Saturday, 16 January 2010

Up Coming Drama 2010

Konnichiwa!! Akemashite Omedeto Gozaimasu..>> Dah pertengahan bulan Januari ni.. Aku kat sini dah mula busy. So, x dpt la slalu tengok drama Jepun ni.. ahaha =).. Hari ni aku nak sekali imbas jew mengenai drama2 Jepun yang baru, sama ada baru jew release kat Malaysia mahupun yang sedang ditayangkan di Jepun..

NEW RELEASE!!! (@MALAYSIA)

Tokyo Dogs

Dalam bahasa Inggeris bermaksud 'The Worst and The Best Partners'.. Drama ni baru jew abes ditayangkan di Jepun pada 21 Disember 2009.. Skang ni dah masuk Malaysia.. Skang ni aku ade kat Batu Pahat.. Harga original DVD kat sini RM 49.90.. Mahal!!.. Xde diskaun o Offer.. Tpi kat sini kena pandai2 la cari yg cetak rompak punyer.. theehehehehe.. Drama ni aku belum tengok lagi.. Coming Soon!! Drama ni berunsurkan penyiasatan polis.. Ada 10 episod jew.. Rating kat Jepun pown boleh tahan:>> 15.7 %<<: Hero drama ni Oguri Shun ngan Mizushima Hiro.. Heroin nye aku x taw woo..

Samurai High School

Nampak macam best jew drama nih.. Tapi x taw la.. kena tengok dulu.. Baru jugak selesai ditayangkan di Jepun pada 12 Disember 2010.. Hero dalam drama ni Miura Haruma ngan Shirota Yu dan lagi skali aku x kenal heroin dalam drama nih.. hehe.. Rating drama ni kat Jepun :>> 10.5% <<: Aku x taw pulak genre drama ni ape?? Tapi coming soon aku nak tengok drama nih..

Maijo Saiban

Drama ni agak suspen pulak.. Tapi tengok rating kat Jepun macam drama ni x brape best :>> 7.3% <: Hero dalam drama ni Ikuta Toma dan heroin nye Kato Ai.. Drama ni dah lama gak abes ditayang di Jepun iaitu 21 Julai 2009.. Nampak macam x best.. berkemungkinan besar aku nak tengok drama ni dan mungkin tidak..

ON AIR (@ JAPAN)


nI Drama2 Jepun yang sedang ditayangkan di Jepun..

Bloody Monday season 2
Sambungan daripada season 1.. Drama ni agak suspen.. Jalan cerita sebelum ni pown agak menarik.. Harap2 season 2 ni lagi gempak.. Drama ni memulakan tayangan nya di Jepun pada 23 Januari 2010 menerusi saluran TBS..

Code Blue season 2

Drama berunsur medikal/doktor.. Season 1 lom tengok lagi.. tpi nak try tengok gak la.. nampak pown macam best.. Hero nye Yamashita Tomohisa n heroin nye Toda Erika.. Memulakan tayangan pada 11 Januari 2010 melalui saluran Fuji Tv..

Sunday, 10 January 2010

Mei-Chan no Shitsuji

Konnichiwa.. ni drama kedua dalam 2010 yg aku dah abes tengok.. Aku mmg dah lame dah aim nak tengok cerita nih. Nampak macam best. Tapi xde masa nak beli. Skang ni la masa aku nak tengok bila belum ada byk assignment nih.. hahaha..

Sinopsisnye;
Drama ni ada 10 episod je. Berkisarkan tentang kehidupan sekolah perempuan2 kaya di Jepun. Kononnya sekolah ni(St Lucia namanye) besarnya 1/3 daripada keluasan Tokyo dan pengangkutan utama adalah helikopter. Setiap perempuan(Cik muda) yang belajar kat situ ada seorang penjaga lelaki lelaki. Kontroversi muncul dlm cerita ni apabila Meichan mula belajar disekolah ni. Rihito telah bertanggungjawab menjaga Meichan. Masa mula2 masuk ramai pelajar yg x suka terutamanya pelajar senior, Cik Lucia. Sumenye sebab berebutkan Rihito dan pertahankan hak masing2 menjadi waris harta keluarga Hongo. Macam2 halangan ditempuh oleh Meichan dan Rihito yang sumenye angkara jahat Cik Lucia. Pada penamat cerita, Cik Lucia akhirnya kalah dengan Meichan dalam satu pertandingan.

Komennye;
- Drama ni kadang2 macam kartun sikit.
- Kadang2 ada lawak yg agak bodoh jugak tapi kelakar.
- Jalan cerita yg menarik.
- Kadang2 macam cerita korea pon ade(main teka je.. aku x pernah pon tengok drama korea)

Bintangnye;
Mula2 agak bosan ckit.. tapi makin lama makin bestlak cerita nih... 8 bintang

Info2nye;
  • Title: メイちゃんの執事
  • Title (romaji): Mei-chan no Shitsuji
  • Also known as: Mei-chan's Butler
  • Format: Renzoku
  • Genre: Romance, comedy
  • Episodes: 10
  • Viewership rating: 14.0 (Kanto)
  • Broadcast network: Fuji TV
  • Broadcast period: 2009-Jan-13 to 2009-Mar-1

Awards

  • 60th Television Drama Academy Awards: Best Drama
  • 60th Television Drama Academy Awards: Best Supporting Actor - Sato Takeru

Saturday, 9 January 2010

BOSS


Moshi2.. Selamat Tahun Baru.. Akemashite Omedeto gozaimasu.. haaa ni la drama pembuka tirai tahun 201o..'BOSS'.. Skang ni aku dah duk sementara kat Pt Raja.. So aku beli dvd kat sini je lah.. murah2 jugak.. ade dpt free lg kalu beli 5 keping dvd.. wawawa.. Daripada tajuk aku x dpt nak cam yg cerita ni tentang polis sebab kalu dah boss aku dah terbayangkan tentang suasana dalam pejabat.. So drama ni memang betul2 berkisarkan tentang polis. Macam detektif conan pon ade gak tpi drama ni lebih kelakar..

Sinopsis ckit;
Cerita tentang bahagian baru dalam polis metropolitan di Tokyo. Dikenali sebagai pasukan penyiasatan khas. Tugas diorang ni adalah menyiasat kes2 yg sukar utk diselesaikan. Tapi ahli-ahli dlm bahagian ni sumenyer ditukarkan drp pelbagai bahgian polis dan tidak mempunyai attitude bekerja. So masa mula2 menyiasat pening kepala gak ketua diorang ni, Osawa Eriko. Macam2 hal yg berlaku tapi kelakar. serius cerita ni mmg kelakar.. Lama kelamaan bila dah byk kes yg dpt mereka selesaikan barulah sume nye dpt bekerjasama dlm satu kumpulan.. tapi time tu pulak masalah lagi besar apabila ketua mereka sendiri disyaki melakukan pembunuhan n last skali Pengarah polis Tokyo kena culik oleh pengganas.. Sume nye dpt diselesaikan oleh pasukan penyiasatan khas..

Komen2 nyer;
- Macam tengok Detektif Conan pon ade gak..
- Yg best nye cerita ni kelakar.. ada part yg serius giler n mmg suspen.. tpi yg part kelakar tu kdg2 x boleh blah.. haha
- Best giler dpt tengok Toda Erika berlakon dlm cerita nih.. kawaii..
- Tengok endig macam ade sambungan lagi.. kalu ade season 2 mmg aku nak tengok

Bintangyer;
Aku suka tengok drama ni.. x boring.. serius best.. 9 bintang

Info;

  • Title: BOSS
  • Format: Renzoku
  • Genre: Detective
  • Episodes: 11
  • Viewership rating: 17.0 %
  • Broadcast network: Fuji TV
  • Broadcast period: 2009-Apr-16 to 2009-Jun-25

Awards

  • 2nd Tokyo Drama Awards: Best Actress - Amami Yuki
  • 61st Television Drama Academy Awards: Best Drama
  • 61st Television Drama Academy Awards: Best Actress - Amami Yuki
  • 61st Television Drama Academy Awards: Best Supporting Actor - Takenouchi Yutaka
  • 61st Television Drama Academy Awards: Best Directors
  • 13th Nikkan Sports Drama Grand Prix (Spring 2009): Best Actress -Amami Yuki

Sunday, 27 December 2009

Buzzer Beat


Assalamualaikum.. Moshi2.. Konnichiwa.. Doumo.. Baru2 ni aku ade usha2 kat kedai dvd CLASSIC kat dalam Metro Point, Kajang tu. Terjumpa lak satu cerita nih.. "BUZZER BEAT". Cerita ni baru abis di tayangkan kat Jepun bulan September 2009.. Dapat offer lak tu.. aku kebas laa.. RM19.90..Murah gler.. harga asal RM39.90..

Sinopsis nyer;
Drama ni berlatarbelakang sukan bola keranjang di Jepun. Sukan ni x berapa popular kat sana kalu nak dibandingkan dengan sukan besbol. Dalam drama ni jugak ada mengisahkan tentang pemain biola.. Kamiya Naoki adalah pemain bola keranjang pasukan ARcs. Semasa dia naik satu bas ni dia tertinggal handfon dan Shirakawa Riko(pemain biola) yg jumpa handfon tu. So, Riko pulangkan handfon tu kat jurulatih pasukannya, Kawasaki.. Bermulalah bab2 percintaan dalam cerita nih.. Kawasaki suka kat Riko n Naoki tengah bercinta ngan Natsuki yg byk beri support kat dia.. Natsuki pulak mula curang ngan Naoki n kantoi pulak bercium ngan pemain baru, Yoyogi.. So, Naoki pon memutuskan hubungan dgn Natsuki.. Secara x sengaja Naoki boleh jatuh cinta pulak ngan Riko.. Sebab Naoki slalu berlatih dekat2 ngan umah Riko n Naoki pon slalu dengar Riko berlatih main biola.. Dalam senyap2 Naoki ngan Riko bercinta.. Lama2 Kawasaki ngan Natsuki dah taw.. Kawasaki dah x kisah sgt tapi Natsuki nih pulak yg jeles n sengaja menyakitkan hati Riko..

Komen2 nyer
  • Drama ni agak berlainan dengan Rookies yg lebih fokus pasal sukan berbanding percintaan.. Drama lebih kepada percintaan.
  • Drama ni lebih romantik & menyetuh perasaan.huhuhu =p
  • Rasa macam x sesuai lak letak nama buzzer beat sebab tema utama lebih kepada romantik.
  • Bagi drama ni best jugak tapi x sehebat Drama Rookis yg sama genre ngan drama nih.
Info;
  • Title (English): Buzzer Beat
  • Tagline: 崖っぷちのヒーロー / Gakeppuchi no Hero
  • Format: Renzoku
  • Genre: Romance, sports
  • Episodes: 11
  • Viewership rating: 14.3 (Kanto)
  • Broadcast network: Fuji TV
  • Broadcast period: 2009-Jul-13 to 2009-Sep-21
  • Theme song: Ichibutozenbu by B'z
Pada aku drama ni agak romantik.. Jalan cerita yg menarik.. Pandai pengarah drama wat org tertarik nak tengok drama nih.. Aku bagi 7 bintang..

** lagu tema drama nih best giler.. Ichibutozenbu.. Rock!! kalu nak download klik kat bawah nih;
B'z - Ichibutozenbu

Thursday, 24 December 2009

End of The year 2009; Jalan-Jalan d'Bandung

Assalamualaikum.. Moshi2.. Konnichiwa.. edisi kali khas cuti-cuti di Bandung.. Aku sebenarnya baru aje balik dari Bandung, Indonesia nih.. 4 hari aku kat sane balik2 je terus mengadap laptop..haha.. kat sane xdew lak kafe internet macam hotel kat Medan x leh la aku nk check mel ke, chatting kee.. Tapi ape2 pown memang puas hati g sane..


Pemandangan dari dalam Airport Bandung.. cantik..

Aku sampai kat Bandara Husein Sastranegara, Bandung jam 5 petang waktu Indonesia(6 petang waktu Malaysia).. Smpi2 jew dah ade supir hotel dtg menjemput.. free lak tu.. Aku tido kat hotel Cihampelas 2, Jln Cihampelas, Bandung. Hotel ni nampak biasa je tapi layanan staf2 hotel ni macam rasa duk kat hotel 5 bintang.. Perfect!. Tempat tido, makanan, sume bagus2.. Memang aku x sangka layanannya macam ni punye bagus.. Malam tu x g mane2, ingat nak g cari tempat makan kat Jalan Cihampelas tapi x jumpe lak.. last2 makan jew kat hotel.

Pagi esok nye pegi Gunung Tangkuban Parahu yang terletak kat utara Bandung.. Kira2 1 jam 30 minit dari Kota Bandung.. Aku paling suke pergi kat sini.. Unik betul tempat ni.. Mengikut sejarah gunung berapi ni pernah meletus pada awal tahun 1900 dulu(lupo lak tarikh nye) dan lava2 panasnya melimpah ke Subang(bukan Subang kat Malaysia).. Kesan daripada itu terdapat 24 kawah yg terhasil.. tetapi yg popular hanya 4 kawah dan hanya 1 kawah saje yg dbenarkan melawat.. Namanya Kawah Domas..


Laluan dari Gunung Tangkuban Parahu ke Kawah Domas (1.5km)
Kena jalan kaki dari puncak ke kawah Domas..

Ni pandangan puncak Gunung Tangkuban Parahu..
Kat kawah domas ni kita boleh lihat & rasa sendiri keadaan kat situ.. Terdapat banyak kawah2 kecil yg mengeluarkan haba & air yg panas.. Bila sampai kat sini memang ada bau belerang jugak lah.. yg best nye kat sini, tanah liat kat sekeliling kawah ni boleh dijadikan ubat utk penyakit2 macam penyakit kulit.. Ape lagi aku pon try jugak lah.. letak kat kaki aku yg ada luka sikit nih.. bile balik je hotel mmg dah elok pon..

Kat Kawah Domas
Yang tempat berasap tu memang panas.. aku dah rasa dah.. boleh melecur kulit tu..

Gambar kat atas ni lah tanah liat yg dikatakan boleh mengubati penyakit.. Lepas sapu kat kulit tggu sampai kering dan basuh dengan air panas semula jadi kat kawah ni..
ini salah satu kolam air panas semula jadi yg ada kat kawah domas..
Boleh rebus telur kat sini.. pastu makan..

Seharian jugak lah kat Gunung Tangkuban Parahu ni.. Petang tu ingat nak g shopping kat PasarBaru.. X larat la pulak.. sempat tengok2 macam tu jew..
Esok nye pulak.. mak aku nak pegi shopping kat Bandung.. Pada perancangan awal ingat nak pegi Kawah Putih kat selatan Bandung, x pon g Puncak, tapi x jadi lah.. Mak aku nak g shopping..wawawawa.. Mula2 pegi kat Toko 3.. Tempat ni memang tempat seluar jeans 'original'.. tapi mahal pulak.. Lepas tu g kat PasarBaru Trade Center.. Kat sini memang puas la shopping.. Macam2 barang murah kat cni.. Tapi kat sini ramai sangat orang.. sesak..

Petang nye lak pegi kat Jalan Cihampelas.. Fuhh!! kat cini memang Jeans Street.. Sepanjang jalan jual jeanss.. Tapi kena pandai2 cari kedai yg murah.. Aku cadangkan pegi kat Cihampelas Point.. Kat cni memang puas hati.. aku banyak beli kat sini lah..wawawa..

Suasana kat depan PasarBaru TradeCenter.. Sesak ngan orang ramai..
Sempat lagi amek gambar 'Angkot'.. pengangkutan paling penting kat Kota Bandung..
Sejak dari mula sampai kat Bandung x pernah aku lihat jalan2 kat sini lengang (maybe waktu tengah malam time orang dh tdo).. Bandar ni memang sesak ngan kenderaan.. Tapi traffic sini terkawal.. Aku x tahan sikit ngan traffic kat sini, baru gerak sikit dh berhenti.. memang x de nye kereta2 kat sini speeding macam Fahmi...wawawawa.. joking around..

Yang peliknya, kat sini xde pon sirap bandung/ Mee bandung.. Orang kat cini pon cakap macam tu.. kat Malaysia lak yg ade nama makanan dan minuman cm gtu.. Makan bes kat sini 'Masakan Padang' kat Restoran Simpang Raya..


inilah Cihampelas Point..kat Jalan Cihampelas.. Banyak seluar jeans kat sini.. Murah2!

Sampai sini je aku jalan2 kat Bandung.. Memang rasa macam nak pegi lagi.. Nak2 lagi layanan pengurusan hotel yg susah nak jumpa kat Malaysia.. sape2 nak g Bandung boleh la menginap kat Hotel Cihampelas.. kat jalan Cihampelas No 222 Bandung, 40131.. www.cihampelashotel.com

Sayounara Bandung!..

p/s-Gambar2 ni diambil oleh seseorang yg x berpengalaman mengambil gambar & menggunakan kamera digital yg biase jew.. maaf la yee kalu x cantikk..wawawawa.. =p

Friday, 18 December 2009

Melangkah ke tahun baru 1431 & 2010... Akemashite Omedeto Gozaimasu


AKEMASHITE OMEDETO GOZAIMASU!
あけましておめでとございます!
SELAMAT TAHUN BARU!
Bersyukur kita kepada Allah kerana dipanjangkan umur kita serta dapatlah kita bertemu dengan tahun 1431 hijrah dan 2010 masihi. Berakhir sudah 1430 hijrah dan 2009 masihi dan kini bakal menjadi sejarah dalam kehidupan kita. Tutup buku lama buka buku baru. Lupakan sengketa lama. Gomen ne, aku tulis awal pasal tahun baru ni sebab lepas ni lame lak aku x update blog ni. Minggu depan nak g Bandung lepas tu terus je balik Johor.. haha balik UTHM la.. Semester baru pon dah nak mula nih.. so minggu2 akhir 2009 ni agak busy ckit.. Gambar kat atas hanyalah sekadar hiasan dan xde kena mengena rasenye ngan tajuk.. aku main download je gambar ni sebab dia tulis 'new tokyo tower'.. nak gantikan tokyo tower yang lame ke?? entahlah.. harap2 moga2 aku dpt menjejakkan kaki ke tokyo tower nih.. huhuhu.. insyaallah..

Sekejap je aku rasa tahun 2009 nih. Itulah ayat yg akan kita dengar bila dah ujung tahun. Lepas tu sume orang akan bgtaw azam diorang masing2. biasanya azam2 tu akan dibawa ke tahun yg seterusnyer. Mcm tulah cerita nye..huhu.. Aku pon ada azam gak tahun 2010 gak.. hahaha.. Yang pertama aku nak naikkan pointer aku utk sem2 dpn n aku nak try dapat dekan. Insyaallah. Kalu orang lain boleh kenapa kita x boleh buatkan. Aku dapat inspirasi nih drpd member aku (Jhart) hahahahaha.. Sebab aku tengok dia blaja dari awal lg so dia leh score sem ni nak2 lagi dapat dekan seyhh.. haha.. Congrates Jhart.. ramai rasenye member2 aku yg pointernye naik sem ni.. Aku je x naik n x turun. Cam tu je. huhu.. Yang kedua pulak sem ni aku nak jimat2 ckit sebab sem lepas aku dah boros =D..hahaha.. Aku nak kawal perbelanjaan aku sem depan.. Nak2 lagi kalu xde ape2 halangan ayah aku nak bg aku bawak kereta lak.. Senang ckit nak kemana-mana .. hmmm Aku dah bajet duit dah RM150 hanya utk aku beli2 dvd cite2 Jepun..huhuhu.. paling maksimum tuh.. Makan pon ala kadar je lah.. balik umah melantak abis-abisan.. Rindulah aku masak lomak cili api mak lang aku ngan Jering masak cili api Cik Sopi.. Dah la gulai2 kat Batu Pahat x sedap.. marah lak org batu pahat nanti..heeee.. Tapi Asam Pedas Ikan Pari Pt Raja paling sedap.. Lagi ape ekk.. hmmm.. Kalu boleh lepas nih aku x nak wat keje last minit.. Dah serik dah sem2 sebelom nih wat keje last minit.. pas ni siapkan keje baru main game..huhu..

Time2 macam ni aku suke imbas balik ape yg dah berlaku sebelum ni, ape yg aku wat awal2 tahun 2009. Semuanya dah jadi sejarah. Banyak yang aku blaja tahun ni. Of course la aku byk blaja kat uthm nih.. bukan senang amek jurusan mekanikal nih.. poning jugak palo den ni..huhuhu.. Semenjak aku masuk uthm nih macam2 jenis manusia yg aku kenal.. Sume nye ade perangai yg berbeza-beza. Ade yg suke main game, ada yg suke main msj n gayut lame2, ade yg suke tengok anime, ade yg pendiam, ade yg byk cekadaknyer n yg x leh lupa org yg suke fire2 org nih.. hahaha.. yg ni agak lain ckit bg aku.. sblom ni ade gak member aku yg mcm ni.. tapi yg kat cni semacam ckit.. kdg2 aku jadi fobia ngan org ni.. tapi dia pon baik je ngan aku so aku pon xdew la nak amek hati sgt.. kalu ikut kan hati..hahaha.. xde la aku x da niat jahat kat member2 sendiri walaupun pintu bilik aku pernah kena tendang sampai berlubang..huhuhu.. Walaupun kadang2 aku ade termakan hati ngan member2 sendiri, tapi xde pon simpan ape2 niat jahat.. Kadang2 lawak2 diowang ade yg susah aku nak terima sbb nampak mcm kasar ckit.. nak2 lagi aku ni agak touching ckit.. so mudah terasa laa.. tapi x sape pon taw.. aku ni mmg suka berahsia even family sendiri x pernah taw yg aku pernah couple sblom spm.. huhu selalunye aku cite sume kat ex-roomate aku(bdk sijil)..suke hati je panggil bdk. padahal 3 tahun lebih tua drp aku tuh.. haha.. entah kenape kalu aku borak2 ngan dia abes sume rahsia aku cite kat dia.. Lagi pon dia ni good listener.. slalu bg respond yg meyakinkan aku walaupun simple2 je.. huhu thanx bro.. lepas nih jarang jumpa la sebab dia dah pindah tsn lak..

Pengaruh cerita Jepun

Haaaa... ni yg aku nak cerita nih.. ingat nak wat tajuk satu lg.. tapi malas la. Lagipon benda pon terjadi pada tahun 2009.. Ni aku senaraikan cerita2 Jepon yang aku tengok sepanjang tahun 2009
1. Rookies
2. One Litre of Tears
3. Hanazakari No Kimitachi e
4. The Tale of Yamada Taro
5. Gokusen
6. Gokusen 2
7. Gokusen 3
8. Team Medical Dragon
9. Team Medical Dragon 2
10. Great Teacher Onizuka
11. Hotaru no Hikari
12. Koizora
13. Satorare
14. Bloody Monday
15. My Boss My Hero
16. Ryusei No Kizuna
17. Myu anyo papa ni ageru
18. Stand Up!
19. Unfortunate life of Matsuko
20. Hana Yori Dango the movies
21. Dive
22. Negative Chaisaw Edge
23. H2
24. Atashinchi no Danshi
25. Kurosagi
26. Kurosagi the movie
27. Change
28. Koizora The Movie
29. Crows Zero
30. Crows Zero 2
31. Nobuta wo Produce n yg tgh tgok skang ni;
32. Buzzer Beat..
haaa... byk x.. baru ckit nih.. target utk tahun dpn nak tengok 50 cerita jepun lagi..ahaha
Maka ramailah aktor dan aktress Jepun yg aku kenal.. Aktor Jepun yg aku minat Oguri Shun. Aku pernah tengok dia berlakon dlm cerita Hana Yori Dango, Hana Yori Dango 2, Hana Yori Dango the Movie, Detective Conan, Hanazakari No Kimitachi e, GTO, Gokusen n yg paling best dalam cerita Crows Zero n Crows Zero 2.. Takiya Genji yeahh!..hahaha.. Satu lagi Miura Haruma.. Umur pon sebaya 19tahun.. dia ade berlakon dalam cerita Bloody Monday ngan Gokusen 3 n ada kuar gak kat Crows Zero 2.. Aku suke dengar suare dia.. Cool.. Yang lain2 lak Ninomiya Kazunari, Matsumoto Jun, Hiro, Kamenashi Kazuya(KAT-TUN), Nishikido Ryo(ble aku tengok dia berlakon dalam cerita one litre of tears n ryusei no kizuna teringat lak aku kat member aku, Fakhri kembar.,muka lebih kurang same) n Yamashita Tomohisa..
Kalu aktress lakk.. hahaha.. aku paling minat Horikita Maki.. Kawaii desune.. Aku suke tgok dia kat dlm cerita Hanazakari No Kimitachi e, Nobuta wo Produce, kurosagi ngan Atashinchi no Danshi.. Sorang lagi yg mantop Toda Erika(Ryusei no Kizuna, Boss ngan Death Note).. Yang lain2 Ayase Haruka, Innoe Maou,...
Drama2 Jepun nih banyak berkisarkan tentang kehidupan nak2 lagi tentang remaja.. Kebanyakannya akan membincangkan pasal matlamat hidup. Apa yg ingin dicapai dan bagaimana utk mencapainya.. Drama2 Jepun nih banyak memberikan kata2 semangat mcm dlm cerita Rookies.. N drama Jepun ni suke jadikan yg mustahil kepada tidak mustahil.. Tu yg besnyer.. So,, banyak isi2 tersirat dan tersurat.. Itulah yg menarik dalam drama Jepun nih.. X bosan ditonton n aku x akan abes tengok sampai aku sendiri dpt menjejakkan kaki ke Jepun.. Insyaallah.. Harap2 moga2..

SELAMAT TAHUN BARU 1431 HIJRAH & 2010 MASIHI... SEMOGA LEMBARAN BARU AKAN LEBIH MEMBERIKAN MAKNA DALAM KEHIDUPAN YANG AKAN DATANG.. SEBAGAI ALLAH YANG KERDIL KITA HANYA MAMPU REDHA DENGAN QADA' DAN QADARNYA.. INSYAALLAH
wassalam

Thursday, 17 December 2009

Bola2: Imbasan bulan Disember

OMEDETO GOZAIMASU!!
CONGRATES!!


Malaysian Football team won Vietnam and brought home the Gold medal after 20 years!

Apo nak dikato laie jang.. Malaysia dh dapek omeh(emas)..hahaha..Berita gumbira utk sume org2 Malaysia.. Selepas 20 tahun akhirnya dapat gaks Malaysia pingat Emas tahun nih.. Sape sangka ekk awal2 dulu target dpt masuk semi final jee.. Tapi aku mmg jangka Malaysia dapat emas.. ahaks.. ye2 jerk.. untung lak tu menang masa tahun baru hijrah.. org balik keje awal sebab nak tengok Malaysia vs Vietnam bukan g masjid sambut tahun baru... hehe.. Itulah semangat bola sepak Malaysia, asyik kalah jew tp kali ni menang pulak dlm byk kecelaruannye mcm kelewatan berlepas sbb gune pesawat tentera.. haha lawak2.. Tapi Vietnam main jahat giler weyh.. aku tengok kat tv macam siot jew main wayang lebeyh bak kate Hatim.. tu la dia jahat lagi.. kalah jugak akhirnyer.. aku rasa team lain yg main pon mesti x puas hati bile lawan Vietnam.. Ape2 pown congrates utk team Malaysia dapek bawak balek omeh terbaek dr lombong Laos.. haha..

Happy bezday utk Hatim.. tpi Liverpool leh kalah lak lawan Arsenal hari tu.. Siot tol la Liverpool nih.. Kalah time bezday Hatim lak.. hahaha.. Tapi pas2 Liverpool menang balik weyh 2-1 lawan Wigan.. Cayok2 Liverpool.. Tapi eden goram boto ngan Man Utd nih.. Leyh kalah pulak lawan Aston Villa kat Old Trafford.. apo kono.. Kalu x dh dapat same mata ngan Chelsea.. Nak2 lagi Chelsea leyh seri lwn Everton.. adoyai melopeh peluang.. Nasib baik mng balik 3-0 lawan Wolves.. Time2 cm ni lak ramai player Man Utd injured.. poning la kepalo Ferguson tuh.. haha.. sengit pulak tengok EPL skang nih.. Man Utd ngan Chelsea.. Arsenal asyik melepas jew.. ape2 pon tengok tahun dopan lak.. Xde pe yg menarik kat liga lain.. sume same je hahaha.. Kalu kat Sepanyol Barcelona la power, Real Madrid x do po pown.. Kat Itali lak cm kompom jo Inter Milan monang laie.. Pas ni sume tertunggu aksi UEFA lak.. sume gergasi2 berentap lepas nih.. Sape dpt g semi final??? Barcelona? Real Madrid? Man Utd? Chelsea? Inter Milan? AC Milan? sume dah taw kan.. x yah la aku bgtaw.. ahaks..

Camtu la bola sepak.. Org kate bola tu bulat.. mcm leyh jadi..
# congrates utk Malaysia yg dapat lebiyh 40 pingat emas kat Sukan Sea Laos..

Monday, 14 December 2009

Crows Zero serang Malaysia!!!!

Perhatian!! hahaha... kepada sesape yang minat cerita Crows Zero.. Skang ni movie ni dah masuk pasaran Malaysia.. hahaha..Cam ne leh lepas lak ekkk.. dulu dengar cerita movie ni x leh masuk Malaysia.. mana ntah aku dengar cite nih lupo dahh.. Ape2 pon baru2 ni aku usha2 kat kedai dvd 'CLASSIC" kat dalam Metro Point, Kajang Crows Zero season 1 berharga RM12.90 manakala Crows Zero season 2 berharga RM16.90... ORIGINAL... sesape yg duk sekitar tmn2 kat kajang, semenyih, BEraNanNG, Bangi, Sungai Ramal, Cheras, Balakong, Sg Chua, Broga n kawasan berdekatan ngan Kajang boleh lah serbu kedai tu selagi ada offer...hahahaha... sesape yg dh download hmmmm suke ati la nk beli ke x...original ni.. murahlak tu... dvd movie2 Melayu pon jarang dapat harga cm ni... hahaha.. promote lebiyh lak....

K nak bagitaw tu je sebab aku terperanjat tengok dvd tu ada kat sini.... selamat menonton... x rugi kalu beli original kalu cerita nye berkualiti.. yg penting kepuasannya..

Sunday, 13 December 2009

Malaysiaku: Bulan ini dalam sejarah


Assalamualaikum.. Salam 1 Malaysia.. Bulan Disember merupakan satu bulan yg bersejarah untuk negara Malaysia.. Taw x ape dia.. Haaa.. kalu sape2 yg minat sejarah mesti ingat punyer.. Pada bulan Disember ni lah tentera Jepun menyerang Tanah Melayu(Malaysia) dan berjaya menguasai Tanah Melayu seterusnya mengusir tentera British.. Sebenarnya aku baru teringatkan peristiwa bersejarah ni selepas menonton Majalah 3 istimewa minggu lepas.. Aku mmg minat dalam bab2 sejarah ni.. ahahaha

Kalu kita tanye kat nenek atau atuk kita yg hidup masa pemerintahan Jepun mesti diorang x leh lupa peristiwa ni. Aku pernah tanye kat arwah nenek aku pasal peristiwa Jepun menawan Tanah Melayu ni. Memang zaman tu lah yang paling memeritkan. Nak keluar rumah pon takut. Hari2 makan ubi kayu. Tu lah yg aku ingat drp ape yg arwah nenek aku cerita kan. Masa tu lupa lak nak tanye lebih2 sebab time tu kecik lagi. Skang ni nyesal lak.. hahaha.. Xpe la.. Majalah 3 yg lepas ada cerita kan ckit tentang macam mana tentera Jepun masuk ke Tanah Melayu. Menurut apa yg dicerita oleh atuk2 yang ditemu ramah tu, mereka x menyedari langsung yg tentera Jepun mula menyerang Tanah Melayu. Peristiwa ni berlaku pada waktu malam di Pantai Sabak, Kota Bharu, Kelantan. Pada awalnya mereka ingat tentera British buat latihan. Yang peliknya bunyi berbalas tembakan lama2 semakin dekat.. Dan mereka mula menyedarinya apabila mendengar jeritan tentera2 Jepun.. itu semua aku dengar drp mulut atuk2 yg ditemu ramah tu..

Tentera Jepun dengan mudahnya dapat menguasai keseluruhan Tanah Melayu & ini merupakan kekalahan yang memalukan untuk pihak British. Dalam masa x sampai sebulan je Jepun dapat mengalahkan British. Pada Jepun ini merupakan kejayaan terbesar mereka selepas berjaya mengalahkan Russia pada perang sebelum ni dan mengebom Pearl Harbour. Ini juga dijadikan sebagai hadiah mereka kepada Mahara Meiji. Siapa sangka pada masa tu Jepun berjaya menumpaskan kuasa besar dunia. Pada kebanyakan orang mungkin akan merasakan tindakan Jepun menguasai dan merampas wilayah2 di Asia Tenggara sebagai satu tindakan jahat.. Kalu tanye nenek atau atuk kita mungkin diorang akan kata Jepun jahat. Hmmmm.. mungkin jugak.. sebab penyeksaan yang berlaku nak2 lagi bg orang cina.. Kalu ikut sejarah dunia, huhuhu,, terdapat banyak faktor Jepun menguasai negara2 terdekatnya sampailah ke Tanah Melayu.. Sebab utamanya, Amerika telah melakukan sekatan ekonomi terhadap Jepun.. Justeru Jepun x dapat memasarkan barang2 buatan mereka keluar dan ekonomi Jepun jatuh teruk akibat sekatan itu.. Sebab tu lah mereka melancarkan serangan nak2 lagi masa tu dibawah pemerintahan tentera2.. Jepun telah dikenakan sekatan ekonomi sejak zaman Empayar Turki Uthmaniyah sehinggalah empayar itu jatuh.. Mengikut sejarah Jepun pernah menjalinkan hubungan dan meminta perlindungan daripada Kerajaan Turki.. Pada waktu inilah Islam mula memasuki Jepun.. Tapi xlama lepas tu Kerajaan Turki jatuh dan perkembangan Islam di Jepun jadi malap dan x berkembang.

Namun begitu, kerajaan Jepun skang tidak mendedahkan peristiwa serangan ke atas Tanah Melayu pada generasi mereka skang.. Peristiwa itu telah ditutup dengan kejayaan Jepun mengebom Pearl Harbour sebab tarikh Jepun menyerang Tanah Melayu dan Pearl Harbour adalah sama.. Aku pon x taw kenapa.. Tapi pengkaji sejarah Jepun sedang berusaha menyebarkan sejarah penaklukan Tanah Melayu ni.. itu ape yang aku tengok kat Majalah 3 ari tu lah.. hehehe..

Tapi kesannya x lama.. kejap jew.. mungkin orang dulu2 dapat rasa kesan kekejaman Jepun.. Mungkin sebab Jepun memerintah Tanah Melayu dalam waktu yang singkat.. X macam British yang sudah bertahun-tahun lamanya bertapak di Tanah Melayu sehinggakan kesannya dalam pemerintahan masih kekal hingga sekarang..

Sebenarnya peristiwa penakhlukan Jepun ni lah yang patutnya di jadikan iktibar.. Banyak penyiksaan yg dilakukan.. Rakyat hidup menderita.. Daripada penyiksaan ni lah rakyat mula sedar yg pemerintah luar x boleh dipercayai.. Negara kita sepatutnya kita yang memerintah bukan orang luar..

Harap korang suka ngan entry ni.. istimewa sempena memperingati peristiwa penjajahan Jepun ke atas Tanah Melayu.. huhuhu

Alumni D'5 Home Coming 2010@SMTDLM

Moshi2... pengumuman2... Kepada bekas2 pelajar Sekolah Menengah Teknik Dato' Lela Maharaja, Rembau, Negeri Sembilan.. Kami, AJk2 Alumni D'5 sedang berusaha untuk melaksanakan satu perjumpaan semula khas untuk bekas2 pelajar 3 generasi; SM Teknik Dato' Lela Maharaja, SM Vokasional Pertanian Rembau dan SM Teknik Pertanian Rembau.. Perjumpaan ni dikenali sebagai "ALUMNI D'5 HOME COMING 2010".. Untuk julung2 kalinya kami berpendapat untuk menjalankan aktiviti ini di SMTDLM (2 hari 1 malam).. Tarikh masih dalam perbincangan.. Cadangan awal ialah pertengahan bulan Jun 2010.. Rujuk ruangan facebook 'Persatuan Bekas Pelajar' untuk maklumat lanjut..

#p/s: Mohon maaf atas pembatalan Alumni D'5 Home Coming 2009 di saat2 akhir yang sepatutnya dijalankan pada 4-6 Disember kelmarin .. Ini kerana terdapat sedikit masalah dengan pihak sekolah.. Kami berharap dapat menjayakannya pada tahun 2010..

~Sweet Memory @ SMTDLM~