Thursday 13 August 2009

Hanazakari no kimitachi e

Best Drama in 2007
Happening!
You must try to watch this drama

Fuh! dah puas dah tengok drama 'Hanazakari no Kimitachi e' atau maksudnye dalam bahasa Inggeris 'For You in Full Blossom'. Memang happening wa cakap sama lu... Dulu masa ditayangkan kat 8TV aku tak berape minat sangat. Tapi bila ramai sangat yang cakap drama ni best, aku pon try beli dvd drama ni n tengok dari mula. Memang layan beb! Kat Malaysia ni belum jumpa lagi drama yang macam ni. Bukan kate kat Malaysia je, rase nye kat dunia ni belum ada drama yang best macam ni...

Secara ringkasnya, drama ni mengisahkan tentang seorang pelajar perempuan, Ashiya Mizuki yang masuk belajar kat sekolah budak lelaki. Sebabnye dia nak buatkan seorang pelajar lelaki ni, Sano Izumi aktif semula dalam sukan lompat tinggi. Sebelum ni, Sano Izumi pernah selamatkan Mizuki dari di rompak. Pada waktu tu Sano Izumi tercedera dan selepas dari kecederaan itu, Izumi terus berhenti menyertai kejohanan yang melibatkan acara lompat tinggi. Itu lah sebabnya Ashiya Mizuki ni datang ke Sekolah Tinggi Ohsaka. Macam-macam cara dia cuba untuk pujuk Izumi ni.

Agak peliknya, budak sekolah tu semuanya tak perasan yang Ashiya ni perempuan. Akhir sekali masa episod 10, kawan rapat Mizuki dan Izumi, Nakatsu ternampak bentuk badan Mizuki yang sebenar masa dia curi-curi masuk dalam bilik air. Dalam episod terakhir, semua pelajar dah tahu yang Mizuki ni perempuan. Akibatnya, Mizuki ambil keputusan untuk pulang ke Amerika semula.

Perghh! layan beb. Semua ada dalam drama ni. Lawak, emosional dan menghiburkan.



Title: 花ざかりの君たちへ
Title (romaji): Hanazakari no Kimitachi e
Title (English): For You in Full Blossom
Tagline: イケメン♂パラダイス / Ikemen Paradise
Also known as: Hana Kimi
Genre: High school romance comedy
Broadcast network: Fuji TV
Episodes: 12
Viewership ratings: 17.3 (Kanto)
Broadcast year: 2007
Awards
54th Television Drama Academy Awards: Best Drama
54th Television Drama Academy Awards: Best Actress - Horikita Maki
54th Television Drama Academy Awards: Best Supporting Actor - Ikuta Toma
TVnavi Magazine 2007 Drama Awards: Best Supporting Actor - Oguri Shun

This drama I will give 9.5/10

No comments:

Post a Comment