Friday 27 January 2012

Hanamizuki [Full Review]

Konnichiwa!!... cte nih lame dah nengok.. asyik lupe je nk wat review... okeh.. cte nih mmg best.. layan abes jiwang... ngeh3x

SINOPSIS

Cte ni mengisahkan percintaan Sae (Yui Aragaki) dengan Kouhei (Ikuta Toma)... Percintaan mereka bermula dari dalam sebuah kereta api.. dimana ketika itu Sae dan Kouhei sedang ingin pergi mengambil peperiksaan... Walaubagaimanapun Sae dan Kouhei dari sekolah yg berbeza... Disebabkan kereta api mengalami masalah,, Kouhei bertindak memandu sebuah lori walaubagaimanapun lori yang dipandu tanpa pengetahuan pemiliknya terlibat dalam kemalangan kecil... akibatnya kedua-duanya tidak sempat mengambil peperiksaan...

Walaubagaimanapun,, Sae tidak berputus asa untuk mengambil semula peperiksaan supaya cita2nya utk belajar di universiti di tokyo tercapai.. pada masa itu pula,, Kouhei banyak memberi semangat dan membantu Sae... Sejak daripada itu, Kouhei dan Sae selalu bersama... Akhirnya,, Sae berjaya dalam peperiksaan dan berjaya memasuki universiti di tokyo.. Kouhei pula,, tinggal di kampung dengan menruskan cita2 nya menjadi nelayan dan membantu bapanya...
Selepas Sae berhijrah ke tokyo,, Kouhei dan Sae hanya berkomunikasi melalui telefon.. Pada suatu ketika,, Kouhei tidak dapat menghubungi Sae dan dia mengambil keputusan utk berjumpa sendiri Sae di tokyo.. Setibanya di tokyo,, Kouhei berasa terkejut melihat Sae bermesra dengan seorang lelaki yg bernama Junichi (Osamu Mukai)... Akibat salah faham,, Kouhei berasa cemburu dan pulang ke kampung dengan segera selepas berjumpa dengan Sae.. Selepas daripada itu,, Kouhei memutuskan utk melupakan Sae dan dia merasakan amat sukar untuk menjalinkan cinta jarak jauh...
Sebenarnya,, Junichi tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan Sae.. Pada ketika itu Sae berminat menceburi bidang fotografi dan Junichi hanya membantunya.. Selepas itu, Sae membuat keputusan untuk pergi ke Amerika menceburi bidang kewartawanan mengikuti Junichi bekerja disebuah syarikat majalah.. Selepas beberapa tahun Sae kembali ke kampung halamannya menghadari majlis perkahwinan teman baiknya.. Sae sedikit terkejut melihat Kouhei yang sudah berkhawin tanpa pengetahuannya..

Sae balik semula ke Amerika dan membuat pengumuman untuk mengahwini Junichi.. Malang menimpa Sae selepas Junichi didapati mati ketika menjalankan tugas di Iraq... Sae berasa amat sedih dengan kejadian itu.. Atas pujukan ibunya,, Sae kembali semula ke Jepun.. Tetapi sebelum itu,, Sae melawat tempat kelahirannya.. Sae Terkejut melihat sebuah replika kapal impian Kouhei di sebuah restoran... Disebabkan pemilik restoran itu berkata Kouhei selalu singgah minum di situ selepas membawa bekalan ikan dari Jepun,, Sae menulis sesuatu pada replika tersebut...
Sae kembali semula ke Jepun dan membuka sebuah tadika.. Sae baru mengetahui yang Kouhei telah bercerai dengan isterinya akibat tak tahan bebanan hutang yg ditanggung keluarga Kouhei... Walaubagaimanapun Kouhei kini telah menjadi nelayan yang berjaya........

Komen;
- awal2 mcm boring sikit.. tapi lepas Sae masuk universiti di tokyo aku jadi excited nak tengok cte ni sampai habes...
- Gandingan Yui Aragaki dengan Ikuta Toma memang best... watak Mukai Osamu dalam movie nih pon best...
- Skala movie nih: BEST ^^

Info;
Tajuk: Hanamizuki -May Your Love Bloom a Hundred Year
Pengarah: Nobuhiro Doi
Penulis: Noriko Yoshida
Sinematografi: Yasushi Sasakibara
Tarikh Tayangan: 21 Ogos 2010
Tempoh Masa Tayangan: 128 minit
Produksi: TBS, Toho
Jumlah Kuitpan Tiket:$32,891,241 (RM115Juta)
Watak Utama: Sae (Yui Aragaki), Kouhei (Ikuta Toma) & Junichi (Mukai Osamu)
Pengiktirafan: Spotlight on Japan *US Premeir [Hawaii International Film Festival 2010], Japanese Film Week [Shanghai International Film Festival 2011] , Best Newcomer-Ikuta Toma [Blue Ribbon Awards 2010]..

Trailer;


Kepada yg suke layan movie feeling2 n jiwang2... mesti layan movie nih... best!

4 comments:

  1. hehe comel ye review awk..
    xcukup nafas nak baca :)

    ReplyDelete
  2. hahaha... sbb cte ni best... lame xnmpk mashi toma.. hehe

    ReplyDelete
  3. hehe.. busy ckit~ nk update blog sndiri pon xsempat
    nak jenguk org pnye lg la..
    bagusnya byk update :)

    ReplyDelete
  4. alang2 wud review cte, tak bley ke bagi link cte skali.. hehehe... sekadar memberikan cadangan..

    ReplyDelete