Wednesday 2 December 2009

Malaysiaku: Sempena 50 tahun Parlimen Malaysia


Salam.. hmmm.. topik kali ni lain dari yang lain.. hehe.. istimewa 50 tahun Parlimen Malaysia. Baru aku taw dah tua rupanye Parlimen Negara kita nih dah same usia ngan Malaysia. Dah banyak jasanya kepada negara. X silap aku dulu Dr Siti Hasmah ade wat Mini Parlimen. Baru2 ni aku ade bace kat akhbar Utusan Malaysia, tapi dihentikan tanpa sebab yang agak relevan.

Sebut pasal parlimen, sume orang akan duduk depan tv nak tengok ape kes yang berlaku kat parlimen. Sape gaduh ngan sape. Ahli2 dewan mane yang wat kecoh. Pemimpin mane kutuk pemimpin mane. Kate2 kesat yang dikeluarkan dan macam2 lagi. Adakah ini fungsi parlimen sekarang?? Kenapa ada segelintir pemimpin kita yang bersikap begitu. X ke nmpk mcm memalukan. Bukan org dewasa jew gelak, bdk2 sekolah rendah pon tergelak besar tengok reaksi pemimpin kita dalam dewan yang agak ke-anak2kan.. Bukan nak berbahasa kasar.. Tapi kadang2 itulah realitinya.. masing2 nak menang.. x nk mengaku kalah/ kesilapan sendiri sampai nak dibawa2 ke mahkamah.. dan dari situlah timbul lagi mcm2 masalah.. rahsuahlah., sistem kehakiman negara yang x adillah.. hmmm macam2 lagi.. Kadang2 aku pelik jugak.. benda ni macam dah jadi musim kat negara kita n negara2 asing.. Yang terbaru kat Filipina, kat negara asia barat.. yang x abis2 lagi kat Thailand.. Yang dh senyap sekejap kat Indonesia.. Yang kacau bilau skang ni kat Honduras.. dan dah selesai kat Jepun selepas Hatoyama jadi PM Jepun yang baru.. Aku tertarik ngan perkembangan kat Jepun, dimana kerajaan dibawah pimpinan Taro Aso sanggup menerima apa saje keputusan rakyat menerusi pilihan raya. Dan ternyata rakyat lebih mempercayai kewibawaan parti pembangkang dibawah pimpinan Hatoyama. Maka Hatoyama naiklah jadi PM baru Jepun.. Taro Aso yang sebelum ni PM Jepun kebrape ntah(lupa pulak) menerima hakikat dan menanggung kesalahan dengan meletakkan jawatan sebagai presiden parti termasuk pemimpin yang lain turut melalukan tindakan yang sama. Dari situ konflik rakyat ngan kerajaan n pembangkang ngan kerajaan dah selesai.. Tengok pula pimpinan baru ni x sekepala ngan A.S.. Pengkalan tentera di Okinawa yang menjdi tempat isi minyak kapal tentera Amerika ke Afhganistan nak dtutup n rakyat Jepun menyokong sepenuhnya.. Yang menariknye ialah sikap toleransi antara pemimpin demi kesejahteraan negara dan rakyat n lakukan perkara2 yang dijanjikan kpd rakyat..

Hmmm.. kalu d Malaysia sampai masuk mahkamah. Ntah mane satu yg betul ntah. Akhbar ngan Tv kat Malaysia ni pon memeningkan rakyat.. Yang kerajaan kata itu yang pembangkang kate ini.. yang kerajaan salahkan itu yang pembangkang salahkan ini.. Pening rakyat Malaysia dibuat nye nih.. Kenapa pemimpin kita wat rakyat macam ni?? janji macam2 tapi x tunaikan??? Bkn nak salahkan sape2.. Setiap orang ade wt salah.. hmmmm... setiap manusia yang dijadikan x terlepas dr wat kesalahan.. cuma kdg2 kite yg x nk terima..hmmmm...

#Doakan yang terbaik utk pemimpin Malaysia.. semoga dpat mentadbir negara dengan adil dan saksama serta dapat memajukan negara dari sume aspek..

1 comment:

  1. kalo dah byk rasuah n pentingkn diri msing2 jer....
    rakyat x kemane la....

    ReplyDelete