Sunday 13 December 2009

Malaysiaku: Bulan ini dalam sejarah


Assalamualaikum.. Salam 1 Malaysia.. Bulan Disember merupakan satu bulan yg bersejarah untuk negara Malaysia.. Taw x ape dia.. Haaa.. kalu sape2 yg minat sejarah mesti ingat punyer.. Pada bulan Disember ni lah tentera Jepun menyerang Tanah Melayu(Malaysia) dan berjaya menguasai Tanah Melayu seterusnya mengusir tentera British.. Sebenarnya aku baru teringatkan peristiwa bersejarah ni selepas menonton Majalah 3 istimewa minggu lepas.. Aku mmg minat dalam bab2 sejarah ni.. ahahaha

Kalu kita tanye kat nenek atau atuk kita yg hidup masa pemerintahan Jepun mesti diorang x leh lupa peristiwa ni. Aku pernah tanye kat arwah nenek aku pasal peristiwa Jepun menawan Tanah Melayu ni. Memang zaman tu lah yang paling memeritkan. Nak keluar rumah pon takut. Hari2 makan ubi kayu. Tu lah yg aku ingat drp ape yg arwah nenek aku cerita kan. Masa tu lupa lak nak tanye lebih2 sebab time tu kecik lagi. Skang ni nyesal lak.. hahaha.. Xpe la.. Majalah 3 yg lepas ada cerita kan ckit tentang macam mana tentera Jepun masuk ke Tanah Melayu. Menurut apa yg dicerita oleh atuk2 yang ditemu ramah tu, mereka x menyedari langsung yg tentera Jepun mula menyerang Tanah Melayu. Peristiwa ni berlaku pada waktu malam di Pantai Sabak, Kota Bharu, Kelantan. Pada awalnya mereka ingat tentera British buat latihan. Yang peliknya bunyi berbalas tembakan lama2 semakin dekat.. Dan mereka mula menyedarinya apabila mendengar jeritan tentera2 Jepun.. itu semua aku dengar drp mulut atuk2 yg ditemu ramah tu..

Tentera Jepun dengan mudahnya dapat menguasai keseluruhan Tanah Melayu & ini merupakan kekalahan yang memalukan untuk pihak British. Dalam masa x sampai sebulan je Jepun dapat mengalahkan British. Pada Jepun ini merupakan kejayaan terbesar mereka selepas berjaya mengalahkan Russia pada perang sebelum ni dan mengebom Pearl Harbour. Ini juga dijadikan sebagai hadiah mereka kepada Mahara Meiji. Siapa sangka pada masa tu Jepun berjaya menumpaskan kuasa besar dunia. Pada kebanyakan orang mungkin akan merasakan tindakan Jepun menguasai dan merampas wilayah2 di Asia Tenggara sebagai satu tindakan jahat.. Kalu tanye nenek atau atuk kita mungkin diorang akan kata Jepun jahat. Hmmmm.. mungkin jugak.. sebab penyeksaan yang berlaku nak2 lagi bg orang cina.. Kalu ikut sejarah dunia, huhuhu,, terdapat banyak faktor Jepun menguasai negara2 terdekatnya sampailah ke Tanah Melayu.. Sebab utamanya, Amerika telah melakukan sekatan ekonomi terhadap Jepun.. Justeru Jepun x dapat memasarkan barang2 buatan mereka keluar dan ekonomi Jepun jatuh teruk akibat sekatan itu.. Sebab tu lah mereka melancarkan serangan nak2 lagi masa tu dibawah pemerintahan tentera2.. Jepun telah dikenakan sekatan ekonomi sejak zaman Empayar Turki Uthmaniyah sehinggalah empayar itu jatuh.. Mengikut sejarah Jepun pernah menjalinkan hubungan dan meminta perlindungan daripada Kerajaan Turki.. Pada waktu inilah Islam mula memasuki Jepun.. Tapi xlama lepas tu Kerajaan Turki jatuh dan perkembangan Islam di Jepun jadi malap dan x berkembang.

Namun begitu, kerajaan Jepun skang tidak mendedahkan peristiwa serangan ke atas Tanah Melayu pada generasi mereka skang.. Peristiwa itu telah ditutup dengan kejayaan Jepun mengebom Pearl Harbour sebab tarikh Jepun menyerang Tanah Melayu dan Pearl Harbour adalah sama.. Aku pon x taw kenapa.. Tapi pengkaji sejarah Jepun sedang berusaha menyebarkan sejarah penaklukan Tanah Melayu ni.. itu ape yang aku tengok kat Majalah 3 ari tu lah.. hehehe..

Tapi kesannya x lama.. kejap jew.. mungkin orang dulu2 dapat rasa kesan kekejaman Jepun.. Mungkin sebab Jepun memerintah Tanah Melayu dalam waktu yang singkat.. X macam British yang sudah bertahun-tahun lamanya bertapak di Tanah Melayu sehinggakan kesannya dalam pemerintahan masih kekal hingga sekarang..

Sebenarnya peristiwa penakhlukan Jepun ni lah yang patutnya di jadikan iktibar.. Banyak penyiksaan yg dilakukan.. Rakyat hidup menderita.. Daripada penyiksaan ni lah rakyat mula sedar yg pemerintah luar x boleh dipercayai.. Negara kita sepatutnya kita yang memerintah bukan orang luar..

Harap korang suka ngan entry ni.. istimewa sempena memperingati peristiwa penjajahan Jepun ke atas Tanah Melayu.. huhuhu

No comments:

Post a Comment