Tuesday, 22 September 2009

DISEBALIK KISAH BENAR LAMAN WEB SO SIAL 'FACEBOOK'


Amaran ini dikeluarkan kepada semua yang telah atau yang ingin menyertai laman web so sial ini.

Ini kerana, aku dapat tahu laman web ni ada kait mengait dengan kekejaman yang berlaku di Palestin.

Kalau korang nak tahu, pencipta laman web ni ialah Zurkerberg, seorang mahasiswa Universiti Harvard. Dia telah mencipta laman web ni pada tahun 2004.
Beruk sebelah kiri ni lah Mark Zuckerberg

Tahun lalu bilangan pengguna 'FACEBOOK' mencecah 140 juta orang. Tapi baru-baru ni 'FACEBOOK' menyatakan penggunanya kini mencecah 240 juta orang. Dasyat! dalam tempoh masa terdekat dah meningkat sebanyak 100 juta orang. Siapakah yang menyumbang kepada peningkatan ini??? Anda ke???

Dalam kegairahan korang melayari 'FACEBOOK' ni, kerajaan Iran telah menyekat penggunaannya pada pilihan raya presiden lepas bagi menghalang kempen di lakukan oleh calon yang bertanding. Majlis Ulama Indonesia turut mengharamkan penggunaan 'FACEBOOK' di sebabkan laman web so sial ni menjadi punca utama perlakuan tak senonoh dan seks sebelum nikah.

KAITAN ZUCKERBERG DENGAN ISRAEL

Zuckerberg menjadi anggota Alpha Epsilon Pi(AEPI). Sebuah pertubuhan kuat persaudaraan Mahasiswa Yahudi di US dan Kanada yang merupakan satu-satunya pertubuhan persaudaraan di Israel. Asas utama pertubuhan ini untuk membina semangat kepimpinan dikalangan mahasiswa Yahudis sekali gus menjadi pemimpin bangsa di masa akan datang yang benar2 memahami nilai, idea dan etika Yahudi.

FACEBOOK MENYOKONG SERANGAN ISRAEL KE ATAS PALESTIN

Seorang pengguna facebook, Joel Leyden(wartawan Israel News Agency) telah memanfaatkan laman web so sial ini dengan menyokong serangan Israel ke atas Palestin. Dia cipta FACEBOOK dia sendiri selepas 3 jam serangan pertama Israel ke atas Palestin yang telah menjadi pembakar semangat kepada pengganas2 Israel. Dengan kesempatan ni, si Leyden ni berserta dengan video di Youtube telah memberi penjelasan kepada dunia tentang kenapa Israel menyerang penduduk Palestin yang dilabelkan sebagai pengganas Islam.

FACEBOOK TUTUP AKAUN KUMPULAN YANG MEMPERJUANGKAN ISLAM

'FACEBOOK' telah menutup akaun kumpulan Cyber Jihad dan Arrahmah dari Indonesia yang lantang memperjuangkan agama Islam melalui 'FACEBOOK'.



TANGGUNGJAWAB KITA UNTUK MEMBOIKOT FACEBOOK

Aku mendapat sumber ni di blog muhammadzulhusmi.blogspot.com dan di laman web ohtidak.com

Sebar-sebarkan untuk pengetahuan semua

Hanazakari no Kimitachi E SP

はなざかりのきみたちえ

hahaha... tergelak besar aku tengok drama ni... Memang lawak betul... Hana Kimi special ni sambungan daripada drama bersirinya yg 11 episod tu. Tapi yg special ni sambungan daripada episod 7 ngan episod 8. Camne lak tu eh??? Senang cerita episod 7.5 ngan episod 8.5... Pulak dh.. hmmm

Dalam siri special kali ni mengisahkan Mizuki didatangi oleh kawannya dari Amerika. Julia namanye. Dia ni datang sebab nak pujuk Mizuki balik semula ke Amerika. Tapi Mizuki tak nak sebab dia dah mula rase seronok kt Sekolah Ohsaka tu. Nak2 lagi Izumi sebelum ni tak bagi Mizuki balik ke Amerika lagi.
Mizuki x nak balik ke Amerika. Untuk membuktikan yang Izumi x suke kat Mizuki, Julia dan Mizuki berpura-pura menjadi pasangan kekasih.
Nanba senpai mula meminati Julia sejak mula mereka berjumpa. Manakala si Nakatsu ni pulak tak berapa senang dengan Julia.
Part sedih... Di mana masa ni upacara perpisahan dengan senior2 sekolah ni. Mizuki telah di jemput dari Amerika.
Hibari, Oscar Masao, Nanba Minami dan Tennouji masa upacara perpisahan. Dalam cerita ni mereka adalah senior manakala Izumi, Nakatsu dan lain adalah junior.


Saturday, 19 September 2009

Menulis tulisan Hiragana

Tulisan Hiragana biasanya menggambarkan sesuatu idea atau pon objek.

Contoh menunjukkan sesuatu objek atau benda;

くるま
く(ku)-る(ru)-ま(ma)
kuruma bermaksud kereta

うさぎ
う(u)-さ(sa)-ぎ(gi)
Usagi bermaksud arnab

Contoh menunjukkan sesuatu idea;

これ
こ(ko)-れ(re)
kore bermaksud ini

そこ
そ(so)こ(ko)
soko bermaksud disana

Contoh menulis hiragana

それはなんですか
そ(so)-れ(re)-は(wa)-な(na)-ん(n)-で(de)-す(su)-か(ka)
sore wa nan desuka?
apakah itu? / what is that?

わたしのくるまです
わ(wa)-た(ta)-し(shi)-の(no)-く(ku)-る(ru)-ま(ma)-で(de)-す(su)
watashi no kuruma desu.
Itu kereta saya / This is my car

Dalam menulis perkataan/ sebutan 'wa' tidak ditulis dengan 'わ' tetapi ditulis dengan karakter 'ha' ー’は’. Sebab ape nanti saya akan terangkan dalam bahagian tatabahasa Jepun.

Tulisan hiragana menggambarkan keaslian bahasa Jepun. Maksudnye disini tulisan ini ditulis hanya pada perkataan yang asalnya daripada bahasa Jepun. Sebabnya dalam bahasa Jepun ada perkataan yang diambil daripada bahasa asing (bahasa asing yang dijepunkan).

Contoh; Takushi(teksi), Basu(bas), Baiku(Motorbike), Terebi(Televisyen), Toire(Toilet) dan banyak lagi. Untuk perkataan seperti di atas hendaklah menggunakan tulisan katakana.

Contoh tulisan hiragana yang lain;

bekyoshimasu
べんきょします
belajar

ashita
あした
esok

yasumimasu
やすみます
berehat/bercuti

itadakimasu
いただきます
*selalu di ucap semasa hendak makan

heya
へや
bilik

midori
みどり
hijau

kalau korang perasaan karakter ya(や),yu(ゆ),yo(よ)ditulis kecil dihadapan huruf lain.

contoh;

jitensya
じてんしゃ (ji-te-n-shi-ya)
basikal

densya
でんしゃ (de-n-shi-ya)
kereta api elektrik

kadang2 karakter yang disebut dua kali. Dalam kes ni kita kena tambah karakter tsu ’つ’ kecil dibelakang karakter yangdisebut 2 kali.

Contoh

zasshi
ざっし - (za-tsu-shi) disebut zasshi.
zasshi bermaksud majalah.

isshoni
いっしょに - (i- tsu-shi-yo-ni) disebut isshoni
isshoni bermaksud bersama-sama

Friday, 18 September 2009

Tanjoubi Omedeto (たんじょうびおめでと)

くがつ (kugatsu)
SEPTEMBER

Matsuda Shota (10 September 1985)
Lahir kat Tokyo, Jepun
Drama;
Hana Yori Dango season 1 & 2
LIAR GAME season 1 & 2
Barano nai Hanaya

Ueto Aya (14 September 1985)
Lahir kat Tokyo, Jepun
Drama;
Attention Please!
Hotelier


Jom Belajar Bahasa Jepun

Moshi2 minasan...
Korang minat tak belajar Bahasa Jepun. Hmmm bahasa ni juga tak kurang pentingnye di dunia ni. Nak2 lagi Jepun merupakan antara kuasa besar di dunia walaupun saiznya kecil nak kalau nak dibandingkan dengan USA ataupun Rusia.

Aku mula menunjukkan minat nak belajar bahasa Jepun ni kat UTHM semester ke-2 (sem lepas). Tapi aku belajar basic je. Kira kat Jepun level budak sekolah tadika. hahaha.

Tapi memang la mula2 mesti la kena belajar basic dulu x kan la terus advance lak.

Mula-mula yang paling basic kita mesti kenal karakter-karakter tulisan Jepun iaitu tulisan Hiragana dan Katakana

Karakter Hiragana

あ(a)   い(i)   う(u)   え(e)   お(o)  
か(ka)  き(ki)   く(ku)   け(ke)   こ(ko)
さ(sa)   し(shi)  す(su)   せ(se)   そ(so)
た(ta)  ち(chi)  つ(tsu)   て(te)   と(to)
な(na)  に(ni)   ぬ(nu)  ね(ne)  の(no)
は(ha)  ひ(hi)   ふ(fu)   へ(he)  ほ(ho)
ま(ma)  み(mi)  む(mu)  め(me)  も(mo)
や(ya)      ゆ(yu)       よ(yo)
ら(ra)   り(ri)   る(ru)   れ(re)   ろ(ro)
わ(wa)              を(wo)

Contoh macam mane nak mengeja, menulis dan membaca tulisan Hiragana.

1. Hiragana - ひ(hi)-ら(ra)-が(ga)-な(na)
= ひらがな sebutan jadi hiragana
*が(ga) asal dari karakter か(ka).

Karakter yang ade titik double kat atas macam ni-(") akan menjadi sebutan lain

が(ga) ぎ(gi) ぐ(gu) げ(ge) ご(go)
ざ(za)  じ(zi) ず(zu) ぜ(ze) ぞ(zo)
だ(da) ぢ(di) づ(du) で(de) ど(do)
ぱ(pa) ぴ(pi) ぷ(pu) ぺ(pe) ぽ(po)

ば(ba)  び(bi) ぶ(bu) べ(be) ぼ(bo)

Contoh;

あ(a)り(ri)が(ga)と(to)う(u)ご(go)ざ(za)い(i)ま(ma)す(su)
ーarigatou gozaimasu (terima kasih)

い(i)ま(ma)な(na)ん(n)じ(ji)で(de)す(su)か(ka)
- ima nanji desuka (pukul berapa sekarang?)

ada jugak karakter yang bergabung dengan karakter ya(や) , yu(ゆ) dan yo(よ).
karakter ini ditulis kecil dihadapan karakter lain.
contoh;
き(ki)ょ(yo)う(u)
きょう
- Kyou dalam tulisan Jepun di tulis Ki+yo+u bermaksud hari ini.
* karakter 'yo' di tulis kecil dihadapan karakter 'ki'.

Sunday, 6 September 2009

Crows Zero

クロズZERO

Crows Zero berdasarkan komik manga 'Crows' oleh Hiroshi Takahashi. Cerita tentang Takiya Genji, anak yakuza yang berusaha untuk menguasai 'Suzuran High School' yang membolehkannya menjadi ketua yakuza. Sebelum itu Genji kena mengalahkan Tamao Serizawa (Leader of Serizawa Army) yang telah menakluki sekolah itu.

Mula ditayangkan di Jepun pada 27 Oktober 2007 dan di Singapura pada 20 Mac 2008. Tapi kat Malaysia tidak ditayangkan mungkin sebab filem ni mengandungi aksi pergaduhan yang keterlaluan.genji mula mengumpulkan askar2 nya

part mase Genji nak pergi lawan ngan team Serizawa.


Filem ni memang dicari-cari oleh orang ramai terutamanya di Malaysia. Memang susah nak jumpa filem. Kat kedai yang jual cd cetak rompak pon x jual. Kena pandai2 cari kat internet. Ni pon member aku yang download kat www.syok.org.

Tengah tunggu Crows Zero 2. X taw nak cari kat mane???

Koizora (movie) Sky of love

Tajuk : Koizora (Sky of Love)
Info :
Berdasarkan 'cell phone short story;Koizora' karya Mika. Lebih daripada 25 juta orang pembaca. Selepas di bukukan menjadi novel, lebih 2 juta buah telah terjual. Selepas itu, novel ini diadaptasikan menjadi filem pada November 2007, 3.19 juta orang telah menonton filem ini di Jepun. Merupakan salah sebuah filem yang laris di Jepun. DVD filem ini mula dijual pada 25 April 2008.
Aku beli dvd filem ni pada 20 Ogos 2009 dengan harga promosi RM 16.90... =)

Sinopsis;
Mengisahkan percintaan Hiro dengan Mika. Hiro mula jatuh hati dengan Mika selepas pertama bertemu secara tidak sengaja sebelum cuti semester. Percintaan mereka bermula selepas Hiro menjumpai telefon bimbit Mika yang tertinggal di Perpustakaan.
Percintaan mereka terus menjadi intim sehinggakan Mika di dapati mengandung anak Hiro. Sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab, Hiro sanggup menjaga Mika dan berhasrat untuk berhenti sekolah dan mencari pekerjaan. Namun hasrat itu tidak kesampaian selepas Mika mendapati kandungannya telah gugur. Sejak daripada itu, Hiro telah mula menjauhkan diri daripada Mika dan akhirnya memutuskan hubungan mereka berdua. Hiro dan Mika telah berpisah selama beberapa tahun, namun setiap malam 24 Disember mereka akan pergi ke sebuah taman untuk memperingati kematian anak mereka. Namun, 2 tahun selepas itu, Hiro tidak datang ke taman itu. Mika akhirnya mendapati bahawa Hiro telah dirawat di hospital akibat penyakit kanser. Hubungan mereka menjadi baik semula dan Mika telah menangguhkan pengajiannya semata-mata ingin menjaga Hiro. Akhirnya, Hiro telah di sahkan meninggal dunia.

komen >>> memang sebuah filem romantik + sedih sikit. Touching jugak la filem ini. Member aku tengok sampai menangis...hahaha =)

New Arashi's song

嵐Arashi 5 x 10


Title : 5 x 10
Album : All the best 1999-2009 (compilation album)
Song lyrics : Arashi's member
Information : The third greatest hits album. It was released on 19 August 2009 under their record label J storm. The album was debuted on the oricon album weekly chart, selling 753 430 copies. The album sold over 1 million after thirteen days it was released.

Friday, 4 September 2009

Kotak berisi kasih


Kisah kali ini berkenaan 'Kotak berisi kasih'. Renungkanlah.

Satu hari ketika seorang ayah membeli beberapa gulung kertas bungkusan
hadiah, anak perempuannya yang masih kecil dan manja sekali, meminta
satu gulung.



“Untuk apa?” tanya si ayah.



“Nak bungkus hadiah” jawab si kecil.



“Jangan dibuang-buang ya.” pesan si ayah, sambil memberikan satu gulungan kecil.



Keesokan harinya, pagi-pagi lagi si kecil sudah bangun dan
membangunkan ayahnya, “Yah, Ayah…….. ada hadiah untuk Ayah.”



Si ayah yang masih menggeliat, matanya pun belum lagi terbuka
sepenuhnya menjawab, “Sudahlah…. nanti nanti saja.”



Tetapi si kecil pantang menyerah, “Ayah, Ayah, bangun Ayah, dah pagi.”



“Eh… kenapa ganggu ayah… masih terlalu awal lagi untuk ayah bangun.”



Ayah terpandang sebuah bungkusan yang telah dibalut dengan kertas
pembungkus yang diberikan semalam.



“Hadiah apa ni?”



“Hadiah hari jadi untuk Ayah. Bukalah Yah, buka sekarang.”



Dan si ayah pun membuka bungkusan itu.



Ternyata di dalamnya hanya sebuah kotak kosong. Tidak berisi apa pun juga.



“Eh.. kenapa kosong?? Tak ada isi di dalamnya. Kan Ayah dah kata
jangan buang-buang kertas bungkusan Ayah. Membazir tu”



Si kecil menjawab, “Tak Ayah….., ada isi tu… Tadi kan , Puteri
masukkan banyak sekali ciuman untuk Ayah.”



Si ayah merasa terharu, dia mengangkat anaknya. Dipeluk dan diciumnya.



“Puteri, Ayah belum pernah menerima hadiah seindah ini. Ayah akan
selalu menyimpan hadiah ini. Ayah akan bawa ke pejabat dan
sekali-sekala kalau perlu ciuman Puteri, Ayah akan mengambil satu.
Nanti kalau kosong diisi lagi ya!”



Kotak kosong yang sesaat sebelumnya dianggap tidak berisi, tidak
memiliki nilai apa-apa pun, tiba-tiba terisi, tiba-tiba memiliki nilai
yang begitu tinggi. Apa yang terjadi?



Lalu, walaupun kotak itu memiliki nilai yang sangat tinggi di mata si
ayah, namun di mata orang lain tetap juga tidak memiliki nilai apa
pun. Orang lain akan tetap menganggapnya sebuah kotak kosong.



Moral:
Kosong bagi seseorang boleh dianggap penuh oleh orang lain.



Sebaliknya, penuh bagi seseorang boleh dianggap kosong oleh orang lain.



KOSONG dan PENUH – kedua-duanya merupakan produk dari “fikiran” anda
sendiri. Sebagaimana anda memandangi hidup demikianlah kehidupan anda.
Hidup menjadi bererti, bermakna, kerana anda memberikan erti
kepadanya,
memberikan makna kepadanya.



Bagi mereka yang tidak memberikan makna, tidak memberikan erti, hidup
ini ibarat lembaran kertas yang kosong………..

Pisang & Hati


Pisang & Hati. Apa kaitannya? Hari ni aku nak kongsi satu cerita yang di emelkan kepada aku mengenai pisang dan hati.
Ceritanya begini;

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh
menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik
yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci
ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa
bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.



Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang
masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan
paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang
paling mereka benci.



“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi
selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu
keputusannya” beritahu Cikgu Maryam.



Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg. Hari
demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya
menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungutdan marah. Mereka tidak
menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau
busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.



Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak.
Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu
dibawa.

“Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama
seminggu?” tanya Cikgu Mayam.



Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang
kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur,
makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.



“Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada
orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan
kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak
boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba
bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup
kamu” beritahu Cikgu Maryam.



Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan
benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik.
Menyayangi lebih baik darpada membenci…!

Jadi, sifat benci ni tidak mendatangkan kebaikan kepada kita. Apalah salahnya kalau kita saling bermaafan antara satu sama lain. Manusia semuanya sama, tiada apa yang membezakan kita semua.