
Konnichiwa... sebenarnya statement pasal 'Tokyo bakal berdepan gempa bumi kuat' telah menjadi topik hangat di google dan akhbar harian di Malaysia, Indonesia, Singapura, Amerika, UK dan Jepun.... Terdapat pendapat atau ramalan berbeza mengenai jangka masa gempa bumi yang bakal melanda bandar metropolitan tokyo...
Berdasarkan ramalan kerajaan Jepun,, 70 peratus kemungkinan Tokyo akan dilanda gempa bumi dalam masa 30 tahun lagi... Namun sebaliknya mengikut ramalan penyelidik Universiti Tokyo,, dimana Institut Penyelidikan Gempa Bumi Universiti Tokyo meramalkan bahagian selatan Tokyo berisiko 70 peratus digegarkan dengan gegaran sekuat 7.0 skala magitud dalam jangka masa 4 tahun lagi... Penyelidik tersebut telah memberi amaran kepada syarikat dan individu supaya bersedia dengan bencana itu...

Pasukan penyelidik menyatakan ada peningkatan 5 kali ganda bilangan gempa bumi di tokyo selepas bencana gempa mac yang lalu berdasarkan kiraan data daripada Agensi Kaji Cuaca Jepun..

baru2 ni terbaca beberapa status rakan fb yg berada di Jepun yg menyatakan ramalan gempa bumi disana... harap mereka sume berada dalam keadaan selamat...
olahan artikel: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Tokyoberdepangempabumibesar/Article
No comments:
Post a Comment