara ibu negara Jepun, Tokyo selepas gempa bumi memusnahkan loji kuasa nuklear~laporan Kyodo New

Angin perlahan yang bertiup dari loji nuklear Fukushima Daiishi memberi kesan terhadap wilayah Kyoto termasuk Tokyo~ laporan Reuters

Bandar raya metropolitan Tokyo yang dihuni lebih 20juta penduduk lengang. Kedai-kedai makan sushi dan mi kosong tanpa pengunjung. Para pekerja am dibenarkan berehat dirumah ekoran ketakukan terkena radiasi selepas letupan loji nuklear Fukushima~ laporan berita Kosmo

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia menyatakan bahawa angin yang membawa radiasi tersebut tidak mungkin akan sampai ke Malaysia~ laporan Bernama

Rakyat Malaysia yang ingin melawat ke Jepun dinasihatkan agar tidak melawat bahagian timur laut Jepun selepas amaran pihak berkuasa Jepun berkenaan perlepasan radioaktif selepas letupan loji nuklear baru-baru ini~ laporan bernama

Menurut laporan terkini tahap radiasi berada pada tahap yang boleh mengancam kesihatan dan penduduk dalam kawasan lingkungan 30km daripada loji nuklear dinasihatkan berada dalam rumah. Terkini tahap radiasi di Ibaraki sudah meningkat...

video letupan loji nuklear ketiga;




No comments:

Post a Comment